BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Power Sphera adalah robot berteknologi tinggi yang mengandungi kuasa-kuasa yang hebat... Menjadi rebutan ramai... Power Sphera telah lari dan bersembunyi di sekitar galaksi... Satu per satu Power Sphera telah diburu dan dijumpai oleh kuasa jahat... Kini, Power Sphera digunakan untuk kemusnahan dan kehancuran sejagat... Ini adalah kisah pengembaraan seorang superhero Bumi, BoBoiBoy dalam misi untuk menyelamatkan Power Sphera dan mempertahankan galaksi..."
Cici Ko


BoBoiBoy Galaxy merupakan kesinambungan siri BoBoiBoy selepas musim ke-3 dan filem. Siri ini lebih fokus kepada pengembaraan berdasarkan jalan cerita. Siri ini mula ditayangkan di TV3 pada 25 November 2016, kemudian pada 14 Januari 2017 di MNCTV dan 7 Julai 2017 di Disney Channel Asia.

Ringkasan

BoBoiBoy Galaxy merupakan sebuah kisah tentang robot-robot Power Sphera yang dicipta untuk memberikan kuasa hebat kepada pemiliknya. Namun, projek Power Sphera akhirnya dianggap sebagai projek yang berbahaya dan dibatalkan, manakala Power Sphera yang lain melarikan diri dan bersembunyi di serata pelusuk galaksi. Semenjak itu, ramai alien jahat cuba mencari dan menangkap Power Sphera untuk kepentingan mereka sendiri.

Untuk mengelakkan Power-Power Sphera jatuh ke tangan penjahat, seorang wira muda dari Bumi iaitu BoBoiBoy ditugaskan untuk menjejaki Power-Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi dengan bantuan kawan-kawannya yang bukan sahaja berasal dari Bumi, tetapi juga dari planet-planet lain.

Episod


Watak

Rencana utama: Senarai watak BoBoiBoy

Perubahan Watak

Akan disunting kemudian...

Komik

Sebagai tambahan kepada siri televisyen baru, terdapat juga satu siri komik lukisan bulanan yang akan dibebaskan sebelum setiap episod menyiarkan. Komik ini boleh didapati di Monsta Online Store dan boleh dipesan secara dalam talian.

Komik mempunyai 144 halaman berwarna, merupakan buku keras, dan juga mengandungi seni konsep untuk pameran itu. Setiap komik mempunyai cerita empat episod. Pratonton komik boleh dibaca di laman web rasmi BoBoiBoy Galaxy.

Senarai isu

Isu Kulit buku Tajuk Tarikh pelepasan
1
Kembara ke Angkasa
Kembara ke Angkasa Akan diumumkan...
2
Komik BoBoiBoy Galaxy - Adiwira Bersatu -2
Adiwira Bersatu Akan diumumkan...
3
Komik BoBoiBoy Galaxy - Cabaran Baharu -3
Cabaran Baharu Akan diumumkan...
4
Komik BoBoiBoy Galaxy Vol 4
Kembara ke Angkasa Akan diumumkan...
5
Gelora Kuasa
Gelora Kuasa Akan diumumkan...
6
Komik BoBoiBoy Galaxy Vol 6
Pembongkaran Rahsia Akan diumumkan...
7
BBB Galaxy Ledakan Cahaya
Ledakan Cahaya Akan diumumkan...

Trivia

  • Nizam Razak telah mengepos mengenai fakta BoBoiBoy Galaxy di akaun Facebooknya (selepas diterjemahkan)[1]:
    • BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara ke seluruh galaksi, maka dinamakan BoBoiBoy Galaxy. BoBoiBoy akan menjadi lebih aktif daripada pasif. Berbanding menunggu "masalah" datang, dialah yang akan "mencari masalah".
    • Cerita ini akan ditumpukan di sekitar Sfera Kuasa. BoBoiBoy akan mencari lebih banyak Sfera Kuasa di seluruh galaksi. Kami telah memperkenalkan Klamkabot di BoBoiBoy: The Movie, yang mana membuka kemungkinan untuk lebih banyak Sfera Kuasa. Jangkakanlah lebih banyak Sfera Kuasa dan lebih banyak hero/penjahat/neutral dalam siri ini.
    • BoBoiBoy Galaxy mengambil tempat sekitar 2-3 tahun selepas BoBoiBoy: The Movie. Dari segi reka bentuk watak, kami telah menaikkan umur BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Walau bagaimanapun, kami masih menyasarkan kanak-kanak dan hati kanak-kanak. Ia masih menyeronokkan dengan konsep "lawak" dan "lawan", tetapi di pelbagai latar/planet.
    • Rebrand (Menjenamakan semula), Rethink (Memikirkan semula) dan Reconceptualized (Mengkonsepkan semula). Dengan menjenamakan semula siri BoBoiBoy kepada BoBoiBoy Galaxy, kami mempunyai peluang untuk menyasarkan penonton baru terutamanya untuk pasaran antarabangsa. Hal ini telah membawa kepada beberapa pemudahan dan pengubahsuaian kepada konsep BoBoiBoy. Jangkakanlah beberapa perubahan tetapi intipati utama BoBoiBoy masih di situ.
    • MONSTA akan keluarkan Komik BoBoiBoy Galaxy dahulu (lukisan 2D), sebelum siri animasi. Akan terdapat isu komik bulanan untuk BoBoiBoy Galaxy.
    • MONSTA dan TOMY telah bersetuju untuk mengeluarkan pelbagai jenis mainan. Jangkakan lebih banyak figurin, barangan, mainan berasaskan kenderaan dan mungkin juga playset.
    • Perancangan produksi baru untuk BoBoiBoy Galaxy: MONSTA Production dan pasukan R&D akan bekerja keras untuk mereka bentuk suatu perancangan produksi baharu untuk menunjukkan kualiti dan juga kuantiti. Kami menyasarkan untuk mengeluarkan 20-26 episod setiap tahun. Produksi akan bermula nanti (Jun) dan dijangkakan untuk kumpulan episod pertama dikeluarkan pada September - Disember 2016.
  • Penampilan pertama BoBoiBoy Galaxy telah berlangsung pada 31 Ogos 2016 di Dataran Merdeka.[2]
  • Pada 1 September 2016, MONSTA telah memuat naik sebuah video ke YouTube yang mempromosikan rancangan baru mereka. Video itu menunjukkan watak-watak utama siri ini iaitu BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal, Fang, Papa Zola, Adu Du dan Probe dengan reka bentuk baru sedang berada dalam pertarungan.
  • Siri ini mula disiarkan pada 25 November 2016 di TV3 dan pada 14 Januari 2017 di MNCTV.[3]
  • Buku komik BoBoiBoy Galaxy yang bertajuk "BoBoiBoy Galaxy: Kembara ke Angkasa" yang memampatkan 4 episod pertama siri ini telah mula dijual di kedai buku Popular Bookstore bermula bulan November pada tahun 2016. Buku komik ini boleh juga dibeli di kedai myNEWS, SMO ataupun secara online di store.monsta.com. Versi komik lukisan tangan ini dihasilkan sepenuhnya oleh Team Komik Monsta.[4]
  • Nizam Razak dan Monsta merancang untuk membuat BoBoiBoy Galaxy sekurang-kurangnya sehingga 300 episod dengan filem yang akan datang setiap dua tahun.[5]
  • Teaser BoBoiBoy Galaxy telah dimuat naik ke YouTube dalam saluran Monsta dan aplikasi YouTube Kids pada 10 Oktober 2016.
  • Menurut MONSTA, mereka bekerjasama dengan Bunkface bagi menghasilkan lagu tema pembukaan siri ini yang bertajuk "Dunia Baru" dan ini merupakan kali kedua Bunkface bekerjasama dengan MONSTA. Kali pertama adalah pada masa Bunkface mencipta lagu tema utama BoBoiBoy: The Movie yang bertajuk "Masih Di Sini".
  • "BoBoiBoy Galaxy: Preview 11 Minit Episod 1" telah dimuat naik ke YouTube oleh MONSTA pada 11 November 2016 jam 11.11 pagi.
  • Menurut Nizam Razak di akaun Facebooknya, babak permulaan yang asal bagi siri ini memakan masa 7 tahun untuk menyelesaikannya dan ia diarahkan oleh Hafiz SI.
  • 8Elements telah membangunkan sebuah permainan untuk siri ini iaitu BoBoiBoy: Galactic Heroes yang boleh dimuat turun di Google Play Store.
  • Terdapat slot masa baru bagi siaran bermula Episod 10 hingga 13 kerana bulan Ramadhan, yang mana setiap episod ini disiarkan pada setiap hari Khamis jam 5 petang dan bukannya Jumaat.
  • Dari Episod 1 sehingga Episod 9, gambar watak yang asal sewaktu lagu tema pembukaan adalah Kapten Kaizo dan Lahap. Kini, dalam lagu tema pembukaan Episod 10 dan seterusnya, Kapten Kaizo telah digantikan oleh Laksamana Tarung dan Lahap dengan Papa Zola.
    • Ini menunjukkan bahawa Kaizo dan Lahap cuma mempunyai peranan yang lebih kecil daripada yang diharapkan pada asalnya.
  • Nizam Razak telah menyatakan dalam akaun Facebooknya bahawa Episod 14 sehingga 18 telah disetkan untuk ditayangkan pada musim cuti sekolah hujung tahun 2017 iaitu pada bulan November dan Disember kerana dalam masa yang sama mereka juga sedang menyiapkan kesinambungan untuk BoBoiBoy: The Movie.[6]
  • Promo treler BoBoiBoy Galaxy Finale yang pertama telah dimuat naik ke YouTube dalam saluran Monsta pada 20 April 2018, manakala promo treler yang kedua dimuat naik pada 9 Mei 2018.
  • BoBoiBoy dan kawan-kawannya nampaknya telah kehilangan peningkatan kuasa sejak peristiwa BoBoiBoy: The Movie, kemungkinan disebabkan oleh mereka menggunakan jam tangan kuasa yang baru.
  • Akhir musim pertama telah disiarkan di TV3 bermula 18 Mei 2018 dengan jumlah keseluruhan 6 episod pada setiap minggu.
    • Bagaimanapun, terdapat pertukaran jadual penyiaran sepanjang episod 19 sehingga episod 22 daripada hari Jumaat kepada hari Khamis disebabkan oleh penyiaran pada bulan Ramadhan, iaitu bermula pada 17 Mei 2018. Manakala episod 23 dan 24 disiarkan selama 1 jam pada 22 Jun 2018 di TV3.
  • Pihak Monsta telah merancang untuk mengeluarkan musim kedua BoBoiBoy Galaxy selepas BoBoiBoy: The Movie 2. Hal ini adalah supaya membolehkan mereka memberi tumpuan kepada filem tersebut.
  • Terdapat juga BoBoiBoy Galaxy Special yang mengisahkan tentang pengembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakannya di Markas TEMPUR-A. Ia akan dikeluarkan sama ada pada akhir 2018 atau awal tahun 2019.[7]
  • Selepas musim pertama berakhir, tajuk episod 1 sehingga episod 9 (tidak termasuk episod 7) dan gambar kecil setiap episod musim pertama di YouTube telah ditukar.
  • Monsta telah memuat naik sebuah video yang mendedahkan beberapa trivia merentasi musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy, iaitu:
    • Siri ini mengambil masa 20 bulan dalam produksi.
    • Terdapat 24 episod berjaya disiapkan dengan jumlah durasi keseluruhan 7 jam dan 29 minit.
    • Semua episod digabungkan mempunyai lebih daripada 700 juta tontonan di YouTube.
    • 7 buah komik telah diterbitkan.
    • Terdapat 9 versi BoBoiBoy telah berjaya diaktifkan semasa siri ini; Halilintar, Petir, Angin, Api, Tanah, Solar, Cahaya, Air, dan Daun masing-masing.
    • Terdapat 73 watak telah diperkenalkan secara keseluruhan.
    • Terdapat 22 Power Sphera telah dikesan dan dilindungi.
    • Terdapat 9 lokasi eksotik telah dikunjungi semasa siri ini.
    • Terdapat 11 teleportal telah dibuka oleh Ochobot semasa siri ini.
    • BoBoiBoy telah melakukan sebanyak 126 transformasi secara keseluruhan.
    • BoBoiBoy telah melancarkan 69 serangan.
    • Terdapat 6 babak Cattus mengamuk.
    • Terdapat 40 "TERBAIK!".
  • Pada 30 Ogos 2018, pihak Monsta telah memuat naik koleksi runut bunyi bertajuk "Kuasa Elemental" yang mengandungi tema BoBoiBoy Cahaya, BoBoiBoy Daun, BoBoiBoy Api, BoBoiBoy Halilintar, Pertarungan Terakhir (Episod 14), BoBoiBoy Air, Kekalahan BoBoiBoy (Episod 24) dan BoBoiBoy Solar.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy Galaxy. Rujuk BoBoiBoy Galaxy/Galeri.

Video

Klip Pendek

OST

Rujukan

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement