BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


BoBoiBot ialah sebuah robot ciptaan Adu Du yang berupa manusia dengan sepasang tangan dan kaki. Ia dicipta dengan menggunakan sampel-sampel kuasa BoBoiBoy. BoBoiBot melakukan rasminya dalam Musim 3, Episod 17 dan akhirnya rosak pada Musim 3, Episod 20.

Teknik

Pertahanan

  • Mode, Pertahanan: Tanah Pelindung 2.0: Teknik pertanahan BoBoiBot yang hampir sama dengan teknik BoBoiBoy, namun jauh lebih kukuh dan kuat kerana ianya diperbuat daripada logam.

Serangan

Jelmaan-jelmaan

BoBoiBot Halilintar
BoBoiBot Taufan
BoBoiBot Gempa
BoBoiBot Api 2.0/BoBoiBot Blaze
  • Serangan utama: Bebola Api 2.0/Cakera Api 2.0
  • Kemunculan sulung: Musim 3, Episod 17/Akan Datang
Mod, BoBoiBot Air 2.0/BoBoiBot Ais
  • Serangan utama: Bebola Air 2.0/Meriam Pembeku 2.0
  • Kemunculan sulung: Musim 3, Episod 20/Akan Datang

Rupa

BoBoiBot mempunyai rupa yang hampir sama dengan BoBoiBoy, tetapi dia tidak memakai pakaian. Besi yang terletak pada badannya berwarna jingga kemerah-merahan. BoBoiBot mempunyai dua antena kecil di atas bulu keningnya untuk berinteraksi dengan Adu Du dan kesemua bahagian yang boleh bergerak mempunyai besi robotik. Mata BoBoiBot berbentuk bulat dan berwarna kelabu manakala hidungnya pula berwarna kuning. Mulutnya sama seperti mulut robot.

Kemunculan BoBoiBot

Musim 3

BoBoiBoy Galaxy

Trivia

  • Walaupun kuasa-kuasa BoBoiBot sama dengan BoBoiBoy, tetapi kuasanya lebih kuat jika dibandingkan dengan kuasa BoBoiBoy.
  • Setiap kali BoBoiBot ingin menyerang, dia akan menambah nombor "2.0". Ini menunjukkan bahawa versi kuasanya lebih baru.
  • Kelemahan BoBoiBot adalah air seperti yang dinyatakan oleh Probe pada episod 18. Air adalah satu elemen yang boleh merosakkan bahan elektrik atau pun minyak seperti bahan robotik yang sama seperti BoBoiBot. Jadi, Adu Du sentiasa berhati-hati agar BoBoiBot tidak terkena air dan menyebabkannya rosak supaya rancangannya tidak rosak. Namun, pada akhirnya BoBoiBot rosak pada episod 20 setelah diserang dengan teknik kombo Belut Air Halilintar oleh BoBoiBoy Air dan Halilintar.
  • Selepas kerosakan BoBoiBot episod 20, BoBoiBot sudah tidak kelihatan lagi dalam episod seterusnya. Jadi, masih tidak diketahui sama ada BoBoiBot akan muncul semula dalam BoBoiBoy Galaxy ataupun tidak...
Advertisement