FANDOM


Terbaik
BoBoiBoy terbaik
BoBoiBoy mengujar "Terbaik" buat julung kalinya.
Watak BoBoiBoy, Tok Aba, dan Probe
Sebab untuk Mengatakan Mengujarnya sambil mengacungkan jempol
Ditulis dalam Skrip dan
Tajuk Episod sebagai
Keseluruhan francais BoBoiBoy.
Pertama Didengar BoBoiBoy Musim 1, Episod 1 (2011)

"Terbaik" atau "Memang Terbaik" merupakan slogan kata asal BoBoiBoy yang mana seringkali disebut olehnya dalam episod-episod tertentu. Dia seringkali mengujarnya sambil mengacungkan jempol, sama ada setelah selesai menewaskan musuh atau melihat sesuatu yang mencuit hatinya. Selain BoBoiBoy, Probe dan Tok Aba juga turut menyebutnya beberapa kali dalam episod tertentu.

Slogan ini juga kadang-kadang disebut oleh BoBoiBoy dan Probe sebagai "Terbalik", selalunya apabila terjadinya perkara yang tidak diharapkan seperti peristiwa dalam Musim 3, Episod 8. Dalam Musim 1, Episod 6, slogan kata ini telah memberikan penyelesaian yang pantas untuk BoBoiBoy Halilintar memulihkan semula ingatannya walaupun dia sedang diperhambakan oleh Adu Du ketika itu.

Trivia

  • Slogan kata ini tidak disebut oleh BoBoiBoy dalam Musim 2, Episod 7.
  • Walaupun jarang, namun slogan kata ini masih lagi disebut oleh BoBoiBoy dalam BoBoiBoy Galaxy.