FANDOM


Bangun Pagi, Senang Hati merupakan sebuah lagu ceria yang dinyanyikan oleh Adu Du dan Probe dalam Musim 3, Episod 12.

Lirik

Adu Du:
Bangun pagi gosok gigi
Cucu muka tak mandi
Pakai baju minum susu
Kejut Probe pembantuku

Adu Du & Probe:
Selamat pagi selamat pagi
Selamat pagi senangnya hati
Kucing, kambing
Burung, lembu
Semuanya sahabatku

Mari kita, mari kita
Sama-sama menyanyi
Buang duka hibur hati
Masam muka tiada lagi

Probe:
Ini dia Incik Bossku
Ini dia yang baru
Buat baik memang selalu
Walau tak bayar gajiku

Adu Du (menjerit):
"Apa kau cakap?!"

Adu Du:
Ini aku versi kini
Alien baik suci murni
Tiada musuh tiada cemburu
Alien terbaik nombor satu

Adu Du & Probe:
Ini Bossku/aku versi kini
Alien baik suci murni
Tiada musuh tiada cemburu
Alien terbaik nombor satu

Adu Du:
Alien terbaik
Nombor satu--

Adu Du & Probe:
--WUUUUUUUUUUU

Video