Fandom

BoBoiBoy Wiki

"BoBoiBoy Kuasa Tiga!"

399laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

"BoBoiBoy Kuasa Tiga!" merupakan slogan kata BoBoiBoy, yang mana dia akan menggunakan slogan kata ini apabila dia hendak berpecah kepada tiga. Slogan kata ini pertama kali disebut oleh BoBoiBoy dalam Musim 1, Episod 2.

Sejarah Penggunaan

Musim 1, Episod 2

Ochobot akhirnya mendapat akal untuk memberikan kuasa kepada Yaya, Ying dan Gopal. Yaya mendapat kuasa terbang dan angkat berat yang luar biasa, sementara Ying diberi kuasa larian sepantas kilat untuk melawan Adu Du dan Super Probe. Apabila Super Probe terbaring, Gopal mengambil kesempatan untuk mencuba kuasanya, tetapi dia terlupa lalu sempat diperangkap oleh Probe. Ying dan Yaya juga menjadi mangsa kelicikan Probe lalu dicengkam sekali sebagai ugutan kepada BoBoiBoy dan Ochobot.

BoBoiBoy Kuasa Tiga!.png

Ochobot menyeru BoBoiBoy supaya menggunakan "kuasa terkuatnya". Dengan itu, BoBoiBoy menghidupkan jam tangannya untuk berpecah menjadi tiga orang – seorang mengawal angin, seorang mengawal tanah, dan seorang mengawal petir. Satu demi satu, ketiga-tiga pecahan BoBoiBoy membelasah Adu Du dan Probe habis-habisan sehingga mereka terpaksa berundur.

Perangai mereka yang telah membuang masanya Fang yang masih lagi dalam keadaan berpeluh dan hukuman Kaizo, sempat mengingatkan BoBoiBoy untuk berhenti daripada terus berlawan dengan Kaizo kerana dia bukanlah lawan yang setanding dengannya. Kaizo kemudiannya menoleh ke arah Fang, dan menambahkan lagi seksaan Fang sambil menyebut nama sebenar ahli perisiknya itu...

Kuasa Tiga Air Api Tanah.png

BoBoiBoy yang mendengarnya, menafikan nama sebenar itu. Hal ini juga membuatkan BoBoiBoy semakin serius, dia mula mengakifkan jam tangan kuasanya dan tiga ikon elemen baru yang muncul di jam kuasanya amat mengejutkan! Dengan mengaktifkan jamnya, BoBoiBoy akhirnya berpecah kepada tiga dengan BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api, dan BoBoiBoy Air! Gopal dan Yaya tampak teruja kerana ia adalah kali pertama BoBoiBoy berpecah dengan kuasa api dan air. Namun, Ying bagaikan tidak berpuas hati kerana kuasa elemen BoBoiBoy hanya pada tahap/peringkat pertama sahaja...

Pertemuan BoBoiBoy Api & BoBoiBoy Air02:27

Pertemuan BoBoiBoy Api & BoBoiBoy Air

BoBoiBoy Tanah mula mengatur langkah, dengan memberikan amaran kepada Kaizo untuk menghancurkan Dinding Tenaganya dan mula bersedia untuk berlawan sementara BoBoiBoy Api teruja kerana dapat berjumpa dengan BoBoiBoy Air. BoBoiBoy Tanah mengatur langkah lagi, memberikan arahan kepada BoBoiBoy Api dan Air untuk menyerang Dinding Tenaga. Oleh itu, BoBoiBoy Api menyuruh BoBoiBoy Air untuk menunjukkan kehebatan kausa airnya.

Dengan arahan BoBoiBoy Api, BoBoiBoy Air menyerang dengan jurusan Tembakan Air diikuti dengan serangan oleh BoBoiBoy Api yang menggunakan Bebola Api, Bertubi-tubi dan diikuti dengan Tanah Tinggi, Bertubi-tubi oleh BoBoiBoy Tanah. Namun, tiada hasilanya kuasa kombo mereka bertiga. Kaizo tergelak dan seakan-akan berlagak. Tetapi, BoBoiBoy Air tidak berputus asa dan menghasilkan Bebola Paus Air untuk menyerang Kaizo dari udara. BoBoiBoy Api sekali lagi kagum melihat jurusan itu dan bercadang untuk mengkombokan serangan, lalu menghasilkan Bebola Api Maksima dan melontarkannya secara lurus ke arah Kaizo.

Walau bagaimanapun, serangan kombo itu gagal kerana ia tersejat sebelum sempat terkena Dinding Tenaga. Kegagalan serangan itu mengakibatkan BoBoiBoy Air dan BoBoiBoy Api mula bertengkar. BoBoiBoy Tanah cuba menghentikan, namun tidak berjaya. Perangai mereka yang telah membuang masa Kaizo, segera menolak mereka dengan jurusan Tolakan Tenaga. Serangan itu menyebabkan mereka tercampak ke belakang dan akhirnya bercantum semula.

BoBoiBoy: The Movie

Dalam perjalan BoBoiBoy dan Ochobot ke tempat perkhemahan, BoBoiBoy terlihat ada adegan kejar-mengejar antara polis dan sekumpulan perompak, yang mana mendedahkan ianya adalah sebahagian daripada keas rompakan. Daripada pergi berkhemah, BoBoiBoy akhirnya memutuskan untuk menolong pihak polis menangkap perompak dan meninggalkan Ochobot begitu sahaja. BoBoiBoy memecut selaju yang mungkin untuk mengejar perompak-perompak itu.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak