BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

""Aku... BoBoiBoy Gempa!""

BoBoiBoy Gempa ialah penukaran kuasa daripada BoBoiBoy Tanah yang bertukar selepas getir melihat Robot Pemusnah Mukalakus yang dikawal oleh Adu Du tidak berhenti menyerang kawan-kawannya.

Sejarah Kemunculan

Musim 1, Episod 13

Dalam saat genting sebegitu, BoBoiBoy bersedia untuk berpecah menjadi tiga, tetapi Adu Du cuba memintasnya dengan satu lagi tembakan ke arahnya. Nasib baik bagi wira muda itu, tembakan itu tidak menjadi kerana Mukalakus kekurangan tenaga koko, jadi dia dapat menyeru Kuasa Tiga dengan lancar. Sejurus selepas berpecah, BoBoiBoy Petir dan BoBoiBoy Angin masing-masing menjadi BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan dan terus menyerang Mukalakus dengan kuasa mereka. Tindakan dua BoBoiBoy yang dipertingkat kuasanya nampaknya berpihak kepada mereka apabila Mukalakus tidak tertahan kekuatan kuasa mereka lalu jatuh ke tanah.

Bagaimanapun, Adu Du enggan menyerah kalah, menyuruh Probe untuk menangkap Ochobot lalu mengurungnya dalam teras Mukalakus untuk mengisi semula tenaga mecha itu dengan memeras kuasa koko dalam Ochobot. BoBoiBoy Tanah bertindak balas dengan menyeru Timbunan Tanah untuk mengepungi dan menghempap Mukalakus, tetapi Mukalakus dapat memecah keluar dari timbunan itu dan melancarkan tembakan laser berasak-asak ke arah ketiga-tiga BoBoiBoy. BoBoiBoy Halilintar dan Taufan dapat menangkisnya, tetapi BoBoiBoy Tanah yang belum mendapat kuasa baru itu mudah dijatuhkan. Untuk dua yang lain itu, Adu Du mengacukan Pedang Laser Merah dan melancarkan Kuasa Laser Maksima dari mecha itu ke arah mereka dan menawan mereka berdua dalam genggaman jentera itu untuk dipicit sampai kuasa mereka pudar. BoBoiBoy Tanah yang tampak lemah merayu Adu Du untuk berhenti, tetapi dibalas dengan laser yang tidak seberapa kuat, kemudian menyerang Yaya, Ying dan Gopal dengan laser yang lebih kuat sementara kemenangan hampir pasti dalam genggaman pihak yang jahat.

Tidak tahan dengan keganasan yang ditimbulkan oleh Adu Du dan Robot Pemusnah Mukalakusnya, BoBoiBoy Tanah akhirnya menemui kuasa barunya. Adu Du memandu mechanya ke arah BoBoiBoy itu untuk menghalangnya daripada selesai kepada bentuk baru, tetapi BoBoiBoy Gempa sempat menjelma dan menangkis serangan pecut Mukalakus dengan Tumbukan Gegar. Dengan kelahiran BoBoiBoy Gempa juga datangnya seekor makhluk buatan tanah yang berbadan sasa seperti Mukalakus dan dikawal dengan gerak badan BoBoiBoy Gempa itu. Tidak sedikit berasa getir dengan kuasa-kuasa baru musuhnya itu, Adu Du sekali lagi menyerang dengan Pedang Laser, tetapi kali ini makhluk tanah itu ternyata setanding dengan Mukalakus dan mampu menangkis serangan-serangan yang paling bahaya, apatah lagi menjatuhkan lawannya itu.

Adu Du melancarkan pula Tiga Laser Maksima (kemungkinan besar serangan paling kuat dari Mukalakus) ke arah BoBoiBoy Gempa dan makhluk tanah itu, tetapi makhluk tanah itu sekali lagi menunjukkan kemampuannya untuk menahan laser itu sambil berjalan ke arah Mukalakus. BoBoiBoy Petir dan BoBoiBoy Angin sempat bangkit dan bertukar ke BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan untuk membantu BoBoiBoy Gempa. Dengan semangat baru yang datang daripada ketiga-tiga BoBoiBoy yang sudah menemui kuasa baru, BoBoiBoy Gempa dengan makhluknya memukul Mukalakus ke langit. Ini disusuli dengan BoBoiBoy Taufan yang menaiki Hoverboard Taufan ke angkasa dan melepaskan Cakera Udara untuk menghancurkan mecha itu, BoBoiBoy Halilintar yang membuat Gerakan Kilat dan memotong-motong Mukalakus dengan Pedang Halilintarnya, dan akhirnya serangan penamat berpadu ketiga-tiga BoBoiBoy yang menusuk teras robot itu sampai berkecai.

Adu Du terkeluar dari mecha itu dan terjatuh atas lantai, sambil kepalanya dijaga oleh topi keledar yang dipakainya selama pertarungan itu. BoBoiBoy selaku pemenang bercantum balik dan rebah. Ochobot pun selamat dan terbaring di samping wira kecil yang menjadi orang pertama yang dilihatnya pada julung kali ia mencelikkan matanya.

Kuasa

  • Tumbukan Gegar: Tumbukan daripada tangan Golem Tanah.
    • Tumbukan Tanah: BoBoiBoy Gempa menumbuk tanah menghasilkan beberapa bongkah dengan hujung runcing berpusing ke arah musuh.
  • Cengkaman Tanah: Menghasilkan sebentuk tanah bagi mencengkam musuh dengan erat.
  • Tanah Pelindung: Teknik pertahanan bagi BoBoiBoy Gempa dengan meninggikan aras tanah sama ada untuk melindungi dirinya ataupun orang lain.
    • Tanah Pelindung, Berlapis-lapis: Meninggikan aras tanah untuk menyerang lawan secara bertubi-tubi.
  • Tanah Pemenuh: Digunakan untuk memenuhi kawasan tanah-tanah yang kosong.
  • Bukaan Tanah: Digunakan untuk membuka tanah sekeliling bagi menjatuhkan musuh.
  • Tutupan Tanah: Digunakan untuk menutup tanah sekeliling bagi memerangkap musuh.
  • Golem Tanah: Kuasa istimewa bagi BoBoiBoy Gempa dengan menjelmakan gergasi tanah. Pergerakan Golem Tanah ini dikawal oleh pergerakan badan BoBoiBoy Gempa.
    • Golem-Golem Tanah: BoBoiBoy Gempa menjelmakan yang dikawalnya dalam skala yang banyak iaitu sebanyak tiga golem. BoBoiBoy Gempa bertanggungjawab untuk mengawal golem-golem tersebut namun tidak boleh mengawal ketiga-tiganya secara serentak.
      • Tumbukan Serentak: Dengan menggunakan Golem-Golem Tanah, BoBoiBoy Gempa dapat menyeru ketiga-tiganya untuk menumbuk secara serentak.
  • Tanah Tinggi, Pencengkam: Mengeluarkan tangan batu daripada tanah lalu mencengkam musuh yang berada di atas udara.
  • Tumbukan Pemenyek: Menyerang musuh dengan menumbuknya, ianya boleh memenyekkan musuh.
  • Tumbukan Giga: Tumbukan yang terkuat bagi Golem Tanah.
  • Ombak Tanah: BoBoiBoy Gempa menjelmakan ombak besar yang diperbuat daripada tanah untuk menyerang musuh secara mendadak.
  • Tembok Tanah: Digunakan sebagai penghalang bagi menghalang musuh menyerang.
  • Tanah Cerakah, Serangan Bertubi-tubi: Tanah yang keluar daripada bawah tanah untuk menyerang musuhnya secara bertubi-tubi.
  • Tanah Tajam: Mengeluarkan tanah yang tajam untuk mencucuk musuh dari bawah.
  • Tarikan Tanah: Mengeluarkan tanah yang tajam untuk berpegang.
  • Golem Naga Tanah: Kuasa istimewa BoBoiBoy Gempa yang kedua dengan menghentak kedua-dua tangannya ke atas tanah untuk menjelmakannya. Pergerakan Golem Naga Tanah ini dikawal dengan semua pergerakan tangan BoBoiBoy Gempa.
  • Tanah Penghalang: Tanah yang digunakan untuk menghalang serangan musuh yang terlalu kuat.
  • Tanah Tinggi, Bertubi-tubi: Meninggikan aras tanah untuk menyerang lawan secara bertubi-tubi.
  • Tumbukan Bertubi-tubi: Menumbuk musuhnya secara bertubi-tubi.
  • Tanah Pendinding: Digunakan untuk menghalang serangan musuh dengan menghasilkan tanah yang berdindingkan kristal. Teknik ini pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
    • Tanah Pendinding, Berlapis-lapis: Meninggikan aras tanah dihadapannya membentuk dinding yang ditambahnya secara berlapis-lapis dengan menumbuk tanah dengan bertubi-tubi.
  • Golem Kristal: Kuasa istimewa yang ketiga bagi BoBoiBoy Gempa dengan menjelmakan gergasi kristal. Pergerakan Golem Kristal ini dikawal dengan pergerakan badan BoBoiBoy Gempa. Teknik ini pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.

Serangan Kombo

Bersama BoBoiBoy Taufan

  • Ribut Pasir: Serangan gabungan bersama BoBoiBoy Taufan yang memerlukan hancuran tanah yang diseru oleh BoBoiBoy Gempa dan dihancurkan kepada kepingan yang disebarkannya melalui Pusaran Angin ke semua arah bagi mengaburi mata musuh.

Bersama BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan

  • Gerakan Kombo: BoBoiBoy Gempa melakukan gerakan kombo bersama BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan. Pertama kali digunakan sebagai serangan kombo yang pertama untuk mengalahkan Ejo Jo.
  • Serangan Kombo: BoBoiBoy Gempa melakukan serangan kombo bersama BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan. Pertama kali digunakan sebagai serangan kombo terakhir untuk mengalahkan Ejo Jo.

Rupa

BoBoiBoy Gempa mempunyai rupa yang hampir sama dengan BoBoiBoy Tanah, tetapi topi, jaket, dan seluarnya bertukar menjadi warna hitam dan lengan jaketnya pula berwarna perang tua yang dicampuri dengan corak bermotif gempa kuning yang bersilauan. Iris matanya juga bertukar menjadi warna kelabu tetapi lungsur zip jaketnya bertukar menjadi warna kuning.

Pada musim ke-2, BoBoiBoy Gempa memakai jaket yang berzip tidak penuh, di belakangnya ditambah hood dan lipatan pada lengan bajunya yang berwarna kuning. Motif pada pakaiannya tidak banyak berubah tetapi masih mengekalkan konsep gempa kuning bersilauan yang sama.

Pada musim ke-3 pula, BoBoiBoy Gempa tidak banyak berubah daripada pakaiannya dalam musim ke-2 tetapi jaketnya mempunyai saku dan ada garis di bahagiannya.

Perwatakan

BoBoiBoy Tanah bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa sama ada dengan sendirinya ataupun apabila dia sangat serius. Dalam bentuk ini, sifatnya lebih serius tetapi dia dapat mengawal keseriusan dirinya. Selain itu, BoBoiBoy Gempa juga merupakan seorang budak yang sangat bertanggungjawab dan sesuai untuk dijadikan ketua atau pemimpin kepada kesemua BoBoiBoy dan memberikan nasihat kepada BoBoiBoy yang lain.

Kemunculan Episod

Musim 1

Musim 2

Musim 3

Movie

Trivia

  • BoBoiBoy Gempa merupakan tingkatan kuasa terakhir yang muncul.
  • Di antara kesemua BoBoiBoy, BoBoiBoy Gempa merupakan satu-satunya BoBoiBoy yang mempunyai tangan berbentuk tanah.
  • Sewaktu kemunculan pertama BoBoiBoy Gempa, dia telah menggunakan kuasa istimewanya yang pertama iaitu Golem Tanah untuk menyerang Robot Pemusnah Mukalakus.
  • Pertukaran BoBoiBoy Tanah kepada BoBoiBoy Gempa adalah disebabkan oleh perasaannya yang getir melihat kawan-kawannya. Disebabkan Adu Du terus menyerang kawan-kawannya dengan sengaja, BoBoiBoy Tanah menjadi sangat geram dan terus bertukar menjadi BoBoiBoy Gempa.
  • BoBoiBoy Gempa merupakan seorang budak yang sangat bertanggungjawab dan sesuai untuk dijadikan ketua dan memberikan nasihat kepada BoBoiBoy yang lain.
  • Bermula daripada musim ke-2, BoBoiBoy berkebolehan untuk bertukar terus kepada BoBoiBoy Gempa tanpa perlu berpecah atau bertukar kepada BoBoiBoy Tanah terlebih dahulu.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy Gempa. Rujuk BoBoiBoy Gempa/Galeri.
Advertisement