BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

BellBot ialah watak dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan sebuah Power Sphera bersaiz kecil yang digunakan oleh Cattus.

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Pada suatu hari, BellBot telah melarikan dirinya dari pemburu Power Sphera dan terhempas di Planet Gurunda. Kehadirannya disedari oleh Cattus, yang mana menjadi makhluk pertama yang ditemui BellBot di planet tersebut. Lalu Cattus membantunya untuk bersembunyi daripada pemburu Power Sphera. Namun walaupun Cattus telah membawanya pulang ke rumahnya, BellBot tetap dapat dikesan oleh pemburu itu. Maka dalam keadaan terdesak, BellBot memberikan Kuasa Pembesaran kepada Cattus supaya ia dapat mempertahankan dirinya dan keluarganya. Semenjak daripada pemberian kuasa itu, BellBot mula terikat di sekitar leher Cattus dan ia sentiasa menghadap ke belakang untuk menyamarkan dirinya sebagai loceng supaya tidak dapat dikesan oleh pemburu-pemburu Power Sphera.

BoBoiBoy Galaxy[]

BellBot mula-mula dikenali sebagai loceng yang tergantung di sekitar kolar Cattus oleh geng BoBoiBoy. Setelah pertempuran berakhir, dia memperkenalkan dirinya sebagai Power Sphera BellBot, yang mempunyai Kuasa Transformasi Pembesaran. BellBot memberitahu BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang dia tidak memberitahu identitinya pada perjumpaan pertama di malam sebelumnya kerana mempunyai anggapan bahawa BoBoiBoy dan kawan-kawan adalah pemburu Power Sphera jahat. Kemudian, BellBot menceritakan kisahnya bahawa Cattus merupakan makhluk pertama yang dijumpainya apabila sampai ke Planet Gurunda. BellBot sentiasa bersama dengan Cattus, dan disebabkan oleh BellBot sering diburu, Cattus diberikan Kuasa Pembesaran untuk melindunginya dari pemburu-pemburu itu. BoBoiBoy cuba mempelawa BellBot untuk mengikut mereka pulang tetapi ditolak kerana dia dan Cattus memerlukan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, akhirnya Cattus mengikuti mereka pulang kerana nampaknya Cattus menyukai akan BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Kuasa[]

Serangan
1/5
Pertahanan
1/5
Ketangkasan
2/5
Keberanian
5/5
Kelajuan
1/5


  • Kuasa Pembesaran: BellBot memiliki kuasa untuk membesarkan tuannya menjadi lebih besar, tetapi dengan satu saiz sahaja.
  • Kuasa Pengecilan: Di samping membesarkan, BellBot juga mampu mengecilkan sesuatu objek yang lebih besar.
  • Kuasa Pengembalian Saiz: BellBot boleh mengembalikan semula saiz sesuatu objek itu kepada saiz sebelum ia dikecilkan oleh BellBot.

Perwatakan[]

BellBot mempunyai saiz yang kecil dan menyerupai sebuah loceng seperti yang dipakaikan di leher haiwan peliharaan. Tangannya boleh dipanjangkan menjadi seperti seutas rantai. BellBot memahami pertuturan Cattus, dan akan bercakap kepada orang lain bagi pihaknya.

Trivia[]

  • Nama BellBot diambil dari perkataan "bell" yang bermaksud loceng, sesuai dengan rupanya yang berbentuk sebuah loceng kecil.
  • BellBot merupakan Power Sphera kedua yang mempunyai hubungan akrab dengan pemilik kuasa. Power Sphera pertama ialah Ochobot iaitu dengan BoBoiBoy.
  • BellBot sentiasa bercakap dengan suara kanak-kanak.
  • Poster BoBoiBoy Galaxy Card dan imbas kembali tentang kisah silam Cattus menunjukkan BellBot memiliki sepasang kaki. Ia mungkin tidak lagi digunakan selepas BellBot diikat di leher Cattus.
  • Selain membesarkan saiz, BellBot juga ditunjukkan boleh mengecilkan saiz objek seperti yang ditunjukkan dalam Misi Koloni Lanun.
  • Minuman kegemaran BellBot ialah air koko.
  • Warna kegemaran BellBot ialah kuning.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar BellBot

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Konsep seni[]

Video[]

Advertisement