BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
Animation-Header BTM2-v3-1536x412

BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem kedua yang dihasilkan oleh Animonsta Studios selepas BoBoiBoy: The Movie yang ditayangkan di pawagam Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei mulai 8 Ogos 2019. Filem ini merupakan kesinambungan selepas musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy.

Ringkasan[]

BoBoiBoy sedang diburu oleh seorang musuh purba bernama Retak'ka yang ingin merampas kuasa BoBoiBoy untuk tujuan jahat.

Sinopsis[]

BoBoiBoy dan kawan-kawan diserang Retak'ka, pengguna asal Kuasa Elemental yang dimiliki oleh BoBoiBoy. Retak'ka ingin merampas semula Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy untuk menjadi makhluk yang paling kuat dan menguasai galaksi. BoBoiBoy dan kawan-kawan perlu mencari cara untuk menghentikan Retak'ka sebelum kuasanya jatuh ke tangan yang salah.

Plot[]

Di Planet Saharu, kelihatan BoBoiBoy dan Gopal sedang menjalankan misi dekat kawasan bebatuan. Gopal menyuruh BoBoiBoy meletakkan telur itu segera kerana dia lapar. Raksasa Pengun sedang tidur dengan nyenyak, lalu BoBoiBoy berhati-hati mengangkat ekornya dan menggantikan Power Sphera EggaBot dengan sebiji telur biasa. Mereka panjat semula ke atas untuk beredar, Gopal dengan pantas panjat sambil memegang telur kepunyaan Raksasa Pengun untuk dia jadikan sarapan. BoBoiBoy terkejut dan mendesaknya untuk meletakkan telur itu balik, akhirnya telur itu jatuh dan retak lalu menetaskan anak raksasa itu. Suara tangisannya membuatkan ibunya terjaga dan melihat kelibat dua wira itu. BoBoiBoy dan Gopal mula berlari dengan Raksasa Pengun mengejar mereka. BoBoiBoy menyalahkan Gopal atas perbuatannya dan dia berkata bahawa itu perutnya, tetapi BoBoiBoy tidak peduli dengan alasannya. Selepas Raksasa Pengun melompat ke arah mereka, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Ais, yang membuat Gelongsor Ais untuk membantu mereka melarikan diri. Tetapi, mereka tidak sedar bahawa Adu Du dan Probe menonton mereka dari jauh dan juga merancang sesuatu.

Selepas bersembunyi dalam gua gunung, mereka sedar bahawa Anak Pengun mengikuti mereka. Bayi itu menyerang Gopal, membuatnya berlari keluar dari gua yang mana BoBoiBoy memberitahunya untuk tidak keluar. Gopal telah tertangkap oleh Raksasa Pengun. Dia memanggil BoBoiBoy untuk bantuan, tetapi BoBoiBoy perasan bahawa Adu Du dan Probe cuba untuk mencuri EggaBot. BoBoiBoy lalu hubungi kawan-kawannya untuk tolong Gopal dan dia bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar untuk mengejar Adu Du dan Probe. Apabila mengejar mereka, Adu Du dan Probe hampir sampai ke Kapal Sampah A80 sehingga mereka tertangkap oleh Papa Zola dan Ochobot dalam MYS Kebenaran sebelum mereka dikalahkan oleh Rimba Bayang Fang dan akhirnya Halilintar, sementara itu Yaya selamatkan Gopal dari Raksasa Pengun. Adu Du dan Probe secara tidak sengaja mendarat di Anak Pengun, yang membuatkan raksasa marah lagi. Apabila mereka bersedia untuk bertolak balik, BoBoiBoy nampak mereka dipukul oleh Raksasa Pengun, dia biarkan Gopal dan Fang pergi ke kapal angkasa dan berpecah tiga untuk selamatkan Adu Du dan Probe, Fang cuba untuk menghentikannya tetapi dia tidak mengendahkannya.

Sementara itu di Galaksi Solaria dari Sektor Z55-2P, sebuah kumpulan Penggali Kristal yang haram menggali kristal pada sebuah asteroid dimana mereka menemukan ada seseorang dibekukan dalam kristal. Babak kemudian berpindah ke 100 tahun sebelumnya ketika Retak'ka Voltra dan Hang Kasa bertempur di angkasa. Kedua-dua mereka menggunakan serangan yang berkuasa untuk saling melawan. Ketika bertempur, Hang Kasa melindungi dirinya dengan perisai dari serangan Retak'ka sebelum nampak sebuah asteroid. Hang Kasa tolak Retak'ka sebelum baling perisainya untuk mengalih perhatiannya. Namun, Hang Kasa menyerang Retak'ka dengan Serombong Kristal-nya dan menikungnya di asteroid, dan mula membekunya dalam kristal dan keluarkan Ochobot. Ochobot menyedut kuasa-kuasa elemental dari Retak'ka sebelum dia bertukar menjadi Gamma dan menembaknya dan Hang Kasa dengan Tembakan Gamma, menyebabkan letupan besar terjadi di angkasa. Retak'ka dibekukan dalam kristal sementara Hang Kasa terapung di angkasa tidak sedar dengan Ochobot.

Dalam MYS Kebenaran, BoBoiBoy dan kawan-kawannya berjaya menyelamatkan Power Sphera dengan selamat. Ketika melaporkan kepada Koko Ci mengenai kejayaan misi mereka, Fang menyatakan bahawa BoBoiBoy menyelamatkan Adu Du dan Probe dan telah membahayakan misi sebelum menunjukkan gambar-gambar kepadanya, yang mana Komander menegur BoBoiBoy atas kelakuannya dan berkata bahawa dia tidak patut berbuat seperti itu. Ia didedahkan bahawa Tarung juga mendengarkan pembicaraan. Dia memarahi BoBoiBoy atas kelakuannya hingga BoBoiBoy menyebut bahawa EggaBot sudah selamat. Laksamana Tarung kemudian memuji pasukan BoBoiBoy atas kejayaan mereka. Disebabkan pencapaian BoBoiBoy, Tarung mengumumkan bahawa cuti yang dia dan kawan-kawannya tunggu untuk balik ke Bumi telah diluluskan, membuatkan diorang teruja. Gopal senang bahawa dia tidak ingin tengok muka Tarung lagi, yang dia dengar.

Dalam markas Penggali Kristal, Gogobi marah kerana mereka hanya dapat setengah tan kristal sahaja. Namun, orang yang dibeku berjaya melepaskan diri dari kristal dan memperkenalkan dirinya sebagai Retak'ka. Dia mengetahui bahawa dia masih mempunyai sisa-sisa kuasanya. Pasukan terkejut melihat bahawa dia merupakan Penguasa Elemental Lagenda, walaupun mereka mengakui BoBoiBoy menggunakan kuasa elemental tersebut. Sebabnya, Retak'ka menyoalkan siasat Gogobi untuk maklumat tentang BoBoiBoy, pemilik kini kuasa elemental dan ahli TAPOPS yang penyelamat Power Sphera. Dia berkata bahawa jika mereka akan menolongnya, dia tidak akan mengharamkan mereka dan mereka akan mencari lebih banyak kristal. Sementara itu, Probe merawat kecederaan Adu Du, sebelum Adu Du menyuruhnya untuk cari lokasi BoBoiBoy.

Di Bumi, geng BoBoiBoy mendarat di hadapan Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam, di mana mereka bertemu dengan ahli-ahli keluarga mereka. Ia didedahkan bahawa Papa Zola mempunyai anak perempuan yang bernama Pipi Zola. Fang, risau tentang keselamatan yang baru diselamatkan, EggaBot, ditenangkan oleh BoBoiBoy dan Ochobot bahawa ia akan selamat dalam kapal kerana ia dilengkapkan dengan alat sistem yang canggih. Kemudian pada waktu malam dalam rumah Tok Aba, BoBoiBoy dan Fang dijamu makan malam. Sementara itu dalam rumah Papa Zola, Pipi Zola bermain dengannya. Papa Zola menunjukkan Pipi Zola gambar-gambar misi mereka. Pipi Zola menanyakannya bahawa dia ingin tengok Power Sphera. Papa Zola menunjukkan gambar EggaBot, tetapi ia membuatkan Pipi marah. Akhirnya, Papa Zola setuju bahawa mereka akan pergi ke MYS Kebenaran untuk melihat EggaBot.

Keesokan harinya dalam MYS Kebenaran, Adu Du dan Probe menyelinap di dalamnya kerana perisai barunya dan hampir mengambil EggaBot ke tangannya, tetapi dia tertangkap oleh Papa dan Pipi Zola yang juga ada di sana. Pipi menggambil EggaBot dan menyuruh bapanya untuk berlari. Pengejaran berlaku dan Papa Zola memberitahu Pipi untuk mengaktifkan EggaBot dan oleh menggunakan Mod: Pipi Kura Keras, dia mengalahkan Adu Du dan Probe. BoBoiBoy dan kawan-kawan mendapat tahu bahawa Adu Du dan Probe cuba untuk mencuri EggaBot, Papa Zola menyuruh Yaya dan Ying untuk bawa Adu Du dan Probe ke penjara. Sementara, Fang memberitahu BoBoiBoy bahawa dia tidak akan mengikutinya dia balik semalam. Tiba-tiba, Ochobot tiba dan memberitahu mereka bahawa mereka dapat mesej kecemasan dari Koko Ci di mana dia menyatkan bahawa stesen TAPOPS telah diserang dan geng BoBoiBoy harus segera pergi ke Planet Quabaq. Tetapi BoBoiBoy berkata bahawa mereka harus pergi ke stesen TAPOPS dan menolong mereka dulu yang mana Fang menegur bahawa BoBoiBoy harus mengikuti arahan diberikan kepadanya. Tetapi BoBoiBoy masih berkeras untuk pergi ke stesen TAPOPS dan membantu mereka. Geng BoBoiBoy segera pergi ke stesen TAPOPS menggunakan kuasa teleportasi Ochobot sebelum terlanggar.

Ketika berada di stesen, mereka terkejut melihat keseluruhan stesen telah dihancurkan dengan teruk dan Tarung terbaring dengan tidak sedar dan Koko Ci terkena cedera parah. BoBoiBoy pergi untuk menolongnya dan menghadapi Retak'ka. Dia bertanya siapa dia, yang Retak'ka menjawab bahawa dia penguasa tujuh kuasa elemental, membuatkan BoBoiBoy terkejut. Selepas perbincangan kecil antara kedua-dua mereka, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Blaze sebelum mula menyerang Retak'ka tetapi dikalahkan dalam masa yang singkat. Fang, Yaya, dan Ying cuba menolongnya tetapi mereka juga dikalahkan dengan gerakan tunggal Retak'ka. Kemudian Retak'ka kemudian menyedari bahawa BoBoiBoy hilang. Namun, BoBoiBoy berpecah menjadi lima dan mula menyerang Retak'ka. BoBoiBoy Halilintar, Taufan, dan Duri menyerang Retak'ka bersama-sama, tetapi Retak'ka rimas dengan ini kerana dia tidak berpuas hati dengan seseorang berpecah kuasa mereka, yang BoBoiBoy tidak memperhatikan. BoBoiBoy Gempa menyeru Golem Tanah untuk menahan Retak'ka, yang dia berkata bahawa dia menggunakan cara yang salah. Pertarungan berakhir ketika BoBoiBoy Solar menggunakan Tembakan Solar Gerhana, tetapi yang mengejutkannya ialah Retak'ka menyedut serangannya dan menangkap Solar. Kemudian dia menyatakan bahawa berpecah membuatkan kuasa elemental lemah, sebelum menyedut BoBoiBoy Solar dan mengakhiri kewujudannya. Retak'ka kemudian bertukar menjadi Gamma dan mengalahkan Duri, Taufan, Halilintar, dan Gempa dalam masa yang singkat dan menyerap mereka juga. Retak'ka, hampir menamatkan BoBoiBoy, tetapi tiba-tiba Gopal muncul dan menyelamatkan BoBoiBoy.

Di kapal, Gopal berkata kepada BoBoiBoy untuk bergerak dengan cepat kerana mereka harus pergi, tetapi BoBoiBoy berkata dia tidak ingin meninggalkan semua orang di sini tetapi Gopal berkeras untuk pergi. Koko Ci menghubungi BoBoiBoy dan menyuruhnya untuk cari Hang Kasa. Retak'ka bertukar menjadi Balak dan menangkap MYS Kebenaran dengan akar-akarnya. Ochobot dengan cepat teleport ke Planet Quabaq. Adu Du, yang tersangkut di kapal angkasa, jatuh cinta kepada Ayu Yu, yang diperintahkan untuk tembak MYS Kebenaran. Retak'ka nampak BoBoiBoy melarikan diri dan meyakinkan bahawa dia tidak dapat lari darinya sepanjang hidup dan dia akan segera mencarinya. Gogobi bertanya apa yang harus dilakukan dengan stesen dan Retak'ka menjawab bahawa stesennya diletupkan sahaja. Gogobi dengan senang hati menekan butang di alat kawalan jauh dan bom yang dia letak di stesen sebelum mula diletup.

MYS Kebenaran malangnya mendarat di atas lumpur Planet Quabaq, memaksa kumpulan BoBoiBoy untuk mengungsi keluar. BoBoiBoy dan Ochobot tetap kembali dengan cepat mendedahkan maklumat Hang Kasa sebelum Gopal memberitahu mereka untuk meninggalkan kapal angkasa sementara Papa Zola menyimpan bekalan makanan dalam tinnya sebelum terperangkap di dalam petak. BoBoiBoy kemudian bertukar menjadi Ais untuk membekukan lumpur, menjimatkan lebih banyak tenaga dan masa mereka untuk mengungsi dan membebaskan Papa Zola. BoBoiBoy tiba-tiba mengingatkan tentang Adu Du dan Probe, tetapi Ochobot mengimbas dan berkata bahawa mereka tidak ada di dalam kapal angkasa.

Selepas mengungsi dari kapal angkasa, kumpulan BoBoiBoy menemui raksasa yang menyerupai sloth dikenal sebagai Kang Kong, yang mereka perlahan dalam terang tetapi laju dalam gelap. Kerana elemen Solarnya telah dirampas oleh Retak'ka, BoBoiBoy bertukar menjadi Blaze. Namun, BoBoiBoy tidak mempunyai cukup tenaga tersisa membuatkan bertukar kembali menjadi semula. Kumpulan BoBoiBoy diserang oleh Kang Kong. Selepas diserang, BoBoiBoy kehilangan kesadarannya dan hanya diselamatkan oleh tokoh misteri.

BoBoiBoy kemudian bangun di rumah tokoh misteri semasa sarapan, di mana tokoh misteri mendedahkan sendiri sebagai Hang Kasa. Semasa bertanya, dia menyebut bahawa Retak'ka ialah anak muridnya yang menghancurkan kekacauan, sebelum menawarkan untuk mengecas dua Power Sphera yang dimiliki, dan melatihnya dan Ochobot di bawah pengawasannya. Dia juga bertemu Adu Du dan Probe di hutan, sebelum menawarkan mereka untuk menyertai BoBoiBoy dalam latihannya. Adu Du telah kehilangan ingatannya selepas kemalangan dan perkara terakhir yang dia ingat ialah dia menyalahkan Ayu Yu sebagai isterinya dan ditangkap oleh Penggali Kristal. Hang Kasa kemudian menjelaskan bahawa ada tiga syarat mereka harus ikuti jika mereka akan berlatih di bawahnya, yang pertama ialah mereka tidak boleh sekali-kali menyoalkan teknik latihannya, yang kedua ialah latihan perlu dilakukan dalam isolasi dan tiada sebarang alat komunikasi dan teknologi dibenarkan kerena latihan harus memerlukan fokus, dan yang ketiga ialah mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam rumahnya dan menganggapnya sebagai kawasan larangan, sebaliknya mereka akan tidur di khemah-khemah di luar rumahnya.

Sementara itu, Retak'ka dan Penggali Kristal melakukan penaklukan untuk menaik tarafkan kuasa Elemental-nya dengan menyedut tenaga daripada beberapa planet, mula dari Planet Gur'latan. Retak'ka bertukar menjadi Voltra dan menggunakan Sedutan Elemental, sebelum mengalahkan Laskar Guruhan. Kembali ke MYS Keamanan, Koko Ci, Yaya, Ying, Maskmana, dan Ramenman berbincang tentang pergi ke lokasi BoBoiBoy. Ternyata Kapten Kaizo menyelamatkan Fang, Yaya, Ying, dan ahli-ahli TAPOPS lain dari stesen TAPOPS yang meletup dan meletakkan alat pengesan di kapal angkasa Penggali Kristal. Fang dan Kaizo pergi ke Gur'latan, namun hanya dapat melihat para askar terbaring di atas tanah. Mereka melaporkan kepada Koko Ci bahawa Laskar Guruhan telah dikalahkan, membuatkan Maskmana marah. Koko Ci berkata bahawa situasi lebih berbahaya dari apa yang disangkakan. Yaya dan Ying kemudian menjejaki lokasi terkini Retak'ka dan Penggali Kristal ke Planet Bayugan, di mana Retak'ka merancang untuk meningkatkan elemen anginnya, sebelum Ying menghantarkan signal kecemasan kepada penduduk-penduduk mengenai ancaman tersebut.

Di Planet Quabaq, Hang Kasa memberitahu kedua-duanya bahawa angin sejuk boleh bertiup dalam sekelip mata. Ketika Gopal dan BoBoiBoy akhirnya dibeku, Hang Kasa menjelaskan bahawa latihan pertamanya iaitu tembak buah di Pokok Bak-Bak. BoBoiBoy bertukar menjadi Ais, dan Gopal menggunakan Tembakan Makanan, tetapi mereka terkejut melihat pokoknya berlari dan mengelak serangan mereka. Hang Kasa kemudian mengajar BoBoiBoy Ais bagaimana cara menggunakan Panah Ais.

Latihan kedua BoBoiBoy dan Gopal iaitu mendapatkan sehelai rambut dari King Kang Kong, tetapi menyedari bahawa ia botak. Dengan marah, King Kang Kong mengejar mereka bersama dengan sekumpulan makhluk Kang Kong, pengejarannya berhenti ketika BoBoiBoy dan Gopal mengingat bahawa Kang Kong perlahan ketika terang. Kang Kong berhenti di dalam cahaya yang datang dari lubang, tetapi Papa dan Pipi menghalang cahaya dengan berdiri di lubang-lubang. Pipi mengingatkan bapanya bahawa Kang Kong hanya perlahan ketika terang, jadi mereka membukakan lubang, tetapi menutupnya lagi untuk tengok pengejarannya. Kang Kong berjaya mengejar BoBoiBoy dan Gopal dalam perjalanan keluar dari gua.

Sementara di kapal angkasa Penggali Kristal, mereka memberitahu Retak'ka bahawa seseorang telah menghantarkan lokasi BoBoiBoy di Planet Rimbara, yang ternyata menjadi satelit semula jadi Planet Quabaq bagi mereka. Yaya, Ying, Fang, Sai, dan Shielda membantu mengungsikan penduduk Rimbara hanya untuk mengetahui bahawa Cendamad, anak bongsu Mama Cendawa telah hilang. Fang, Yaya, dan Ying bergegas menyelamatkannya, tetapi dihalang oleh Retak'ka, yang merancang untuk menyedut tenaga planet ini sebagai Balak. Dengan Ying berjaya menyelamatkan Cendamad, Retak'ka mula menyedut tenaga planet, hampir mengikat MYS Keamanan. Yaya, Ying, dan Fang menggunakan kuasa mereka untuk melindungi kapal angkasa, sementara Maskmana menghantarkan ArmoBot kepada ketiga-tiga untuk menyerang Retak'ka. Dengan kapal angkasanya bebas, kapalnya berjaya melarikan diri dari Rimbara. Retak'ka mengejek ketiga-tiga tentang senjata baharu mereka sebelum berjaya memerangkapkan mereka, hanya Fang yang menggunakan Separa Seladang Bayang untuk membebaskan mereka.

BoBoiBoy dan Gopal kemudian duduk di tebing memikirkan tentang bila akan lulus latihan Hang Kasa. Masalahnya ialah mereka tidak akan berjaya dalam latihan kedua mereka tidak kira berapa banyak yang mereka cuba. Gopal merancang untuk mencari tiga ahli lain daripada pasukannya, tetapi mereka menangis kerana tidak dapat menyelesaikan latihan mereka. Mereka kemudian menyedari bahawa lagi cepat mereka habiskan latihan, lagi cepat mereka boleh kembali ke Bumi. BoBoiBoy dan Gopal kemudian meneruskan latihan mereka dan di bawah arahan Hang Kasa. BoBoiBoy, Gopal, Adu Du, dan Probe akhirnya menjadi pejuang terlatih. Papa Zola dan anak perempuannya kemudian menemui rumah Hang Kasa, yang merupakan kawasan larangan. Papa Zola menghentikan Pipi untuk masuk ke rumah, tetapi Pipi berkeras untuk masuk. Ketika mereka berdua masuk, mereka diikuti oleh Adu Du dan Probe yang mana mereka cuba mencegahnya, mereka mengetahui bahawa rumahnya penuh dengan teknologi, termasuk tikar tarian, televisyen, radio, gitar elektrik, kerusi urut, dan juga BibikBot, yang menyajikan teh ais kurang manis dengan krim di atas. Babak berpindah ketika mereka akan masuk ke ruang bawah tanah.

Sementara, latihan terakhir mereka bertanding melawan Hang Kasa, BoBoiBoy berpecah menjadi tiga dan mula menyerang Hang Kasa. Hang Kasa cuba bersembunyi mengaku bahawa dia telah menjadi laju. Gopal menggunakan Tembakan Biskut Tongkat di tongkatnya, membantu BoBoiBoy untuk dapatkan kristal itu. BoBoiBoy kemudian berjaya menangkapnya dengan Golem Tanah.

Namun, BoBoiBoy dan Gopal telah dikatakan untuk membayar yuran pengajian, di mana Gopal hanya mempunyai seringgit. Mereka tiba-tiba melihat Papa Zola yang risau di bawah mereka. Hang Kasa menyebut cara lain untuk membayar yuran pengajian untuk latihan mereka dengan mengambil elemen Gempa BoBoiBoy. Dia memerangkap BoBoiBoy dan Gopal di dalam kristal, dan dalam masa yang singkat dia mula menyerap elemen Gempa.

Selepas Hang Kasa merampas elemen, BoBoiBoy bertanya kenapa dia melakukannya. Pada masa yang sama, Papa, Pipi, Adu Du, dan Probe muncul dan bertanya Hang Kasa kenapa dia berbohong kepadanya. Pipi mendedahkan bahawa dalam ruang bawah tanah, mereka menemui Ochobot, yang digunakan untuk menyalakan kesemua mesin di rumah Hang Kasa. Mereka juga telah mengetahui bahawa Hang Kasa merupakan pemilik asal tahap ketiga elemen Tanah selepas Gempa, Kristal. Tiba-tiba ternyata bahawa Hang Kasa sebenarnya telah membaik pulih data Ochobot; mendedahkan bahawa Koko Ci sebenarnya telah memberitahu mereka untuk pergi ke Planet Quabaq dan cari Hang Kasa untuk mencari jalan untuk mengalahkan Retak'ka. Hang Kasa kemudian mula menceritakan kisahnya dan Retak'ka kepada mereka. Dia berkata bahawa Retak'ka dibuang oleh ibu bapanya di Planet Gugura, tempat pembuangan sampah besar; di mana dia bertemu dengan Hang Kasa. Mereka lalu menjadi sahabat baik. Mereka menemui dua Power Sphera KristalBot dan GammaBot. Mereka menjadi tidak terkalahkan dalam pertempuran bersama-sama. Namun, Retak'ka menjadi tamak, baginya ini tidak mencukupi. Dia membunuh penguasa elemental lainnya dan mendapatkan kuasa-kuasa mereka. Akhirnya, Retak'ka berpaling melawan Hang Kasa untuk kuasa kristalnya. Hang Kasa berjaya mengalahkannya dan membekukannya di dalam kristal dan menggunakan Ochobot untuk merampas kuasa-kuasa darinya.

Selepas kisah ini, BibikBot muncul berlari dan memberitahu bahawa dia menerima mesej dari Retak'ka, yang masih menganggapnya licik dan menipu. Hang Kasa telah hantar signal lokasi BoBoiBoy kepadanya dalam usaha untuk mengumpan dan memerangkap Retak'ka. Retak'ka memberitahu BoBoiBoy untuk jumpa di Bumi, berkata bahawa jika dia tidak bertemu, dia akan bunuh Fang, Yaya, dan Ying, dan mengambil mereka sebagai tebusan, dia tidak akan tahu tentang planet yang mengandungi kesemua tujuh kuasa Elemental. Hang Kasa juga sedar bahawa kristalnya mengekalkannya dia muda dari yang seharusnya.

Hang Kasa teleport ke Bumi untuk mencari Retak'ka, yang dia cuba menipu Retak'ka bahawa dia sakit perut. Tetapi Retak'ka sebaliknya menyerangnya berkata bahawa dia ingat dia tidak boleh mengecamnya lagi. Di sisi lain, BoBoiBoy tiba-tiba mengingatkan Fang, Yaya, dan Ying, yang mereka ditahan sebagai tebusan di kapal angkasa Penggali Kristal. Sementara itu, Hang Kasa mengaktifkan KristalBot, kemudian menggunakan Pelindung Kristal untuk menahan Retak'ka, yang bertukar menjadi Voltra. Pipi teragak-agak untuk mengaktifkan EggaBot kerana dia ingin menunggu ia dicas sepenuhnya, tetapi Papa Zola menyuruhnya untuk cepat. Pipi menukarkannya menjadi Kura Keras sebelum waktunya untuk membebaskan Gopal dan BoBoiBoy. Retak'ka kemudian mengalahkan Hang Kasa sebagai ucapan terima kasihnya untuk membekukannya, sebelum memecahkan Armour Kristal Hang Kasa dalam bentuk Beliungnya. Retak'ka mengumumkan niatnya untuk membunuh Hang Kasa, tetapi BoBoiBoy menahan serangannya sebagai Blaze. BoBoiBoy kemudian bertukar menjadi Ais untuk mengalihkan perhatiannya dengan Panah Ais. Retak'ka membalas dengan menjepitnya ke batu dan mengikatnya dengan akar-akar sebagai Balak. Ochobot kemudian merasakannya bahawa BoBoiBoy dalam bahaya, tetapi Gopal berkata bahawa mereka tidak membiarkan Retak'ka nampak mereka.

Sebaliknya, Papa dan Pipi cuba untuk membebaskan Fang, Yaya, dan Ying, hanya pasukan Penggali Kristal memerhatikan mereka. Papa Zola memberitahu mereka bahawa mereka hanya pergi ke pasar dan Pipi menanyakan mereka jika mereka jual sayur, tidak sebelum Adu Du dan Probe menyelamatkan Papa dan Pipi daripada diserang oleh pikaks. Memikat dengan Ayu Yu, Adu Du menyerang Cakada dan Kechik hanya kerana mereka merosakkannya. Ketika cuba membebaskan Yaya, Gogobi menumbuk Pipi, sementara Adu Du terus bertempur demi Ayu Yu. Adu Du melamar cintanya kepada Ayu Yu, hanya untuk dia yang dipukul di kepala dengan batang kristal. Retak'ka menyiapkan Penukul Balak untuk menghancurkan BoBoiBoy, tetapi Hang Kasa mengganggu dan menahan serangan itu. Hang Kasa bertegas memberi Elemental Gempa kepada BoBoiBoy untuk mendorong BoBoiBoy untuk menghentikan Retak'ka dan meminta maaf kepada BoBoiBoy untuk pengkhianatannya. Namun, BoBoiBoy mengadu bahawa dia hanya tinggal dua Kuasa Elemental sahaja dan Hang Kasa memberitahunya bahawa dia hanya mengalahkan Retak'ka dengan satu kuasa sahaja, sebelum Retak'ka terus menghancurkan Hang Kasa.

Papa memberi Pipi rehat, sambil mengawal EggaBot oleh menggunakan Mod Telur: Papayam untuk menyerang Penggali Kristal. Retak'ka memegang Hang Kasa yang terlihat tidak sedarkan diri dan menyedut kuasa Kristalnya sebelum menghadapi BoBoiBoy. Nampak Retak'ka menyedut kuasa Hang Kasa, BoBoiBoy mengingatkan Hang Kasa berkata bahawa dia mengalahkan Retak'ka dengan satu kuasa dan Retak'ka berkata bahawa berpecah membuatkan kuasa Elemental lemah, yang mempengaruhinya untuk menggabungkan kedua-dua Blaze dan Ais menjadi FrostFire. Dia mula melawan Retak'ka dalam bentuk barunya sementara Papa Zola berurusan dengan Penggali Kristal dengan Letupan Telur Tembelang, menyebabkan Fang, Ying dan Yaya bangun. Ketika BoBoiBoy FrostFire terperangkap di tangan Retak'ka, Gopal menyerahkan Ochobot kepadanya untuk mengambil elemen Kristal Retak'ka. Retak'ka melawan sebagai Voltra, tetapi Ying, Yaya, dan Fang, yang mereka dibebaskan oleh Papa Zola, menolong BoBoiBoy untuk mengalahkan Retak'ka. Menolak mengakui kekalahan, Retak'ka memanggil mereka "budak mentah" dan menggunakan bentuk Balaknya untuk menghancurkan empangan yang berdekatan. BoBoiBoy kemudian menggabungkan elemen Gempa dan Ais untuk bertukar menjadi Glacier, menggunakan Gargantua Ais untuk membekukan Retak'ka dan mencegah empangan daripada dihancurkan, sebelum mengambil semula elemen-elemen tersisa. BoBoiBoy kemudian menggabungkan Halilintar dan Solar untuk membentuk Supra, menggunakan Tembakan Super Supra untuk menghantar Retak'ka ke angkasa lepas.

Selepas Retak'ka dikalahkan, BoBoiBoy jatuh dalam keadaan keletihan, menyebabkannya untuk jatuh ke sungai dalam keadaan tidak sedarkan diri. Geng BoBoiBoy yang selebihnya menyelamatkan BoBoiBoy keluar dari sungai. Dia kemudian bangun dalam khemah, di sebelah Adu Du, mengucapkan terima kasih kepada gengnya. Tidak lama kemudian, dia nampak sekumpulan orang cendawan, yang disebut oleh Koko Ci sebagai kaum Cendawa dari Planet Rimbara, yang mereka akan berada di sini buat sementara waktu untuk memulihkan keadaan di Bumi. Tok Aba, Pakcik Kumar, Makcik Wawa, Aunty Yang, dan Mama Zila, yang marah dengan Papa Zola kerana membawa anak mereka semasa misi, mengunjungi BoBoiBoy dan kawan-kawan. Hang Kasa menyerahkan tanggungjawabnya untuk melindungi tujuh elemen-elemen kepada BoBoiBoy, sebelum berkongsi pelukan.

Semasa kredit, BoBoiBoy dan kawan-kawan sedang makan malam dengan Tok Aba. Di Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam, sekumpulan TAPOPS dan kaum Cendawa menikmati di sana. BoBoiBoy dan kawan-kawan pergi ke teleportal dan tiba di Planet Quabaq, di mana kawan-kawan BoBoiBoy berlatih di bawah Hang Kasa, serta Papa dan Pipi menunggang Kuda Botak dan menarik MYS Kebenaran dari lumpur berasid.

Dalam babak pasca kredit, Maskmana memberikan Power Sphera-nya, ArmoBot kepada Amato, yang memiliki KristalBot dan EggaBot dalam simpanannya, untuk dibaiki. Ketika Amato bertanya kepada Maskmana mengapa dia tidak menyertai pertarungan terhadap Retak'ka, dia kemudian menjawab bahawa Amato yang seharusnya membantu BoBoiBoy. Amato menolaknya dan berkata bahawa dia ingin BoBoiBoy berdikari untuk bersedia dalam menghadapi misi yang lebih besar.

Perbezaan dengan Versi Komik[]

  • Selepas Gelongsor Ais dipecahkan oleh Raksasa Pengun, Gopal menggunakan Tembakan Makanan dalam versi komik daripada menggunakan Tukaran Pizza dalam filem.
  • Probe bertukar menjadi Probey Jet hanya ditunjukkan dalam versi komik.
  • Dalam animasi, rimba bayang Fang mempunyai 5 haiwan bayang. Tetapi dalam komik terdapat 6 binatang bayangan. Ini kerana Fang mempunyai haiwan bayang baru yang dipanggil Gajah Bayang.
  • Fang marah apabila Adu Du memanggil Rimba Bayang "zoo" hanya ditunjukkan dalam versi komik.
  • Yaya menyaksikan Anak Pengun ditimpa oleh Adu Du dan Probe hanya ditunjukkan dalam versi komik.
  • Semasa pertarungan antara Hang Kasa dan Retak'ka, teknik gerakan Retak'ka Voltra dan teknik lontaran perisai Hang Kasa hanya didedahkan dalam versi komik.
  • Gopal bercakap tentang telur Raksasa Pengun hingga Yaya menegurnya hanya tersedia dalam versi komik.
  • BawangBot hanya muncul secara eksklusif ketika dia menangis bersama dengan Papa Zola dalam versi komik.
  • Ketika Mama Zila berkata bahawa Papa Zola hanya penat, yang terakhir enggan mempercayainya hanya eksklusif dalam versi komik.
  • Dalam versi komik, Gopal yang tersembunyi sudah kelihatan menguping sebelum dia muncul di meja. Di dalam filem, Gopal tiba-tiba muncul di antara makan malam.
  • Babak Papa dan Pipi tidak muncul dalam versi komik.
  • Adu Du memanggil Probe untuk back-up manakala Pipi Zola menjelaskan bagaimana dia mengetahuinya hanya ekslusif dalam versi komik.
  • Ketika Papa Zola dan Adu Du berebutan dengan EggaBot, Pipi menyalahkan Papa untuk memberikannya nama panjang hanya eksklusif dalam versi komik.
  • Probe memohon BoBoiBoy dan kawan-kawan untuk melepaskannya hanya eksklusif dalam versi komik.
  • Ochobot nampak kerosakan pada sisi kapal angkasa MYS Kebenaran hanya eksklusif dalam versi komik.
  • Retak'ka tidak menyuruh Yaya, Ying, dan Fang untuk jaga mulut mereka dalam filem.
  • Dalam versi komik, BoBoiBoy Duri menyerang Retak'ka dengan Libasan Akar Berduri. Di dalam filem, BoBoiBoy Duri mengikat Retak'ka dengan Akar-Akar Pengikat.
  • Retak'ka punya cara yang berbeza untuk melepaskan dirinya daripada BoBoiBoy. Retak'ka menumbuk di tanah dalam versi komik manakala Retak'ka menggunakan letupan bersinar.
  • Dalam versi komik, Retak'ka mencengkam muka BoBoiBoy Solar. Di dalam filem, Retak'ka mencengkam leher BoBoiBoy Solar untuk merampas kembali kuasanya.
  • Retak'ka Balak melontarkan kayu-kayu balak besar ke MYS Kebenaran hingga Gopal menukarkannya menjadi bahulu gulung hanya eksklusif dalam komik.
  • BoBoiBoy dan kawan-kawan menyiapkan makanan sebelum mengetahui bahawa mereka tidak mempunyai pembuka tin hanya eksklusif dalam versi komik.
  • Ada beberapa adegan yang dipotong muncul dalam versi komik.
  • Hang Kasa hanya memakai hood-nya ketika menyelamatkan BoBoiBoy dan kawan-kawan dalam versi komik.
  • Di khayalan Adu Du, Ayu Yu memanggilnya Abe Dudu dalam versi komik dan Padu Du di filem.
  • Pipi hanya memandang makhluk serupa dengan katak dalam versi komik.
  • Banyak adegan BoBoiBoy dan Gopal kehilangan Yaya, Ying, dan Fang telah dipotong di filem. BoBoiBoy berjaga di khemahnya pada waktu malam sambil risau dengan Yaya, Ying, dan Fang sementara Gopal menghiburnya. Mereka bahkan membuat orang salji menyerupai trio semasa latihan.
  • Gopal tidak menepuk bahu Adu Du sebelum menembak panahnya dalam versi komik.
  • BoBoiBoy Ais tidak cuba menembak panah-panah terhadap ketiga pinggan yang dilontarkan Hang Kasa dalam versi komik.
  • Dalam versi komik, BoBoiBoy dan Gopal tidak melakukan apa-apa untuk membangunkan King Kang Kong. Di dalam filem, Gopal membangunkan King Kang Kong dengan memijak tangannya secara tidak sengaja.
  • Seorang tokoh misteri menghantarkan lokasi BoBoiBoy kepada kapal angkasa Penggali Kristal di lokasi rahsia hanya terdapat dalam versi komik.
  • Penduduk Planet Bayugan hanya muncul dalam versi komik.
  • Rupa fizikal Mama Cendawa sangat berbeza dalam versi komik dan di filem.
  • Penggali Kristal terlihat menolong Retak'ka di Planet Rimbara hanya eksklusif dalam versi komik.
  • Beberapa nama teknik-teknik berbeza dalam versi komik dan di filem.
  • BoBoiBoy dan Gopal cuba mengalahkan Hang Kasa sehingga dikalahkan hanya eksklusif dalam versi komik.
  • Adu Du dan Probe cuba mengelat sehingga tertangkap oleh Papa dan Pipi hanya eksklusif dalam versi komik.
  • Sebelum ujian terakhir mereka dengan Hang Kasa, ketika Hang Kasa tiba-tiba melontarkan pinggan-pinggan terhadap mereka untuk menunjukkan sejauh mana peningkatan mereka, BoBoiBoy dan Gopal mengelak mereka dengan senang dan gaya tidak seperti di dalam filem di mana mereka panik pada serangan mendadak itu.
  • Di dalam filem, BoBoiBoy Gempa hanya menggunakan Golem Tanah untuk menangkap kristal yang jatuh, tetapi dalam versi komik, dia menggunakannya untuk menyerang Hang Kasa tetapi dihancurkan. Dia bahkan menggunakan banyak serangan lain yang tidak muncul di dalam filem.
  • Gopal mematahkan seluruh tongkat Hang Kasa, tetapi di dalam filem dia menukarkan atasnya yang memegang kristal.
  • BoBoiBoy Gempa menangkap kristal sendiri dan tidak memanggil Golem Tanah.
  • Selepas Gopal bertanya bahawa Ochobot cucu Hang Kasa, Papa dan Pipi menatapnya dengan marah hanya eksklusif dalam versi komik.
  • Hang Kasa mengelak serangan Retak'ka Voltra dalam versi komik sementara Hang Kasa diserang oleh Retak'ka Voltra di dalam filem.
  • Beberapa imbas kembali Hang Kasa dan Retak'ka tambahan hanya eksklusif dalam versi komik.
  • Teknik tambahan hanya eksklusif dalam versi komik.
  • Dalam versi komik, Retak'ka Beliung menghilang seperti asap ketika hampir ditembak oleh Panah Ais. Dalam filem, Retak'ka Beliung mengelak Panah Ais dengan laju.
  • Dalam versi komik, Retak'ka Balak cuba melontarkan akar balak besar terhadap BoBoiBoy. Dalam filem, Retak'ka Balak cuba menghancurkan BoBoiBoy dengan Penukul Balak.
  • Ketika BoBoiBoy terikat di batu oleh Retak'ka Balak, Hang Kasa menangis dan cuba menebusnya dengan mengingatkannya akan kenangan masa lalu mereka, tetapi Retak'ka menolaknya dengan geram. Ia hanya terdapat dalam versi komik.
  • Dalam versi komik, Retak'ka Balak menghentak Hang Kasa dengan kakinya. Di dalam filem, Retak'ka Balak memukul Hang Kasa dengan Penukul Balak dengan ganas.
  • Ketika Retak'ka memukul Hang Kasa dengan Penukul Balaknya, di kejauhan, Kuda Botak menangis ketika mendengarkan kesannya. Ia hanya terdapat dalam versi komik.
  • Dalam versi komik, BoBoiBoy FrostFire and Retak'ka Kristal meneruskan pertempuran mereka dari hutan ke empangan. Di dalam filem, BoBoiBoy FrostFire menendang Retak'ka Kristal dengan jauh menuju empangan dengan Lutut Berapi.
  • Retak'ka Kristal cuba membekukan BoBoiBoy FrostFire dalam kristal hanya eksklusif dalam versi komik.
  • BoBoiBoy FrostFire berjaya menembak Retak'ka Kristal dengan Panah Bakar dan Beku hanya eksklusif dalam versi komik.
  • Papa Zola dalam perisai Papayam mengeluarkan satu telur dalam versi komik dan banyak telur di dalam filem.
  • Dalam versi komik, Retak'ka Kristal menyedut kuasa elemental dari bumi. Di dalam filem, Retak'ka Kristal hampir membekukan BoBoiBoy FrostFire ketika mencengkamnya.
  • Ketika Retak'ka bertukar menjadi Voltra, Ochobot kelihatan tercampak ke empangan dalam versi komik manakala BoBoiBoy FrostFire masih memegang Ochobot dalam filem.
  • BoBoiBoy Glacier mempunyai masa skrin yang lebih lama dalam versi komik daripada di dalam filem.
  • Dalam versi komik, selepas BoBoiBoy FrostFire mengambil kuasa elemen Tanah semula daripada Retak'ka, dia bergabung menjadi Glacier. Ying, Yaya, dan Fang tidak muncul pada masa itu. BoBoiBoy Glacier menyerang Retak'ka menggunakan Gargantua Ais. Trio sebelumnya muncul selepas BoBoiBoy Glacier mengambil alih tugas.
  • BoBoiBoy Glacier menggunakan kuasanya dan bukannya Gargantua Ais untuk membekukan empangan.
  • Fang menyerang Retak'ka dengan Cakaran Naga Bayang dalam versi komik manakala Semburan Naga Bayang dalam filem.
  • Hang Kasa hanya menonton pertempuran antara BoBoiBoy dan Retak'ka dalam versi komik.
  • Dalam versi komik, BoBoiBoy Supra tidak menggunakan pedang sabitnya untuk menolak Retak'ka ke atas, dia hanya menggunakan "Gerakan Supra" untuk mengangkatnya ke atas.
  • Dalam filem, Retak'ka ditembak oleh BoBoiBoy Supra sehingga tercampak di angkasa. Dalam versi komik, sebelum BoBoiBoy jatuh dari jurang ke empangan, Retak'ka ditunjukkan jatuh ke empangan selepas ditembak oleh Tembakan Super Supra milik BoBoiBoy Supra.
  • Selepas pertempuran, BoBoiBoy terlihat dibalut kecederaannya, namun di dalam filem tidak ada luka ditunjukkan.
  • Ketika BoBoiBoy dan kawan-kawan bersatu semula dengan keluarganya, Fang ditunjukkan sedikit kesal tapi Kaizo menghiburnya. Ia hanya terdapat dalam versi komik.
  • Ketika TAPOPS membawa Retak'ka dan Penggali Kristal ke penjara, Hang Kasa bersembunyi di dalam bayang-bayang memerhatikan mereka, rasa sedih di wajahnya mengenai nasib bekas sahabatnya itu. Ia hanya terdapat dalam versi komik.
  • Ketika Hang Kasa mendedahkan dirinya masih hidup di depan BoBoiBoy, dia memarahinya daripada memeluknya seperti yang dia lakukan di dalam filem.
  • Ketika Ayu Yu diberkas dan dibawa ke penjara, dia mengaku dirinya sebagai "isteri Adu Du" untuk para penjaga dapat melepaskannya. Namun, Adu Du menolaknya kerana dia mendapatkan ingatannya semula dan tidak mengakunya sebagai isterinya. Ia hanya terdapat dalam versi komik.
  • Kredit dan babak ekstra tidak muncul dalam versi komik.

Pelakon suara[]

Krew Produksi[]

  • Disokong oleh: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Finas, Multimedia Development Corporation (MDEC), dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)
  • Ditaja oleh: Old Town White Coffee, Telekom Malaysia (TM), Rokki, dan Air Asia
  • Diedarkan oleh: Astro Shaw dan CBI Pictures
  • Penghargaan Istimewa: Astro Shaw, Astro Malaysia, The Factory Music Studio (Yuri Wong dan Simmy Lor), dan The Vila (Hirayuki Ishizaka dan Charlene Ong Chye Leng)
  • Diterbitkan oleh: Animonsta Studios Sdn. Bhd.
  • Penerbit: Nizam Abd Razak dan Kee Yong Pin
  • Pengarah: Nizam Abd Razak dan Dzubir Mohammed Zakaria
  • Penulis Skrip: Nizam Abd Razak
  • Pengarah Produksi: Yap Ee Jean
  • Pengarah Audio: Anas Abdul Aziz
  • Pengarah Pemasaran: Kee Yong Pin
  • Pengarah Pembangunan Produk: Mohd Safwan Abd Karim
  • Pengarah Kewangan & Perancangan: Noor Ezdiani Ahmad Fawzi
  • Pengarah Produk & Perlesenan: Noor Ezdiani Ahmad Fawzi
  • Pelakon Suara: Rujuk Pelakon Suara
  • Skor Muzik oleh: Yuri Wong
  • Konsep Asal: Nizam Abd Razak dan Anas Abdul Aziz
  • Konsep Seni
    • Ketua Konsep Seni: Haireey Hashnan
      • Artis Konsep Seni: Fakeez Adnan, Nurfatin Zulkifli, dan Mohd Izzul islam Mohd Noor
      • Pereka Kostum: Nurfatin Zulkifli
      • Pelukis Matte: Haizeel Hashnan, Haireey Hasnan, dan Fakee Adnan
  • Aset & Model
  • Visual
    • Ketua Tanda Aras Visual: Faszirul Azzery Abd Wahid
      • Pereka Set & Props: Muhammad Khairul Aladin, Mohd Zulhilmi Zulkifli, Gerald Khalid, dan Tan Yong Fu
  • Animasi
    • Ketua Animasi: Ferdiawan Gunarto dan Mohamad Hafiz Ashraf Saipul Islam
      • Tanda Aras Juruanimasi: Raja Nukman Raja Mohd Noordin dan Mohamad Hafiz Ashraf Saipul Islam
      • Juruanimasi Senior: Muhammad Zharif Fikri Mhd Suhaimi, Syafiq Ikmal Ahmad Sa'ali, Mohamad Ibtisam A Halim, dan Mohammad Asfian Asri
      • Juruanimasi: Muhammad Asyraf, Muhammad Hairee Mohd Hafiz Chandar, Muhammad Afiq Rabbani Jalil, Mohamad Fadzlan Mohd Isa, Wai Men Fei, dan Muhammad Imran Mohd Musa
  • Pencahayaan & Render
    • Ketua Pencahayaan & Render: Ho Chee Seong
      • Artis Pencahayaan & Render: Rashiddin Kamaruddin, Ahmad Hizami Lotafi, Muhammad Huzaid Ghazali, Zefri Noor Ahmad, dan Syaiful Haniff Kamardin
  • Kompositor & Kesan Khas
    • Ketua Kompositor & Kesan Khas: Wu Chintya
      • Kompositor Senior: Nur Yasmin Mohamad Khairuddin dan Haizeel Hashnan
      • Kompositor: Abdullah Hafiyy Mohamad Radzi, Ahmad Fahmie Muhamad, Muhammad Syaifullah Abu Talip, dan Bryan Chin Xuan Wei
      • Kesan Simulasi: Muhammad Akid Jamel, Mohd Zamri Mustapha, dan Mohd Zulhilmi Zulkifli
      • Penyediaan Filem Digital: Muhammad Akid Jamel
  • Audio
    • Ketua Audio: Mohd Mustazza Abu Hapaz
      • Rakaman Dialog: Aema Aezana Zulkafli dan Muhammad Amir Shuhaimi
      • Kesan Bunyi Khas: Muhammad Farhan Anuar dan Mohd Syabil Syamin Abd Aziz
      • Muzik Tambahan: Nur Sharmine Md Bakri
      • Pemilihan Suara: Anas Abdul Aziz dan Mohd Mustazza Abu Hapaz
      • Pengadun Rakaman Semula: Hirayuki Ishizaka
  • Pentafsiran & Sari Kata
    • Bahasa Inggeris: Fatima Zafira Zaharan
    • Bahasa Mandarin: Yap Ee Jean
  • IT & Media Baharu
    • Media Baru: Shukran Lee, Amirul Arif Abdul Hamid, dan Shafiq Mansor
    • Pembangun Web & Aplikasi: Muhammad Zarul Izham Abd Rahim dan Abdul Hakim Ishak
    • Sokongan Teknikal & IT: Nazrul Hadi Nazlan dan Nur Iman Andaliz
  • Penjenamaan & Pemasaran
    • Ketua Penjenamaan & Pemasaran: Faiz Zainal Aabidin
      • Penjenamaan & Pemasaran: Noriman Saffian, Nurasyikin Abdul Khalit, Nurul Farhana Zainal Abidin, dan Nur Hafizah Mohd Razali
      • Produk & Pelesenan: Razi Azhar Abd Razak dan Yim Weng Lok
  • Serivs & Pengiklanan
    • Ketua Servis & Pengiklanan: Noriman Saffian
      • Servis & Pengiklanan: Raja Muhammad Faisal Raja Ihsanmuddin, Meor Hizmin Amir Hassan, Nur Yasmin Che Muslim, Muhammad Eizzat Farhan Norazhan, Husna Ahmad Faizal, Muhamad Nazmeen Mohd Nasir, Nur Iman Abdul Muis, dan Muhammad Haziq Fitri Rosdi
      • Pereka Poster: Haireey Hashnan, Siti Nuralyana Maurad, Mohd Ariff Abd Rahman, Nurul A'liyah Faaiqah Shamsolnizam, Sharifah Sarah Syed Idros, dan Husna Ahmad Faizal
      • Pereka Grafik Kanan: Azalil Aizat Abdul Jalil, Nurul Izatuleffa Abdul Latif, Abdul Rashid Zakaria, Mohd Hafiz Hashim, dan Muhamad Amir Hariz Muhammad Tarji
  • Komik
    • Artis Komik Utama: Siti Nurelyana Maurud
    • Artis Komik: Mohd Ariff Abd Rahman, Ahmad Saiful Jamaluddin, dan Nurul A'liyah Faaiqah Shamsolnizam
    • Artis Produksi Tambahan: Muhammad Haziq Shamsul Hasri dan Hilman Muhamad
  • Kewangan & Perancangan
    • Eksekutif Pengurusan : Nor Syahirah Ariffin dan Nornazihah Abdul Kazar
    • Eksekutif Admin: Zuraidah Ahmad
    • Sumber Manusia & Pentadbiran: Meldanovita Umar
    • Akauntan: Wan Mazlinda Md Saad
    • Eksekutif Undang-Undang: Anis Adilla Normuhayat
    • Acara & Barangan Produk: Mohd Shaffie Ramli, Hafizuddin Kamal, dan Mohamad Baihaqi Abu Talib
  • Teraju Pemasaran & Pengedaran
    • Ketua Astro Shaw: Raja Jaslina Arshad
    • Ketua Pemasaran & Pengedaran: Norsalvina Alwee
      • Unit Pemasaran: Abby Othman, Faizal Fauzi, Afdal Shahizad Zainudin, Zahirah Abdul Rahim, Syazana Mohd Nizam, Azwan Abdullah, Mohd Nohaniff Mohd Zaid, Chan Wong Jiam, Muhammad Izzul Akmal, dan Mohamad Faris Zainal Abidin
      • Bahagian Pengedaran: Usni Isqandar dan Abby Othman
  • Original Soundtrack
  • Produksi Muzik Video: CST Production dan IdeaID
  • Fasiliti Teknologi: Robust Fox Render Farm
  • Media Rasmi: Astro Malaysia

Penerbitan[]

Pengarah Nizam Razak berkata proses pembikinan untuk filem kedua ini lebih pantas daripada filem pertama dan hanya mengambil masa satu tahun untuk disiapkan. Mereka menetapkan had masa 12 bulan untuk melihat jika mereka boleh membuat filem tanpa menjejaskan kualiti atau jalan cerita animasi tersebut. Beliau mengaku terdapat tekanan untuk menyiapkan filem ini tepat pada masanya tetapi pasukan produksi beliau yang terdiri daripada 100 orang berjaya melakukannya mengikut masa yang ditetapkan. Mereka menggunakan teknologi yang lebih baik seperti Redshift dan kaedah simulasi menyeluruh walaupun kosnya akan menjadi lebih tinggi untuk memberikan kualiti terbaik kepada penonton. Jika reaksi kepada filem ini adalah positif, mereka bercadang untuk menghasilkan filem secara konsisten, dengan filem baharu dikeluarkan setiap tahun atau setiap setahun setengah.

Lagu Tema[]

Untuk filem ini, kebanyakan lagu dan runut bunyi filem dihasilkan oleh komposer dari Factory Music Studio, Yuri Wong. Beliau yang juga merupakan komposer bagi filem BoBoiBoy: The Movie dibantu oleh Nur Sharmine Md Bakri. Sebanyak 50 buah lagu digubah dan digunakan sepanjang filem. Kompilasi runut bunyi rasmi filem ini dimuat naik di saluran YouTube Monsta sempena kejayaan meraih 2 juta penonton di pawagam pada 26 Ogos 2019.

Sebuah lagu dicipta sebagai lagu tema filem ini. Faizal Tahir dijemput untuk menyanyikan lagu tema BoBoiBoy Movie 2. Maka, lagu Fire & Water yang dicipta oleh Faizal sendiri bersama Mage dari Faithful Music Sdn. Bhd., syarikat yang menaungi Faizal Tahir dipilih untuk menjadi lagu tema. Lagu ini juga merupakan lagu keempat daripada album persendiriannya, Rojak. Lagu ini dimuat naik di saluran YouTube Monsta pada 26 Julai 2019.

Pengeluaran[]

Sebelum BoBoiBoy: The Movie dikeluarkan pada tahun 2016, Nizam Razak menyatakan bahawa mereka telahpun mempunyai idea mereka untuk filem kedua. Teaser rasmi pertama untuk filem ini telah dikeluarkan pada 8 Mac 2019.

Pada 10 Mei 2019, Monsta memuat naik video pengumuman tarikh tayangan untuk pawagam Malaysia, iaitu pada 8 Ogos 2019. Ia kemudian didedahkan bahawa 4 lagi negara juga mempunyai tarikh tayangan yang sama. Monsta menyiarkan treler rasmi untuk filem ini pada 25 Jun 2019.

Ini menjadi filem Malaysia pertama yang dikeluarkan serentak di 5 negara termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Vietnam. Bagaimanapun, penayangan Vietnam ditangguh hingga 30 Ogos untuk membuat alih suara versi penuh Vietnam telah ditayangkan di Vietnam. Ia akan ditayangkan di lebih 500 pawagam, yang terdiri daripada lebih 144 pawagam di Malaysia, 8 pawagam di Singapura, 4 pawagam di Brunei, 150 pawagam di Indonesia dan 120 pawagam di Vietnam. Buat masa ini, terdapat permintaan dari Thailand dan Filipina tetapi tiada pengumuman dibuat setakat ini. Monsta juga mensasarkan pasaran Korea Selatan, India dan China untuk siaran akan datang. Filem ini juga mula ditayangkan di saluran Astro First pada 14 November 2019.

Melalui kerjasama antara Monsta dengan TGV Cinemas, BoBoiBoy Movie 2 dijangka akan ditayangkan semula pada awal 2020. Namun, tayangan tersebut terpaksa ditunda susulan penularan wabak COVID-19. Namun akhirnya, filem ini berjaya ditayangkan semula di semua pawagam TGV di seluruh negara bermula 1 Julai 2020. Juga, dijangka BoBoiBoy Movie 2 akan ditayangkan di Turki pada penghujung tahun 2020 bersama dengan BoBoiBoy: The Movie.

BoBoiBoy Movie 2 juga dapat ditonton melalui platform penstriman dalam talian. BoBoiBoy Movie 2 dapat ditonton di portal Netflix bermula 1 Jun 2020.

Pencapaian[]

Monsta mensasarkan untuk mengumpul lebih banyak daripada kutipan filem pertama (RM20 juta) memandangkan jumlah tayangan lebih tinggi. Filem ini telah meraih RM1.18 juta pada hari pertama, kutipan pembukaan tertinggi bagi filem animasi tempatan. Filem ini telah meraih kutipan memecah RM 15.8 juta selepas 8 hari tayangan. Kutipan ini berjaya memecah rekod filem BoBoiBoy: The Movie yang pertama. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia telah menerima terhadap filem animasi tempatan sebagai filem animasi nombor satu negara dan secara umumnya. Dalam tempoh 18 hari, BoBoiBoy Movie 2 telah mengumpul RM25 juta dalam tempoh tiga minggu sekali gus menjadi filem tempat ketiga paling tinggi di Malaysia, mengatasi filem aksi tahun lalu Polis Evo 2 yang membawa pulang sebanyak RM20 juta. Ia telah mengatasi kutipan filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal secara rasmi sebagai filem animasi paling laris di Malaysia, mengalahkan semua filem animasi tempatan dan antarabangsa dengan mengutip sebanyak RM27.7 juta selepas 26 hari. Dalam tempoh 70 hari, BoBoiBoy Movie 2 berjaya mencapai kutipan sebanyak RM30 juta di Malaysia, Brunei, Singapura dan Vietnam dengan kutipan sebanyak RM29.60 juta dicatatkan dalam Malaysia. BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem terlaris di Malaysia sepanjang penggal kedua tahun 2019.

Jumlah Hari Tayangan Kutipan Kumulatif
1 hari (8 Ogos) RM 1.18 juta
5 hari (12 Ogos) RM 9.90 juta
8 hari (15 Ogos) RM 15.80 juta
11 hari (18 Ogos) RM 21 juta
18 hari (25 Ogos) RM 25 juta
26 hari (2 September) RM 27.70 juta
70 hari (18 Oktober) RM 29.60 juta

Pengiktirafan[]

Pencalonan

  • Anugerah Filem Animasi New York 2020
    • Filem Animasi 3D Terbaik - Animonsta Studios Sdn. Bhd. (BoBoiBoy Movie 2)
  • Festival Filem Florence 2020
    • Filem Animasi Terbaik - Animonsta Studios Sdn. Bhd. (BoBoiBoy Movie 2)
  • Anugerah MeleTOP Era 2020
    • Filem MeleTOP (Top 5) - Animonsta Studios Sdn. Bhd. (BoBoiBoy Movie 2)

Pencapaian

  • Festival Filem Laurus 2020
    • Foto/Poster Terbaik - Haireey Hashnan, Siti Nuralyana Maurad, Mohd Ariff Abd Rahman, Nurul A'liyah Faaiqah Shamsolnizam, Sharifah Sarah Syed Idros, Husna Ahmad Faizal
    • Teaser/Trailer Terbaik
  • Anugerah The Appies 2020
    • Inovasi Pemasaran - Kee Yong Pin
  • Asian Academy Creative Awards 2020
    • Program/Siri Animasi Terbaik Malaysia - Animonsta Studios Sdn. Bhd. (BoBoiBoy Movie 2)
  • London International Motion Picture Awards 2020
    • Pilihan Khas Juri - BoBoiBoy Movie 2

Siaran Televisyen[]

Beberapa rangkaian televisyen mengangkat filem beberapa bulan selepas pelancaran awal di pawagam tempatan. Untuk tayangan di Malaysia, BoBoiBoy Movie 2 mula disiarkan di televisyen selepas filem ini selesai ditayangkan di Astro First dengan Astro Ceria dan Astro Ria menyiarkan filem ini beberapa kali sepanjang tahun 2020. Manakala di Indonesia, siaran televisyen bagi filem ini bermula pada 31 Julai 2020 dan disiarkan semula beberapa kali. Manakala di Singapura, siaran televisyen bagi filem ini bermula pada 8 Oktober 2022.

  • Astro Ceria menyiarkan filem ini pada 27 Mac, 4 April, dan 29 Mei 2020.
  • Astro Ria menyiarkan filem ini pada 27 Mac, 4 April 2020, dan 27 Disember.
  • Astro Citra telah menyiarkan filem ini pada 1 Januari 2021.
  • RTV menyiarkan filem ini pada 31 Julai 2020, 20 Ogos 2020, 14 November 2020, 15 Disember 2020, 30 Disember 2020, 24 Januari 2021, 11 Mac 2021, dan 13 Mei 2021.
  • TV3 menyiarkan filem ini pada 14 Mei 2021.
  • Disney Channel Asia menyiarkan filem ini pada 31 Ogos 2021.
  • Disney XD Asia menyiarkan filem ini pada 16 September 2021.
  • Disney Junior Asia menyiarkan filem ini pada 25 Disember 2021.
  • Mediacorp Suria menyiarkan filem ini pada 8 Oktober 2022.
  • Youtube menyiarkan filem ini pada 3 Disember 2022.

Masa Hadapan[]

Selepas kejayaan filem BoBoiBoy Movie 2, Nizam Razak menyatakan mereka telah merancang untuk menghasilkan filem ketiga BoBoiBoy. Namun, pada masa ini ia tidak menjadi fokus Monsta kerana mereka memberikan tumpuan kepada filem MechAmato yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada tahun 2020, tetapi ditunda pada tahun seterusnya kerana pandemik COVID-19.[1]

Trivia[]

  • Produksi BoBoiBoy Movie 2 telah diumumkan sejak bulan Jun 2017 oleh Nizam Razak di akaun Facebooknya.[2]
  • Filem ini pertama kali dijangka ditayangkan di pawagam sekitar September 2019,[3] tetapi Monsta telah memuat naik video tarikh tayangan ke saluran YouTube mereka pada 10 Mei 2019 yang mengumumkan bahawa tarikh tersebut pada 8 Ogos 2019.
  • Poster perdana BoBoiBoy Movie 2 telah dimuat naik di akaun Facebook Nizam Razak pada 18 Januari 2018.[4] Pada poster itu, ia tertulis tahun penayangannya iaitu pada 2019.
  • Pada 15 September 2018, pihak Monsta telah mendedahkan tiga visual utama filem ini.[5]
  • Video teaser trailer BoBoiBoy Movie 2 telah dimuat naik ke YouTube dalam saluran Monsta pada 8 Mac 2019.[6]
  • BoBoiBoy dilihat berkali-kali tanpa topinya. Antara babak yang menunjukkan BoBoiBoy tidak memakai topinya ialah:
    • Sewaktu BoBoiBoy sedang bergelut untuk melepaskan diri daripada Kang Kong
    • Sewaktu BoBoiBoy gagal dalam ujian ketangkasan
    • Sewaktu BoBoiBoy bermeditasi di air terjun ketika babak lagu Fire & Water sedang dimainkan
    • Sewaktu BoBoiBoy Ais tewas di tangan Retak'ka
    • Sewaktu BoBoiBoy jatuh dan tidak sedarkan diri di dalam air selepas berjaya menewaskan Retak'ka
    • Sewaktu BoBoiBoy sedar dari tidurnya
  • Jenaka berterusan Papa Zola yang sedang menjerit seperti gadis dilanjutkan.
  • Dalam poster pertama BoBoiBoy Movie 2, tajuk filem ini ialah "BoBoiBoy: The Movie 2".
  • Rancangan awal Monsta ialah untuk mengeluarkan BoBoiBoy Movie 2 selepas musim ke-2 siri BoBoiBoy Galaxy kerana mereka ingin mengeluarkan semua Kuasa Elemental BoBoiBoy tahap ke-2 sebelum BoBoiBoy Movie 2.
  • Kebanyakan babak pertarungan di dalam filem ini terpaksa dipotong dalam siaran RTV di Indonesia bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak penapisan filem Indonesia. Antara babak yang dipotong termasuklah:
    • Kuasa BoBoiBoy Solar disedut oleh Retak'ka dalam pertempuran pertama BoBoiBoy menentang Retak'ka.
    • Pertarungan Yaya, Ying, dan Fang melawan Retak'ka di Planet Rimbara (menggunakan ArmoBot).
    • Pipi Zola ditolak jatuh oleh Gogobi dari EggaBot.
    • Beberapa babak pertarungan Adu Du melawan Cakada dan Kechik.
    • 'Kematian' Hang Kasa dan selepas rampasan kuasa elemental kristal darinya oleh Retak'ka.
    • Pertarungan pertama BoBoiBoy FrostFire melawan Retak'ka.
    • Pertarungan kecil Yaya melawan Retak'ka di Bumi.
    • Retak'ka tewas melalui Tembakan Super Supra oleh BoBoiBoy Supra.
  • Ini merupakan filem animasi tempatan kedua yang ditayangkan pada tahun 2019 selepas Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.
    • Filem ini juga merupakan salah satu filem di bawah Tahun Animasi Malaysia 2019.
    • Selepas filem ini selesai ditayangkan, pihak Monsta memuat naik gambar BoBoiBoy sedang menyerahkan baton kepada Ejen Ali, menandakan bahawa Ejen Ali: The Movie akan ditayangkan selepas filem ini.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy Movie 2. Rujuk BoBoiBoy Movie 2/Galeri.

Video[]

BoBoiBoy Movie 2 TGV PSA[]

Babak Dipotong[]

Klip BoBoiBoy Movie 2[]

Pautan luar[]

Rujukan[]

Advertisement