BoBoiBoy Gempa | |
![]() | |
Nama samaran | BoBoiBoy Gempa |
Kuasa | Memanipulasi Gempa |
Jantina | Lelaki |
Spesies | Manusia (Bentuk Elemental) |
Tarikh Lahir | Tidak diketahui |
Umur | 10 tahun (Musim 1) 11 tahun (Musim 2 - BoBoiBoy: The Movie) |
Rambut | Hitam |
Mata | Emas |
Pekerjaan | Bentuk Elemental |
Disuarakan oleh | Nur Fathiah Diaz (Bahasa Melayu) Wong Wai Kay (Bahasa Inggeris Disney Channel) Alexander Rudra Keith Henderson (Bahasa Inggeris YouTube Musim 1) |
Kemunculan Sulung | BoBoiBoy Musim 1, Episod 13 (2011) |
Kemunculan Terakhir | BoBoiBoy Galaxy (2017) |
Bilangan Kemunculan | BoBoiBoy (20) Filem (1) |
Status | Hidup |
Keluarga | Tok Aba (Datuk) |
Afiliasi | Geng BoBoiBoy Papa Zola Kapten Kaizo |
BoBoiBoy Gempa adalah bentuk tahap kedua bagi rupa asalnya iaitu BoBoiBoy Tanah yang membuat kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 13 setelah dirinya diserang oleh Adu Du yang menggunakan Robot Pemusnah Mukalakus.
Sejarah
BoBoiBoy
BoBoiBoy Gempa muncul buat julung kalinya setelah memaksa dirinya untuk berkembang apabila Mukalakus yang dikawal oleh Adu Du tidak berhenti menyerang kawan-kawannya dan dua bentuk elementalnya. Mukalakus yang menyedari perbuatan BoBoiBoy itu segera bertindak untuk menghentikannya dengan membuat serangan. Namun, akhirnya BoBoiBoy Tanah berjaya berevolusi menjadi BoBoiBoy Gempa sebagai kuasa barunya dan dia menepis setiap serangan Mukalakus. BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan turut membantu BoBoiBoy Gempa melawan Mukalakus sehingga mereka bertiga membuat serangan kombo untuk menghapuskan Mukalakus itu Ochobot berjaya diselamatkan. Akhirnya, ketiga-tiga BoBoiBoy bercantum semula lalu terbaring di atas tanah di sebelah Ochobot.
BoBoiBoy: The Movie
BoBoiBoy Gempa muncul bersama BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan untuk menyelamatkan keadaan di Pulau Rintis yang kucar-kacir yang disebabkan oleh Tiga Rob. BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Gempa dan BoBoiBoy Halilintar masing-masing menyelamatkan seorang nenek dari dilanggar trak perompak, menyelamatkan sebuah kereta daripada dihempap lori simen dan berlawan dengan Adu Du dan Probe yang muncul sebagai Superjahat Jero-Jero. Akhirnya, BoBoiBoy Halilintar, Taufan dan Gempa serta nenek menumpaskan perompak-perompak itu sehingga mereka diberkas oleh pihak polis.
BoBoiBoy Gempa muncul lagi selepas BoBoiBoy menyeru Kuasa Tiga dan bersama-sama Halilintar dan Taufan menyerang Gaga Naz, tetapi malangnya ketiga-tiga BoBoiBoy dikalahkan dengan mudah, dan mereka bertiga bercantum semula.
BoBoiBoy Gempa muncul lagi bersama Halilintar, Taufan, Blaze dan Ais dan dia menyerang Bora Ra dengan Tumbukan Tanah yang menghantarnya ke BoBoiBoy Halilintar. BoBoiBoy Halilintar menyerangnya dan diikuti oleh BoBoiBoy Blaze dan Ais yang melakukan serangan kombo dan dia terhimpit di antara ais dan meteor gergasi dan kemudian kesemua BoBoiBoy bercantum semula. Namun Bora Ra tidak puas hati dan menghasilkan lohong hitam gergasi untuk menyedut mereka semua sementara dia cuba pergi ke kapal angkasanya sambil meminta koordinat teleportasi daripada Yoyo Oo. Malangnya dia ditipu oleh Adu Du dan ingin menyerang Papa Zola, akhirnya BoBoiBoy berpecah menjadi tujuh dan kesemua BoBoiBoy menyerang Bora Ra habis-habisan sehinggalah Bora Ra disedut masuk ke dalam lohong hitamnya sendiri.
Transformasi
"Kuasa Elemental! BoBoiBoy Gempa!"
- ―Pengumuman transformasi kedua
Kuasa
- BoBoiBoy
- Golem Tanah: Kuasa istimewa bagi BoBoiBoy Gempa dengan menjelmakan gergasi tanah. Pergerakan Golem Tanah ini dikawal oleh pergerakan badan BoBoiBoy Gempa.
- Tumbukan Gegar: Tumbukan yang terkuat Golem Tanah.
- Tumbukan Pemenyek: Dengan hanya satu tumbukan, ianya boleh memenyekkan musuh.
- Tumbukan Giga: Antara tumbukan yang terkuat Golem Tanah.
- Golem-golem Tanah: BoBoiBoy Gempa menjelmakan yang dikawalnya dalam skala yang banyak iaitu sebanyak tiga golem. BoBoiBoy Gempa bertanggungjawab untuk mengawal golem-golem tersebut namun tidak boleh mengawal ketiga-tiganya secara serentak.
- Tumbukan Serentak: BoBoiBoy Gempa menyeru ketiga-tiga Golem Tanah untuk menumbuk secara serentak.
- Tumbukan Tanah: BoBoiBoy Gempa menumbuk tanah menghasilkan beberapa bongkah dengan hujung runcing berpusing ke arah musuh. Tumbukan ini digunakan sekali lagi dalam BoBoiBoy: The Movie, dengan hanya satu tangan keluar dari bawah tanah dan menumbuk musuhnya dengan kuat.
- Cengkaman Tanah: BoBoiBoy Gempa menghasilkan sebentuk tanah untuk mencengkam musuh, namun mungkin tidak boleh bertahan lama jika digunakan pada musuh yang kuat.
- Tanah Pelindung: Jurusan pertahanan bagi BoBoiBoy Gempa dengan meninggikan aras tanah sama ada untuk melindungi dirinya ataupun hidupan lain.
- Tanah Pelindung, Berlapis-lapis: Meninggikan aras tanah untuk menyerang lawan secara bertubi-tubi.
- Tanah Pemenuh: Digunakan untuk memenuhi kawasan tanah yang kosong.
- Bukaan Tanah: Digunakan untuk membuka tanah sekeliling bagi menjatuhkan musuh.
- Tutupan Tanah: Digunakan untuk menutup semula Bukaan Tanah. Jurusan ini biasanya digunakan untuk memerangkap musuh.
- Tanah Tinggi Pencengkam: Mengeluarkan tangan batu daripada tanah lalu mencengkam musuh yang berada di atas udara.
- Ombak Tanah: BoBoiBoy Gempa menjelmakan ombak besar yang diperbuat daripada tanah untuk menyerang musuh secara mendadak.
- Tembok Tanah: Digunakan sebagai penghalang bagi menghalang musuh menyerang.
- Tanah Cerakah, Serangan Bertubi-tubi: Tanah yang keluar daripada bawah tanah untuk menyerang musuhnya secara bertubi-tubi.
- Tanah Tajam: Mengeluarkan tanah yang tajam untuk mencucuk musuh dari bawah.
- Tarikan Tanah: Mengeluarkan tanah yang tajam untuk berpegang.
- Golem Naga Tanah: Kuasa istimewa BoBoiBoy Gempa yang kedua dengan menghentak kedua-dua tangannya ke atas tanah untuk menjelmakannya. Pergerakan Golem Naga Tanah ini dikawal dengan semua pergerakan tangan BoBoiBoy Gempa.
- Tanah Penghalang: Tanah yang digunakan untuk menghalang serangan musuh yang terlalu kuat.
- Tanah Tinggi, Bertubi-tubi: Meninggikan aras tanah untuk menyerang lawan secara bertubi-tubi.
- Tumbukan Bertubi-tubi: Menumbuk musuhnya secara bertubi-tubi.
- Tanah Pendinding: Digunakan untuk menghalang serangan musuh dengan meninggikan aras tanah. Ia digunakan lagi dalam BoBoiBoy: The Movie dengan menghasilkan tanah yang berdindingkan kristal.
- Tanah Pendinding, Berlapis-lapis: Meninggikan aras tanah dihadapannya membentuk dinding yang ditambahnya secara berlapis-lapis dengan menumbuk tanah dengan bertubi-tubi.
- Golem Kristal: Kuasa istimewa yang ketiga bagi BoBoiBoy Gempa dengan menjelmakan gergasi kristal. Pergerakan Golem Kristal ini dikawal dengan pergerakan badan BoBoiBoy Gempa. Pertama kali muncul dalam BoBoiBoy: The Movie.
- Serangan Kombo
- Ribut Pasir: Serangan gabungan bersama BoBoiBoy Taufan yang memerlukan hancuran tanah yang diseru oleh BoBoiBoy Gempa dan dihancurkan kepada kepingan yang disebarkannya melalui Pusaran Angin ke semua arah bagi mengaburi mata musuh. Pertama kali digunakan dalam Musim 3, Episod 1 untuk mengaburkan pandangan Ejo Jo.
- Gerakan Kombo: Gerakan kombo bersama BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan dalam Musim 3, Episod 1 dengan BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan masing-masing menjelmakan Pedang Mega Halilintar dan Gerudi Mega Taufan. Mereka dibawa oleh Golem Tanah untuk memulakan serangan terhadap Ejo Jo.
- Serangan Kombo: Serangan kombo bersama BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan dalam Musim 3, Episod 2 yang dimulai oleh BoBoiBoy Taufan, diserang oleh BoBoiBoy Gempa dan diakhiri oleh BoBoiBoy Halilintar dengan laju terhadap Ejo Jo.
Rupa
BoBoiBoy Gempa mempunyai rupa yang hampir sama dengan BoBoiBoy Tanah, tetapi topi, jaket, dan seluarnya bertukar menjadi warna hitam dan lengan jaketnya pula berwarna perang tua yang dicampuri dengan corak bermotif gempa kuning yang bersilauan. Iris matanya juga bertukar menjadi warna kelabu tetapi lungsur zip jaketnya bertukar menjadi warna kuning.
Pada musim ke-2, BoBoiBoy Gempa memakai jaket yang berzip tidak penuh, di belakangnya ditambah hood dan lipatan pada lengan bajunya yang berwarna kuning. Motif pada pakaiannya tidak banyak berubah tetapi masih mengekalkan konsep gempa kuning bersilauan yang sama.
Pada musim ke-3 pula, BoBoiBoy Gempa tidak banyak berubah daripada pakaiannya dalam musim ke-2 tetapi jaketnya mempunyai saku dan ada garis di bahagiannya.
Perwatakan
BoBoiBoy Tanah bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa sama ada dengan sendirinya ataupun apabila dia sangat serius. Dalam bentuk ini, sifatnya lebih serius tetapi dia dapat mengawal sifatnya berbanding BoBoiBoy yang lain. BoBoiBoy Gempa boleh dikatakan seorang budak yang sangat bertanggungjawab dan sesuai untuk dijadikan ketua atau pemimpin kepada kesemua BoBoiBoy dan memberikan nasihat kepada BoBoiBoy yang lain. Tidak seperti BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan, BoBoiBoy Gempa sentiasa tenang dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.
Kemunculan
BoBoiBoy
Musim 1
Musim 2
- Musim 2, Episod 2
- Musim 2, Episod 6
- Musim 2, Episod 9
- Musim 2, Episod 10
- Musim 2, Episod 12
- Musim 2, Episod 13
Musim 3
- BoBoiBoy vs Ejo Jo Bahagian 1
- BoBoiBoy vs Ejo Jo Finale
- Amukan Koko Jumbo
- Ketibaan 5 Panglima Scammer
- Papa Zola & Mama Zila
- Serangan Mama Zila
- Ketibaan Ibu Adu Du
- Adu Du Kembali Jahat
- Robot Pango & Raksasa Bawang
- BoBoiBot Bersedia
- Bahagia Bersama BoBoiBot
- Antara Kawan Dan Lawan
- Jumpa Lagi BoBoiBoy
Filem
Trivia
- Pada mulanya, ketika BoBoiBoy Tanah yang memikirkan 'kuasanya yang lebih kuat', dia menganggap dia akan dipanggil 'BoBoiBoy Batu' atau 'BoBoiBoy Lumpur'.
- BoBoiBoy Gempa merupakan bentuk evolusi yang ketiga dan terakhir muncul dalam siri BoBoiBoy.
- Dia boleh dianggap sebagai salah satu BoBoiBoy yang paling kuat sejak dia dapat mengalahkan Mukalakus dengan pukulan tunggal yang diserahkan walaupun Ochobot dan kuasanya diserap.
- BoBoiBoy Gempa tidak mempunyai tema muzik seperti BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan.
- Kedua-dua tangan BoBoiBoy Gempa lebih besar berbanding dengan BoBoiBoy Tanah dengan ketulan hitam yang mengelilingi tangannya.
- BoBoiBoy Gempa merupakan satu-satunya jelmaan BoBoiBoy yang tidak mengalami pergaduhan dengan jelmaan BoBoiBoy yang lain setelah kemunculan sulungnya.
- Pertukaran BoBoiBoy Tanah kepada BoBoiBoy Gempa adalah disebabkan oleh perasaannya yang getir melihat kawan-kawannya. Disebabkan Adu Du terus menyerang kawan-kawannya dengan sengaja, BoBoiBoy Tanah mula mengumpulkan tenaga sebanyak mungkin dan akhirnya berjaya bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa sebagai kuasa tahap keduanya.
- Sewaktu kemunculan pertama BoBoiBoy Gempa, dia telah menggunakan kuasa istimewanya yang pertama iaitu Golem Tanah untuk berlawan dengan Mukalakus. Dia turut menggunakan kuasa istimewanya yang kedua dan ketiga iaitu Golem Naga Tanah dalam Musim 3, Episod 2 dan Golem Kristal dalam BoBoiBoy: The Movie.
- Bermula daripada musim ke-2, BoBoiBoy berkebolehan untuk bertukar terus kepada BoBoiBoy Gempa tanpa perlu berpecah atau bertukar kepada BoBoiBoy Tanah terlebih dahulu.
- BoBoiBoy Gempa jarang dilihat tanpa Tangan Tanah, tetapi kadang-kadang muncul tanpa mereka (Papa Zola & Mama Zila, Serangan Mama Zila, Adu Du Kembali Jahat dan BoBoiBoy: Promo Raya 2016!).
Galeri
Video