BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

BoBoiBoy Air adalah salah seorang bentuk elemental BoBoiBoy yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 3, Episod 18. Dia kemudiannya meningkat ke bentuk tahap kedua dalam BoBoiBoy: The Movie iaitu BoBoiBoy Ais.

Sejarah

BoBoiBoy

Musim 3

BoBoiBoy Air pertama kali muncul di akhir Musim 3, Episod 18, di mana pada awalnya cuba untuk menghentikan perbuatan Adu Du dan BoBoiBot dari terus memungut duit penduduk. Namun BoBoiBoy tidak diendahkan oleh Adu Du lalu dia memaksa perasaan marah BoBoiBoy untuk menghentikan perbuatannya. Maka BoBoiBoy dengan perasaan tenang dan yakin mula mengumpulkan elemen air yang ada di sekelilingnya, ikon jamnya bertukar menjadi ikon elemen air, gelembung air berkumpul di seluruh badannya dan membentuk kubah air lalu akhirnya BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Air.

Dalam Musim 3, Episod 19, BoBoiBoy Air berteriak kepada Adu Du untuk memulangkan semua duit derma paksa lalu membuat serangan Letupan Air untuk mengeluarkan semua wang peras ugut, membuatkan Adu Du dilayangkan ke langit lalu jatuh kembali ke bawah tetapi sempat diselamatkan oleh BoBoiBot. Lalu Adu Du bertanya kepada BoBoiBoy Air bagaimana dia boleh mendapat kuasa baru.

Dua minggu lepas, Probe datang ke rumah BoBoiBoy dan memberikan maklumat tentang kelemahan asas BoBoiBot; air. Maka keesokannya di warung Tok Aba, Ochobot mengimbas seluruh tubuh BoBoiBoy untuk memastikan kalau-kalau dia mempunyai kuasa air. Kemudian Ochobot mengesahkan bahawa BoBoiBoy masih mempunyai kuasa yang terpendam, maka BoBoiBoy berikrar untuk mencari cara untuk mengeluarkan kuasanya itu. Setelah itu semua rakannya sempat berpesan macam-macam kepada BoBoiBoy dan Gopal yang semakin kecoh menyebabkan BoBoiBoy tegang dan hampir mengeluarkan kuasa apinya, tetapi sempat diredakan oleh urutan Papa Zola.

Ochobot tiba-tiba mengesan kuasa air di dalam diri BoBoiBoy dan memberitahu yang ianya semakin kuat, tetapi itu melemah semula setelah dia tidak diurut. Lalu Gopal pun membuat teori bahawa kuasa api BoBoiBoy muncul kerana ingin menghilangkan tekanan, manakala kuasa air ini pula disebabkan oleh ketenangan. Maka, Papa Zola mencadangkan untuk memberikan Urutan Ketenangan Kebenaran kepada BoBoiBoy. Papa Zola mengakhiri urutannya dengan memberikan Gerakan Urutan Terakhir kepada BoBoiBoy untuk mencetuskan kuasa airnya. Urutan ini ternyata memberikan kesan apabila munculnya gelembung-gelembung air kecil yang berterbangan di sekitar warung Tok Aba, yang berkumpul ke dalam tubuh BoBoiBoy lalu membentuk seorang wira baharu.

Namun, hasil pertukarannya menghairankan dan mengecewakan kerana BoBoiBoy Air muncul dengan bentuk badan yang serba gempal dan berisi, siap dengan perilaku yang serba tenang dan santai. Ochobot mengimbasnya dan mengandaikan bahawa BoBoiBoy Air menjadi bulat kerana sifatnya hanya suka minum air lalu Ying berpendapat bahawa wira baru ini mesti tidak suka bersenam. Maka, BoBoiBoy Air bangun dari kerusi untuk menunjukkan kuasanya dengan menghasilkan Bebola Air yang sama besar dengan dirinya tetapi tidak mampu mengawalnya. Fang dan Gopal berasa sangat kecewa dan pasrah dengan apa yang terjadi, tetapi Ying berkata kepada mereka bahawa BoBoiBoy Air ialah "harapan" mereka untuk mengalahkan Adu Du dan BoBoiBot. Tetapi, Gopal mengumpamakan BoBoiBoy Air sebagai "sarapan" kerana badannya yang serba gempal lalu BoBoiBoy Air berkata tentang perkara yang sama dengan dirinya. Gopal membalas walaupun dia berbadan besar tetapi dia lebih cergas, lalu menunjukkan kelincahannya di rangka panjat yang membuatkan kawan-kawannya teruja termasuk Tok Aba dan Papa Zola.

BoBoiBoy Air cuba menyamai aksi Gopal di rangka panjat tetapi gagal melakukannya. Lalu Tok Aba menasihati cucunya agar dia menguruskan badannya, tetapi BoBoiBoy Air merasakan tidak perlu. Maka Papa Zola meraih restu dan mandat daripada Tok Aba untuk mengambil BoBoiBoy Air di bawah jagaannya dan memulakan Latihan Kecergasan Kebenaran untuk mencerdaskan semula badan BoBoiBoy Air supaya dia dapat berlawan dengan Adu Du dan BoBoiBot kelak. Dengan latihan ini, lama-kelamaan BoBoiBoy Air menjadi semakin kurus dan akhirnya berjaya menjadi kurus dan cergas. Kejayaannya diraikan dengan dakapan Papa Zola yang diiringi dengan air mata kegembiraan. BoBoiBoy Air berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada gurunya itu atas usahanya dan berlinangan air matanya. Papa Zola turut tersentuh lalu membalas bahawa "Kebenaran tidak pernah berputus asa". Namun, Papa Zola tiba-tiba mencampakkan BoBoiBoy Air lalu menyuruhnya untuk menghentikan sandiwara dan pergi mengalahkan BoBoiBot dan Adu Du.

Dalam Musim 3, Episod 25, BoBoiBoy Air diseru bersama BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Api selepas BoBoiBoy berpecah menjadi tiga. Mereka cuba untuk menghancurkan Dinding Tenaga Kapten Kaizo. Namun, disebabkan oleh saingan untuk menyerang, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air bergaduh sesama sendiri. BoBoiBoy Tanah cuba menghentikan mereka, tetapi gagal. Akhirnya, ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula setelah diserang oleh Kapten Kaizo. Kemudian, dalam Musim 3, Episod 26, BoBoiBoy Air diseru lagi bersama BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Api sebagai langkah terakhir untuk masing-masing mengawal satu Golem Tanah setiap seorang. BoBoiBoy Air dan Api melakukan serangan kombo bersama Fang untuk menewaskan Kapten Kaizo sebelum BoBoiBoy bercantum semula.

BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Air membuat kemunculannya semula dalam Musim 1, Episod 17. Dia diberikan nasihat oleh Tok Aba bahawa ketenangan itu bukan sahaja dari faktor luaran tetapi juga perlu ada di dalam dirinya. Maka BoBoiBoy memejamkan matanya dan fokus di dalam dirinya untuk mendapatkan ketenangan, lalu menyerap air di sekelilingnya dan akhirnya dia berubah menjadi BoBoiBoy Air. Dia terus meluncur ke depan untuk mengelak serangan Roktaroka. Kemudian, dia memandang ke arah burung yang comel di atas pokok lalu menaikkan kemarahan Roktaroka. Lalu dia itu mengenakan tumbukan api ke arah BoBoiBoy Air, yang kemudiannya dapat mengelak serangan itu dengan mudah dan tetap tenang. Dia sekali lagi melihat keindahan rama-rama maka diserang lagi oleh Roktaroka. BoBoiBoy Air pantas mengelak lalu mematahkan serangan-serangan Roktaroka yang seterusnya. Akhirnya Roktaroka dikalahkan setelah kuasa apinya hilang lalu BoBoiBoy meminta maaf atas apa yang telah terjadi sebelumnya.

Dalam Musim 1, Episod 18, BoBoiBoy berubah menjadi untuk BoBoiBoy Air untuk menciptakan Ombak Air, tetapi tidak berjaya kerana air menjadi wap apabila dia berada di Planet Gurunda.

Dalam Musim 1, Episod 19, BoBoiBoy berpecah menjadi tiga dengan BoBoiBoy Tanah, Api dan Air untuk melawan Power Sphera cetak rompak yang Gijimo buat.

Dalam Musim 1, Episod 23, BoBoiBoy berpecah menjadi tiga dengan BoBoiBoy Petir, Api dan Air untuk melawan Kapten Vargoba. Tetapi, mereka bertiga mudah ditumpaskan sehingga bercantum semula.

Transformasi

"BoBoiBoy Air!"
— Pengumuman transformasi pertama

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Air!"
— Pengumuman transformasi kedua


BoBoiBoy
BoBoiBoy Galaxy
Pertama
Kedua

Kuasa

Serangan
3/5
Pertahanan
4/5
Ketangkasan
{{{ketangkasan}}}/5
Keberanian
3/5
BoBoiBoy
  • Bebola Air: Serangan utama bagi BoBoiBoy Air dengan melakukan pergerakan tertentu dengan kedua-dua belah tangannya dan terciptalah kuasa air berbentuk bola.
  • Gelembung Air: Gelembung yang terbentuk daripada air yang digunakan oleh BoBoiBoy Air untuk duduk di atasnya.
  • Letupan Air: Dengan menanamkan kuasa airnya di dalam tanah, BoBoiBoy Air mampu menjelmakan kembali ke atas dengan tekanan yang tinggi untuk menyerang musuh dari bawah.
  • Pukulan Ombak: Dengan mengumpulkan air yang bertekanan tinggi ditangannya, BoBoiBoy Air mampu menyerang lalu menghasilkan letupan yang kuat dari jarak yang dekat.
  • Ombak Luncur: Memanipulasikan kuasa airnya untuk menghasilkan luncuran air yang membolehkannya bergerak.
  • Ketenangan Maksima, Pusaran Air: Menumpukan diri untuk berada dalam keadaan yang tenang lalu mengumpulkan kuasa air di tangannya lalu menyerang musuh dengan serangan air untuk membelah musuhnya.
    • Chakhra Air: Dengan menggunakan kuasa Pusaran Air, BoBoiBoy Air boleh menghasilkan senjata air yang berbentuk chakra.
  • Tamparan Ombak: BoBoiBoy Air menghasilkan projektil air yang berbentuk tangan untuk membolehkannya untuk menampar musuh.
  • Tembakan Air: Dengan menggunakan Bebola Air sebagai medium, BoBoiBoy Air memanipulasikannya dihadapan dia lalu mengetuk secara betubi-tubi untuk menghasilkan peluru air untuk menyerang musuh dari jarak yang jauh.
  • Bebola Paus Air: BoBoiBoy Air menghasilkan projektil air yang berbentuk ikan paus yang mempunyai berjuta-juta gelen air yang bertekanan tinggi digunakan untuk menyerang musuh dari atas dengan jarak yang amat dekat.
  • Belut Air Berkembar: BoBoiBoy Air memanipulasikan kuasa airnya untuk menghasilkan projektil air yang berbentuk belut dalam kuantiti yang lebih daripada satu dengan bertujuan menyerang musuh dari atas. Teknik ini kemudian dijadikan serangan kombo oleh BoBoiBoy Halilintar dengan menjadikannya kepada Belut Air Halilintar.
  • Taici Air: Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie. Ini merupakan teknik pertahanan untuk BoBoiBoy Air dengan menghasilkan dinding air yang nipis dihadapannya bagi menahan serangan musuh.
Serangan Kombo
BoBoiBoy Galaxy
  • Peluncur Ombak: Dengan menanamkan air di dalam jalan raya, BoBoiBoy Air boleh menaikkannya semula dan menjadikannya sebagai air peluncur yang membolehkannya untuk bergerak dengan bebas. Kuasa ini hampir sama dengan kuasanya yang lama, Ombak Luncur.
  • Alunan Air: BoBoiBoy Air menggerakan air yang bersambung dari peluncurnya untuk mengalun ke kiri dan kanan yang dikawal dengan tangannya.
  • Tamparan Ombak: BoBoiBoy Air menyeru ombak air dari sekelilingnya lalu memberikan tamparan yang kuat kepada musuhnya. Pergerakan ombak dikawal melalui pergerakan tangan BoBoiBoy Air.
    • Tamparan Ombak Gergasi: BoBoiBoy Air menyeru ombak gergasi untuk memberikan tamparan kepada musuhnya.
  • Geiser Air: BoBoiBoy Air menyeru seolah-olah seperti tembakan air dari dalam tanah untuk menembak musuhnya.
  • Ombak Air: Kuasa yang hampir sama dengan Peluncur Ombak, tetapi digunakan oleh BoBoiBoy Air untuk menyejukkan sekelilingnya namun tidak berjaya kerana cuaca yang terlalu panas.
  • Tekanan Air: Serangan air dari bawah tanah iaitu dengan mengumpulkan air di sekelilingnya lalu melepaskan air ke atas dengan tekanan yang tinggi. Teknik ini hampir sama dengan teknik Letupan Air.

Rupa

BoBoiBoy Air

BoBoiBoy Air dalam siri BoBoiBoy.

BoBoiBoy Air memakai topi dan jaket yang berwarna biru muda dengan birai topinya menghadap ke hadapan pemakai tetapi sedikit ke bawah dan hanya menampakkan hujung rambutnya. Iris matanya juga berwarna biru muda dan lungsur zip jaketnya pula ditutup sehingga ke atas serta berbentuk elemental air. Walau bagaimanapun, dia tidak memiliki hood pada jaketnya seperti BoBoiBoy yang lain.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, skema warna pemakaian BoBoiBoy Air tidak berubah. Lungsur zip jaketnya yang berbentuk elemental air ditutup penuh sehingga ke kolar dan berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangannya. Tidak seperti BoBoiBoy yang lain, BoBoiBoy Air memakai seluar dan kasut but yang berwarna hitam pekat yang panjang sehingga kasut butnya.

Perwatakan

BoBoiBoy Air adalah bentuk elemental yang paling tenang. Dia tidak suka melibatkan dirinya dalam pertarungan dengan musuh dan lebih suka menundukkan musuhnya itu melalui perbincangan. BoBoiBoy Air juga selalu tidak menggunakan potensi penuh dalam pertempuran, bagaimanapun dia serius sewaktu dalam pertempurannya dengan BoBoiBot setelah Papa Zola memberikan semangat kepadanya. Ini menjadikan BoBoiBoy Air lebih bersedia dan serius untuk bertarung, tetapi masih mengekalkan ketenangannya apabila duduk pada gelembung airnya.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Air telah melampaui kemalasan yang dimilikinya ketika BoBoiBoy masih muda. Sebaliknya, Air kini merupakan salah satu yang paling matang daripada bentuk elemen, tetapi mengekalkan sikapnya yang tenang. Air dalam personaliti adalah bertentangan kutub BoBoiBoy Api, yang lebih ganas dan agresif. Air nampaknya juga mempunyai keinginan untuk alam semula jadi dan menikmati pemandangan yang tenang dan alami.

Kemunculan

BoBoiBoy

Musim 3

Filem

BoBoiBoy Galaxy

Trivia

  • Sewatu kemunculan pertama BoBoiBoy Air, bentuk badannya gemuk dan dapat diteka oleh Ying yang dia tidak suka bersenam. Bahkan, dia lebih gemuk daripada Gopal dan perkataan "bersenam" pun dia tidak tahu maknanya.
  • BoBoiBoy Air adalah bentuk elemental yang ketiga muncul sebagai watak baik dalam kemunculan sulungnya, yang pertama ialah BoBoiBoy Gempa dan kedua BoBoiBoy Api.
  • BoBoiBoy Air dan BoBoiBoy Api mempunyai warna mata dalam bentuk tahap pertama mereka, tidak seperti tiga BoBoiBoy Petir, Angin dan Tanah yang hanya mempunyai warna mata dalam bentuk tahap kedua mereka.
    • Walau bagaimanapun, BoBoiBoy Air muncul dengan mata yang berwarna perang dalam BoBoiBoy Galaxy.
  • BoBoiBoy Air merupakan manusia pertama yang berjaya merosakkan BoBoiBot.
  • Tidak seperti BoBoiBoy yang lain, BoBoiBoy Air dan BoBoiBoy Gempa mempunyai kebolehan untuk membentuk makhluk hidup dengan kuasa mereka dan dikawal oleh pergerakan mereka. BoBoiBoy Air membentuk Bebola Paus Air dan Belut Air Berkembar manakala BoBoiBoy Gempa membentuk Golem Tanah, Golem Naga Tanah dan Golem Kristal.
  • Kadang-kadang, mata kanan BoBoiBoy Air dilindungi oleh topinya.
  • BoBoiBoy Air berkongsi kuasa yang sama dengan Coral, watak dalam OldTown White Coffee's Superhero Elemen. Walau bagaimanapun, Coral menggunakan Tongkat Kuasa berbanding BoBoiBoy Air yang hanya menggunakan tangannya.
  • BoBoiBoy Air menjadi satu-satunya kuasa elemental yang mana BoBoiBoy mengeluarkannya dengan cara yang berbeza dalam BoBoiBoy Galaxy.
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy, satu helai rambutnya (di sebelah kanan) nampaknya menghadapi arah lawan apabila dibandingkan dengan bentuknya yang lain.
  • BoBoiBoy Air adalah satu-satunya bentuk elemen yang harus diakui sebagai bentuk sebelumnya yang digunakan oleh BoBoiBoy dalam siri BoBoiBoy, walaupun pada hakikatnya Api dinamakan 'bentuk baru' walaupun terdapat bentuk lama.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy Air. Rujuk BoBoiBoy Air/Galeri.

Video

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement