Panduan Wiki BoBoiBoy |
---|
Log masuk Menyunting laman Mencipta laman baru Gambar (Dasar penggunaan) Laman perbincangan Panduan gaya (Episod•Watak) |
Nak sunting laman tu senang saja! Anda boleh menyunting mana-mana rencana dan mengirim perubahan anda serta-merta. Buat perubahan anda.
Untuk menyunting rencana, klik pada tab "sunting" (edit) di atas laman. Anda akan dibawa ke sebuah ruangan besar yang diisi teks yang boleh disunting. Inilah "platform penyuntingan" kami!
Dengan ini, barulah anda boleh menaip-naip dalam ruangan itu. Tambahkan fakta, alihkan kata-kata, baiki masalah dan sebagainya. Beranikan diri anda ketika menyunting, dan jangan sesekali berharap agar apa yang anda tulis tidak akan disentuh oleh orang lain. Beginilah lumrah wiki! Lebih ramai penyunting, lebih maju wiki berkembang.
Cara yang terbaik untuk mempelajari cara menyunting laman ialah melihat cara orang lain membuatnya. Jika anda melihat sesuatu yang ingin anda pelajari caranya pada suatu laman, klik "Sunting" untuk melihatnya. Jangan berasa segan menyalin dan menampal teks ke dalam laman lain; begitulah cara terhasilnya kebanyakan laman wiki.
Jika anda ingin bereksperimen dengan cara menyunting laman, sila gunakan Kotak pasir sebelum anda mulai mencipta rencana. Ingat, anda juga boleh sentiasa mengklik "Pratonton" (preview) untuk melihat rupa laman sebelum anda menyimpannya.
Ringkasan
Setelah membuat perubahan dalam ruangan teks, nyatakan sepatah dua kata dalam ruangan Ringkasan. Ringkasan anda muncul dalam "sejarah" laman, dan ini membantu kita untuk menjejaki siapa yang menyunting apa dalam laman itu. Juga terdapat kotak "Ini adalah suntingan kecil" untuk ditandai jika anda sekadar membetulkan kesilapan ejaan atau tatabahasa yang kecil.
Jika anda memadam beberapa isi dalam laman, sila jelaskan tindakan anda dalam Ringkasan. Jika tidak, orang yang menulis teks itu mungkin menyangka anda berniat buruk atau bernakal. Ringkasan yang munasabah boleh mengelakkan berlakunya perselisihan faham!
Simpan suntingan anda
Sebelum menyimpan suntingan, sila pastikan bahawa anda telah menyumbangkan maklumat yang tepat. Ingat, pihak pentadbir wiki ini berhak untuk memadamkan sebarang kandungan yang membawa kemusykilan atau berunsur fitnah.
Akhir sekali, klik pada butang "Simpan" sahaja, ini dia! Hasil perubahan anda muncul dalam laman serta-merta.
Laman perbincangan
Setiap rencana disertakan laman perbincangan. Klik tab "Bincang" di atas rencana untuk membaca pandangan orang lain mengenai rencana itu. Anda boleh menggunakan laman perbincangan untuk menuliskan apa-apa soalan atau ulasan anda mengenai rencana itu. Jika timbulnya perselisihan mengenai kandungan dalam laman tertentu, anda boleh membincangkannya dalam laman perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu.
Apabila anda mengirim sesuatu dalam laman Perbincangan, atau laman Perbualan pengguna, anda harus menandatangani kiriman anda dengan empat tanda tilde, seperti ini: ~~~~ Ini secara automatik menjadi tandatangan anda, beserta cop masa.
Laman sejarah
Tiada apa yang lenyap buat selamanya dalam wiki! Anda boleh mengklik tab "Sejarah" di mana-mana rencana untuk melihat senarai setiap perubahan yang dibuat pada rencana itu. Klik mana-mana pautan dalam sejarah itu untuk melihat apa yang diubah dan siapa yang mengubahnya. Laman sejarah amat berguna jika anda perlu membetulkan rencana yang dilaku musnah.
Senarai pantau
Anda boleh menggunakan senarai pantau untuk memerhatikan mana-mana rencana. Ini adalah berguna jika anda telah menyunting sesuatu rencana, dan anda ingin melihat apa yang dilakukan padanya oleh orang lain.
Klik tab "pantau" di laman rencana untuk menambahkan rencana itu ke dalam senarai pantau anda. Apabila anda menyunting laman, anda juga boleh menandai kotak "Pantau laman ini".
Setelah laman itu diisi dalam senarai pantau anda, anda boleh mengklik pautan "Senarai pantau" di sudut kanan atas skrin anda. Ini akan memaparkan sejarah perubahan pada laman-laman yang tersenarai.