BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Aku BoBoiBoy, superhero Bumi. Nampaknya aku perlu bersedia, semakin ramai dari luar sana yang akan datang. Aku perlu lindungi kawan-kawan aku, aku perlu lindungi Bumi dan aku perlu lindungi galaksi."
— BoBoiBoy, Jumpa Lagi BoBoiBoy

BoBoiBoy adalah watak utama dan eponim dalam siri BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy. Seorang superhero elemental muda dari Bumi yang mempunyai misi untuk mencari dan mengumpulkan Power Sphera yang tersembunyi di seluruh galaksi.

Sejarah

BoBoiBoy

Musim 1

BoBoiBoy menyambut cuti sekolah dengan melawat datuknya, Tok Aba yang berada di Pulau Rintis, di mana dia bergaul dengan kawan-kawan baru yang menjadi sahabat handainya sepanjang siri, iaitu YayaYing dan Gopal. Pada masa yang sama, munculnya makhluk asing jahat yang bernama Adu Du yang merancang untuk merampas kesemua koko di Bumi bersama konco-konconya, Probe dan Komputer. Pada suatu hari, Adu Du mengarahkan Probe pergi mencuri koko dari kedai Tok Aba, apabila BoBoiBoy mengetahui yang satu tin koko telah dicuri, dia mengekori Probe untuk mengambil semula kokonya sehinggalah mereka tiba di kapal angkasa Adu Du.

Sedar tak sedar, BoBoiBoy diekori oleh robot "sfera kuasa" dari kapal angkasa Adu Du yang memperkenalkan dirinya sebagai Ochobot dan memberi BoBoiBoy keupayaan mengawal elemen petir, angin dan tanah, dan berpecah kepada tiga orang dengan elemen masing-masing. Ochobot turut memberikan kuasa super kepada kawan-kawannya. Maka BoBoiBoy dan kawan-kawan menggunakan kuasa-kuasa ini untuk melindungi Pulau Rintis daripada ancaman Adu Du di samping membantu masyarakat setempat apabila ada kesusahan. Penangan Adu Du yang kian getir juga mendorong peningkatan kuasa BoBoiBoy kepada Halilintar, Taufan dan Gempa. Pada kemuncak musim pertama, BoBoiBoy pulang semula ke bandar lamanya untuk menyambung persekolahannya di sana.

Musim 2

Enam bulan selepas menumpaskan Adu Du pada penghujung musim pertama dan kembali ke bandar, BoBoiBoy berpindah ke Pulau Rintis dan meneruskan persekolahan di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Maka, dia bertemu kembali dengan Yaya, Ying dan Gopal di samping bertemu dengan seorang lawan baru yang bernama Fang yang cemburu akan kuasa dan populariti BoBoiBoy di sekolah. Di samping itu BoBoiBoy juga mahir bertukar langsung kepada bentuk elemen tahap kedua.

Sementara itu, Adu Du sering mencuba pelbagai cara untuk menghapuskan BoBoiBoy yang telah kembali itu, termasuklah bekerjasama dengan Fang buat sementara waktu. Akan tetapi, kesemua cubaannya gagal. Akhirnya, Fang pun menyertai geng BoBoiBoy kerana kuasanya juga dikurniakan oleh Ochobot secara tidak sengaja dalam satu pertembungan dengan Adu Du dan Probe. Musim kedua diakhiri dengan ketibaan Ejo Jo di Bumi yang mengucar-ngacirkan sekolah BoBoiBoy, menyebabkan geng BoBoiBoy berpakat dengan geng Adu Du.

Musim 3

Setelah bertungkus-lumus menumpaskan Ejo Jo, BoBoiBoy dan kawan-kawannya mula berkawan dengan Adu Du untuk bersama-sama menjaga keselamatan Pulau Rintis daripada ancaman dari dalam dan luar. Namun, persahabatan mereka itu tidak berkekalan apabila datang Ibu Bu, iaitu ibu Adu Du untuk melawat dan melepaskan rindunya terhadap anaknya yang dipanggil "Bubuchuk" sebagai nama timangannya. Apabila mengetahui dia menjadi baik, dia memujuk Adu Du semula dengan habis-habisan supaya kembali kepada kejahatan. Kuasa elemen BoBoiBoy turut berkembang apabila dia boleh bertukar menjadi BoBoiBoy Api yang boleh mengawal elemen api.

Adu Du pula berusaha mencipta sebuah robot yang dinamakannya BoBoiBot yang bukan sahaja menyerupai rupa BoBoiBoy, bahkan juga meniru kuasa-kuasa elemen BoBoiBoy sehingga dia menggantikan BoBoiBoy sebagai seorang wira tempatan di Pulau Rintis. Akhirnya, dengan bantuan Probe yang memberitahu kelemahan BoBoiBot kepada BoBoiBoy dan Ochobot, BoBoiBoy menyahut cabaran penirunya dengan bertukar menjadi BoBoiBoy Air.

BoBoiBoy dan kawan-kawannya bertemu dengan Kapten Kaizo, Lahap dan Fang dan mereka memaksa mereka untuk menyerahkan Jam-jam Kuasa. Namun, keengganan mereka membuatkan Kapten Kaizo bertarung dengan BoBoiBoy. Selepas BoBoiBoy dan kawan-kawannya dikalahkan, Fang mengambil kesempatan untuk mengambil semua Jam Kuasa dari tangan BoBoiBoy, Gopal, Yaya dan Ying menggunakan Kuasa Bayangnya dan menyerahkannya kepada Kapten Kaizo. BoBoiBoy memohon kepada mereka untuk memulangkan kuasa mereka, tetapi mereka tidak menghiraukannya dan akhirnya berlepas ke angkasa.

BoBoiBoy dan kawan-kawannya meminta bantuan daripada Adu Du dan Probe untuk menyelamatkan Fang. Selepas Adu Du bersetuju, mereka menaiki kapal angkasa Adu Du dan mengekori kapal angkasa Kapten Kaizo. BoBoiBoy dan kawan-kawan kemudiannya berjaya memasuki ke dalam kapal angkasa Kapten Kaizo melalui pod angkasa sementara Adu Du dan Probe terhempas ke Bumi. Kedatangan BoBoiBoy dan kawan-kawannya disambut baik oleh Kapten Kaizo dan Lahap dan mereka mencabar BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk bertarung sekali lagi di atas keazaman mereka yang tinggi untuk mengambil semula Jam-jam Kuasa.

Selepas bertungkus-lumus menumpaskan Kapten Kaizo dan Lahap, mereka mengakui BoBoiBoy dan kawan-kawannya layak untuk menggunakan Jam-jam Kuasa. Sebelum menghantar mereka ke Bumi semula, Kapten Kaizo telah menasihati BoBoiBoy supaya sentiasa berhati-hati dengan ancaman luar yang akan datang kepada dia dan kawan-kawannnya. Musim ketiga siri BoBoiBoy diakhiri dengan suara latar BoBoiBoy; "Aku BoBoiBoy, superhero Bumi. Nampaknya aku perlu bersedia, semakin ramai dari luar sana yang akan datang. Aku perlu lindungi kawan-kawan aku, aku perlu lindungi Bumi dan aku perlu lindungi Galaksi."

BoBoiBoy: The Movie

Ochobot telah diculik oleh pasukan Tengkotak dengan tujuan menggunakannya untuk mencari Klamkabot, sebuah Sfera Kuasa purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. BoBoiBoy bersama kawan-kawannya telah berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia di sebalik misteri Sfera Kuasa.

BoBoiBoy Galaxy

Tiga tahun telah berlalu sejak peristiwa yang telah berlaku dalam filem, BoBoiBoy hidup dengan aman di Pulau Rintis. Tetapi, kadangkala dia berasa bosan apabila tidak dapat menjadi seorang wira dan menggunakan kuasanya kerana alien-alien jahat tidak lagi datang ke Bumi dan membuat kacau. Pada suatu hari, Ochobot tiba-tiba dihubungi oleh Cici Ko dan beliau meminta tolong daripada BoBoiBoy dan Gopal. Setelah bersetuju untuk membantunya mencari dan melindungi Power-Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi sebagai ahli dalam sebuah organisasi yang dipanggil TAPOPS, BoBoiBoy bersama kawan-kawannya mengembara di galaksi dan tidak dibenarkan untuk berada di Bumi buat sementara waktu.

Rupa

Boboiboy

BoBoiBoy dalam BoBoiBoy: The Movie.

BoBoiBoy adalah budak lelaki remaja yang berumur 11 tahun dengan mata yang coklat, kulit yang cerah dan rambut hitam yang tebal.

Di dalam pertama, BoBoiBoy memakai baju kemeja putih di sebalik jaket berwarna jingga dengan zip yang ditutup rapat dan lengan panjang gebu berwarna coklat, dilengkapi dengan kasut jingga putih yang runcing, seluar coklat dan topi kep jingga bermotif dinosaur.

Pada musim ke-2, seluar yang dipakai BoBoiBoy lebih kurang serupa dengan musim sebelumnya tetapi dengan perbezaan ketara. Jaketnya bertudung, lengannya pendek dan tidak gebu lagi, ditambah dengan lipatan luar kuning di setiap tepi baju. Kasutnya berwarna jingga kemerahan. Namun, dia hanya memakai seutas jam tangan sahaja pada tangan kanannya berbanding dua utas jam tangan pada musim pertama.

Pada musim ke-3, busana BoBoiBoy tidak banyak berubah di samping diimbuh kocek pada jaketnya sahaja.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, BoBoiBoy memakai baju hitam dengan lengan panjang yang dilipat sehingga bahagian siku di sebalik jaket berwarna jingga yang dilengkapi dengan lungsur zip yang ditutup sehingga paras dada, namun jaketnya tidak lagi bertudung dan mempunyai kocek. BoBoiBoy memakai seluar jean biru dengan seutas tali pinggang berwarna hitam. Kasut butnya pula berwarna putih dan kelabu. Terdapat perubahan yang unik pada logo petir di depan topi dan lungsur zip jaketnya kerana logo petir tersebut menyerupai seperti huruf 'B'.

Mengikut rancangan awal, BoBoiBoy sebenarnya berumur sekitar prasekolah. Tambahan pula, topinya mempunyai tiga biji mata sebagai jelmaan makhluk asing.

Perwatakan

BoBoiBoy bersifat peramah mesra dan baik hati sepanjang siri, apatah lagi berani dan sedia melindungi ketika bertempur. Dia gemar bermain bola sepak dan permainan video bersama kawan-kawannya, terutamanya Gopal. Akan tetapi, dia mudah ketagih permainan video dan tidak senang hati apabila disuruh mengemas rumah. BoBoiBoy adakalanya pelupa, lebih-lebih lagi apabila berpecah menjadi tiga (berlaku pada musim pertama sahaja).

Setiap pecahan BoBoiBoy memiliki ciri-ciri perwatakan yang berlainan. Berbanding dengan BoBoiBoy biasa, BoBoiBoy Halilintar lebih serius, BoBoiBoy Taufan lebih ceria, BoBoiBoy Gempa lebih serius, BoBoiBoy Api lebih panas baran, BoBoiBoy Air lebih santai manakala BoBoiBoy Daun lebih ceria.

Kadangkala, BoBoiBoy bergaduh dengan Fang, tetapi lazimnya mereka berkawan kerana BoBoiBoy tahu kebaikan hati setiap seorang kawannya. BoBoiBoy juga sedia membantu dalam apa-apa masalah, kecuali berkenaan biskut Yaya yang umum diketahui tidak disenangi rasanya.

Transformasi

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Air!"
— Pengumuman transformasi kedua



"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Cahaya!"
— Pengumuman transformasi




"BoBoiBoy Halilintar!"
— Pengumuman transformasi pertama


Musim 1
Musim 3

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Halilintar!"
— Pengumuman transformasi kedua


Pertama
Kedua


"BoBoiBoy Taufan!"
— Pengumuman transformasi pertama


"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Taufan!"
— Pengumuman transformasi kedua



"BoBoiBoy Gempa!"
— Pengumuman transformasi pertama


"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Gempa!"
— Pengumuman transformasi kedua



"BoBoiBoy Blaze!"
— Pengumuman transformasi pertama


"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Blaze!"
— Pengumuman transformasi kedua



"BoBoiBoy Ais!"
— Pengumuman transformasi pertama


"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Ais!"
— Pengumuman transformasi kedua




Bentuk Elemental

BoBoiBoy Petir
Rencana utama: BoBoiBoy Petir

"BoBoiBoy Petir!"
— Pengumuman transformasi

Boboiboy petir v1

BoBoiBoy Petir

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Petir!"
— Pengumuman transformasi, BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Petir Galaxy

BoBoiBoy Petir (Galaxy)

BoBoiBoy Petir adalah bentuk elemental BoBoiBoy yang boleh memanipulasi Elemen Petir yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 2. Bentuk tahap kedua BoBoiBoy Petir ialah BoBoiBoy Halilintar.

Dengan menggunakan bentuk ini, BoBoiBoy mampu untuk menyerang musuh-musuhnya dengan pantas kerana elemen ini adalah elemen yang terpantas. Kepantasan daripada elemen ini memberikan kelebihan yang tinggi kepada BoBoiBoy untuk bertarung dengan segala kuasa dan kemahirannya.

Statistik
  • Serangan: ***** (5)
  • Pertahanan: ** (2)
  • Kepantasan: ***** (5)
  • Keberanian: *** (3)
Profil

BoBoiBoy Angin
Rencana utama: BoBoiBoy Angin

"BoBoiBoy Angin!"
— Pengumuman transformasi

Boboiboy angin v1

BoBoiBoy Angin

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Angin!"
— Pengumuman transformasi, BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Angin Galaxy

BoBoiBoy Angin (Galaxy)

BoBoiBoy Angin adalah bentuk elemental BoBoiBoy yang boleh memanipulasi Elemen Angin yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 2. Bentuk tahap kedua BoBoiBoy Angin ialah BoBoiBoy Taufan.

Dengan menggunakan bentuk ini, BoBoiBoy dapat menepis setiap serangan musuh-musuhnya. BoBoiBoy juga menggunakan jelmaan ini untuk menyerang musuh-musuhnya secara lemah-lembut hanya dengan menghembus udara ke arah musuhnya itu. Apabila BoBoiBoy menggunakan bentuk ini untuk menyerang musuh dari jarak yang jauh, dia akan menjadi lebih hebat dari segi serangan sisi dan mematahkan semua pertahanan musuhnya.

Statistik
  • Serangan: *** (3)
  • Pertahanan: ***** (5)
  • Kepantasan: **** (4)
  • Keberanian: ** (2)
Profil

BoBoiBoy Tanah
Rencana utama: BoBoiBoy Tanah

"BoBoiBoy Tanah!"
— Pengumuman transformasi

Boboiboy tanah

BoBoiBoy Tanah

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Tanah!"
— Pengumuman transformasi, BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Tanah Galaxy

BoBoiBoy Tanah (Galaxy)

BoBoiBoy Tanah adalah bentuk elemental BoBoiBoy yang boleh memanipulasi Elemen Tanah yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 2. Bentuk tahap kedua BoBoiBoy Tanah ialah BoBoiBoy Gempa.

Dengan menggunakan bentuk ini, BoBoiBoy boleh menggunakannya sebagai pertahanan untuk melindungi diri dari serangan-serangan musuh. Ini menjadikan pergerakan BoBoiBoy semakin terhad semasa menggunakan bentuk ini dan dia perlu berada di atas tanah untuk melancarkan serang balas terhadap musuh-musuhnya. Setiap serangannya boleh memecahkan formasi dan pertahanan musuh-musuhnya. Sifat keberanian yang dimilikinya juga menjadikan kuasanya semakin kuat dan kukuh.

Statistik
  • Serangan: **** (4)
  • Pertahanan: ***** (5)
  • Kepantasan: * (1)
  • Keberanian: ***** (5)
Profil

BoBoiBoy Api
Rencana utama: BoBoiBoy Api

"BoBoiBoy Api!"
— Pengumuman transformasi

BoBoiBoy Api

BoBoiBoy Api

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Api!"
— Pengumuman transformasi, BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Api Galaxy

BoBoiBoy Api (Galaxy)

BoBoiBoy Api adalah bentuk elemental BoBoiBoy yang boleh memanipulasi Elemen Api yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 3, Episod 15. Bentuk tahap kedua BoBoiBoy Api ialah BoBoiBoy Blaze.

Profil

BoBoiBoy Air
Rencana utama: BoBoiBoy Air

"BoBoiBoy Air!"
— Pengumuman transformasi

BoBoiBoy Air

BoBoiBoy Air

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Air!"
— Pengumuman transformasi, BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Air adalah bentuk elemental BoBoiBoy yang boleh memanipulasi Elemen Air yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 3, Episod 18. Bentuk tahap kedua BoBoiBoy Air ialah BoBoiBoy Ais.

Profil

BoBoiBoy Daun
Rencana utama: BoBoiBoy Daun

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Daun!"
— Pengumuman transformasi

BoBoiBoy Daun opening

BoBoiBoy Daun

BoBoiBoy Daun adalah bentuk elemental BoBoiBoy yang boleh memanipulasi Elemen Daun yang melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 5. Dia ialah bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Thorn.

Dengan menggunakan bentuk ini, BoBoiBoy dapat menggunakan daun dan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan sebagai senjata atau alat untuk mempertahankan dirinya ataupun kawan-kawannya. Setakat ini, BoBoiBoy hanya menggunakan tumbuh-tumbuhan dari Planet Bumi sebagai kuasanya. BoBoiBoy akan menggunakan kehidupan flora unik yang terdapat di planet lain sebagai kuasanya apabila BoBoiBoy lebih memahami tentangnya.

Statistik
  • Serangan: ** (2)
  • Pertahanan: **** (4)
  • Kepantasan: ** (2)
  • Keberanian: *** (3)
Profil

BoBoiBoy Cahaya
Rencana utama: BoBoiBoy Cahaya

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Cahaya!"
— Pengumuman transformasi


BoBoiBoy Cahaya adalah bentuk elemental BoBoiBoy yang boleh memanipulasi Elemen Cahaya yang akan melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy Galaxy. Dia ialah bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Solar.



BoBoiBoy Halilintar
Rencana utama: BoBoiBoy Halilintar

"BoBoiBoy Halilintar!"
— Pengumuman transformasi

BoBoiBoy Halilintar 2

BoBoiBoy Halilintar

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Halilintar!"
— Pengumuman transformasi, BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Halilintar adalah bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Petir yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 6.

BoBoiBoy Halilintar merupakan elemen pertama yang berevolusi. Selepas BoBoiBoy Petir diculik oleh Adu Du, Probe dan Komputer dan menyedari bahawa BoBoiBoy takut akan belon pecah, BoBoiBoy Petir diseksa sehingga rasa takut BoBoiBoy Petir memuncak, menyebabkan dia berevolusi menjadi BoBoiBoy Halilintar untuk melepaskan diri. Walau bagaimanapun, ingatan BoBoiBoy Halilintar semakin teruk dalam proses evolusi itu. BoBoiBoy Halilintar dengan mudahnya ditipu oleh Adu Du dan Probe bahawa mereka adalah kawan terbaiknya. Adu Du memerintahkan BoBoiBoy Halilintar untuk menyerang kawan-kawannya yang sebenar, tetapi kemudian dia terkenang zaman silam dan mampu untuk mendapatkan semula ingatannya selepas mendengar slogan katanya iaitu "Terbaik".


BoBoiBoy Taufan
Rencana utama: BoBoiBoy Taufan

"BoBoiBoy Taufan!"
— Pengumuman transformasi

BoBoiBoy Taufan 3

BoBoiBoy Taufan

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Taufan!"
— Pengumuman transformasi, BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Taufan adalah bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Angin yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 11.

BoBoiBoy Taufan merupakan elemen kedua yang berevolusi. BoBoiBoy Angin termakan biskut Yaya yang telah dicemari dengan Cecair Emosi X, iaitu ramuan ciptaan oleh Adu Du yang boleh melampaukan perasaan pemakan biskut itu sehingga tidak dapat mengawal emosi dan pergerakan mereka. BoBoiBoy Angin berasa terlampau gembira dan disebabkan oleh itu, dia memakan biskut Yaya secara berterusan sehinggalah dia berevolusi menjadi BoBoiBoy Taufan. Setelah evolusi itu, BoBoiBoy Taufan mula membuat keadaan menjadi huru-hara secara besar-besaran di sekelilingnya. Dia perlu dihentikan oleh kawan-kawannya, atau dia akan berakhir mencederakan dirinya ataupun orang lain. BoBoiBoy Taufan akhirnya kembali normal setelah dia menonton episod terakhir "Seguni Mawar Merah" yang membuatkan dia berasa sebak melihat babak Azroy bersatu semula dengan kucingnya, Sasha.


BoBoiBoy Gempa
Rencana utama: BoBoiBoy Gempa

"BoBoiBoy Gempa!"
— Pengumuman transformasi

BoBoiBoy Gempa

BoBoiBoy Gempa

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Gempa!"
— Pengumuman transformasi, BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Gempa adalah bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Tanah yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 13.

BoBoiBoy Gempa merupakan elemen ketiga yang berevolusi. BoBoiBoy Tanah memaksa dirinya untuk berevolusi selepas kawan-kawannya, termasuk Halilintar dan Taufan, dikalahkan oleh Mukalakus. BoBoiBoy Gempa merupakan satu-satunya elemen yang tidak beremosi untuk berevolusi.


BoBoiBoy Blaze
Rencana utama: BoBoiBoy Blaze

"BoBoiBoy Blaze!"
— Pengumuman transformasi

BBB Blaze 05 FX

BoBoiBoy Blaze

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Blaze!"
— Pengumuman transformasi, BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Blaze adalah bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Api yang melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy: The Movie setelah mendapat tenaga terakhir Ochobot.

BoBoiBoy Blaze merupakan salah satu dari empat elemen dalam BoBoiBoy: The Movie dan elemen keempat yang berevolusi dari semua elemen. Setelah Bora Ra menghancurkan Ochobot, BoBoiBoy menerima tenaga terakhir daripada Ochobot. Dengan kuasa itu, BoBoiBoy Api berevolusi menjadi BoBoiBoy Blaze dan menggunakannya untuk mengalahkan Bora Ra.


BoBoiBoy Ais
Rencana utama: BoBoiBoy Ais

"BoBoiBoy Ais!"
— Pengumuman transformasi

BBB Ice 01 small

BoBoiBoy Ais

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Ais!"
— Pengumuman transformasi, BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Ais adalah bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Air yang melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy: The Movie setelah mendapat tenaga terakhir Ochobot.

BoBoiBoy Ais merupakan salah satu dari empat elemen dalam BoBoiBoy: The Movie dan elemen kelima yang berevolusi dari semua elemen. Setelah Bora Ra menghancurkan Ochobot, BoBoiBoy menerima tenaga terakhir daripada Ochobot. Dengan kuasa itu, BoBoiBoy Air berevolusi menjadi BoBoiBoy Ais dan menggunakannya untuk mengalahkan Bora Ra.


BoBoiBoy Thorn
Rencana utama: BoBoiBoy Thorn
BoBoiBoy Thorn Official

BoBoiBoy Thorn

BoBoiBoy Thorn melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy: The Movie setelah mendapat tenaga terakhir Ochobot. BoBoiBoy Thorn merupakan bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Daun.


BoBoiBoy Solar
Rencana utama: BoBoiBoy Solar
BoBoiBoy Solar Official

BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Solar melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy: The Movie setelah mendapat tenaga terakhir Ochobot. BoBoiBoy Solar merupakan bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Cahaya.



Kuasa

Selain bertukar menjadi BoBoiBoy yang lain, BoBoiBoy juga mampu menggunakan kebolehannya yang lain tanpa bertukar menjadi BoBoiBoy tersebut, iaitu:

  • Keris Petir: Senjata utama kepada BoBoiBoy yang menjelmakan keris berbentuk panahan petir yang membolehkan dia menyerang musuh daripada jarak yang jauh. Senjata ini adalah antara senjata yang sering digunakan dalam musim pertama, kedua dan ketiga.
  • Pusaran Angin: Menyerang musuh atau menampan serangan dengan tiupan angin yang kencang dengan tangannya. Serangan ini adalah antara serangan yang sering digunakan dalam musim pertama dan kedua.
  • Tanah Tinggi: Meninggikan aras tanah untuk menyerang musuh, naik ke aras tinggi, menampan serangan atau melindungi kawan. Kuasa ini adalah antara kuasa yang sering digunakan dalam musim pertama dan kedua.
  • Serangan Taufan: Serangan asas taufan yang berupa sebuah gumpalan taufan. BoBoiBoy menggunakan teknik ini ketika dia berada di dalam permainan video untuk menyerang musuh-musuh yang dicipta dan dihantar oleh Adu Du.
  • Gerakan Kilat: Teknik yang memerlukan BoBoiBoy untuk menumpukan kuasa kilat di kedua belah kakinya, kemudian membolehkan dia terus memecut dengan pantas. Digunakan dalam Musim 2, Episod 3 ketika dia sedang berlumba lari membawa telur dalam sudu dengan Fang.
  • Tendangan Kilat: BoBoiBoy perlu menumpukan kuasa kilat di kaki kanannya, lalu menendang bola sekencang kilat. Digunakan dalam Musim 2, Episod 4 untuk menjaringkan bola ke dalam gol.
Kuasa Lain

Pemecahan Elemental

  • BoBoiBoy Kuasa Tiga: Salah satu kuasa terkuat BoBoiBoy yang membolehkan dia berpecah menjadi tiga iaitu:-
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah.
    • BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa.
    • BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air.
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Daun.
    • BoBoiBoy Angin, BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Daun.
    • BoBoiBoy Petir, BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Api.
  • BoBoiBoy Kuasa Lima: Salah satu kuasa terkuat BoBoiBoy yang baru yang membolehkan dia berpecah menjadi lima iaitu BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Blaze dan BoBoiBoy Ais.
  • BoBoiBoy Kuasa Tujuh: Antara salah satu kuasa terkuat BoBoiBoy yang terbaru yang membolehkan dia berpecah menjadi tujuh iaitu BoBoiBoy Halilintar, BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Blaze, BoBoiBoy Ais, BoBoiBoy Thorn dan BoBoiBoy Solar.

Trivia

  • Dalam reka bentuk pertama yang dikeluarkan pada tahun 2009 semasa pengeluaran rancangan ini, BoBoiBoy memakai topi dinosaur oren yang mempunyai tiga mata dan kelihatan lebih muda seperti Yaya.
  • BoBoiBoy adalah spesies pertama yang boleh berpecah; yang kedua ialah Multi-Monster.
  • BoBoiBoy adalah watak lelaki pertama yang disuarakan oleh perempuan (Nur Fathiah Diaz) (Bahasa Melayu); yang kedua ialah Iwan.
  • Pada asalnya, setiap elemen BoBoiBoy mempunyai nama sendiri iaitu BoBoiBoy berpecah menjadi Bo, Boi dan Boy. Namun, ia tidak diteruskan besar kemungkinan kerana ketidaksesuaian nama tersebut untuk digunakan dalam siri ini.
  • Seperti yang ditunjukkan dalam Musim 1, Episod 6, BoBoiBoy mempunyai globophobia yang bermaksud takut belon pecah dan ini menjadi kelemahan BoBoiBoy. Akan tetapi, BoBoiBoy telah menyatakan dalam surat peminat bahawa dia tidak lagi mempunyai kelemahan ini.
  • Satu ciri yang paling penting dalam lenggok bahasa BoBoiBoy ialah cogan kata "Terbaik" yang diujarnya sambil mengacungkan jempol, setelah selesai menewaskan musuh atau melihat sesuatu yang mencuit hatinya. Kadang-kadang, tabiat ini juga dicontohi oleh beberapa watak lain, termasuk musuhnya iaitu Adu Du dan Probe.
  • Dalam musim pertama, BoBoiBoy Halilintar, Taufan dan Gempa adalah dianggap sebagai potensi sebenar bagi BoBoiBoy Petir, Angin dan Tanah. Tetapi bermula musim kedua, mereka disebut sebagai tahap kedua bagi bentuk tahap pertama.
  • BoBoiBoy menyukai akan mata pelajaran Sains, tetapi tidak suka akan mata pelajaran Sejarah.
  • Minuman kegemaran BoBoiBoy adalah jus oren segar, manakala makanan kegemarannya adalah masak lemak pucuk ubi. Namun kini BoBoiBoy telah bertukar selera; menyukai kek pandan.
  • Dalam surat peminat, BoBoiBoy menyatakan bahawa dia tidak mempunyai adik-beradik.
  • Genre kegemaran BoBoiBoy adalah perkara yang misteri.
  • Ibu bapa BoBoiBoy tahu tentang kuasa anaknya dan bimbangkan dia.
  • BoBoiBoy juga mempunyai kawan-kawan lain di bandar asalnya. Kadangkala, BoBoiBoy menghubungi dan berbual bersama mereka melalui Internet.
  • BoBoiBoy telah menerima tiga anugerah istimewa sepanjang dia berkhidmat sebagai seorang superhero di Pulau Rintis. Antara anugerah tersebut ialah Anugerah Super Hero Terbaik, Anugerah Jasa Keberanian dan Anugerah Pelajar Contoh.

Petikan dialog

  • "Aku BoBoiBoy."
  • "Terbaik!" (Slogan kata BoBoiBoy)
  • "BoBoiBoy Kuasa Tiga!"
  • "Peluang pasukan BuBaDiBaKo untuk berkhidmat!"
  • "Kita tak boleh sertai pasukan macam tu! Walau matlamat mereka baik, tapi cara mereka salah!"
  • "Aku BoBoiBoy, superhero Bumi. Nampaknya aku perlu bersedia, semakin ramai dari luar sana yang akan datang. Aku perlu lindungi kawan-kawan aku, aku perlu lindungi Bumi dan aku perlu lindungi galaksi."
  • "Aku tak mampu, Ochobot. Aku dah tak mampu lindungi kita semua."
  • "Aku akan tamatkan semua ni."
  • "Kau hancurkan Ochobot. Kau hancurkan kawan aku!"
  • "Biarlah apa yang datang. Selagi kita bersama, kita boleh atasi segalanya!"
  • "Kuasa Elemental!"
  • "Masa untuk tamatkan semua ni!"
  • "Aku tak boleh pergi. Aku kena berada di sini untuk lindungi Bumi."
  • "Aku takkan mengalah!"
  • "Aku tak boleh biarkan dia lagi!"

Video

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement