FANDOM


Angin Sepoi-Sepoi Bahasa adalah salah satu kuasa BoBoiBoy Angin berupa serangan angin yang lemah lembut.

Penggunaan

BoBoiBoy Angin memulai teknik ini dengan menyedut angin sedikit, kemudian melepaskan dengan cara yang lembut seakan-akan bayu yang kesannya hanya boleh dirasakan oleh musuhnya.

Sejarah

Kuasa ini hanya digunakan oleh BoBoiBoy Angin sekali pada Musim 1, Episod 5, setelah dia hampir kehilangan segala ingatannya. Dia meniup angin ini kepada Adu Du dan Super Makcik Probe untuk menolak mereka secara lembut masuk ke dalam Tanah Runtuh yang dihasilkan oleh BoBoiBoy Tanah.

Trivia

  • Kuasa angin ini hanya digunakan sekali sahaja.
  • Ini adalah kuasa BoBoiBoy Angin yang paling lembut.