Lagu "Bersedia" merupakan lagu tema penutup siri BoBoiBoy yang telah digubah. Lagu ini dinyanyikan oleh Hana Abdul Aziz dan diterbitkan oleh Yuri Wong dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (Hang on Tight).
Lirik Lagu
Versi TV
Jangan takutkan langit yang gelap
Ayuh beranikan diri sahaja
Kita hadapi semua bersama
Marilah, kita pergi mengembara
Inilah masanya, untuk bersuka ria
Jangan bimbang, jangan diragu-ragukan
Pasti 'kan teruja, biar ia bawa kau pergi
Bersedia
Pergi mengembara
Kini masanya
Bersedia (x2)
Versi Extended Finale
Marilah, kita pergi mengembara
Inilah masanya, untuk bersuka ria
Jangan bimbang, jangan diragu-ragukan
Pasti 'kan teruja, biar ia bawa kau pergi
Jangan takutkan langit yang gelap
Ayuh beranikan diri sahaja
Kita hadapi semua bersama
Bersedia
Cabaran, akan datang tak menduga
Dengan tidak dijangka, mana saja kita berada (berada)
Percayalah, aku di sini untukmu
Sepanjang perjalanan, bersama hingga akhirnya
Jangan takutkan langit yang gelap
Ayuh beranikan diri sahaja
Kita hadapi semua bersama
Bersedia
Pergi mengembara
Kini masanya
Bersedia
Dan akan ku janjikan, kau tak akan sendirian
Ku bersamamu seiringan, usahlah engkau bimbangkan
Kita harungi bersama, dan aku tak 'kan pergi
Bersedia
Pergi mengembara
Kini masanya
Bersedia
Bersedia