Fandom

BoBoiBoy Wiki

Ada Da

365laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Rencana ini adalah tentang BoBoiBoy Halilintar ketika dia diperhambakan oleh Adu Du pada musim pertama. Untuk maklumat mengenai rencana utamanya, rujuk BoBoiBoy Halilintar.

"BoBoiBoy? Siapa BoBoiBoy? Aku Ada Da lah!"

— BoBoiBoy Halilintar memperkenalkan diri sebagai Ada Da, Musim 1, Episod 6

Ada Da (BoBoiBoy Halilintar)
Watak BoBoiBoy
Images (20).jpg
Penampilan
sulung
"Musim 1, Episod 6"
Penampilan
terakhir
"Musim 1, Episod 6"
Pelakon
suara
Nur Fathiah Diaz (Bahasa Melayu)

Ada Da ialah nama gelaran yang diberikan oleh Adu Du kepada BoBoiBoy Halilintar setelah dia berjaya diperhambakan oleh Adu Du untuk mendapatkan Resepi Rahsia Tok Aba.

 Kisah

Musim 1

Selepas BoBoiBoy Petir diseksa teruk oleh Adu Du, Probe dan Komputer dengan meletupkan belon-belon di hadapannya, kuasanya meningkat tanpa sengaja dan dia bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar dan terus menyerang Adu Du dan Probe. Walau bagaimanapun, ingatannya menjadi semakin teruk dan akhirnya lupa diri selepas Probe menipunya yang mengatakan bahawa sebenarnya mereka berlakon tentang seksaan tadi.

Oleh itu, BoBoiBoy Halilintar diberi gelaran jahat, Ada Da. Dia terus diperhambakan dan dipaksa oleh Adu Du untuk menyerang kawan-kawan dan datuknya sendiri, Tok Aba hanya untuk mendapatkan Resepi Rahsia Tok Aba. Untuk mempertahankan Tok Aba, BoBoiBoy Angin dan Tanah muncul dan bertarung dengan BoBoiBoy Halilintar. Akhirnya, BoBoiBoy Halilintar pulih setelah Probe menjerit "Terbaik!" dan Adu Du dan Probe ditewaskan oleh BoBoiBoy Halilintar. Untuk mengembalikan semula ingatan BoBoiBoy, BoBoiBoy Halilintar, Angin dan Tanah bercantum semula.

Kuasa

  • Gerakan Kilat: Menumpukan kuasa kilat di kaki yang membolehkan BoBoiBoy Halilintar bergerak dengan pantas dalam masa yang singkat, malah lebih pantas daripada Ying.
  • Keris Petir/Pedang Halilintar: Pedang yang lebih panjang dan berwarna merah. Merupakan senjata utama bagi BoBoiBoy Halilintar.
    • Tetakan Halilintar: Serangan terkuat BoBoiBoy Halilintar dengan menghasilkan dua Pedang Halilintar lalu terus menetak ke musuhnya dari atas.
  • Bola Kilat: Gumpalan tenaga petir kuat yang digunakan untuk menyerang musuh dari jarak jauh dan juga digunakan untuk mensilaukan pandangan musuh sementara. Serangan ini hanya digunakan pada musim pertama.
  • Kilauan Kilat: Melepaskan tenaga petir yang kuat diseluruh badannya untuk membentuk cahaya kilat yang menyilaukan pandangan lawannya untuk tempoh waktu yang pendek. Serangan ini hanya digunakan pada musim pertama.

Rupa

BoBoiBoy Halilintar mempunyai topi, jaket dan seluar yang berwarna hitam dan lengan jaketnya pula berwarna merah yang dicampuri dengan corak bermotif kilat merah yang berkilauan. Iris mata dan lungsur zip jaketnya juga bertukar menjadi warna merah.

Perwatakan

BoBoiBoy Petir bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar sama ada dengan sendirinya ataupun apabila sangat marah. Dalam bentuk ini, sifatnya lebih garang dan sedikit sukar untuk mengawal kemarahan dirinya. Dia juga merupakan seorang budak yang sangat serius, terutamanya dalam pertarungan untuk melawan musuh.

Kemunculan Ada Da

Musim 1

Trivia

Tiga beradik.png

Adu Du, kakak, dan abangnya

  • Kemungkinan nama Ada Da diambil daripada nama abang Adu Du.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak