FANDOM


"BoBoiBoy Api!"

―Pengumuman transformasi, BoBoiBoy

"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Api!"

―Pengumuman transformasi, BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Api
BoBoiBoy Api
Alias BoBoiBoy Api
Penjenayah Api, Pelawak Api (Gopal)
Kuasa Memanipulasi Elemen Api
Jantina Lelaki
Spesies Manusia (Jelmaan Elemental)
Tarikh Lahir Tidak diketahui
Umur 11 tahun (Musim 3 - BoBoiBoy: The Movie)
14 tahun (BoBoiBoy Galaxy)
Rambut Hitam (BoBoiBoy)
Perang dengan coretan putih (BoBoiBoy Galaxy)
Mata Jingga (BoBoiBoy)
Perang (BoBoiBoy Galaxy)
Pekerjaan Jelmaan Elemental
Disuarakan Oleh Nur Fathiah Diaz (Bahasa Melayu)
Wong Wai Kay (Bahasa Inggeris Disney Channel)
Marina Tan (Bahasa Inggeris BoBoiBoy: The Movie)
Kemunculan Sulung BoBoiBoy Musim 3, Episod 15: Misteri Penjenayah Api (2015)
Kemunculan Terakhir Akan diumumkan...
Bilangan Kemunculan BoBoiBoy (5)
Filem (1)
BoBoiBoy Galaxy (3)
Status Hidup
Keluarga Tok Aba (Datuk)
Afiliasi Yaya
Ying
Gopal
Ochobot
Papa Zola
Fang
Adu Du
Probe
Tarung
Cici Ko

BoBoiBoy Api adalah salah seorang jelmaan BoBoiBoy yang melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 3, Episod 15. Dia kemudiannya meningkat ke bentuk tahap kedua dalam BoBoiBoy: The Movie iaitu BoBoiBoy Blaze.

Sejarah

BoBoiBoy

Musim 3

BoBoiBoy Api pertama kali muncul dalam Musim 3, Episod 15, di mana dia dianggap sebagai penjenayah api yang telah melakukan kebakaran di merata tempat. Adu Du dan Probe telah mempelawa dia untuk menyertai Kumpulan Gerombolan Kejahatan mereka, namun penjenayah api itu mendedahkan identiti sebenarnya sebagai BoBoiBoy Api. Lalu BoBoiBoy Api menyerang mereka dengan kuasanya. Adu Du yang menceritakan peristiwa itu memberitahu lagi kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya bahawa si penjenayah api itu adalah diri BoBoiBoy sendiri. Kawan-kawan BoBoiBoy masih tidak percaya terhadap cerita Adu Du dan mengakui bahawa BoBoiBoy adalah seorang yang baik. Adu Du memesan kepada mereka untuk tunggu sehingga larut malam tiba supaya mereka dapat mempercayainya.

Kemudian dalam Musim 3, Episod 16, BoBoiBoy dan kawan-kawannya memutuskan untuk membantu BoBoiBoy tidur di luar untuk mengelakkannya daripada melakukan pembakaran dan kerosakan. Kawan-kawannya cuba membantu BoBoiBoy untuk memudahkan dia tidur dalam beberapa cara: Ying menolak BoBoiBoy mengelilingi katil bersamaan 1000 km/jam pada masa yang singkat untuk memenatkannya, Yaya menawarkan BoBoiBoy untuk makan biskutnya tetapi ditolak, manakala Gopal dan Fang menyanyikan lagu tidur kepada BoBoiBoy tetapi tidak berkesan.

Tok Aba kemudian mencadangkan untuk membaca buku cerita khas mengenai "Sejarah Penubuhan Kedai Kokotiam Tok Aba". Cerita ini telah membuatkan semua tertidur, termasuk BoBoiBoy. Semasa tidur, BoBoiBoy mula bermimpi buruk dan menukarkan dirinya kepada BoBoiBoy Api, membuka kunci kuasa barunya dan membuktikan cerita Adu Du kepada semua kawan-kawannya. Pada mulanya, BoBoiBoy Api tampak sedang marah yang membuatkan kawan-kawannya menjadi takut, namun dia tiba-tiba bertukar menjadi orang yang ceria dan baik kepada kawan-kawannya. Kemudian, Yaya bertanya kenapa dia melakukan semua kebakaran di kawasan Pulau Rintis, tetapi BoBoiBoy Api menceritakan sebuah kisah tentang kemalangan api kepada mereka:

  • Di reban ayam Makcik Kantin, dia menunjukkan pertunjukan bebola api kepada ayam-ayam itu. Selepas mempersembahkannya, secara tidak sengaja dia telah menjatuhkan sebiji Bebola Api lalu membakar reban ayam itu.
  • Ketika di Stor Kebenaran, BoBoiBoy Api tidak sabar untuk mengetahui keputusan ujian Matematik, tetapi secara tidak sengaja dia menyentuh pintu stor dan menyebabkan kebakaran lalu melarikan diri dari situ.
  • Selanjutnya, pada malam itu BoBoiBoy Api berjalan keseorangan sehingga dia terlihat gerai aiskrim Pakcik Kumar lalu dia mencampakkan Bebola Api dan ia bergolek dan membakar pokok yang berdekatan lalu apinya menjalar sampai membakar gerai Pakcik Kumar. 
  • Akhirnya pada waktu malam di stor sukan sekolah, BoBoiBoy Api berasa teruja apabila dia melihat pelbagai alatan sukan dan memilihnya sehingga dia terpegang Bebola Api kemudian mencampakkannya ke belakang lalu ia membakar seluruh stor sukan.

BoBoiBoy Api juga berkata bahawa dia berasa bosan dan tertekan tentang kerjanya sebagai seorang superhero dan pelajar. Kawan-kawannya meminta supaya dia kembali kepada biasa tetapi dia tidak termakan kerana dia hanya mahu melepaskan tekanan sahaja. Apabila Fang berkata kepada BoBoiBoy yang walaupun dia tetap dengan bentuknya itu, dia masih belum boleh mengawal kuasa barunya dan dia mula marah. Gopal menggunakan pemadam api untuk meredahkan kemarahannya tetapi perbuatan itu hanya menambahkan kemarahannya lalu dia menyerang Gopal berulang-ulang kali lalu Fang segera melindungi Gopal.

Fang bertanya apa masalah dia, tetapi dia membalas mereka yang mencari gaduh dahulu. Lalu BoBoiBoy Api dan Fang terus bertarung antara satu sama lain, sehingga telah mencederakan kawan-kawannya. BoBoiBoy Api yang ternampak Gopal bangkit sambung menyerang dengan menendang Bebola Api ke arahnya, tetapi Gopal sempat menukarkannya menjadi cekodok pisang yang panas dan menyebabkan Gopal tidak tahan untuk memegangnya yang telah membuatkan BoBoiBoy Api tergelak, tambahan pula semasa Gopal menelan cekodok itu dengan gaya yang terbaik.

Fang menyeru Harimau Bayang untuk melompat ke dalam Gegelung Api sebelum menukarkannya kepada Helang Bayang lalu terbang ke arah Gegelung Api yang berganda di udara. Gopal juga membaling botol-botol kosong dan menukarkannya menjadi ayam goreng dan Ying pula memperlahankan masa di dalam kubah yang kecil. Tiba-tiba, Adu Du dan Mega Probe datang dan menyerang kawan-kawan BoBoiBoy dan membatalkan masa yang diperlahankan oleh Ying. BoBoiBoy Api yang terlihat perkara itu berasa sangat marah lalu menyerang Adu Du dan Mega Probe sehingga mereka terpelanting ke langit. BoBoiBoy Api jatuh ke tanah lalu kembali kepada normal. Setelah dia sedar, kawan-kawannya memberitahu kepada BoBoiBoy tentang kuasa barunya.

BoBoiBoy Api membuat kemunculan ringkas dalam Musim 3, Episod 17 selepas BoBoiBot membuat BoBoiBoy untuk berasa lebih tertekan. Kawan-kawannya cuba untuk bertenang, tetapi BoBoiBoy Api tidak dapat mengawal dirinya. BoBoiBoy Api terus menyerang Adu Du dan Probe dengan kuasanya lalu menyerang BoBoiBot dengan dengan bertalu-talu. Serangannya menjadi tidak terkawal dan serangan yang dilontarkannya hampir terkena pada semua penduduk sekitar. Apabila BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Api dan mengeluarkan Bebola Api yang lebih besar daripada versi BoBoiBoy Api, ia memberikan kesan terhadap BoBoiBoy dan menyebabkan dia bertukar menjadi biasa semula.

Dalam Musim 3, Episod 25, BoBoiBoy Api diseru bersama BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Air selepas BoBoiBoy berpecah menjadi tiga. Mereka cuba untuk menghancurkan Dinding Tenaga Kapten Kaizo. Namun, disebabkan oleh saingan untuk menyerang, BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air bergaduh sesama sendiri. BoBoiBoy Tanah cuba menghentikan mereka, tetapi gagal. Akhirnya, ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula setelah diserang oleh Kapten Kaizo. Kemudian, dalam Musim 3, Episod 26, BoBoiBoy Api diseru lagi bersama BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Air sebagai langkah terakhir untuk masing-masing mengawal satu Golem Tanah setiap seorang. BoBoiBoy Api dan Air melakukan serangan kombo bersama Fang untuk menewaskan Kapten Kaizo sebelum BoBoiBoy bercantum semula.

BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Api membuat kemunculannya semula dalam Episod 11. Dia sangat marah disebabkan oleh serangan Pasukan A (Fang, Sai dan Shielda) ke arah dia dan kawan-kawannya. Kemarahan BoBoiBoy membara sehingga melepaskan asap dari tubuh badannya dan lava mula meletus di sekelilingnya dan akhirnya dia berubah menjadi BoBoiBoy Api. BoBoiBoy Api bersedia lalu terus berlawan dengan Pasukan A sehingga membuatkan mereka lumpuh. Di saat gunung berapi itu menjadi aktif dan mula bergegar setelah terkena tumbukan BoBoiBoy Api, dia hampir menamatkan Pasukan A disebabkan oleh kemarahan yang belum reda, tetapi Tarung dan Ochobot teleport ke sana dan menenangkan BoBoiBoy Api, membuatkan BoBoiBoy boleh mengawal semula emosinya lalu menjadi biasa semula. BoBoiBoy kemudian meminta maaf kepada Fang, Sai dan Shielda kerana tidak dapat mengawal emosinya.

BoBoiBoy Api kemudian muncul semula dalam Episod 12, di mana dia cuba untuk melibatkan Panto dalam pertempuran selepas BoBoiBoy kehilangan sabar. Dia berjaya untuk mengalahkannya dengan serangan api buat sementara waktu, walau bagaimanapun dikalahkan semula dan menyebabkan BoBoiBoy kembali normal.

Kuasa

BoBoiBoy

  • Bebola Api: Serangan utama bagi BoBoiBoy Api dengan mengalirkan kuasa api ke tangannya lalu terciptalah kuasa api berbentuk bola yang membolehkannya untuk menyerang musuh dari jarak yang jauh ataupun mencipta gerakan yang baru.
    • Bebola Api Maksima: BoBoiBoy Api menghasilkan bebola api yang kecil, kemudian membesarkannya menjadi gergasi lalu menyerang musuh daripada atas.
    • Bebola Api, Bertubi-tubi: BoBoiBoy Api menghasilkan dua bebola api daripada kedua-dua tangannya dan kemudian berpecah menjadi banyak lalu dapat menyerang musuh dari atas secara bertubi-tubi.
    • Bebola Api Berkembar: BoBoiBoy Api menghasilkan dua bebola api lalu menyerang musuhnya daripada jarak yang jauh. Serangan ini digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Serangan Bebola Api: Sama seperti Bebola Api yang biasa, tetapi serangan ini dapat menyerang secara lontaran dari jarak yang jauh.
    • Serangan Bebola Api, Bertalu-talu: BoBoiBoy Api menjelmakan seberapa banyak bebola api dan diterapungkan di atas udara lalu menampar sebiji demi sebiji untuk menyerang musuh secara bertalu-talu.
  • Bola Tampar Berapi: BoBoiBoy Api menghasilkan sebiji bebola api yang besar di tangannya, lalu melontarkan ke atas udara dan menampar bagi menambah kelajuannya.
  • Sepakan Penalti, Bebola Api: Serangan jarak jauh yang memerlukan BoBoiBoy Api untuk mengeluarkan Bebola Api kemudian menendangnya dengan teknik Tendangan Basikal ke arah musuhnya.
  • Gegelung Api: BoBoiBoy Api menghasilkan Gegelung Api lalu melancarkannya untuk melilit badan musuhnya. Dalam BoBoiBoy: The Movie, BoBoiBoy Api menghasilkan Gegelung Api dengan saiz yang lebih panjang dan bercahaya untuk mengikat Bora Ra.
    • Pemanasan Maksima: BoBoiBoy Api menghasilkan gelombang haba yang boleh dirasai bahangnya dan menjadi kuasa pelengkap kepada Gegelung Api.

Kuasa Lain

  • Lompatan Api: BoBoiBoy Api menghasilkan api di kaki untuk melompat. Digunakan untuk mengelak daripada serangan Letupan Air daripada BoBoiBoy Air dalam Komik Mini: Api vs. Air.
Serangan Kombo
Bersama BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Air
  • Kombo Golem Tanah, Api dan Air: BoBoiBoy Api melakukan kuasa kombo bersama BoBoiBoy Air untuk menjadikan Golem Tanah menjadi Golem Api dalam Musim 3, Episod 26.
    • Golem Api: Dengan melakukan kuasa kombo bersama BoBoiBoy Tanah, BoBoiBoy Api menjadikan Golem Tanah kepada Golem Api.
Bersama Fang
  • Kuasa Kombo BoBoiBoy dan Fang: BoBoiBoy Api melakukan kuasa kombo bersama BoBoiBoy Air dan Fang yang berupa tumbukan melalui Golem Api, Golem Air dan Golem Bayang.

BoBoiBoy Galaxy

  • Tumbukan Berapi: Teknik tumbukan bagi BoBoiBoy Api dengan menukarkan tangannya menjadi api, lalu melepaskan satu tumbukan yang pantas ke arah musuhnya. Ia merupakan serangan utama baginya. BoBoiBoy Api juga menggunakannya untuk menumbuk BoBoiBoy Air dengan tangannya yang penuh dengan api yang membara, tetapi telah dihentikan oleh BoBoiBoy Tanah dalam Komik Mini: Api vs. Air.
    • Tumbukan Tinju Berapi: Sama seperti Tumbukan Berapi, tetapi lebih kuat dan membara sehingga boleh melumpuhkan musuhnya. Teknik tumbukan ini sama dengan yang pernah digunakan oleh bentuk tahap kedua BoBoiBoy Api.
  • Tendangan Berapi: Teknik tendangan bagi BoBoiBoy Api dengan melepaskan tendangan dengan api yang pantas ke arah musuhnya.
  • Serangan Api, Bertubi-tubi: BoBoiBoy Api melompat ke udara lalu melepaskan beberapa serangan api seperti tumbukan dan tendangan dengan laju.
  • Topi Berapi: BoBoiBoy Api menukarkan topi Sai menjadi topi yang berapi lalu melontarkan dengan pantas ke arahnya.
  • Bebola Api: BoBoiBoy Api mengumpulkan api di kedua tangannya lalu mencipta kuasa api berbentuk bola di atasnya yang membolehkannya untuk menyerang musuh dari atas udara.
    • Bebola Api Besar: Serangan ini hampir sama dengan Bebola Api Maksima yang pernah digunakan dalam siri BoBoiBoy, dengan BoBoiBoy Api mengumpulkan bebola api di kedua-dua tangannya, kemudian membesarkannya menjadi besar lalu menyerang musuhnya daripada atas.
  • Serangan Bebola Api: BoBoiBoy Api menyerang musuhnya dengan membuat lontaran dari udara.

Rupa

BoBoiBoy Api mempunyai rupa yang hampir sama dengan BoBoiBoy yang asal, tetapi topi dan jaketnya bertukar menjadi warna jingga dan birai topinya menghadap ke hadapan pemakai tetapi sedikit ke atas dan menampakkan rambutnya. Iris matanya juga bertukar menjadi warna jingga dan lungsur zip jaketnya pula tidak ditutup serta bentuknya bertukar menjadi bentuk api. Dia mempunyai sepasang baju dan seluar yang diringkaskan, serasi dengan perwatakan api yang selalu bergerak dengan aktif.

Bersama-sama dengan jelmaan-jelmaan elemental baru BoBoiBoy yang telah dinaik taraf, jelmaan asas BoBoiBoy Api juga telah berubah dalam BoBoiBoy Galaxy. Dia memakai jaket merah dari BoBoiBoy yang asal, tetapi tidak seperti jelmaan-jelmaan elemental lain, dia tidak memakai baju di sebalik jaketnya. Lungsur zip jaketnya ditutup penuh dan bentuknya bertukar menjadi bentuk elemental api. Dia juga merupakan satu-satunya jelmaan yang memakai seluar yang berbeza setakat ini iaitu seluar hitam yang pendek hingga ke paras lutut sementara jelmaan-jelmaan lain memakai seluar hitam yang panjang hingga ke paras buku lali. Kedudukan birai topinya tidak berubah iaitu menghadap ke hadapan yang sedikit ke atas dan menampakkan rambutnya dengan coretan putih.

Perwatakan

BoBoiBoy Api adalah jelmaan BoBoiBoy yang muncul setiap kali BoBoiBoy berasa tertekan disebabkan oleh menjadi seorang superhero yang perlu menyelamatkan orang dan seorang pelajar yang mempunyai ujian. Pada mulanya, BoBoiBoy tidak boleh bertukar menjadi BoBoiBoy Api tanpa berasa tertekan atau tidur dan bermimpi buruk. Tetapi akhirnya, BoBoiBoy Api mampu mengawal tekanannya dan dia telah menjadi normal seperti jelmaan-jelmaan elemental yang lain. Kini, BoBoiBoy boleh bertukar menjadi BoBoiBoy Api tanpa perlu berasa tertekan.

Kemunculan

BoBoiBoy

Musim 3

Filem

BoBoiBoy Galaxy

Trivia

  • BoBoiBoy Api pada asalnya pertama kali muncul dalam Selamat Tahun Baru 2015.
  • BoBoiBoy Api adalah watak kedua yang muncul sebagai watak baik ketika kemunculan pertamanya. Watak pertama ialah BoBoiBoy Gempa manakala watak ketiga ialah BoBoiBoy Air.
  • BoBoiBoy Api suka bermain-main dengan kuasa apinya dan juga sering membuat Pertunjukan Bebola Api pada ayam-ayam yang dibela oleh Makcik Kantin.
  • BoBoiBoy Api menjelaskan bahawa dia ingin melepaskan tekanan kerana dia menjadi superhero yang kena menolong orang, menyelamatkan orang, membuat kerja sekolah, menyelamatkan seluruh pulau, dan juga mempunyai ujian pada masa yang sama.
  • Disebabkan oleh tekanan yang melampau, BoBoiBoy Api telah melakukan kebakaran-kebakaran di kawasan Pulau Rintis secara tidak sengaja kerana tidak menjumpai cara untuk menghilangkan tekanannya.
  • BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Air mempunyai warna mata dalam bentuk asas mereka, tidak seperti tiga jelmaan elemental yang lain yang hanya mempunyai warna mata dalam bentuk evolusi mereka.
    • Walau bagaimanapun, sewaktu kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy Galaxy, kedua matanya berwarna perang berbanding jingga.
  • BoBoiBoy telah memperoleh elemen api dalam Musim 3 dari siri asal, tetapi apabila dia membuat kemunculan semula dalam BoBoiBoy Galaxy, Cici Ko dan Gopal menyatakannya sebagai bentuk elemental baru, meskipun kedua-duanya telah melihat varian BoBoiBoy Api (Cici Ko melihat BoBoiBoy Blaze dalam filem dan Gopal adalah salah seorang yang menyaksikan BoBoiBoy mendapat elemen api dalam Musim 3 dari siri asal).

Galeri

Wiki-wordmark
BoBoiBoy Wiki mempunyai imej dan media yang berkaitan dengan BoBoiBoy Api.

Video


L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Media

BoBoiBoy | Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Galaxy

Episod

BoBoiBoy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26
BoBoiBoy Galaxy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18

Watak

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Wahid | Ernie | Pakcik Mat | Super Probe | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Robot Hamba | Multi-Monster | Makcik Yah | Pakcik Yah | Pakcik Kumar | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Bapa BoBoiBoy | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBot Halilintar | BoBoiBot Taufan | BoBoiBot Gempa | BoBoiBot Api | BoBoiBoy Air | BoBoiBot Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap | Terra | Coral | Oake | Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Cici Ko | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar | MotoBot | Kapten Separo | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Laksamana Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | LoopBot

Tempat

Planet Bumi | Malaysia | Pulau Rintis | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Tok Aba's Kokotiam | Planet Ata Ta Tiga | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Pulau Terapung | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas

Lagu

BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Incik Boss dan Probe | BuBaDiBaKo | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba

Permainan

BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card

Lihat juga

Movie Animation Park Studios

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.