BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Bersama Kita Berjuang!"
— Slogan kata filem

BoBoiBoy: The Movie ialah filem yang telah ditayangkan di pawagam Malaysia dan Brunei bermula daripada 3 Mac 2016 dan 18 Mac 2016 di pawagam Singapura serta 13 April 2016 di pawagam Indonesia. Filem ini merupakan filem pertama yang telah dihasilkan oleh Animonsta Studios.

Tarikh Tayangan

Mengikut perancangan asal, filem ini akan ditayangkan di pawagam pada akhir tahun 2014, tetapi telah ditunda kepada bulan Mac 2015 dan ditunda sekali lagi kepada bulan November 2015 menurut Majalah Komik BoBoiBoy. Kemudian, ditunda lagi kepada bulan Mac atau April 2016 menurut Facebook BoBoiBoy.

Pada 21 Disember 2015, Animonsta Studios telah mengumumkan tarikh tayangan secara rasmi melalui Facebook BoBoiBoy, iaitu pada 3 Mac 2016. Pada 30 Disember 2015, Animonsta Studios telah mengumumkan pula tarikh tayangan di pawagam Indonesia iaitu pada 13 April 2016. Pada 18 Mac 2016, pihak Monsta telah mengumumkan tarikh tayangan di Singapura iaitu pada 18 Mac 2016.

Sinopsis

Rakan robot BoBoiBoy, Ochobot, telah diculik oleh sekumpulan pemburu Sfera Kuasa makhluk asing bernama Tengkotak dengan tujuan menggunakan Ochobot untuk mencari Klamkabot, sebuah Sfera Kuasa purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di bumi. BoBoiBoy dan rakan-rakan kini perlu berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan mendedahkan rahsia disebalik misteri Sfera Kuasa. Perjalanan mereka akan membawa mereka melalui pengembaraan yang penuh dengan aksi, komedi dan adegan-adegan yang menarik.

Plot

Filem ini bermula dengan sekumpulan alien jahat bernama Tengkotak cuba menangkap Sfera Kuasa generasi pertama, Klamkabot. Pasukan ini diketuai oleh Bora Ra dan konco-konconya ialah Gaga Naz, Yoyo Oo, Kiki Ta, serta pembantunya Cici Ko. Mereka ingin menangkap Klamkabot untuk mengambil kuasanya untuk niat yang jahat. Klamkabot cuba melarikan diri dari buruan pasukan Tengkotak dengan kelajuan maksima bagi melepaskan diri. Namun akhirnya dia berjaya ditangkap dengan bantuan robot-robot kuning milik Tengkotak. Bora Ra pun tertawa kerana kini dia berjaya menangkap Klamkabot. Tetapi sesuatu berlaku apabila Kiki Ta mengesan kuasa teleportasi yang sangat tinggi. Klamkabot menggunakan kuasa teleportasinya yang menyebabkan dirinya serta pulau tempat persembunyiannya hilang dalam sekelip mata.

Pada masa yang sama di Planet Bumi, seorang nelayan yang sedang memancing ikan di laut terkejut melihat sebuah objek gergasi keluar dari permukaan laut kerana objek yang dilihatnya adalah sebuah pulau terapung.

Keesokan harinya merupakan hari perkhemahan BoBoiBoy bersama kawan-kawannya. Ochobot, kawan robot BoBoiBoy yang juga merupakan Sfera Kuasa generasi kesembilan, mengejutkannya kerana mereka akan terlambat nanti. Yaya dan Ying menghubungi BoBoiBoy melalui Jam Kuasa untuk mengingatkannya tentang perkhemahan sekali lagi. Gopal juga ada mengingatkan rakan baiknya itu melalui tingkap bilik air. Apabila BoBoiBoy dan Ochobot dalam perjalanan mereka ke tempat perkemahan, BoBoiBoy terlihat pihak polis sedang mengejar sekumpulan perompak, dan mendedahkan adalah sebahagian daripada kes rompakan. Daripada pergi ke tempat perkemahan, dia memutuskan untuk menangkap perompak dan meninggalkan Ochobot.

BoBoiBoy akhirnya berjaya membantu pihak polis memberkas Geng RDB atau lebih dikenali sebagai Geng Rompak Dobi Bersiri. Dia pergi ke warung Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam dan terlupa tentang perkhemahan dengan rakan-rakannya. Apabila Tok Aba bertanya kepada cucunya tentang perkhemahan, dia cemas dan segera pergi ke perhentian bas di mana kawan-kawannya sedang menunggunya. Sementara itu di angkasa, Bora Ra sedang mendengar penjelasan Yoyo Oo tentang Klamkabot yang telah teleport ke Planet Bumi namun gagal untuk mendapatkan lokasi yang tepat. Bora Ra menjadi marah dan mengugutnya untuk mencari lokasi tersebut atau keluar dari kapal angkasa itu. Yoyo Oo cemas dan takut jadi cuba mencari sedaya upaya, sehinggalah dia terjumpa isyarat Sfera Kuasa tetapi berbeza dengan isyarat Klamkabot. Yoyo Oo menjelaskan pula kepada kaptennya bahawa lokasi Klamkabot telah ditemui.

Di perhentian bas, BoBoiBoy sampai di hadapan kawan-kawannya yang sedang kecewa atas kelewatan BoBoiBoy, terutamanya Ochobot. BoBoiBoy meminta maaf tetapi kawan-kawannya tidak menerimanya dan BoBoiBoy disuruh untuk mengemas semua barang di situ. Pada masa yang sama BoBoiBoy bertemu dengan Papa Zola yang melalui di situ lalu mencadangkan kepadanya untuk berbuat sesuatu bagi menebus kesalahannya terhadap rakan-rakannya. BoBoiBoy bersetuju dengan cadangannya lalu mengikut Papa Zola untuk mencadat sotong pada hari berikutnya. Lalu keesokan harinya, BoBoiBoy memberitahu rakan-rakannya mengenai rancangan mencadat sotong bersama Kebenaran, namun mereka langsung tidak tertarik dengan rancangan itu. Tiba-tiba, Tengkotak tiba di Taman Pulau Rintis dan menuntut BoBoiBoy untuk memberikan Sfera Kuasa. Bora Ra membuat helah untuk merampas Ochobot, dan membuatkan BoBoiBoy bertarung dengan Gaga Naz. Gaga Naz berjaya mengalahkan BoBoiBoy tetapi gagal mengalahkan Yaya, Ying dan Gopal jadi Bora Ra menggunakan Kuasa Lohong Hitam dan telah memusnahkan sebahagian di Taman Pulau Rintis. Ochobot akhirnya dibawa oleh Tengkotak untuk mengesan lokasi Klamkabot dan Adu Du dan Probe turut berjaya menyertai Tengokotak tanpa ditemuduga. Pada masa yang sama, Fang sampai ke warung Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam tepat pada jam 9 pagi.

Sementara itu, Papa Zola sedang mengambil gambar dirinya di Jeti Pulau Rintis dan dikejutkan oleh kedatangan BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Mereka meminta bantuan Papa untuk mencari Ochobot yang telah diculik. Mereka pun mencari petunjuk mengenai Pulau Terapung, yang terletak berhampiran dengan rumah api. Mereka menaiki bot dan menuju ke arah lokasi rumah api tersebut. Di kapal angkasa Tengkotak, Adu Du dan Probe menanya Bora Ra kalau mereka tidak takut BoBoiBoy akan datang untuk menyelamatkan kawannya, Ochobot. Bora Ra berasa geli hati apabila mendengar BoBoiBoy menganggap Ochobot sebagai kawan lalu Probe menyamakan mereka berdua seperti dirinya dan Adu Du berkawan. Ahli-ahli Tengkotak yang lain turut geli hati dan ketawakan mereka, menaikkan angin Adu Du. Adu Du dan Bora Ra hampir mencabar antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, cabaran tersebut terhenti apabila Bora Ra mendengar bahawa BoBoiBoy sedang menuju ke arah mereka. Jadi, Bora Ra memberikan Kurita kepada Adu Du dan Probe lalu mencampak mereka ke dalam laut bersama sotong itu.

Sementara itu, Papa Zola menyedari bahawa Adu Du semakin dekat. BoBoiBoy menyuruh Ying untuk melajukan bot menggunakan kuasanya. Akhirnya mereka semakin dekat dengan Adu Du dan Probe dan mengajukan soalan di mana Ochobot berada. Kurita yang telah terkena air laut berubah menjadi saiz yang amat besar dan menyerang BoBoiBoy dan yang lain. Mereka cuba untuk mengalahkan Kurita tetapi gagal. Bot berjaya melarikan diri dari Kurita dengan Adu Du dan Probe memaut padanya untuk menumpang bot. Bot akhirnya tiba di Pulau Terapung dan Fang menganggap bahawa dia berjaya menyelesaikan sotong gergasi itu, tetapi tiba-tiba sotong itu menyerang mereka lagi. Yaya segera mengangkat bot namun Kurita terbang ke arah mereka. Papa Zola melemparkan Gopal ke arah sotong dan mengarahkannya untuk menukar sotong tersebut menjadi makanan, di mana ketakutan Gopal meningkat menjadi 100 peratus dan dia berjaya menukarkannya.

Mereka meneruskan perjalanan dengan berjalan di dalam hutan di pulau itu, sambil Papa Zola memakan sotong goreng tepung yang ditukarkan oleh Gopal tadi. Pada waktu malam, mereka berkhemah di dalam hutan sementara menunggu waktu pagi. Sementara itu, Yoyo Oo masih memantau pergerakan Ochobot sehingga Klamkabot muncul dan menyerang Ochobot, memutuskan hubungan kawalan itu. Pada masa yang sama, Gaga Naz juga menyedari bahawa BoBoiBoy sudah hampir tiba ke arah mereka. Akibatnya, Bora Ra menukar strategik dengan mengarahkan Yoyo Oo untuk melepaskan J-Rex. Kembali di tempat perkhemahan, BoBoiBoy dikejutkan oleh panggilan Ochobot pada jamnya lalu turut mengejutkan rakan-rakannya. Jadi mereka membuat keputusan untuk mencari dan menyelamatkan Ochobot "sekarang" juga tanpa Papa Zola, Adu Du dan Probe. Selepas mereka tiba di penghujung jalan, BoBoiBoy dan kawan-kawannya lompat ke pintu masuk gua. Lalu Ying membawa rakan-rakannya ke tempat keberadaan Ochobot di dalam gua tersebut.

Pada masa yang sama, Papa Zola telah bangun dari tidur dan mendapati semua orang tiada di situ. Kemudian dia terlihat perbuatan Adu Du dan Probe yang cuba melarikan diri. Papa Zola menghentikan mereka lalu menanya tindakan mereka. Adu Du dan Probe memperdayakan Papa dengan berkata bahawa Tengkotak telah menculik BoBoiBoy dan kawan-kawan lalu Papa berikrar untuk menyelamatkan anak-anak muridnya. Di dalam gua, BoBoiBoy dan kawan-kawannya mendapati Ochobot sedang dilakukan sesuatu oleh Klamkabot jadi BoBoiBoy berubah dan menyerang Klamkabot. Fang mengesyaki bahawa dia adalah ahli Tengkotak, dan Ochobot menghentikan mereka daripada menyerang Klamkabot. Mereka akhirnya mendengar sejarah Klamkabot dan Tengkotak daripada Planet Ata Ta Tiga. Namun, Bora Ra menjumpai lokasi mereka dan menyerang mereka. Mereka semua melarikan diri dengan bantuan Klamkabot.

Adu Du dan Probe terus memperdayakan Papa Zola dengan merasa tanah untuk menjejaki BoBoiBoy dan kawan-kawan. Namun, Papa akhirnya mengetahui bahawa dia sedang disandiwarakan oleh dua alien itu. Papa Zola menjadi marah dan menanya mereka di mana anak-anak muridnya berada. Adu Du menjawab bahawa mereka dihubungi oleh Ochobot dan mereka segera mencari Ochobot. Belum sempat menghabiskan jawapan, mereka mendapat serangan mengejut oleh J-Rex, iaitu jerung gergasi yang bertangan dan berkaki. J-Rex mengaum sekuat hati lalu membuatkan Papa mengeluarkan jeritan. Sementara itu, Klamkabot menyuruh Gopal, Yaya dan Ying serta Fang untuk naik ke dalam sebuah bekas besar dan mereka segera berbuat demikian sementara BoBoiBoy yang mendakap Ochobot tergesa-gesa melarikan diri dan akhirnya berjaya menaiki ke dalam bekas itu dengan bantuan Fang. Kemudian, Klamkabot membawa mereka ke suatu tempat. Kembali di hutan, Papa, Adu Du dan Probe berusaha sedaya upaya untuk melarikan diri dari J-Rex sehingga terguling-guling di jurang.

BoBoiBoy dan kawan-kawannya dibawa oleh Klamkabot ke Lab Sfera Kuasa. Tetapi, Bora Ra dan Gaga Naz mengekori mereka dan menyerang mereka lagi. Selepas mereka berhadapan dengan Bora Ra dan Gaga Naz, Klamkabot melemparkan mereka ke platform dan memesan kepada Ochobot supaya tidak melupai misinya. Sementara itu, Papa Zola, Adu Du dan Probe sempat berpegang pada masing-masing daripada jatuh di akhir bukit. J-Rex yang masih mengejar mereka turut tergelincir dan hampir jatuh ke dalam gaung, tetapi jerung itu diselamatkan oleh Papa Zola dan berkata "Kebenaran tak pernah biarkan sesiapapun terjatuh". Di Lab Sfera Kuasa, Gaga Naz menjumpai BoBoiBoy dan kawan-kawannya lalu menyerang mereka dengan menghidupkan segala mesin di situ. Yaya dan Ying membantu rakan-rakannya dengan kuasa mereka sementara Gaga Naz segera melepaskan tembakan ke arah BoBoiBoy, Gopal dan Fang dan secara tidak langsung memusnahkan platform. Pada masa yang sama Bora Ra telah berjaya menangkap Klamkabot dan akhirnya mereka kembali ke kapal angkasa. Tanpa diketahui mereka, BoBoiBoy dan kawan-kawannya masih lagi bersembunyi di bawah runtuhan platform.

Sementara itu, J-Rex mula menjadi jinak selepas peristiwa dia diselamatkan oleh Papa Zola. Papa Zola menunggang J-Rex untuk mencari BoBoiBoy dan yang lain bersama Adu Du dan Probe dan apabila Adu Du enggan, Papa mengugut mereka dengan menyeru jerungnya untuk membaham mereka dan membuatkan Adu Du dan Probe cuak. Sejurus kemudian, mereka terperasan akan kehadiran Bora Ra dan Gaga Naz yang sedang terbang di udara dengan membawa Klamkabot. Papa Zola berpendapat bahawa mereka mengetahui keberadaan anak-anak muridnya lalu mencadangkan untuk mengekori mereka. Sekali lagi Adu Du enggan, tetapi berubah fikiran apabila diugut lagi dengan bahaman J-Rex. Di kawasan tanah lapang, Yoyo Oo menyediakan gerbang sedutan kuasa untuk menahan Klamkabot lalu mengaktifkannya dan mencuri segala tenaga dan kuasanya. Adu Du, Probe dan Papa yang berada di belakang kapal angkasa Tengkotak cuba menghancurkan pintu kapal namun gagal kerana kulit kapal itu adalah keras. Lalu J-Rex menggigit pintu dengan mudah dan mereka memasuki ke dalam kapal.

Sebaik sahaja BoBoiBoy dan kawan-kawannya tiba di hadapan pintu Lab Sfera Kuasa, beberapa robot kecil keluar dari pintu dan mengimbas Ochobot. Selepas mendapat pengesahan, pintu lab dibuka dengan sendiri. Mereka memasuki ke dalam makmal dan disambut oleh Sistem Lab Sfera Kuasa. Sistem tersebut menyediakan tempat untuk Ochobot menaik taraf lalu ia bermula dengan serta-merta. Klamkabot masih lagi diseksa oleh Tengkotak. Selepas dinaik taraf, Ochobot mempunyai penampilan yang baru dan amat canggih. Tiba-tiba, sistem memberitahu mereka bahawa kuasa teleportasi telah sedia untuk digunakan. Bora Ra dan Yoyo Oo yang melihat bekas terkejut apabila melihat ia adalah kosong. Sistem memberitahu mereka bahawa misi Ochobot yang sebenarnya melarikan diri dengan menggunakan kuasa teleportasi ke tempat yang lebih jauh dari Tengkotak untuk memastikan kuasa tersebut selamat. BoBoiBoy menjadi sedih dan bertanya jika ada cara lain tetapi sistem menyuruh Ochobot untuk teleport sekarang sebelum dia dikesan oleh Tengkotak. Kemudian, Yoyo Oo menghubungi BoBoiBoy dan mendapati bahawa Ochobot belum melarikan diri lagi. Bora Ra marah dan menuntut Ochobot untuk memberikan kuasanya atau Papa Zola, Adu Du dan Probe akan dicederakan. BoBoiBoy amat berat hati untuk memberikan Ochobot kepada Tengkotak tetapi akhirnya BoBoiBoy dan kawan-kawannya teleport ke lokasi Tengkotak lalu menyerahkan Ochobot kepada mereka seperti yang dirancang.

Tetapi malangnya, Bora Ra telah merampas Kuasa Teleportasi dengan cara kasar dan mencampaknya begitu sahaja ke bawah. Tetapi sebelum kematian Ochobot, dia sempat menyalurkan tenaga terakhirnya kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk mereka menaik taraf kuasa mereka. Ini membolehkan BoBoiBoy untuk meningkatkan kuasa elemen Api dan Air kepada Blaze dan Ais dan mampu mengalahkan Bora Ra dengan bantuan kawan-kawannya. Sementara itu, Papa Zola, Adu Du dan Probe ditangkap oleh Yoyo Oo dan Kiki Ta. Sebelum Kiki Ta menembak mereka, J-Rex tiba di situ dan mengugut Kiki Ta tetapi Adu Du berusaha melepaskan diri dan mempertahankan Kiki Ta yang berjaya menawan hati Kiki Ta. Namun tidak menjadi apabila Adu Du meminta bantuannya selepas tangannya digigit oleh J-Rex. Sementara itu, Bora Ra menggunakan Kuasa Teleportasi untuk melarikan diri, tetapi gagal kerana Adu Du telah memberikan koordinat palsu kepadanya. Akhirnya, BoBoiBoy mampu untuk menyerang Bora Ra sehingga dia memasuki ke dalam Lohong Hitam buatannya sendiri.

Kemudian keadaan kembali tenang dan BoBoiBoy bersedih di atas kematian Ochobot. Tetapi Ochobot bangkit dan menjelaskan bahawa Klamkabot sempat menyalurkan kesemua kuasa dan tenaganya untuk menghidupkannya semula. Lalu BoBoiBoy dan Papa Zola serta yang lain berwefie bersama-sama, tetapi mereka dikejutkan oleh J-Rex. Papa Zola memperkenalkannya kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Akhirnya, Cici Ko mendedahkan identiti dirinya yang sebenar kepada BoBoiBoy dan yang lain iaitu pengintip dalam Tengkotak untuk mengintip setiap pergerakan mereka. Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada hero-hero itu dan berlepas ke angkasa.

Kredit akhir menunjukkan BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Ying, Ochobot, Papa Zola, Adu Du, Probe dan J-Rex pulang kembali ke Pulau Rintis dan Cici Ko pula memenjarakan ahli-ahli Tengkotak.

Watak dan Pelakon Suara

Watak Pelakon suara
BoBoiBoy Nur Fathiah Diaz
Fang Wong Wai Kay
Gopal Dzubir Mohammed Zakaria
Yaya Nur Sarah Alisya Zainal Rashid
Ying Yap Ee Jean
Ochobot Muhammad Fathi Diaz
Tok Aba Anas Abdul Aziz
Papa Zola Nizam Razak
Terra Muhammad Fathi Diaz
Coral Nadia Nazir
Oake Wong Pak Lin
Adu Du Anas Abdul Aziz
Probe Anas Abdul Aziz
Klamkabot Usamah Widiatmoko
Bora Ra Azman Zulkiply
Gaga Naz Mohammad Azmir Selamat (AG)
Yoyo Oo Anas Abdul Aziz
Kiki Ta Chan Su Ling
Cici Ko Anas Abdul Aziz

Kredit

  • Disokong oleh: Multimedia Development Corporation & Finas
  • Diedarkan oleh: Primeworks Studios
  • Diarah oleh: Nizam Razak
  • Ditulis oleh: Nizam Razak dan Anas Abdul Aziz
  • Pengarah Produksi: Kee Yong Pin
  • Pengarah Pelakon Suara: Ezdiani Ahmad Fawzi
  • Pengarah Seni: Safwan Karim
  • Dibintangi: Nur Fathiah Diaz, Nur Sarah Alisya Zainal Rashid, Dzubir Mohammed Zakaria, Yap Ee Jean, Wong Wai Kay, Muhammad Fathi Diaz, Azman Zulkiply, Usamah Widiatmoko, Chan Su Ling, Anas Abdul Aziz dan Nizam Razak
    • Menampilkan: Fara Fauzana (Hot FM) dan Mohammad Azmir Selamat (AG) (Hot FM)
  • Muzik oleh: Yuri Wong
  • Seni Konsep: Azalil Aizat, Haireey Hashnan, Hilman Muhamad dan Fakeez Adnan
  • Ketua Pemodel Watak: Zamri Mustapha
  • Pemodel Watak: Nurul Amanina dan Sharifa Sarah
  • Ketua Animasi: Noriman Saffian dan Rashdan Fahirurazi
  • Juru Animasi: Nazrul Hadi, Hafiz Ashraf, Muhammad Zharif Fikri, Mohd Asfian, Raja Nukman, Ferdiawan Gunarto, Husna Faizal dan Ahmad Syarqawi
  • Pereka Set: Faszirul Azzery dan Ahmad Fadzil
  • Ketua Rendering: Ho Che Seund dan Muhammad Khairul Aladin
  • Ketua Penggubahan: Muhammad Akid Jamel dan Nurasyikin Abdul Khalit
  • Penggubah: Wu Chyntia, Farhana Zainal Abidin, Rizki Pratama Novianto, Dzulkifli Ehsan dan Yasmin Khairudin
  • Pereka Audio: Usamah Widiatmoko, Behrooz Zandi Tavasol, Mohd Mustazza dan Shamir Supaat
  • Pereka Produksi: Nurul Izzatuleffa dan Rashid Zakaria
  • Acara & Barangan: Ilyana Ramlan dan Mohd Shaffie Ramli
  • Jenama & Pemasaran: Faiz Zainal Aabidin, Ehsan Azaruddin, Adelia Citra Hapsari dan Weng Lok Yim
  • Pengurusan & Kewangan: Nur Syahirah Ariffin, Meldanovita Umar, Wan Mazlinda dan Zuraidah Ahmad

Produksi

Nizam Razak menyatakan bahawa filem ini menelan belanja sebanyak RM5 juta, dan beliau menggambarkan ianya sebagai "nilai yang besar". Filem ini dibuat dalam tempoh dua tahun. Proses memasukkan suara juga mula dilakukan sejak awal pembikinan filem ini lagi sehingga ia selesai akhir tahun lalu. Filem ini mendapat sokongan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), dan Pusat Kandungan Kreatif Animasi Malaysia (MAC3). 70 pekerja telah digunakan untuk menghasilkan filem ini. Tempoh masa asal bagi filem ini adalah 160 minit, tetapi ia telah dipendekkan kepada 100 minit untuk menepati piawaian filem kanak-kanak.

Lagu Tema

Promosi

Animonsta Studios mengumumkan projek filem BoBoiBoy pertama mereka, BoBoiBoy: Sfera Kuasa pada Jun 2013 yang dirancang untuk ditayangkan pada 2014. Namun, projek itu tertangguh seketika dan diumumkan waktu penayangan pada akhir tahun 2015 dalam teaser rasmi mereka di YouTube yang disiarkan pada 16 Februari 2015. Selepas 7 bulan, Animonsta Studios menyiarkan trailer rasmi mereka di YouTube, yang menyatakan bahawa filem ini akan ditayangkan pada 2016. Dalam trailer tersebut, BoBoiBoy: The Movie telah menjalankan kerjasama dengan Bunkface dan dua DJ AMKrew Hot FM, Fara Fauzana dan AG Hot FM. Trailer kedua telah disiarkan pada 3 Februari 2016 di laman YouTube rasmi Monsta.

Pada 21 Disember 2015, Animonsta Studios secara rasminya telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk pawagam Malaysia di akaun Facebook rasmi mereka iaitu 3 Mac 2016. Tarikh tayangan di pawagam Indonesia telah diumumkan pada 30 Disember 2015 iaitu 13 April 2016. Pada bulan Februari 2016, Animonsta Studios mengeluarkan trailer rasmi kedua mereka di YouTube.

Animonsta Studios akan mempromosikan filem ini di Tokyo Anime Award Festival 2016 pada Mac 2016. Mereka sedang dalam perbincangan untuk membawa filem ini ke Kazakhstan. Terdapat juga rancangan untuk membawa filem ini ke negara terdekat seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja yang menunjukkan minat mereka terhadap filem ini.

Pencapaian

BoBoiBoy: The Movie telah mendapat sambutan yang amat luar biasa di Malaysia. Pada hari pertama tayangan iaitu 3 Mac, BoBoiBoy: The Movie telah mengutip lebih daripada RM 500,000 sekaligus membolehkan BoBoiBoy: The Movie menempa nama di Malaysian Book of Records sebagai kutipan hari pertama paling tinggi di Malaysia. Kebanyakan pawagam juga penuh dan tiket-tiket habis awal. Selepas 11 hari, filem ini menjadi filem animasi Malaysia paling laris selepas mengutip lebih RM 8 juta mengalahkan Geng: Pengembaraan Bermula yang mengutip RM 6.3 juta. Filem ini mencapai sasaran untuk pasaran Malaysia selepas mengutip RM 13 juta selepas 17 hari.

Jumlah Hari Tayangan Kutipan Kumulatif
1 hari (3 Mac) RM 500,000
2 hari (4 Mac) RM 1 juta
3 hari (5 Mac) RM 2 juta
4 hari (6 Mac) RM 3.2 juta/RM 3.5 juta
9 hari (11 Mac) RM 5 juta
11 hari (13 Mac) RM 8 juta
12 hari (14 Mac) RM 8.5 juta
14 hari (16 Mac) RM 10 juta
15 hari (17 Mac) RM 10.5 juta
17 hari (19 Mac) RM 13 juta
20 hari (22 Mac) RM 14 juta
27 hari (30 Mac) RM 15 juta
40 hari (11 April) RM 16 juta

Masa Hadapan

Selepas filem ini, terdapat rancangan untuk membuat dua lagi filem BoBoiBoy, dan Nizam Razak menyatakan bahawa mereka telahpun mempunyai idea untuk filem kedua mereka.

Trivia

  • Filem ini merupakan movie BoBoiBoy 3D terbaru yang pertama yang akan dikeluarkan oleh Animonsta Studios.
  • Filem ini mendapat promosi yang sangat besar di stesen-stesen televisyen Media Prima, sehingga ikon "BoBoiBoy: The Movie Kini Di Pagawam" diletakkan di sebelah kiri atas pada hampir setiap masa di TV3, NTV7, 8TV dan TV9.
  • Sedutan 15 minit pertama boleh ditonton di Portal Dalam Talian TonTon dan pernah ditayangkan di TV3 dan TV9.
  • Projek filem ini telah dirancang sejak pengeluaran siri TV itu sendiri. Tetapi kemudian siri ini telah dihasilkan dahulu kerana bagi memperkenalkannya kepada orang ramai.
  • Tarikh tayangan filem adalah pada 3 Mac 2016, yang dilihat dalam trailer di hadapan Musim 3, Episod 22 rasmi video YouTube.
  • Tarikh siaran pertama telah diramalkan pada 26 November 2015, tetapi telah ditukar pada 3 Mac 2016 bagi mengelakkan persaingan tayangan filem.
  • Filem ini mengambil masa 3 tahun untuk diselesaikan dengan menelan kos RM5 juta.
  • Trailer rasmi filem mengandungi sarikata Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.
  • Ini adalah kali pertama BoBoiBoy dilihat tanpa topinya, menurut video eksklusif "Sneak Peek" dan Trailer #2, di mana dia kehilangan topinya sebanyak dua kali.
  • Filem ini memperkenalkan musuh BoBoiBoy yang paling kuat iaitu Tengkotak.
  • Tayangan gala perdana filem ini telah diadakan pada 20 Februari 2016 di Golden Screen Cinemas Pavillion, Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Terdapat juga beberapa tayangan awal untuk BoBoiBoy: The Movie pada 27 Februari 2016 di GSC IOI City Mall, Putrajaya dan GSC Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
  • Di Indonesia, perdana gala ini filem ini telah diadakan pada 11 April 2016 di Jakarta.
  • Tayangan di Indonesia merangkumi tiga syarikat perfileman iaitu CGV Blitz, Cinemaxx dan Platinum.
  • Filem ini juga telah dikeluarkan dalam DVD ke pasaran Malaysia pada 28 Mei 2016 oleh Rusa Music dan Animonsta Studios. DVD ini boleh didapati di Kedai Speedy Video di Malaysia manakala di Indonesia, DVD ini boleh didapatkan di Monsta E-Store.
  • Filem ini telah memenangi Filem Animasi Terbaik di Festival Filem Malaysia 28.
  • Filem ini mempunyai tayangan khas di Imagica Tokyo, Jepun pada 13 September 2016. Ia juga termasuk sarikata Jepun.
  • Filem ini telah ditetapkan untuk ditayangkan di seluruh pawagam Korea Selatan pada tahun 2017. Animonsta Studio kini bekerja dengan Vision Plus Entertainment dan pengedar Korea, Boxoo Entertainment untuk membawa filem ini ke Korea Selatan.
    • Filem ini telah dinamakan semula sebagai "Magic Kid Bobo" untuk versi Korea. Watak BoBoiBoy, Ying, Gopal dan Fang juga telah dinamakan semula sebagai 'Bobo', 'Pipi', 'Gogo' dan 'Pang'. Yaya adalah satu-satunya watak yang namanya tidak dinamakan semula dalam alih suara bahasa Korea.

Siaran Televisyen

  • MNCTV menyiarkan filem ini pada 6 Julai 2016.
  • TV3 menyiarkan filem ini pada 7 Julai 2016 dan 25 Jun 2017.
  • Disney Channel Asia menyiarkan filem ini pada 21 Ogos 2016.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy: The Movie. Rujuk BoBoiBoy: The Movie/Galeri.

Video

Klip BoBoiBoy: The Movie

BoBoiBoy: The Movie OST

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement