Fandom

BoBoiBoy Wiki

BoBoiBot

416laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

BoBoiBot merupakan sebuah robot yang dicipta oleh Adu Du yang berupa manusia dengan sepasang tangan dan kaki dan disertakan dengan sampel-sampel kuasa BoBoiBoy dengan misi untuk menghapuskan BoBoiBoy. BoBoiBot telah dimusnahkan oleh BoBoiBoy Halilintar menggunakan Belut Air Halilintar dalam Bangkit BoBoiBoy Air.

Sejarah

BoBoiBoy

Robot Pango & Raksasa Bawang

BoBoiBot.png

Pandangan pertama BoBoiBot.

BoBoiBot melakukan kemunculan sulungnya dalam penghujung episod ini setelah Adu Du kembali ke Markas Kotak untuk melengkapkan projeknya yang menggunakan enam sampel yang dikehendakinya – kuasa Halilintar, Taufan dan Gempa, rambut, air mata dan cap jari BoBoiBoy – untuk mencipta BoBoiBot!

BoBoiBot Bersedia

BoBoiBot menyerang balas.png

BoBoiBot menyerang balas!

Di Markas Kotak, Adu Du mengarahkan Probe untuk menjalankan ujian terakhir ke atas BoBoiBot sambil menyaksikannya dengan teliti. Mega Probe naik ke udara dan mula menyerang BoBoiBot. Semasa serangan, BoBoiBot berjaya mengelak dan menyerang balas terhadap Probe dengan Keris Petir. Probe direnjat dengan elektrik dan jatuh ke bawah. BoBoiBot dipuji oleh Adu Du lalu mereka mula menjalankan rancangan seterusnya.

Tidak lama kemudian, BoBoiBot datang ke pertunjukan "Siapakah Penjenayah Api?" oleh Adu Du dan Adu Du memberitahu kepada penduduk Pulau Rintis bahawa BoBoiBoy berasa penat dan tertekan sehingga tertukar menjadi BoBoiBoy Api. Jadi, Adu Du mencadangkan superhero baru yang akan menggantikan BoBoiBoy dengan ciri tak akan penat, tak perlu makan, tak perlu tidur dan tak akan tertekan untuk menggunakan kuasa api, lalu menyeru BoBoiBot. BoBoiBoy dan kawan-kawannya berasa marah lalu berlawan dengan BoBoiBot, tetapi BoBoiBot lebih berkuasa daripada BoBoiBoy, membuatkan mereka tewas dalam pertarungan tersebut.

Kemudian, Adu Du memerintahkan BoBoiBot untuk membuatkan BoBoiBoy tertekan dan bertukar menjadi BoBoiBoy Api. Selepas berjaya berbuat demikian, BoBoiBoy Api membaling Gegelung Api ke arah BoBoiBot, membuatkan BoBoiBot pula bertukar menjadi BoBoiBot Api 2.0. BoBoiBot Api membuatkan keadaan persekitaran menjadi panas dengan mengeluarkan Bebola Api 2.0 dan BoBoiBoy Api kalah apabila berubah menjadi biasa semula. Selepas mendapat arahan untuk menghentikan serangan, BoBoiBot berhenti dan berubah menjadi normal. Adu Du memberitahu kepada penduduk lagi bahawa BoBoiBot berupaya untuk mengawal kuasa api, namun BoBoiBoy tidak boleh mengawalnya. Akhirnya, semua penduduk melupakan BoBoiBoy dan mula menjadikan BoBoiBot sebagai hero baru di pulau mereka.

Bahagia Bersama BoBoiBot

Ketibaan BoBoiBot Api.png

Ketibaan BoBoiBot Api.

Semasa adegan kejar-mengejar antara Robot Pango dengan pihak polis, BoBoiBot tiba selepas Adu Du menghalang jalan Robot Pango. BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Api lalu menembak Robot Pango dengan Bebola Api 2.0, membuatkan Pango Robot termusnah. Setelah Rob, Robert dan Roberto Santana tercampak keluar, BoBoiBot mendapatkan mereka lalu membuatkan mereka berguling masuk ke dalam trak polis. Selepas trak polis bergerak, BoBoiBoy pula baru sampai dan Adu Du dan BoBoiBot mengejeknya kerana lewat lalu BoBoiBot dan Adu Du meninggalkan tempat kejadian.

Di Markas Kotak, BoBoiBot membantu membersihkan tempat di mana Adu Du menguji BoBoiBot. Dan kemudian, BoBoiBot membantu mengemaskinikan stor sukan Sekolah Rendah Pulau Rintis, menyebabkan Papa Zola berasa kagum dan teruja. BoBoiBoy yang turut berada di dalam stor diperli lagi oleh Adu Du dan BoBoiBot. BoBoiBoy yang berasa sangat marah dan mula mengeluarkan kuasa api ditangannya tetapi sempat dihentikan oleh Papa Zola dan keadaan kembali reda. Papa Zola turut berasa geram terhadap BoBoiBoy dan Adu Du yang bermula antara konflik mereka berdua. Untuk itu, Papa Zola mencadangkan jalan penyelesaian atas masalah mereka dengan membuat satu pertandingan iaitu Pertandingan Populariti Perwira Pulau Rintis (P.P.P.P.R) dan mereka pun bersetuju.

Pada keesokan harinya, BoBoiBoy dan BoBoiBot mula bersaing dalam membantu semua penduduk-penduduk untuk mendapatkan mata yang banyak, tetapi BoBoiBot berjaya mendapat seribu mata manakala BoBoiBoy hanya mendapat beratus-ratus mata. Selepas 1 minggu, Papa Zola mengumumkan pemenang bagi Pertandingan Populariti Perwira Pulau Rintis adalah BoBoiBot. Kemudian, BoBoiBot membantu membaiki bumbung rumah Gopal yang disebabkan kerosakan oleh Mama Zila tetapi sebelum meminta diri, BoBoiBot memberitahu yang pertolongannya bukan percuma lalu mengeluarkan resit pembayarannya dan mula mengugut akan menghukum penduduk yang tidak membayar.

2 minggu kemudian, Adu Du dan BoBoiBot sedang memungut duit pertolongan BoBoiBot di tanah lapang dari penduduk. Kemudian, BoBoiBoy datang meminta kepadanya untuk menghentikan perbuatannya namun tidak diendahkan oleh Adu Du lalu dia memaksa perasaan marah BoBoiBoy untuk menghentikan perbuatannya. Tetapi, BoBoiBoy dengan perasaan tenang dan yakin mula mengumpulkan elemen air lalu bertukar menjadi BoBoiBoy Air.

Kejutan BoBoiBoy Air

Bangkit BoBoiBoy Air

Kuasa

BoBoiBot Normal

BoBoiBot Halilintar

BoBoiBot Taufan

BoBoiBot Gempa

BoBoiBot Api 2.0

BoBoiBot Air 2.0

Rupa

BoBoiBot mempunyai rupa yang hampir sama dengan BoBoiBoy, tetapi dia tidak memakai pakaian. Besi yang terletak pada badannya berwarna jingga kemerah-merahan. BoBoiBot mempunyai dua antena kecil di atas bulu keningnya untuk berinteraksi dengan Adu Du dan kesemua bahagian yang boleh bergerak mempunyai besi robotik. Mata BoBoiBot berbentuk bulat dan berwarna kelabu manakala hidungnya pula berwarna kuning. Mulutnya sama seperti mulut robot.

Kemunculan

BoBoiBoy

Musim 3

Trivia

  • Pihak Monsta telah memuat naik sebuah video sebagai previu BoBoiBot pada 23 Februari 2015.
  • Setiap kuasa BoBoiBot adalah lebih kuat jika dibandingkan dengan kuasa-kuasa BoBoiBoy dan kuasa-kuasa tersebut disertakan dengan nombor "2.0" setiap kali ingin menyerang. Ini menunjukkan bahawa versi kuasanya lebih baru.
  • BoBoiBot merupakan satu-satunya watak yang mempunyai dua pelakon suara, iaitu Nur Fathiah Diaz dan Anas Abdul Aziz.
  • Tujuan Adu Du memberikan arahan kepada BoBoiBot untuk membuatkan BoBoiBoy berasa tertekan dan membuatkan dia bertukar menjadi BoBoiBoy Api adalah untuk memberitahu kepada penduduk Pulau Rintis bahawa BoBoiBoy adalah si penjenayah api yang melakukan kerosakan dan kebakaran. Juga untuk membuktikan bahawa BoBoiBot adalah wira yang lebih baik berbanding BoBoiBoy.
    • Akan tetapi, Adu Du kemudiannya menggunakan BoBoiBot untuk mendapatkan duit dari setiap penduduk Pulau Rintis untuk misi utamanya, iaitu menghapuskan BoBoiBoy.
  • Kelemahan BoBoiBot adalah air seperti yang diberitahu oleh Probe dalam Bahagia Bersama BoBoiBot.
    • Walau bagaimanapun dalam Bangkit BoBoiBoy Air, BoBoiBot mula menjadi kalis air setelah Adu Du memasukkan sampel kuasa air ke dalam BoBoiBot dan BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Air.
    • Rupa BoBoiBot Air yang gemuk mungkin disebabkan oleh air yang berlebihan dari Bebola Paus Air buatan BoBoiBoy Air atau disebabkan oleh pemerolehan elemen air dari BoBoiBoy (kerana pada asalnya BoBoiBoy Air juga mengalami masalah yang sama apabila pertama kali membuka kunci bagi kuasa air).

Galeri

Wiki-wordmark.png
BoBoiBoy Wiki mempunyai imej dan media yang berkaitan dengan BoBoiBot.

Video

Lihat Juga


v - e - d
Logo Baru BoBoiBoy.png
Media

BoBoiBoy | Apa Kata Yaya | BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Galaxy

Episod

BoBoiBoy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26
BoBoiBoy Galaxy: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10

Watak

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Multi-Monster | Makcik Yah | Pakcik Yah | BoBoiBoy Halilintar | Papa Zola | Raksasa Tidur | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Makcik Kantin | Robolabolabolabolabot Super King | PETAI | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Rob | Robert | Roberto Santana | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Mama Zila | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBot Halilintar | BoBoiBot Taufan | BoBoiBot Gempa | BoBoiBot Api | BoBoiBoy Air | BoBoiBot Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap | Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Cici Ko | Kurita | J-Rex | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar | MotoBot | Kapten Separo | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Laksamana Tarung

Tempat

Pulau Rintis | Tok Aba's Kokotiam | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Markas Kotak | Lorong Pak Senin Koboi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Ata Ta Tiga | Pulau Terapung | Planet Gurunda | Planet Dargha'ya

Lagu

BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Incik Boss dan Probe | BuBaDiBaKo | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS

Permainan

BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes

Lihat Juga

Movie Animation Park Studios

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak