FANDOM


BoBoiBoy Galaxy Card

BoBoiBoy Galaxy Card merupakan sebuah permainan kad yang dibuat oleh Monsta.

Cara Bermain

Cara-Cara Bermain - BoBoiBoy Galaxy Card

Cara-Cara Bermain - BoBoiBoy Galaxy Card

Video tutorial cara bermain.

Sebelum memulakan pertarungan, kedua-dua pemain perlu mempunyai 20 kad di dalam dek. Kedua-dua pemain mempunyai 3 zon, iaitu Zon Aktif, Zon Kalah dan Zon Menang. Pemain harus mengambil 3 kad dari dek sendiri. Kedua-dua pemain perlu meletakkan satu kad ke Zon Aktif. Sebelum menyerang kad lawan, periksa EFEK kad masing-masing. Setiap kad mempunyai EFEK yang tersendiri, yang mana diaktifkan semasa pertarungan jika ada. Untuk meneruskan pertarungan ini, kedua-dua pemain harus melakukan 'osom' dan pemenang 'osom' akan melakukan serangan ke atas kad lawan. Nilai ATK pemain yang menang 'osom' akan menolak HP kad lawan. Sekiranya HP pihak lawan belum habis, ulangi langkah 'osom' sehingga salah satu kad kehabisan HP terlebih dahulu. Kad yang menang akan dialihkan ke Zon Menang, manakala kad yang kalah dialihkan ke Zon Kalah. Selepas setiap pusingan, pemain harus ada satu kad daripada dek sendiri untuk cukupkan 3 kad di tangan. Permainan akan berakhir apabila salah seorang daripada pemain telah berjaya mengumpulkan 5 kad di Zon Menang.

Galeri

Video