"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Daun!" |
BoBoiBoy Daun ialah watak terbaru yang melakukan kemunculan sulungnya dalam episod ke-5 siri BoBoiBoy Galaxy.
Sejarah
BoBoiBoy dalam keadaan tidak sedarkan diri sedang jatuh dengan lajunya setelah diserang oleh Kapten Separo dan akhirnya BoBoiBoy jatuh ke dalam sebatang pokok yang besar. Ketika Kapten Separo ingin menyerang Papa Zola, tiba-tiba kedengaran suara BoBoiBoy yang mengatakan "Berhenti!". Justeru, mereka semua terkejut mendengarnya diikuti dengan Yaya yang mula kehairanan setelah melihat warna pakaian BoBoiBoy berbeza dengan yang sebelum ini.
Rupa-rupanya, BoBoiBoy secara tidak sengaja telah berubah menjadi BoBoiBoy Daun. Jelasnya, kepalanya terhentuk pada dahan pokok sebentar tadi dan menjadi penyebab BoBoiBoy bersifat lurus bendul. Kemudian, bermulalah perlawanan yang seimbang antara BoBoiBoy Daun dan Kapten Separo. Kemuncaknya, Kapten Separo tersalah langkah dan akhirnya tewas selepas diikat dengan Balutan Daun Anyaman yang amat kemas.
Selepas perlawanan berakhir, Yaya mula menanya kepada BoBoiBoy bagaimana dia boleh mempunyai kuasa daun itu. Tampaknya BoBoiBoy juga serba kehairanan sambil mengatakan pada mulanya Jam Kuasanya rosak, tetapi tiba-tiba boleh mengeluarkan kuasa daun. Bagaimanapun, setelah Ochobot mengimbas Jam Kuasa BoBoiBoy, barulah BoBoiBoy tahu yang sebenarnya Jam Kuasanya tidak rosak, tetapi hanya menyesuaikan diri untuk menerima kuasa baharu dan BoBoiBoy mendapat kuasa daun itu semasa dia berada di Planet Gurunda; dari Kampung Kaktoi.
Kuasa
- Lontaran Daun Kebas dan Kejang: Menggunakan daun spesis yang membolehkan sasarannya untuk merasakan kebas lalu melontarkannya.
- Daun Menjalar: Menjelmakan daun menjalar sebagai pengangkutan untuk bergerak.
- Lontaran Daun Keladi Getah: Melontar anyaman daun yang berbentuk pisau ke arah lawan, yang kemudiannya akan membuatkan lawan berasa gatal yang teramat.
- Pusaran Daun: Teknik pertahanan baginya yang mengumpulkan sebanyak daun di sekelilingnya lalu dipusarkan yang bertindak sebagai perlindungan.
- Daun Pelindung Mengkuang: Menganyam daun-daun mengkuang lalu menjelmakan di hadapannya untuk mempertahankan dirinya dari serangan musuh.
- Balutan Daun Anyaman: Membalut musuhnya ke dalam daun anyaman yang bertindak sebagai gari untuk menghalang musuhnya daripada bergerak.
Berikut adalah kuasa yang digunakan ketika BoBoiBoy Daun menaiki kenderaannya:-
- Perangkap Periuk Kera: Menjelmakan pokok periuk kera yang menggunakan teknik itu untuk menelan musuh yang bersaiz kecil.
Rupa
Penampilan BoBoiBoy Daun hampir menyerupai dengan pecahan BoBoiBoy yang lain iaitu memakai baju putih yang berlengan dan jaket hijau yang berkolar, tetapi jaketnya tidak mempunyai lengan. Terdapat sarung yang berwarna hijau pada kedua-dua pergelangan tangannya. Jam tangan kuasanya dipakai di tangan kanan, sementara warna seluar dan kasutnya sama seperti pecahan BoBoiBoy yang lain.
Perwatakan
BoBoiBoy Daun dilihatkan mempunyai sifat yang ceria dan lurus bendul serta cemerkap dalam membuat keputusan. Dia juga suka bermain.
Trivia
- Elemen Daun tidak sepatutnya menjadi elemen baru yang diperoleh oleh BoBoiBoy sejak BoBoiBoy Thorn, versi tahap 2 daripada BoBoiBoy Daun telah muncul dalam BoBoiBoy: The Movie. Selain itu, dalam episod pertama BoBoiBoy Galaxy, maklumat tentang kuasa BoBoiBoy menunjukkan bahawa dia telahpun mempunyai tujuh elemen (Tanah, Angin, Petir, Api, Air, Daun dan Cahaya).
- Walaupun BoBoiBoy telah menggunakan Kuasa Tujuh dalam filem, hanya Bora Ra yang melihat BoBoiBoy mempunyai tujuh elemen memandangkan beliau yang diserang. Dengan BoBoiBoy yang buta oleh kemarahannya, kemungkinan BoBoiBoy boleh terlupa dengan dua elemen baru (yang satunya lagi ialah Solar) sehinggalah BoBoiBoy menemukan semula dan diperkenalkan dengan betul.
- Satu lagi sebab adalah kerana BoBoiBoy Galaxy menjadi reboot lembut dan kuasa elemen sedang diperkenalkan semula kepada penonton baru yang masih belum menonton siri BoBoiBoy, iaitu siri yang asal.