BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Wiki peminat siri televisyen banyak memerlukan gambar. Hampir setiap rencana memerlukan satu atau lebih gambar. Tetapi kebanyakan gambar yang sesuai dengan wiki ini pasti dilindungi hak cipta, jadi anda harus menuntut kegunaan wajar.

Cara mencari gambar

"Tangkap gambar" video

Anda boleh menonton episod-episod BoBoiBoy yang lepas di saluran YouTube rasmi Monsta dan mencari tangkapan yang sesuai untuk diisikan dalam rencana-rencana di wiki ini. Tidak semestinya anda perlukan perisian khas yang canggih. Anda boleh berhentikan (pause) video sejenak, kemudian tekan kekunci "PrintScreen" pada papan kekunci, tampalkan dalam perisian mengedit gambar (seperti Accessories > Paint) dan sunting gambar itu elok-elok (seperti memangkas [crop], melaras saiz, membetulkan pewarnaan/kecerahan dsb.) supaya ia elok untuk dimuat naik ke dalam wiki ini. Jangan lupa untuk menyimpan fail gambar itu dalam format yang sesuai (paling bagus PNG) di dalam komputer anda.

Dapatkan gambar dari tapak web rasmi

Gambar-gambar foto atau ilustrasi yang berkenaan boleh dicari di http://www.animonsta.com dan http://animonsta.blogspot.com. Akan tetapi, gambar-gambar itu berhak cipta. Anda boleh menuntut kegunaan wajar untuk penggunaan bahan-bahan berhak cipta itu. (Sila rujuk bahagian Muat naik).

Muat naik

Selepas mengumpul gambar, sila pastikan namanya mengikut format yang tertentu supaya mudah dicari.

Selepas itu, pergi ke Khas:Muat naik, tekan "Choose file" dan pilih fail gambar yang anda cari itu. Dalam ruangan ringkasan, taipkan {{Hak cipta Animonsta Studios}}. Ini adalah penting kerana tiada tangkapan gambar ini yang benar-benar bebas, jadi wiki ini perlu menuntut kegunaan wajar. Klik "Muat naik" untuk memuat naik gambar tersebut ke dalam wiki. Ini boleh memakan masa bergantung pada saiz gambar dan lebar jalur khidmat Internet anda.

Sisipkan gambar dalam rencana

Mula-mula, anda perlu letakkan kursor di tempat yang sesuai dalam ruangan sunting (sewajarnya di atas perenggan pertama, atau antara peranggan), kemudian tekan butang "Gambar" di tepi ruangan sunting untuk memilih gambar yang bersesuaian dengan subjek rencana. Gambar juga boleh diisi dalam templat dengan menghalakan tetikus ke arah templat kotak info (cth. {{Episod}} atau {{Watak}}) lalu mengisikan nama fail gambar berkenaan (bukan imejnya) dalam ruangan atau "gambar". Gambar ini boleh diberi kapsyen yang tepat untuk menerangkan adegan dalam gambar.

Galeri

Galeri adalah sesuai untuk mengumpulkan gambar-gambar tambahan yang banyak bilangannya secara kemas, khususnya dalam rencana watak. Galeri wajar diletakkan di bawah sekali rencana.

Video

Video juga boleh diletakkan pada rencana dan paling sesuai ditaruhkan di bawah sekali rencana, iaitu di bawah galeri (jika ada). Harus diingat, sebarang video yang hendak dimasukkan dalam wiki ini mestilah dari sumber yang rasmi, cth. bahan-bahan promosi boleh didapati di akaun Animonsta Studios / Monsta di YouTube. Wiki ini tidak menyokong cetak rompak sama sekali.

Advertisement