BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


BoBoiBoy Halilintar merupakan bentuk yang dipertingkat bagi BoBoiBoy Petir. Dia muncul buat julung kalinya dalam Musim 1 episod 11 setelah BoBoiBoy Petir melihat banyak belon meletus oleh Adu Du sehingga menjadi teramat marah.

Dalam kemunculan pertama bentuk ini, dia diperhambakan oleh Adu Du dan diberi nama Ada Da. BoBoiBoy halilintar juga merupakan bentuk dipertingkat yang pertama muncul di skrin.

Kuasa

Boboiboy taufan tanah halilintar

Boboiboy Halilintar dengan Boboiboy Tanah dan Boboiboy Taufan

Kuasa Halilintar merupakan tingkatan kuasa bagi Kuasa Petir. BoBoiBoy Halilintar mampu menggunakan kuasa tingkatannya secara automatik tanpa perlu dipelajari atau dikuasai terlebih dahulu. Satu-satunya kuasa Halilintar yang pernah digunakan oleh Boboiboy yang asal ialah Gerakan Kilat namun, tidak mencapai kelajuan sebenar.

Fail:Boboiboy halilintar.jpg

BoBoiBoy Halilintar yang ganas.

  • Pedang Halilintar: Senjata khusus untuk BoBoiBoy Halilintar berbentuk sepasang pedang kilat merah panjang yang digunakan untuk menyerang lawan. Versi tingkatan dari Keris Petir, dua bilah Pedang Halilintar juga membolehkan BoBoiBoy Halilintar untuk meluncur di udara.
  • Gerakan Kilat: Kelajuan bergerak sepantas kilat.
  • Bola Kilat (Thunder Sphere): Gumpalan tenaga petir yang kuat yang digunakan untuk menyerang musuh dari jarak jauh.
  • Kilauan Kilat: BoBoiBoy melepaskan tenaga petir yang kuat diseluruh badannya untuk membentuk cahaya kilat yang menyilaukan pandangan lawannya untuk tempoh waktu yang pendek.
  • Retakan Halilintar: BoBoiBoy mampu meretakkan sebarang pelindung musuh menggunakan tetakan dari Pedang Halilintar.
  • Tendangan Halilintar (Lightning Kick): menendang bola sekencang halilintar
  • Tusukan Pedang Halilintar (Lightning Sword Sword Struck): menusuk musuh dengan Pedang Halilintar.
  • Pelindung Halilintar  (Lightning Shield): Medan kuasa halilintar yang digunakan untuk melindungi diri sekali gus merenjat musuh yang cuba untuk memecahkan Pelindung Halilintar.
  • Hujan Halilintar: Pedang Halilintar yang dicampak ke langit dan kemudian menjatuhkan beratus-ratus Pedang Halilintar ke bumi.
  • Pencakar Sampah Halilintar:Senjata yang digunakan untuk mengalahkan Megabot Scambot di bulan.
  • Pedang Mega Halilintar: Kuasa gabungan kombo bersama BoBoiBoy Gempa dan BoBoiBoy Taufan dengan menghasilkan bilah Pedang Halilintar yang besar untuk mengalahkan P.E.T.A.I.
  • Halilintar Slash: Serangan terkuatnya dengan menghasilkan Pedang Halilintar dan mencincang musuhnya berulang-ulang kali dalam pergerakan yang sangat laju.
  • Gerakan Kombo Gerudi Halilintar dan Taufan: Serangan kombo bersama BoBoiBoy Taufan dengan menghasilkan gerudi taufan yang bermuncung Pedang Mega Halilintar untuk menyerang musuh dari atas dengan kelajuan yang sangat pantas.

Rupa

BoBoiBoy Halilintar memakai pakaian yang serupa dengan BoBoiBoy Petir, cuma jaket dan seluarnya bertukar warna menjadi serba hitam, dengan lengan jaket yang merah dan corak bermotif kilat merah yang berpijar. Iris matanya berubah menjadi merah selepas bertukar kepada BoBoiBoy Halilintar.

Dalam musim kedua pula, BoBoiBoy kelihatan memakai jaket berzip penuh, dan lipatan pada lengan bajunya bewarna merah. Motif pada pakaiannya tidak banyak berubah dan masih mengekalkan konsep kilat merah berpijar yang sama.

Perwatakan

BoBoiBoy Petir bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar sama ada dengan sendirinya mahupun apabila menjadi sangat marah. Dalam bentuk ini, personalitinya lebih garang dan sedikit sukar mengawal kemarahan diri. Dia juga merupakan seorang budak yang sangat serius, terutama dalam pertarungan melawan musuh. Meskipun pemarah dan sangat serius, BoBoiBoy Halilintar tetap seorang wira yang setia membantu kawan-kawannya. Dalam musim kedua, BoBoiBoy berkebolehan bertukar terus ke bentuk Halilintar tanpa perlu berpecah kepada tiga dan melalui bentuk Petir terlebih dahulu.

Kemunculan

Trivia

  • Dalam episod akhir musim pertama ketiga-tiga BoBoiBoy menggunakan serangan terkuat mereka ketika menentang Robot Pemusnah Mukalakus yang dipandu Adu Du. Serangan BoBoiBoy Halilintar menyerupai teknik Omnislash Version 5 milik Cloud Strife dari filem Final Fantasy 7: Advent Children.
  • Teknik Gerakan Kilat BoBoiBoy Halilintar merupakan teknik terpantas dalam siri ini.
  • BoBoiBoy Halilintar merupakan satu-satunya bentuk tingkatan yang menggunakan senjata iaitu pedang sebagai kelengkapan utama.
  • BoBoiBoy Halilintar membuat penampilan terbanyak di kaca skrin berbanding dengan BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa.
  • Tranformasi BoBoiBoy Petir ke BoBoiBoy Halilintar adalah disebabkan oleh fobia yang dialaminya iaitu fobia terhadap belon meletup. (GloboPhobia)

Galeri

Jika ingin melihat gambar BoBoiBoy Halilintar, klik di bawah:

BoBoiBoy Halilintar.

Advertisement