BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

BoBoiBoy Angin ialah salah satu daripada tiga bentuk elemental pertama BoBoiBoy yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 2. Dia kemudiannya meningkat ke bentuk tahap kedua dalam Musim 1, Episod 11 iaitu BoBoiBoy Taufan.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Musim 1[]

Dalam Musim 1, Episod 11, BoBoiBoy Angin disuruh untuk menolong Yaya membuat biskut, lalu dia memberitahu ramuan-ramuan yang diperlukan. Selepas mereka siap membuat biskut, BoBoiBoy Angin senyap-senyap merasai biskut yang mengandungi Cecair Emosi X itu. Setelah itu BoBoiBoy Angin mula merasa loya, tidak dapat untuk mengawal emosi dan pergerakannya. Kemudian dia sampai di warung Tok Aba dengan dikelilingi puting beliung yang agak kencang dan memakan beberapa biskut lagi, lalu BoBoiBoy Angin berevolusi menjadi BoBoiBoy Taufan.

Musim 2[]

Dalam Musim 2, Episod 1, BoBoiBoy Angin diseru keluar bersama BoBoiBoy Petir dan BoBoiBoy Tanah untuk bersama-sama memasangkan papan tanda baru di warung baru Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam. Ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula selepas Ochobot tiba-tiba pengsan, lalu dia membawa Ochobot pulang ke rumah. Dalam Musim 2, Episod 4, BoBoiBoy Angin diseru bersama BoBoiBoy Petir dan BoBoiBoy Tanah dan berganding bahu menggunakan kuasa masing-masing untuk memenangi perlawanan bola sepak dengan pasukan Fang.

Dalam Musim 2, Episod 9, BoBoiBoy Angin muncul bersama BoBoiBoy Petir dan BoBoiBoy Tanah selepas mereka berasa pasrah. Setelah mereka bertiga pulih, mereka mengkombokan kuasa mereka dan mengalahkan Adu Du dan Probe. Setelah itu dalam iklan sewaktu rancangan MKHIPI, Bago Go mempromosikan Mesin Senaman BoBoiBoy sebagai produk barunya yang mana reka bentuknya dicipta berdasarkan rupa BoBoiBoy Angin.

BoBoiBoy Galaxy[]

Tutup teleportal tu Ochobot

Dalam Musim 1, Episod 1, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Petir, Angin dan Tanah untuk membantu mengambil sebiji bola milik kanak-kanak yang tersangkut di atas dahan pokok yang tinggi dan pada masa yang sama berlaga kuasa dengan Gopal. Kemudian, Koko Ci meminta pertolongan BoBoiBoy apabila Lanun Angkasa menyerang kapal angkasanya untuk merampas Power Sphera MotoBot, maka BoBoiBoy mengambil peluang itu untuk menjadi adiwira setelah sekian lama dengan bertukar menjadi BoBoiBoy Angin, Petir dan Tanah serta berpecah tiga untuk menumpaskan Konco Lanun dan membantu menyelamatkan kapal angkasa Koko Ci.

Transformasi[]

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Angin!"
— Frasa transformasi dalam BoBoiBoy Galaxy

Kuasa[]

Serangan
3/5
Pertahanan
5/5
Ketangkasan
4/5
Keberanian
2/5
Kelajuan
3/5


BoBoiBoy menggunakan elemen angin dengan menepis setiap serangan musuh-musuh atau menyerang secara lemah-lembut hanya dengan menghembus udara ke arah mereka. Kuasa ini amat berkesan jika digunakan dari udara. Elemen angin paling efektif jika digunakan dari jarak jauh, dengan tujuan BoBoiBoy Angin dapat mengalihkan perhatian musuh supaya elemen lain boleh menyerang sepenuhnya.

BoBoiBoy
BoBoiBoy Galaxy
  • Tarikan Angin: BoBoiBoy Angin menghasilkan angin yang berbentuk sfera. Sejauh ini, teknik ini digunakan oleh BoBoiBoy Angin untuk mengambil bola daripada Gopal.
  • Angin Kencang: BoBoiBoy Angin mengumpulkan kuasa angin pada tangan kanannya lalu melepaskannya dengan pantas ke arah Mega Probe. Teknik ini digunakan dalam klip OldTown White Coffee's Superhero Elemen - Jaga Kebersihan.
  • Tolakan Angin: BoBoiBoy Angin mengumpulkan kuasa angin di sekelilingnya, kemudian terus melepaskannya ke arah lawan yang berupaya untuk menolak lawannya ke belakang.
  • Bebola Angin: BoBoiBoy Angin menghasilkan gumpalan angin yang berbentuk bola-bola kecil dalam kuantiti yang banyak, lalu menyerang lawannya dari jarak jauh.
    • Serangan Bebola Angin: Sama seperti Bebola Angin biasa tetapi diserang dengan jumlah bola-bola kecil yang lebih banyak. Ia diserang bersama Serangan Bebola Api oleh BoBoiBoy Api.
  • Motor Elemental: Sebuah kenderaan istimewa yang diberikan oleh MotoBot yang menyerupai motor.
    • Pusaran Angin: BoBoiBoy Angin memusingkan kenderaannya lalu menghasilkan pusaran angin yang besar yang akan memusingkan lawannya.
    • Luncuran Angin: BoBoiBoy Angin meluncurkan kenderaannya ke hadapan dengan laju sebelum menyelamatkan Gopal daripada diserang Raksasa Platipah.
    • Ekzos Elemental - Ekzos Angin: Gabungan kuasa ekzos motor bersama BoBoiBoy Petir dan Api dengan menggunakan ekzos masing-masing.
    • Kuasa Gabungan Motor Elemental: BoBoiBoy Petir, Angin dan Api menggabungkan motor elemental masing-masing secara cara yang terpantas untuk memecut dalam perlumbaan.
      • Bebola Kombo Maksima: BoBoiBoy Angin menggabungkan kuasa anginnya bersama dengan kuasa petir dan api dengan membentuk sebuah bebola, kemudian melemparkannya ke lawan yang akan mengalahkan mereka dalam sekali serangan.
  • Pecutan Angin: BoBoiBoy Angin mengumpulkan kuasa angin di sekelilingnya lalu memecut ke hadapan.
  • Pusaran Angin: BoBoiBoy membentuk puting beliung gergasi untuk mematahkan peluru tembakan Panto.
  • Hembusan Angin: BoBoiBoy Angin melepaskan kuasa anginnya ke arah Roktaroka, bagaimanapun gagal apabila menjadikan kuasa apinya lebih kuat dan dibalikkan kepada BoBoiBoy semula.
Serangan Kombo

Rupa[]

Penampilan BoBoiBoy Angin berbeza dengan penampilan BoBoiBoy yang asal. Warna topi dan jaketnya berubah kepada warna kuning, sementara birai topinya menghadap ke sebelah kanan pemakai. Lungsur zip pada jaketnya juga berubah menjadi bentuk angin, dan dizipkan penuh. Lengannya pula dilipat sehingga hampir ke pergelangan tangannya, yang hujungnya berwarna putih.

Dalam musim kedua, jaket BoBoiBoy Angin ditambah hood di belakangnya dan di hujung lipatan pada lengan bajunya yang berwarna kuning. Memakai kasut yang saiznya lebih besar dan berwarna campuran antara kuning dan hitam yang bercorak.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, BoBoiBoy Angin memakai topi yang berwarna biru. BoBoiBoy Angin memakai baju yang berkolar yang berwarna biru ala-ala jaket dan dianggap lengan bajunya memang pendek. BoBoBoy Angin juga kini memakai sepasang sarung berwarna biru yang ditempatkan di siku tangannya. BoBoiBoy Angin mengenakan seluar yang berwarna kelabu sementara kasut butnya pula berwarna putih dan kelabu.

Perwatakan[]

Daripada semua bentuk BoBoiBoy, Angin adalah salah satu yang paling ceria dan riang, bersama dengan BoBoiBoy Daun. Dia nampak sangat santai dengan cara yang bahagia, seperti yang dilihat oleh fakta bahawa dia hampir selalu dilihat dengan senyuman di mukanya, walaupun dalam pertempuran. Angin juga agak suka bermain dan merupakan satu-satunya daripada tiga elemen asal yang digambarkan dengan senyuman ceria (Bumi biasanya mempunyai ungkapan yang lebih serius manakala Petir sering dilihat bersedia untuk terlibat dalam pertempuran). Walau bagaimanapun, kecacatan angin Angin adalah bahawa dia tidak tahu bila sesuai untuk tidak senang, seperti yang dibuktikan ketika dia makan bahan kimia yang tercemar biskut dan menjadi terlalu gembira dan dengan itu tidak dapat mengawal emosinya.

Dalam siri BoBoiBoy, Angin nampaknya mudah terintimidasi dan risau ketika melibatkan musuh-musuh yang menyebabkan BoBoiBoy Petir menjengkelkan. Walau bagaimanapun, di Galaxy, Angin seolah-olah telah melampaui sifat ini dan mempunyai keperibadian yang lebih dekat dengan persona ceria asli BoBoiBoy dan tidak lagi kelihatan menakutkan pergi ke pertarungan.

Angin mungkin orang yang bahagia dan suka bermain BoBoiBoy, yang selalu kelihatan gembira tanpa menghiraukan keadaan, walaupun kadang-kadang merasa agak takut.

Kemunculan[]

Trivia[]

  • Angin merupakan kuasa kedua yang dikeluarkan oleh BoBoiBoy.
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 9, BoBoiBoy Angin ditunjukkan mempunyai ketakutan terhadap ular sama seperti BoBoiBoy Daun. Walau bagaimanapun, BoBoiBoy Tanah tidak mempunyai ketakutan yang sama dengan mereka.
  • BoBoiBoy Angin menggunakan cadangan BoBoiBoy Cahaya untuk menjadi popular, antaranya menggayakan topinya dengan gaya topi BoBoiBoy Petir, mencuba fesyen terbaru (cuba mengambil jaket Fang dan memakai cermin mata Fang), mempelajari teknik baru (belajar memasak daripada Yaya), menguasai gerakan tarian (menari bersama Gopal) dan menceriakan hari rakan-rakan (memberi makanan kepada kucing).
  • Menurut Trivia Hari Jadi BoBoiBoy 2019, BoBoiBoy Angin pandai membuat kek dan biskut dan lebih hebat daripada Yaya.[1]

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy Angin. Rujuk BoBoiBoy Angin/Galeri.

Video[]

Rujukan[]

Advertisement