FANDOM


Bola Taufan
Bola Taufan
Penggunaan pertama: BoBoiBoy Musim 1, Episod 12
Mengandungi kuasa: Angin dan Taufan
Digunakan oleh: BoBoiBoy Taufan
Elemen: Taufan
Sasaran: Super Probe, Gaga Naz

Bola Taufan adalah salah satu kuasa BoBoiBoy Taufan.

Penggunaan

BoBoiBoy Taufan menghulurkan tangannya untuk mengumpulkan kuasa angin sebelum dipadatkan, lalu menghasilkan sebiji bola angin yang mampu melambungkan musuhnya ke udara atau digunakan sebagai serangan jarak dekat.

Sejarah

Teknik ini pertama kali digunakan oleh BoBoiBoy Taufan dalam Musim 1, Episod 12 untuk menyerang Adu Du dan Super Probe dengan melambungkan mereka ke udara dan sebagai teknik mempertahankan diri daripada serangan BoBoiBoy Halilintar. Manakala dalam Musim 1, Episod 13, BoBoiBoy Taufan menggunakan Bola Taufan terhadap Mukalakus yang lebih kuat daripada sebelumnya, sehingga menyebabkan robot itu terlambung ke udara.

Bebola Taufan

BoBoiBoy Taufan menggunakan Bebola Taufan

Sepanjang musim kedua teknik ini tidak ditampilkan oleh BoBoiBoy Taufan, bagaimanapun digunakan sekali dalam Musim 3, Episod 1 setelah Ejo Jo melepaskan Tembakan Tukaran Molekul ke arah Mukalakus tetapi sempat dihalang dengan teknik ini lalu menyebabkan tembakan Ejo Jo terserak ke merata tempat. Dalam BoBoiBoy: The Movie pula, BoBoiBoy Taufan menggunakan versi peningkatan dari teknik ini iaitu Bebola Taufan untuk menyerang Gaga Naz.

Trivia

  • Teknik ini mempunyai persamaan dengan Bola Kilat yang digunakan oleh BoBoiBoy Halilintar.
  • Teknik ini juga menyerupai Rasengan di mana penggunanya menyerang musuh dari jarak dekat secara tiba-tiba.