BoBoiBoy (watak)
Ulasan1wiki ini
| BoBoiBoy | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Watak BoBoiBoy | ||||||
| | ||||||
| Penampilan sulung | "Episod 1" | |||||
| Pelakon suara | Nur Fathiah Diaz | |||||
| ||||||
BoBoiBoy tidak lain tidak bukan ialah watak utama dan eponim dalam siri animasi TV, BoBoiBoy. Dia memiliki kuasa-kuasa memanipulasi elemen petir, angin dan tanah, serta berpecah kepada tiga.
Pada mulanya, BoBoiBoy tinggal di tempat lain dan bercuti di Pulau Rintis untuk menolong Tok Aba menjaga kedai.
Isi kandungan |
Kuasa
Sunting

Disisipkan oleh Anakmalaysia2010Setelah dikurniakan kuasa oleh Ochobot di episod 1, BoBoiBoy boleh menguasai tiga elemen iaitu petir, angin dan tanah. Dia boleh kuasa-kuasa memanipulasi angin, tanah dan petir dengan tangan sendiri. Kuasanya yang terkuat ialah kebolehan berpecah menjadi tiga BoBoiBoy yang masing-masing mengawal satu elemen.
Kuasa tiga tahap satu
Sunting
- Kuasa Petir
- Kuasa Angin
- Kuasa Tanah
- Kuasa Tiga: BoBoiBoy melompat ke udara, menyeru "BoBoiBoy Kuasa Tiga" sambil mengangkat lengan yang memakai jam tangannya untuk berpecah menjadi tiga, setiap satunya menguasai satu elemen, iaitu:
- BoBoiBoy Petir (jingga)
- BoBoiBoy Angin (kuning)
- BoBoiBoy Tanah (merah)
Kuasa tiga tahap dua
Sunting

Disisipkan oleh Khairil KaiBoBoiBoy yang berpecah menjadi tiga juga boleh menaik taraf kuasa mereka kepada tahap yang lebih tinggi, gara-gara kuasa mereka dipengaruhi secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan jahat Adu Du. Kesemuanya telah melibatkan perasaan untuk menaik taraf kuasa.
- BoBoiBoy Halilintar (Menjelma dari BoBoiBoy Petir, serba merah, setelah diseksa oleh Adu Du dalam episod 11)
- BoBoiBoy Taufan (Menjelma dari BoBoiBoy Angin, serba biru, setelah termakan biskut tercemar dalam episod 22)
- BoBoiBoy Gempa (Menjelma dari BoBoiBoy Tanah, serba kuning, setelah memaksa diri mengumpul tenaga untuk mendapatkan kuasa baru dalam episod 26)
Dalam episod kedua dalam musim kedua, BoBoiBoy menunjukkan kebolehannya untuk bertukar kepada mana-mana satu daripada jelmaan tahap duanya tanpa berpecah kepada tiga, apatah lagi bertukar-tukar sesama tiga jelmaan itu. BoBoiBoy juga mampu mengunakan Gerakan Kilat tanpa perlu bertukar kepada BoBoiboy Halilintar, akan tetapi kelajuan Gerakan Kilat mungkin cuma separuh jika tidak bertukar kepada BoBoiBoy Halilintar.
Dalam finale musim 2, BoBoiBoy juga berkebolehan memecah tiga terus ke tahap kedua tanpa melalui tahap pertama.
Kuasa Lain
Sunting
- Sedutan Vacum (Episod 8)
- Gerakan Kilat (Musim 2, Episod 3 )

Disisipkan oleh An-nashir


Disisipkan oleh Arinditya.wrningdhanuRupa
Sunting
BoBoiBoy berusia 10 tahun (11 tahun dalam musim kedua). Dia memakai topi berwarna jingga bertompok kuning dan mempunyai motif raksasa yang bertanduk tiga menggarisi rentas tengah topi, bermulut jongang tetapi tidak bermata, dengan birainya menghadap ke belakang dan digarisi dengan tiga batang tanduk di tengah-tengah topi. BoBoiBoy memakai jaket tanpa lengan jingga yang berzip dengan lungsur zip yang berbentuk panahan petir, dengan kemeja T berdada putih dan berlengan perang di dalam, serta seluar panjang yang berwarna perang tua juga.
Dalam musim kedua, jaketnya berlainan kerana mempunyai hud serta lipatan luaran berwarna kuning di setiap hujung.
Mengikut konsep asal, topi BoBoiBoy sepatutnya ada tiga biji mata supaya ia nampak seperti anak raksasa yang comel. Lungsur zipnya juga tiada bentuk panahan petir.
Perwatakan
Sunting
BoBoiBoy ialah seorang kanak-kanak lelaki yang cergas dan suka bermain (terutamanya bola sepak), tetapi dia seorang yang naif dan sedikit pelupa, apalagi menjadi lebih pelupa apabila terlalu lama menggunakan Kuasa Tiga. Sebagai orang baru di pekan Pulau Rintis, banyak perkara yang perlu dipelajarinya dan dia mengenali kawan-kawan baru iaitu Yaya, Ying dan Gopal. BoBoiBoy membantu datuknya, Tok Aba menjaga kedainya, Tok Aba's Kokotiam. Apabila timbul kesusahan, terutamanya yang disebabkan oleh Adu Du, BoBoiBoy tidak berasa ragu menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan keadaan.
Selain pelupa, BoBoiBoy juga menggeruni bunyi belon pecah. Ini terbukti dalam babak yang mana Adu Du menangkap BoBoiBoy Petir dan menyeksanya dengan meletup-letup belon sehingga BoBoiBoy Petir sukar mengawal emosi lalu menjadi BoBoiBoy Halilintar.
Ciri yang paling penting dalam lenggok bahasa BoBoiBoy ialah cogan kata "Terbaik!" yang diujarnya sambil mengangkat ibu jari, setelah selesai menewaskan musuh atau melihat sesuatu yang mencuit hatinya. Kadang-kadang, tabiat ini juga dicontohi oleh beberapa watak lain, termasuk musuhnya Adu Du dan Probe.
Video
Sunting


Disisipkan oleh Anakmalaysia2010| Watak-watak |
|---|
| BoBoiBoy - Yaya - Ying - Gopal - Adu Du - Probe - Komputer - Ochobot - Pakcik Kumar - Tok Aba - Multi-Monster - Raksasa Tidur - Fang - Bago Go - Ejo Jo |