Fandom

BoBoiBoy Wiki

Bebola Api

413laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Bebola Api adalah kuasa utama BoBoiBoy Api yang sering digunakan untuk mencipta serangan atau kombo yang kuat.

Penggunaan

BoBoiBoy Api memulakan serangan ini dengan mengalirkan kuasa api ke tangannya lalu terciptalah kuasa api berbentuk bola yang membolehkannya untuk menyerang musuh dari jarak yang jauh ataupun mencipta gerakan yang baru.

Sejarah

Pada mulanya, serangan ini muncul sebahagian daripada video ucapan untuk menyambut tahun baru 2015 di mana BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Api dan menyerang Adu Du dan Probe yang ingin menghalang mereka untuk menyambut di kedai Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam.

Seterusnya, dalam Misteri Penjenayah Api, kuasa ini telah ditunjukkan secara rasmi apabila BoBoiBoy Api menyerang Adu Du dan Probe di dalam sebuah pembentung terbiar. Kemudian, dalam Bahaya BoBoiBoy Api!, kuasa ini paling banyak digunakan oleh BoBoiBoy Api untuk melakukan serangan dan kombo untuk menyerang kawan-kawannya.

Kuasa

  • Bebola Api Maksima: BoBoiBoy Api menghasilkan bebola api yang kecil, kemudian membesarkannya menjadi gergasi lalu menyerang musuh daripada atas.
  • Bebola Api, Bertubi-tubi: BoBoiBoy Api menghasilkan dua bebola api daripada kedua-dua tangannya dan kemudian berpecah menjadi banyak lalu dapat menyerang musuh dari atas secara bertubi-tubi.
  • Bebola Api Berkembar: BoBoiBoy Api menghasilkan dua bebola api lalu menyerang musuhnya daripada jarak yang jauh. Serangan ini digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Serangan Bebola Api: Sama seperti Bebola Api yang biasa, tetapi serangan ini dapat menyerang secara lontaran dari jarak yang jauh.
    • Serangan Bebola Api, Bertalu-talu: BoBoiBoy Api menjelmakan seberapa banyak bebola api dan diterapungkan di atas udara lalu menampar sebiji demi sebiji untuk menyerang musuh secara bertalu-talu.
  • Sepakan Penalti, Bebola Api: Serangan jarak jauh yang memerlukan BoBoiBoy Api untuk mengeluarkan Bebola Api kemudian menendangnya dengan teknik Tendangan Basikal ke arah musuhnya.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak