Bagu Gu merupakan salah seorang ahli dalam Lima Panglima Scammer dan juga penipu jodoh cinta yang berasal dari Planet Ata Ta Tiga.
Sejarah
BoBoiBoy
Bagu Gu pertama kali muncul dalam Musim 3, Episod 8, yang datang ke Bumi bersama saudara-saudaranya untuk membalas dendam terhadap Adu Du dan Probe yang telah menipu keturunan mereka. Cara Bagu Gu memperkenalkan dan mempersembahkan dirinya dengan romantik membuatkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya loya, tetapi menambat hati ramai wanita di sekeliling, termasuk seorang nenek tua. Seketika kemudian, disebabkan oleh keengganan Adu Du untuk meminta maaf kepada mereka, kelima-lima Panglima Scammer menaiki kapal angkasa masing-masing dan menghujani seluruh bandar Pulau Rintis dengan bedilan laser yang bertalu-talu.
Rupa
Bagu Gu berambut jambul, bermisai halus, berjaket ungu dan sentiasa memegang sekuntum bunga ros yang dipegang pada tangannya. Ton warna kulitnya agak gelap berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain.
Perwatakan
Perwatakannya adalah yang paling lemah-lembut berbanding dengan saudaranya yang lain. Lemah-lembutnya ini membolehkan Bagu Gu untuk menggunakan satu aura yang sangat hebat untuk membuatkan wanita-wanita yang berada di sekelilingnya tergoda dengannya, termasuklah seorang nenek tua.
Trivia
- Bagu Gu adalah antara alien di Planet Ata Ta Tiga yang mempunyai jambul di atas kepalanya.
- Bagu Gu adalah watak pertama dalam siri ini yang menggunakan nama panggilan "bro" sewaktu bercakap.