Fandom

BoBoiBoy Wiki

Ata Ta Tiga

365laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Atatatiga.jpg

Planet Ata Ta Tiga yang berbentuk kubus seperti bentuk kepala penghuninya.

Planet Ata Ta Tiga merupakan planet dan tempat tinggal asal bagi spesis Kubulus seperti Adu Du, Probe dan Komputer. Sesetengah penghuni planet Ata Ta Tiga berkulit hijau seperti zamrud, berantena di atas kepala yang berfungsi sebagai telinga, berkepala segi empat sama seperti bentuk kotak dan beranak mata segi empat seperti Bago Go dan Ejo Jo dan ada juga yang berkulit merah seperti Bora Ra.

Am

Ata Ta Tiga ialah nama planet yang berbentuk kubus dan terletak di alam semesta yang amat jauh dari Bumi. Menurut maklumat pada Musim 1, Episod 10, pada 30 000 tahun dahulu, bangsa alien sekubus berlumba-lumba untuk mengejar kemajuan sehingga seluruh Planet Ata Ta Tiga dipenuhi dengan bangunan dan kilang-kilang dan udara pun penuh dengan bahan toksik sampai tumbuhan seperti koko dan hidupan lain pun mati.

Adu Du tergolong dalam kelas bawahan dan pernah bekerja sebagai pengutip sisa mineral yang terbuang di sektor 42, iaitu sektor yang paling hina sekali di planet ini. Lebih-lebih lagi, Adu Du sering dibuli oleh Ejo Jo (yang lebih tinggi darjatnya) sejak kecil lagi sehingga perbuatan Ejo Jo telah membuatkan Adu Du diusir daripada kampung halamannya (suku-sakat Ado Doi) dan kemudian planet Ata Ta Tiga pula. Walau bagaimanapun, Adu Du telah berazam untuk menebus maruahnya kepada bangsa Ata Ta Tiga dengan menakluki bumi dan mengumpul semua koko sebagai bekalan tenaga cakerawala ibu pertiwinya.

Trivia

  • Ata Ta Tiga sedikit maju dari perkembangan pengetahuan dan teknologi kerana mampu menghasilkan robot tempur versi terawal seperti Probe.
  • Penduduk Ata Ta Tiga terdiri dari Golongan Elit (Maharaja Ata Ta Tiga), Golongan Kelas Pertama, Golongan Kelas Kedua (Ejo Jo), Golongan Pertengahan, Golongan Pekerja, Golongan Pembantu, Golongan Hamba, Golongan Pembantu Hamba dan Golongan Bawahan (Adu Du).
  • Sepasang antena yang berada di atas kepala penghuni Planet Ata Tiga berfungsi sebagai telinga. Penghuni Ata Ta Tiga tidak perlu bercakap di sebelah antena apabila ingin berkomunikasi, namun manusia perlu bercakap di sebelah antena.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak