BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Bago Go merupakan watak tritagonis penolong dalam siri BoBoiBoy. Dia merupakan penjual senjata-senjata haram di Planet Ata Ta Tiga yang terkenal dengan kelicikannya apabila berurusniaga dengan pelanggannya. Dia juga merupakan salah seorang ahli dalam Lima Panglima Scammer bersama dengan abang-abangnya.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Musim 1, Episod 12[]

Bago Go muncul sebagai penjual senjata haram yang dihubungi oleh Adu Du untuk membantunya. Bago Go memberikan buku katalog yang mengandungi berbagai jenis senjata untuk Adu Du memilih senjata yang spesifik dan sesuai untuknya. Malangnya, Adu Du terkejut dan pengsan apabila mendengar harga senjata yang ingin dibelinya, jadi Probe menjual kapal angkasa Adu Du kepada Bago Go sebagai bayaran kepada senjata tersebut manakala Bago Go menjual sudip elektrik kepada Probe.

Musim 2, Episod 1[]

Bago Go sedang menjalankan urusniaga dengan pelanggannya untuk menjual kapal angkasa Adu Du dan berhasil berbuat demikian dengan pujukan bahawa Ejo Jo mempunyai banyak duit dalam bank dan membazir jika tidak dibelanjakan duit itu.

Musim 2, Episod 9[]

Bago Go muncul sebagai pengiklan semasa rancangan MKHIPI yang dihoskan oleh Adu Du dan Probe sebagai jurujual dalam mempromosikan mainan BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang boleh digunakan 3 dalam 1.

Musim 2, Episod 10[]

Bago Go sedang menjalankan urusan dengan Probe yang ingin memberikan kejutan kepada bosnya sempena hari jadi bosnya itu. Jadi Bago Go menawarkan Mesin Rumput S8000 yang berupa seekor kambing dan mendapat Markas Kotak sebagai gadaian.

Probe Dalam Ingatan[]

Bago Go dan Adu Du menjalankan satu perbincangan teknologi untuk menghidupkan semula Probe yang rosak. Bago Go menawarkan robot baru kepada Adu Du iaitu Robot Robey XL9000, alat Konverter Tenaga Jet Pejuang ke Pisang SX7650 tetapi semuanya dibidas. Akhirnya, Bago Go menawarkan pula konverter tenaga biasa yang boleh menghidupkan Probe dengan menyalurkan tenaga dari kor milik PETAI ke kor milik Probe.

Kerjasama BuBaDiBaKo[]

Bago Go meminta lima tong koko sebagai pembiayaan konverter tenaga biasa.

Khidmat Wak Baga Ga[]

Bago Go berurusniaga dengan Adu Du lagi yang meminta alat untuk memulihkan masalah hilang ingatan Probe. Adu Du meminta Bago Go untuk memeriksa Probe, jadi Probe mengemukakan simptom-simptomnya. Kemudian, Bago Go menawarkan bantuan kawannya iaitu Wak Baga Ga dan mematikan panggilan. Akhirnya setelah selesai rawatan dan Wak Baga Ga pulang, muncul pula Bago Go dan membuatkan Probe bertukar menjadi Mega Probe. Dia mengugutnya dengan tembakan supaya Bago Go mengaku yang dia adalah Wak Baga Ga dan Bago Go berasa takut lalu mencadangkan untuk memulangkan bayaran rawatan tadi dan juga kapal angkasa Adu Du supaya dia tidak ditembak. Probe menerima pengakuan Bago Go dan tetap menembak Bago Go sebagai balasan.

5 Panglima Scammer[]

Bago Go tiba di Bumi untuk memulangkan semula kapal angkasa Adu Du kepada pemiliknya, sekaligus memberikan amaran kepada BoBoiBoy dan rakan-rakannya supaya melarikan diri disebabkan oleh abang-abangnya ingin membalas dendam atas penipuan yang dilakukan oleh Adu Du dan Probe. Bago Go juga mendedahkan identiti dirinya sebagai ahli dalam Lima Panglima Scammer yang kemudian masing-masing memperkenalkan diri. Lalu, mereka semua menyerang Pulau Rintis menggunakan kapal angkasa mereka, lalu mengejar mereka sehingga semuanya tiba di bulan.

Pertarungan Di Bulan[]

Bago Go dan abang-abangnya mencantumkan jentera-jentera mereka menjadi MegaBot ScamBot untuk berlawan dengan SampahBot. Namun, Bago Go dan abang-abangnya kalah apabila BoBoiBoy mendapat idea untuk menyuruh Gopal menukarkan batu-batu di bulan menjadi emas dan membuatkan mereka menjadi rambang mata dan leka dengan emas-emas itu. Jadi, Adu Du mengambil peluang memasuki ke dalam MegaBot ScamBot dan ahli-ahli Panglima Scammer pun dipijak oleh robot mereka sendiri.

Adu Du Kembali Jahat[]

Adu Du dan Ibu Bu menghubungi Bago Go untuk membeli senjata-senjata baru. Bago Go terkejut apabila mengetahui bahawa pemanggilnya ialah Adu Du, lalu menceritakan perbuatan Adu Du terhadap dia dan abang-abangnya tempoh hari kepada ibu Adu Du. Bago Go tetap tidak mahu menerimanya sebagai pelanggan, tetapi lantas berubah fikiran apabila Ibu Bu menunjukkan Kad Kredit Plutonium dan menjelaskan kerjayanya. Kemudian, Adu Du untuk membeli Robot Pango dan menghadiahkannya kepada Tiga Rob untuk mengalahkan BoBoiBoy.

Bangkit BoBoiBoy Air[]

Bago Go membuat eksperimen untuk menjadikan Ejo Jo kepada Super Ejo Jojojo dan menunjukkan eksperimennya itu kepada Kapten Kaizo.

Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2)[]

Probe berurusniaga dengan Bago Go untuk membeli Bom Megaton Eton X500 dan kagum dengan harganya yang murah, jadi ingin membelinya sebanyak 10. Kemudian, tiba-tiba matanya tertumpu ke arah sebuah kotak dan Bago Go memberitahu bahawa itu adalah pakaian parti hari jadi anaknya, tetapi sempat menafikannya dan berkata bahawa itu adalah Pakej Sut Superhero Jero-Jero dengan niat ingin menipu Probe. Selepas diskaun, harga sut tersebut adalah 30 juta dan 30 sen dan Probe berkata ia adalah mahal jadi berpendapat ingin membeli bom tadi. Bago Go menipu Probe lagi dengan mengatakan bahawa bom itu tidak mempunyai diskaun, tetapi pakej itu mempunyai diskaun yang sangat banyak iaitu 80 peratus. Tiba-tiba, anak lelakinya datang dan bertanya di mana kostum parti hari jadinya. Bago Go menipu dengan berkata yang dia belum membelinya lagi dan memberikan setroli wang kepada anaknya dan menyuruhnya membeli ais krim. Probe mengulas bahawa anak Bago Go adalah comel lalu membeli dua kostum itu untuk Adu Du.

Musuh Baru Dan Lama[]

Walaupun Bago Go tidak muncul dalam episod ini, tetapi Probe menunjukkan akaun Spacebook Bago Go di tabletnya dan menunjukkan pos Bago Go dimana ada imejnya bersama Ejo Jo, bikin BoBoiBoy dan kawan-kawannya kerana fikir dia tengok Spacebook.

BoBoiBoy Galaxy[]

Gergasi Cattus[]

Bago Go mempromosikan sebuah alat untuk menjejaki Power Sphera yang dikenali sebagai Posferon Go: Bago Go X9-Go yang dijual dengan percuma. Adu Du dan Probe berasa terkejut dengan tawaran itu, tetapi Bago Go mengenakan syarat cara untuk memperolehi alatan tersebut adalah dengan menelefon nombor yang tertera di skrin dalam masa yang terhad. Jadi Adu Du segera menghubungi nombor itu dan memesan barangan tersebut. Lalu, Bago Go mengisytiharkan bahawa alat tersebut kini menjadi milik Adu Du; walau bagaimanapun, Bago Go mengatakan bahawa gajet tersebut tidak boleh berfungsi tanpa bateri khas lalu menjualnya dengan harga 80 juta dan 80 sen yang membuatkan Adu Du terkejut lalu pengsan. Lalu Probe menggunakan kad kredit bosnya untuk membeli bateri khas tersebut.

Perlumbaan Nova Prix[]

Bago Go muncul kembali sebagai penaja dalam Perlumbaan Angkasa Nova Prix, di samping mengeluarkan produk khas barunya, Kosmetik Kosmik X9000 dan menaja BoBoiBoy dan Fang sebagai pelumba dan juga duta produknya.

Kemahiran[]

Serangan
1/5
Pertahanan
1/5
Ketangkasan
1/5
Keberanian
3/5
Kelajuan
1/5


  • Perniagaan: Bago Go sangat hebat dalam perniagaan sehingga mendapat gelaran "Pisau Cukur Berbilah Dua".

Katalog[]

Bago Go mempunyai sebuah buku tebal yang mempunyai senarai senjata haram dan kapal angkasa, iaitu seperti yang berikut:

Senjata[]

  • Pistol Bilah 2500DII: Pistol ini disertakan dengan tiga bilah yang akan berpusing dengan kelajuan 900km per saat.
  • Lasergun MKX-II: Lasergun ini boleh menembak sejauh mata memandang. Laser dari pistol ini boleh menembus dinding-dinding yang tebal.
  • Sarung Tangan Tajam
  • Pistol Cakhra XV378: Pistol ini boleh menembak bilah-bilah berbentuk cakera dengan kelajuan sekelip mata.
  • RayGun GH29100XX
  • RayGun QZD66: Raygun ini mampu memengsankan mangsa.
  • Pistol QZT333: Pistol yang biasa, tetapi sangat berkesan dan ringan untuk dibawa ke mana-mana.
  • Pistol Pengering: Dalam keadaan yang basah dan tiada alat pengering, pistol ini sesuai digunakan untuk mengeringkan rambut.
  • Discharger X500: Discharger ini digunakan untuk mengeluarkan beam tenaga yang kuat untuk memberikan tenaga kepada penggunanya.
  • Pemancar Indera: Pemancar Indera digunakan untuk menukar siaran-siaran di televisyen satelit di Planet Ata Ta Tiga bagi pengguna-pengguna yang mesra.
  • Meriam Plasma X 5000: Meriam ini boleh menembak sejauh 2 tahun cahaya dan boleh memusnahkan dua buah planet dalam sekelip mata.
  • Laser Beam X3400

Kapal angkasa[]

  • Kapal perang V3002A
  • Kapal perang X09K
  • Kapal Sampah MK59: Kapal angkasa ini direka untuk mengutip sampah di sekeliling galaksi. Dengan turbo booster, kapal ini mampu terbang dengan lebih pantas dari satu planet ke planet yang lain.
  • Kapal Sampah Z277: Kapal sampah yang kecil ini khas digunakan untuk mengutip sampah-sampah yang sedikit di sekeliling orbit planet sahaja. Kapal ini tidak mempunyai kapasiti yang tinggi dan hanya boleh dikawal secara manual.
  • Kapal Sampah A80: Model kapal angkasa sampah ini adalah model yang pertama dicipta. Rekaan badannya besar tetapi tidak boleh bergerak dengan laju. Kawalannya secara manual dan primitif.

Lain-lain[]

Rupa[]

Bago Go mempunyai warna kulit yang sama dengan Adu Du, tetapi badannya lebih gempal, matanya lebih besar, apalagi bermisai dan antenanya lebih pendek. Dia memakai baju merah berkolar kuning dengan tali leher berjalur merah putih. Dalam musim ketiga, ton warna kulitnya lebih cerah berbanding sebelumnya.

Perwatakan[]

Bago Go merupakan seorang penjual senjata haram yang cukup terkenal di Planet Ata Ta Tiga. Dia terkenal dengan kelicikan dalam bidang perniaagaannya sehingga mendapat gelaran 'pisau cukur berbilah dua'. Walaupun Bago Go adalah seorang penjual senjata yang berjaya, tetapi cara-cara dia memperoleh keuntungannya amatlah meragukan kerana teknik jualannya penuh dengan tipu daya yang licik dan pujukan manis, tetapi penuh dengan racun berbisa. Sungguhpun begitu, Bago Go tidak pernah mendiskriminasi pelanggannya, baik dari kelas atas atau pun kelas bawah di Planet Ata Ta Tiga. Bagi Bago Go, asalkan duit masuk dan dia dapat memperoleh keuntungan.

Sebagai seorang penjual, Bago Go sering memujuk pelanggannya habis-habisan sehingga dia yakin untuk membeli apa yang ditawarkannya. Dengan harga-harga barang jualannya yang mahal, diskaun yang sedikit dan pendekatannya yang licik, memang patut dia digelar 'pisau cukur berbilah dua'. Bago Go sentiasa menggunakan panggilan "bang" apabila sedang berurusan dengan pelanggannya.

Trivia[]

  • Bago Go merupakan watak alien kedua diperkenalkan dalam siri BoBoiBoy. Watak alien pertama ialah Adu Du.
  • Seperti Adu Du dan Ejo Jo, kedua-dua matanya bercahaya sewaktu kemunculan pertamanya.
  • Bago Go mempunyai misai yang sangat tebal berbanding alien-alien Ata Ta Tiga yang lain.
  • Probe telah memberitahu kepada Adu Du bahawa dia merupakan seorang yang licik, jadi sebab itulah senjata-senjata jualannya amat mahal. Sifat sebenarnya didedahkan dalam episod 5 Panglima Scammer.
  • Meskipun tidak mempunyai sebarang kuasa kekal, Bago Go amat mahir dalam meyakinkan pelanggannya untuk membeli barangan yang hendak dijual olehnya sebagai seorang jurujual yang mempunyai hobi untuk mengira wang. Bago Go juga mempunyai musuh ketat di planetnya, iaitu pihak polis Planet Ata Ta Tiga.
  • Bago Go yang telah mempromosikan Mesin Senaman BoBoiBoy dalam iklan rancangan MKHIPI menimbulkan tanda tanya tentang bagaimana dia tahu tentang BoBoiBoy kerana Adu Du, Probe dan Komputer tidak pernah bercakap tentangnya di hadapan Bago Go.
  • Dalam Musim 2, Episod 10, Bago Go didedahkan tergolong dalam kelas pertama di Planet Ata Ta Tiga.
  • Seperti yang ditunjukkan dalam Probe Dalam Ingatan, Bago Go mempunyai kelebihan untuk bercakap dan memahami bahasa kambing.
  • Sebab mengapa Bago Go menggunakan panggilan "bang" kerana dia merupakan saudara termuda dalam kalangan saudara-saudaranya yang mana ahli Lima Panglima Scammer.
  • Dalam Musuh Baru Dan Lama, akaun Spacebooknya mendedahkan bahawa:
    • Bago Go lahir pada 43, 19, 5641;
    • Bago Go tinggal di Face 2, Sector 16;
    • Bago Go bersekolah di Politek Sector 12;
    • Bago Go berasal dari Face 2, Sector 18.
  • Bago Go juga pernah menjual barangan cetak rompak yang dicuri dari hak cipta orang lain dalam video Adakah anda beli produk original?.
  • Warna kegemaran Bago Go ialah hijau.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Bago Go. Rujuk Bago Go/Galeri.

Video[]

Advertisement