Fandom

BoBoiBoy Wiki

Adu Du

416laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Adu Du merupakan watak jahat dan juga neutral dalam siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy.

Sejarah

Pada tahun 124XD, robot tempur pertama telah siap dipasang. Semuanya berjalan lancar, sehingga salah seorang saintis terjatuhkan cawan yang berisi air dan memasuki ke dalam kepala Probe. Disebabkan oleh itu, robot prototaip terawal telah dimusnahkan dan dicampakkan ke kawasan buangan. Adu Du yang kebetulan sedang mengutip, terdengar bunyi letupan dan suara Probe. Selepas Adu Du mendapat tahu bahawa Probe adalah robot tempur, Adu Du berusaha memperbaikinya dan sejak dari hari itu, mereka berdua tidak dapat dipisahkan lagi.

Rupa

Adu Du berbadan hijau dengan kepala berbentuk kubus yang mempunyai sepasang sesungut yang berfungsi sebagai telinga dan jauh lebih besar daripada badannya dengan memakai baju berwarna jingga yang berkolar hitam dan berseluar hitam. Adu Du juga berkasut jingga yang menjelaskan taraf pemakaian Adu Du ketika berada di planetnya sebagai pengutip bahan sisa mineral.

Tetapi, walaupun Adu Du berkepala kotak, dia amat bijak. Hal ini demikian kerana Adu Du pandai mencipta alat-alat kawalan yang ingin digunakan olehnya untuk menghapuskan BoBoiBoy. Tetapi, alat-alat ini selalu disilap pakai oleh Probe.

Perwatakan

Selaku penjahat utama, Adu Du sememangnya garang, angkuh dan degil di samping cepat meradang dan suka menjerit-jerit untuk memberikan arahan kepada konco-konconya. Apabila dihampakan ataupun diumpat oleh konco-konconya, dia tidak ragu-ragu untuk memarahi dan menghukum mereka.

Apabila membuat silap, Adu Du sering menutupi dan tidak mahu mengaku kesilapannya dan selalunya berasa bahawa ideanya lebih bagus daripada yang dicadangkan oleh Probe dan Komputer. Dia juga selalu memukul ataupun membaling cawan besi kepada Probe. Tetapi walaupun begitu, Adu Du tetap menjaga kewajiban konco-konconya.

Mengikut perancangan asal, Adu Du merupakan kawan kepada BoBoiBoy dan yang lain, lebih-lebih lagi dengan perwatakan yang mesra.

Petikan dialog

Rujuk halaman Adu Du/Petikan dialog.

Trivia

  • Kapal angkasa milik Adu Du iaitu Kapal Sampah A80 merupakan kapal angkasa lama yang amat popular di kalangan peminat kapal angkasa antik. Bagaimana Adu Du mendapatkannya adalah misteri.
  • Pelan asal Animonsta Studios adalah sebenarnya Adu Du menyukai kopi, namun telah ditukarkan kepada koko kerana kopi tidak sesuai untuk kanak-kanak seperti yang dinyatakan di dalam akaun Facebook.
  • Sebab Adu Du datang ke Bumi adalah kerana dia telah diusir dari planet asalnya iaitu Planet Ata Ta Tiga yang disebabkan oleh Ejo Jo ataupun dengan panggilan "pembuli sejati" Adu Du.
  • Adu Du mempunyai perasaan benci terhadap BoBoiBoy kerana dia adalah sama seperti seekor lalat yang selalu mengganggunya.
  • Selain koko, Adu Du juga gemar menjadikan nasi lemak sebagai sarapan.
  • Telinganya sebenarnya merupakan antenanya (Kerjasama BuBaDiBaKo). Tetapi, Probe sentiasa berbisik melalui sebelah kepala Adu Du apabila ingin membisik sesuatu kepadanya, sama seperti bagaimana manusia berbisik antara satu sama lain. Namun, manusia seperti BoBoiBoy perlu berbisik di antenanya untuk Adu Du mendengar.
  • Selain bahasa manusia, Adu Du juga boleh memahami apa yang dikatakan oleh haiwan seperti kambing.
  • Semasa BoBoiBoy berada di bawah pengeluaran pada tahun 2009, Adu Du sepatutnya menjadi alien yang mesra dan superhero bersama-sama dengan BoBoiBoy dan Yaya dan ia tidak diketahui kenapa dia menjadi wahat jahat utama dalam siri asal.
    • Walau bagaimanapun dalam musim ke-3, Adu Du akhirnya menjadi alien yang baik; sama seperti dalam pelan asal. Namun, dia kembali menjadi jahat dalam Ketibaan Ibu Adu Du akibat daripada desakan ibunya.
    • Adu Du menjadi watak neutral dalam BoBoiBoy: The Movie kerana dia adalah penjahat pada mulanya dan bahkan menyertai pasukan Tengkotak, tetapi selepas dia dan Probe dicampak oleh Tengkotak, mereka berdua terpaksa membantu Papa Zola untuk mencari BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Pada penghujungnya, dia membuat Yoyo Oo untuk memberikan koordinat teleportasi palsu kepada Bora Ra dan menyertai wefie dengan Papa Zola, BoBoiBoy dan rakan-rakannya.
      • Bukti ini disokong dengan temu bual dengan pelakon suara Adu Du, Anas Abdul Aziz. Beliau menyatakan bahawa Adu Du akan mengambil mana-mana pihak (sama ada sebelah BoBoiBoy atau sebelah penjahat) itu bergantung kepada keadaannya.
  • Dalam video band Kotak Jagalah Bumi, Probe telah memberitahu bahawa Adu Du adalah peminat nombor satu band Kotak.
  • Dalam Power Sphera, MotoBot!, Adu Du adalah termasuk dalam senarai dikehendaki ataupun wanted list dalam Bahasa Inggeris, dan ganjaran untuk menangkapnya hanyalah RM 1.00.

Galeri

Wiki-wordmark.png
BoBoiBoy Wiki mempunyai imej dan media yang berkaitan dengan Adu Du.


v - e - d
Logo Baru BoBoiBoy.png
Media

BoBoiBoy | Apa Kata Yaya | BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Galaxy

Episod

BoBoiBoy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26
BoBoiBoy Galaxy: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10

Watak

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Multi-Monster | Makcik Yah | Pakcik Yah | BoBoiBoy Halilintar | Papa Zola | Raksasa Tidur | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Makcik Kantin | Robolabolabolabolabot Super King | PETAI | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Rob | Robert | Roberto Santana | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Mama Zila | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBot Halilintar | BoBoiBot Taufan | BoBoiBot Gempa | BoBoiBot Api | BoBoiBoy Air | BoBoiBot Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap | Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Cici Ko | Kurita | J-Rex | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar | MotoBot | Kapten Separo | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Laksamana Tarung

Tempat

Pulau Rintis | Tok Aba's Kokotiam | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Markas Kotak | Lorong Pak Senin Koboi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Ata Ta Tiga | Pulau Terapung | Planet Gurunda | Planet Dargha'ya

Lagu

BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Incik Boss dan Probe | BuBaDiBaKo | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS

Permainan

BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes

Lihat Juga

Movie Animation Park Studios

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak