Wikia

BoBoiBoy Wiki

BoBoiBoy Halilintar

259laman di
wiki ini
Bincang1
BoBoiBoy Halilintar
Watak BoBoiBoy
Boboiboy petir v2.png
Penampilan
sulung
"Musim 1, Episod 12"
Pelakon
suara
Nur Fathiah Diaz (Bahasa Malaysia)


BoBoiBoy Halilintar ialah tingkatan kuasa bagi BoBoiBoy Petir. Dia boleh memanipulasi Elemen Halilintar.

Kuasa

  • Gerakan Kilat : Kelajuan bergerak sepantas kilat.
  • Pedang Halilintar : Senjata utama bagi BoBoiBoy Halilintar.
  • Bola Kilat : Gumpalan tenaga petir kuat yang digunakan untuk menyerang musuh dari jarak jauh.
  • Tetakan Halilintar : Serangan yang boleh meretakkan sebarang pelindung musuh menggunakan.
  • Kilauan Kilat : BoBoiBoy melepaskan tenaga petir yang kuat diseluruh badannya untuk membentuk cahaya kilat yang menyilaukan pandangan lawannya untuk tempoh waktu yang pendek. (Hanya digunakan pada musim 1).
  • Tusukan Pedang Halilintar : Serangan yang digunakan untuk menusuk lawan.
  • Tendangan Halilintar : Menendang bola sekencang halilintar.
  • Pelindung Halilintar : Pelindung yang digunakan untuk melindungi diri sekali gus merenjat musuh yang cuba untuk memecahkan Pelindung Halilintar.
  • Hujan Halilintar : Sebilah Pedang Halilintar dicampakkan ke langit dan kemudiannya menjatuhkan beratus-ratus Pedang Halilintar ke muka bumi.
  • Halilintar Slash : Serangan terkuat dengan menghasilkan Pedang Halilintar dan mencincang musuhnya berulang-ulang kali dalam pergerakan yang sangat laju.
  • Pedang Mega Halilintar : Kuasa gabungan kombo bersama BoBoiBoy Gempa dan BoBoiBoy Taufan dengan menghasilkan bilah Pedang Halilintar yang besar.
  • Pencakar Sampah Halilintar, Cakaran Halilintar : Senjata yang digunakan untuk mengalahkan MegaBot ScamBot di bulan. (Hanya digunakan dalam Robot SampahBot).
  • Gerakan Kombo Gerudi Halilintar dan Taufan : Serangan kombo bersama BoBoiBoy Taufan dengan menghasilkan Gerudi Taufan yang bermuncungkan Pedang Halilintar untuk menyerang musuh dari atas dengan kelajuan yang sangat pantas.
  • Belut Air Halilintar : BoBoiBoy Halilintar mencampakkan dua bilah Pedang Halilintar ke arah Belut Air untuk menghasilkan kejutan elektrik.

Rupa

BoBoiBoy Halilintar mempunyai rupa yang hampir sama dengan BoBoiBoy Petir tetapi warna jaket, seluar dan topinya berubah menjadi hitam dan lengan jaketnya pula berwarna merah dan corak bermotif kilat merah yang berkilauan. Lungsur zip jaketnya berubah warna menjadi warna merah. Iris matanya juga berubah menjadi merah selepas bertukar kepada BoBoiBoy Halilintar.

Pada musim kedua, BoBoiBoy Halilintar kelihatan memakai jaket berzip penuh, belakangnya ditambah hood dan lipatan pada lengan bajunya yang bewarna merah. Motif pada pakaiannya tidak banyak berubah tetapi masih mengekalkan konsep kilat merah berkilauan yang sama.

Pada musim ketiga, BoBoiBoy Halilintar hanya berbeza sedikit daripada musim kedua tetapi jaketnya mempunyai saku dan ada garis di bahagiannya.

Personaliti

BoBoiBoy Petir bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar sama ada dengan sendirinya atau pun apabila sangat marah. Dalam bentuk ini, personalitinya lebih garang dan sedikit sukar untuk mengawal kemarahan diri. Dia juga merupakan seorang budak yang sangat serius, terutamanya dalam pertarungan melawan musuh. Tetapi, meski pun dia pemarah dan sangat serius, BoBoiBoy Halilintar tetap seorang wira yang setia membantu kawan-kawannya. Dalam musim kedua, BoBoiBoy berkebolehan bertukar terus ke bentuk Halilintar tanpa perlu berpecah kepada tiga atau melalui bentuk Petir terlebih dahulu.

Kemunculan BoBoiBoy Halilintar

Musim 1

  • Musim 1, Episod 6
  • Musim 1, Episod 9
  • Musim 1, Episod 12
  • Musim 1, Episod 13

Musim 2

  • Musim 2, Episod 2
  • Musim 2, Episod 4
  • Musim 2, Episod 6
  • Musim 2, Episod 9
  • Musim 2, Episod 10
  • Musim 2, Episod 12
  • Musim 2, Episod 13

Musim 3

  • Musim 3, Episod 1
  • Musim 3, Episod 2
  • Musim 3, Episod 5
  • Musim 3, Episod 7
  • Musim 3, Episod 8
  • Musim 3, Episod 9
  • Musim 3, Episod 10
  • Musim 3, Episod 11
  • Musim 3, Episod 12
  • Musim 3, Episod 13
  • Musim 3, Episod 14
  • Musim 3, Episod 20

Trivia

  • BoBoiBoy Halilintar merupakan tingkatan kuasa pertama yang muncul.
  • Di antara semua BoBoiBoy, BoBoiBoy Halilintar adalah satu-satunya BoBoiBoy yang memiliki pedang.
  • Sewaktu kemunculan pertama BoBoiBoy Halilintar, dia telah diperhambakan oleh Adu Du dan diberi nama Ada Da.
  • Pertukaran BoBoiBoy Petir kepada BoBoiBoy Halilintar disebabkan oleh ketakutan asas BoBoiBoy iaitu takut pada letupan belon. Disebabkan perkara ini diteruskan oleh Adu Du dengan sengaja, BoBoiBoy Petir menjadi sangat marah dan terus bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar.
  • Teknik Gerakan Kilat BoBoiBoy Halilintar merupakan teknik terpantas dalam siri ini (lebih pantas daripada Ying sebanyak 31, 25%).

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak