BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Bago Go merupakan penjual senjata-senjata haram di Planet Ata Ta Tiga yang terkenal dengan kelicikannya apabila berurusniaga dengan pelangan-pelanggannya. Dia juga merupakan salah seorang ahli dalam Lima Panglima Scammer.

Biografi

Bago Go merupakan seorang penjual senjata haram yang cukup terkenal di Planet Ata Ta Tiga. Dia terkenal dengan kelicikan dalam bidang perniaagaannya sehingga mendapat gelaran 'pisau cukur berbilah dua'. Walaupun Bago Go adalah seorang penjual senjata yang berjaya, tetapi cara-cara dia memperoleh keuntungannya amatlah meragukan kerana teknik jualannya penuh dengan tipu daya yang licik dan pujukan manis, tetapi penuh dengan racun berbisa. Sungguhpun begitu, Bago Go tidak pernah mendiskriminasi pelanggannya, baik dari kelas atas atau pun kelas bawah di Planet Ata Ta Tiga. Bagi Bago Go, asalkan duit masuk dan dia dapat memperoleh keuntungan.

Sejarah

BoBoiBoy

Musim 1, Episod 12

Bago Go muncul sebagai penjual senjata haram yang dihubungi oleh Adu Du untuk membantunya. Bago Go memberikan buku katalog yang mengandungi berbagai jenis senjata untuk Adu Du memilih senjata yang spesifik dan sesuai untuknya. Malangnya, Adu Du terkejut dan pengsan apabila mendengar harga senjata yang ingin dibelinya, jadi Probe menjual kapal angkasa Adu Du kepada Bago Go sebagai bayaran kepada senjata tersebut manakala Bago Go menjual sudip elektrik kepada Probe.

Musim 2, Episod 1

Bago Go sedang menjalankan urusniaga dengan pelanggannya untuk menjual kapal angkasa Adu Du dan berhasil berbuat demikian dengan pujukan bahawa Ejo Jo mempunyai banyak duit dalam bank dan membazir jika tidak dibelanjakan duit itu.

Musim 2, Episod 9

Bago Go muncul sebagai pengiklan semasa rancangan MKHIPI yang dihoskan oleh Adu Du dan Probe sebagai jurujual dalam mempromosikan mainan BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang boleh digunakan 3 dalam 1.

Musim 2, Episod 10

Bago Go sedang menjalankan urusan dengan Probe yang ingin memberikan kejutan kepada bosnya sempena hari jadi bosnya itu. Jadi Bago Go menawarkan Mesin Rumput S8000 yang berupa seekor kambing dan mendapat Markas Kotak sebagai gadaian.

Probe Dalam Ingatan

Bago Go dan Adu Du menjalankan satu perbincangan teknologi untuk menghidupkan semula Probe yang rosak. Bago Go menawarkan robot baru kepada Adu Du iaitu Robot Robey XL9000, alat Konverter Tenaga Jet Pejuang ke Pisang SX7650 tetapi semuanya dibidas. Akhirnya, Bago Go menawarkan pula konverter tenaga biasa yang boleh menghidupkan Probe dengan menyalurkan tenaga dari kor milik PETAI ke kor milik Probe.

Kerjasama BuBaDiBaKo

Bago Go meminta lima tong koko sebagai pembiayaan konverter tenaga biasa.

Khidmat Wak Baga Ga

Bago Go berurusniaga dengan Adu Du lagi yang meminta alat untuk memulihkan masalah hilang ingatan Probe. Adu Du meminta Bago Go untuk memeriksa Probe, jadi Probe mengemukakan simptom-simptomnya. Kemudian, Bago Go menawarkan bantuan kawannya iaitu Wak Baga Ga dan mematikan panggilan. Akhirnya setelah selesai rawatan dan Wak Baga Ga pulang, muncul pula Bago Go dan membuatkan Probe bertukar menjadi Mega Probe. Dia mengugutnya dengan tembakan supaya Bago Go mengaku yang dia adalah Wak Baga Ga dan Bago Go berasa takut lalu mencadangkan untuk memulangkan bayaran rawatan tadi dan juga kapal angkasa Adu Du supaya dia tidak ditembak. Probe menerima pengakuan Bago Go dan tetap menembak Bago Go sebagai balasan.

5 Panglima Scammer

Bago Go tiba di Bumi untuk memulangkan semula kapal angkasa Adu Du kepada Adu Du, sekaligus memberikan amaran kepada BoBoiBoy dan rakan-rakannya supaya melarikan diri disebabkan oleh abang-abangnya ingin membalas dendam atas penipuan yang dilakukan oleh Adu Du dan Probe. Bago Go juga mendedahkan identiti dirinya sebagai ahli dalam Lima Panglima Scammer yang kemudian masing-masing memperkenalkan diri. Lalu, mereka semua menyerang Pulau Rintis menggunakan kapal angkasa mereka, lalu mengejar mereka sehingga semuanya tiba di Bulan.

Pertarungan Di Bulan

Bago Go dan abang-abangnya mencantumkan jentera-jentera mereka menjadi MegaBot ScamBot untuk berlawan dengan SampahBot. Namun, Bago Go dan abang-abangnya kalah apabila BoBoiBoy mendapat idea untuk menyuruh Gopal menukarkan batu-batu di Bulan menjadi emas dan membuatkan mereka menjadi rambang mata dan leka dengan emas-emas itu. Jadi, Adu Du mengambil peluang memasuki ke dalam MegaBot ScamBot dan ahli-ahli Panglima Scammer pun dipijak oleh robot mereka sendiri.

Adu Du Kembali Jahat

Adu Du dan Ibu Bu menghubungi Bago Go untuk membeli senjata-senjata baru. Bago Go terkejut apabila mengetahui bahawa pemanggilnya ialah Adu Du, lalu menceritakan perbuatan Adu Du terhadap dia dan abang-abangnya tempoh hari kepada ibu Adu Du. Bago Go tetap tidak mahu menerimanya sebagai pelanggan, tetapi lantas berubah fikiran apabila Ibu Bu menunjukkan Kad Kredit Plutonium dan menjelaskan kerjayanya. Kemudian, Adu Du untuk membeli Robot Pango dan menghadiahkannya kepada Tiga Rob untuk mengalahkan BoBoiBoy.

Bangkit BoBoiBoy Air

Bago Go membuat eksperimen untuk menjadikan Ejo Jo kepada Super Ejo Jojojo untuk mengalahkan BoBoiBoy. Dia juga menunjukkan eksperimennya kepada Kapten Kaizo.

Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2)

Probe berurusniaga dengan Bago Go untuk membeli Bom Megaton Eton X500 dan kagum dengan harganya yang murah, jadi ingin membelinya sebanyak 10. Kemudian, tiba-tiba matanya tertumpu ke arah sebuah kotak dan Bago Go memberitahu bahawa itu adalah pakaian parti hari jadi anaknya, tetapi sempat menafikannya dan berkata bahawa itu adalah Pakej Sut Superhero Jero-Jero dengan niat ingin menipu Probe. Selepas diskaun, harga sut tersebut adalah 30 juta dan 30 sen dan Probe berkata ia adalah mahal jadi berpendapat ingin membeli bom tadi. Bago Go menipu Probe lagi dengan mengatakan bahawa bom itu tidak mempunyai diskaun, tetapi pakej itu mempunyai diskaun yang sangat banyak iaitu 80 peratus. Tiba-tiba, Anak Bago Go datang dan bertanya di mana kostum parti hari jadinya. Bago Go menipu dengan berkata yang dia belum membelinya lagi dan memberikan setroli wang kepada anaknya dan menyuruhnya membeli ais krim. Probe mengulas bahawa anak Bago Go adalah comel lalu membeli dua kostum itu untuk Adu Du.

BoBoiBoy Galaxy

Gergasi Comel Cattus

Bago Go mempromosikan sebuah alat untuk menjejaki Power Sphera yang dikenali sebagai Posferon Go: Bago Go X9-Go yang dijual dengan percuma. Adu Du dan Probe berasa terkejut dengan tawaran itu, tetapi Bago Go mengenakan syarat cara untuk memperolehi alatan tersebut adalah dengan menelefon nombor yang tertera di skrin dalam masa yang terhad. Jadi Adu Du segera menghubungi nombor itu dan memesan barangan tersebut. Lalu, Bago Go mengisytiharkan bahawa alat tersebut kini menjadi milik Adu Du; walau bagaimanapun, Bago Go mengatakan bahawa gajet tersebut tidak boleh berfungsi tanpa bateri khas lalu menjualnya dengan harga 80 juta dan 80 sen yang membuatkan Adu Du terkejut lalu pengsan. Lalu Probe menggunakan kad kredit bosnya untuk membeli bateri khas tersebut.

Katalog

Bago Go mempunyai sebuah buku tebal yang mempunyai senarai senjata haram dan kapal angkasa. Berikut merupakan senarai senjata dan kapal angkasa Bago Go yang diketahui.

Senjata

  • Pistol Bilah 2500DII: Pistol ini disertakan dengan tiga bilah yang akan berpusing dengan kelajuan 900km per saat.
  • Lasergun MKX-II: Lasergun ini boleh menembak sejauh mata memandang. Laser dari pistol ini boleh menembus dinding-dinding yang tebal.
  • Sarung Tangan Tajam
  • Pistol Cakhra XV378: Pistol ini boleh menembak bilah-bilah berbentuk cakera dengan kelajuan sekelip mata.
  • RayGun GH29100XX
  • RayGun QZD66: Raygun ini mampu memengsankan mangsa.
  • Pistol QZT333: Pistol yang biasa, tetapi sangat berkesan dan ringan untuk dibawa ke mana-mana.
  • Pistol Pengering: Dalam keadaan yang basah dan tiada alat pengering, pistol ini sesuai digunakan untuk mengeringkan rambut.
  • Discharger X500: Discharger ini digunakan untuk mengeluarkan beam tenaga yang kuat untuk memberikan tenaga kepada penggunanya.
  • Pemancar Indera: Pemancar Indera digunakan untuk menukar siaran-siaran di televisyen satelit di Planet Ata Ta Tiga bagi pengguna-pengguna yang mesra.
  • Meriam Plasma X 5000: Meriam ini boleh menembak sejauh 2 tahun cahaya dan boleh memusnahkan dua buah planet dalam sekelip mata.
  • Laser Beam X3400
  • Sudip Elektrik

Kapal angkasa

  • Kapal perang V3002A
  • Kapal perang X09K
  • Kapal Sampah MK59: Kapal angkasa ini direka untuk mengutip sampah di sekeliling galaksi. Dengan turbo booster, kapal ini mampu terbang dengan lebih pantas dari satu planet ke planet yang lain.
  • Kapal Sampah Z277: Kapal sampah yang kecil ini khas digunakan untuk mengutip sampah-sampah yang sedikit di sekeliling orbit planet sahaja. Kapal ini tidak mempunyai kapasiti yang tinggi dan hanya boleh dikawal secara manual.
  • Kapal Sampah A80: Model kapal angkasa sampah ini adalah model yang pertama dicipta. Rekaan badannya besar tetapi tidak boleh bergerak dengan laju. Kawalannya secara manual dan primitif.

Lain-lain

Rupa

Bago Go mempunyai warna kulit yang sama dengan Adu Du, tetapi badannya lebih gempal, matanya lebih besar, apalagi bermisai dan antenanya lebih pendek. Dia memakai baju merah berkolar kuning dengan tali leher berjalur merah putih.

Perwatakan

Sebagai seorang penjual, Bago Go sering memujuk pelanggannya habis-habisan sehingga dia yakin untuk membeli apa yang ditawarkannya. Dengan harga-harga barang jualannya yang mahal, diskaun yang sedikit dan pendekatannya yang licik, memang patut dia digelar 'pisau cukur berbilah dua'. Bago Go sentiasa menggunakan panggilan "bang" apabila sedang berurusan dengan pelanggannya.

Trivia

  • Bago Go merupakan watak alien kedua diperkenalkan dalam siri BoBoiBoy selepas Adu Du.
  • Probe telah memberitahu kepada Adu Du bahawa dia merupakan seorang yang licik, jadi sebab itulah senjata-senjata jualannya amat mahal.
  • Dalam Musim 2, Episod 10, ia telah mendedahkan bahawa Bago Go tergolong dalam kelas elit di Planet Ata Ta Tiga.
  • Seperti Adu Du dan Ejo Jo, kedua-dua matanya bercahaya sewaktu kemunculan pertamanya.
  • Menurut Majalah Komik BoBoiBoy, "kuasa" Bago Go ialah menyakinkan pelanggan-pelanggannya untuk membeli barangan yang hendak dijual olehnya dan mempunyai hobi untuk mengira wang. Bago Go juga mempunyai musuh ketat di planetnya, iaitu pihak polis Planet Ata Ta Tiga.
  • Seperti dalam Musim 3, Episod 3, Bago Go mempunyai kelebihan untuk bercakap dan memahami bahasa kambing.
  • Menurut maklumat-maklumat dalam akaun Spacebooknya dalam Musim 3, Episod 24, ia mendedahkan bahawa:
    • Dia tinggal di Face 2, Sector 16.
    • Dia bersekolah di Politek Sector 12.
    • Dia berasal dari Face 2, Sector 18.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Bago Go. Rujuk Bago Go/Galeri.
L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement