BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
BoBoiBoy Bounce Blast

BoBoiBoy: Bounce & Blast (BoBoiBoy: Lompat & Serang) adalah permainan yang dibuat oleh Next Evolution. Permainan ini telah dilancarkan dan boleh mula dimuat turun daripada Google Play Store dan Apps Store.

Penerangan rasmi[]

BoBoiBoy merupakan siri animasi Malaysia yang dihasilkan oleh pihak Animonsta Studios, yang memfokuskan kepada seorang budak lelaki yang mempunyai kuasa super dan kebolehan untuk berpecah menjadi tiga dan dia berjuang untuk melindungi Bumi dari makhluk asing yang bernama Adu Du dengan ancaman yang bertujuan untuk menakluk Bumi dalam memburu biji koko.

Penerangan: 

  • Gunakan pelbagai kuasa elemental BoBoiBoy untuk mengalahkan pelbagai jenis musuh daripada menakluki kampung halamannya, Pulau Rintis.
  • Main permainan arked serba cepat dengan pelbagai pulasan dan cabaran.
  • Terdiri 3 bab dengan 30 peringkat setiap bab. Mulakan dengan TOK ABA'S KOKOTIAM, yang kedua DUNIA MIKRO dan terakhir ialah KAPAL ANGKASA ADU DU.
  • Mempunyai permainan mini pada akhir setiap peringkat yang mana anda boleh mendapatkan koko tambahan.
  • Gunakan jenis BoBoiBoy yang berbeza dengan kekuatan dan kelemahan mereka sendiri untuk mengalahkan musuh-musuh di setiap peringkat.
  • Cabar bos yang paling sukar dari siri animasi BoBoiBoy.
  • Mengembara sekitar pelbagai peringkat dengan latar belakang yang biasa dari siri ini.
  • Apa yang kamu tunggu sekarang!! Muat turun dan marilah kita mengalahkan Adu Du dan kumpulan mereka.

Disyorkan[]

  • Peranti yang disyorkan: Tablet atau telefon pintar dengan 1 GB RAM.
  • Keperluan yang disyorkan: Memori RAM 1GB, pemproses Quad-core 1.0 GHz di atas dan HARD DISK 500 MB di bawah.

Kemas kini[]

Permainan ini telah dikemas kinikan pada 1 Disember 2016. Apa yang baru pada permainan ini adalah seperti yang berikut:

  • Bertemu dengan Terra, Coral dan Oake, Superhero Elemen OLDTOWN.
  • Main permainan mini kami yang unik dengan watak OLDTOWN.
  • Dapatkan lebih banyak koko dalam permainan mini baru.
  • Mengumpul pelbagai jenis makanan OLDTOWN.
  • Menambah permainan gamepad terhad.
Advertisement