BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


BoBoiBoy Halilintar merupakan tingkatan bentuk bagi BoBoiBoy Petir. Dia muncul buat julung kalinya dalam Musim 1 Episod 11 setelah BoBoiBoy Petir melihat banyak belon diletupkan oleh Adu Du sehingga marah yang teramat.

Dalam kemunculan pertama bentuk ini, dia diperhambakan oleh Adu Du dan diberi nama Ada Da. BoBoiBoy Halilintar juga merupakan tingkatan bentuk yang pertama muncul.

Kuasa.

Kuasa Halilintar merupakan tingkatan kuasa bagi Kuasa Petir. BoBoiBoy Halilintar mampu menggunakan kuasa tingkatannya secara automatik tanpa perlu dipelajari atau dikuasai terlebih dahulu. Satu-satunya Kuasa Halilintar yang pernah digunakan oleh BoBoiBoy yang asal ialah Gerakan Kilat, namun ianya tidak mencapai kelajuan sebenar.

  • Gerakan Kilat : Kelajuan bergerak sepantas kilat.
  • Pedang Halilintar : Senjata khusus untuk BoBoiBoy Halilintar berbentuk sepasang pedang kilat merah panjang yang digunakan untuk menyerang lawan. Versi tingkatan dari Keris Petir, dua bilah Pedang Halilintar juga membolehkan BoBoiBoy Halilintar untuk meluncur di udara.
  • Bola Kilat : Gumpalan tenaga petir kuat yang digunakan untuk menyerang musuh dari jarak jauh.
  • Tetakan Halilintar : BoBoiBoy mampu meretakkan sebarang pelindung musuh menggunakan tetakan dari Pedang Halilintar.
  • Kilauan Kilat : BoBoiBoy melepaskan tenaga petir yang kuat diseluruh badannya untuk membentuk cahaya kilat yang menyilaukan pandangan lawannya untuk tempoh waktu yang pendek. (Hanya digunakan pada Musim 1).
  • Tusukan Pedang Halilintar : Menusuk musuh dengan Pedang Halilintar.
  • Tendangan Halilintar : Menendang bola sekencang halilintar.
  • Pelindung Halilintar : Kuasa Halilintar yang digunakan untuk melindungi diri sekali gus merenjat musuh yang cuba untuk memecahkan Pelindung Halilintar.
  • Hujan Halilintar : Pedang Halilintar yang dicampak ke langit dan kemudian menjatuhkan beratus-ratus Pedang Halilintar ke bumi.
  • Halilintar Slash : Serangan terkuatnya dengan menghasilkan Pedang Halilintar dan mencincang musuhnya berulang-ulang kali dalam pergerakan yang sangat laju.
  • Pedang Mega Halilintar : Kuasa gabungan kombo bersama BoBoiBoy Gempa dan BoBoiBoy Taufan dengan menghasilkan bilah Pedang Halilintar yang besar untuk mengalahkan P.E.T.A.I.
  • Pencakar Sampah Halilintar : Senjata yang digunakan untuk mengalahkan Mega Bot Scam Bot di bulan. (Hanya digunakan pada Robot Sampah Bot).
  • Gerakan Kombo Gerudi Halilintar dan Taufan : Serangan kombo bersama BoBoiBoy Taufan dengan menghasilkan Gerudi Taufan yang bermuncung Pedang Mega Halilintar untuk menyerang musuh dari atas dengan kelajuan yang sangat pantas.

Rupa.

BoBoiBoy Halilintar memakai pakaian yang serupa dengan BoBoiBoy Petir, hanya jaket dan seluarnya bertukar warna menjadi serba hitam, dengan lengan jaket yang merah dan corak bermotif kilat merah yang berkilauan. Iris matanya berubah menjadi merah selepas bertukar kepada BoBoiBoy Halilintar.

Dalam musim kedua, BoBoiBoy kelihatan memakai jaket berzip penuh, belakangnya ditambah hood dan lipatan pada lengan bajunya bewarna merah. Motif pada pakaiannya tidak banyak berubah dan masih mengekalkan konsep kilat merah berkilauan yang sama.

Dalam Musim Ketiga, rupa BoBoiBoy Halilintar hanya berbeza sedikit daripada Musim Kedua, tetapi jaketnya mempunyai saku dan ada garis di bahagiannya.

Perwatakan.

BoBoiBoy Petir bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar sama ada dengan sendirinya atau pun apabila menjadi sangat marah. Dalam bentuk ini, personalitinya lebih garang dan sedikit sukar mengawal kemarahan diri. Dia juga merupakan seorang budak yang sangat serius, terutama dalam pertarungan melawan musuh. Meski pun pemarah dan sangat serius, BoBoiBoy Halilintar tetap seorang wira yang setia membantu kawan-kawannya. Dalam musim kedua, BoBoiBoy berkebolehan bertukar terus ke bentuk Halilintar tanpa perlu berpecah kepada tiga dan melalui bentuk Petir terlebih dahulu.

Kemunculan BoBoiBoy Halilintar.

Musim Pertama.

  • Musim 1, Episod 6
  • Musim 1, Episod 9
  • Musim 1, Episod 12
  • Musim 1, Episod 13

Musim Kedua.

  • Musim 2, Episod 2
  • Musim 2, Episod 4
  • Musim 2, Episod 6 (dua kali)
  • Musim 2, Episod 9
  • Musim 2, Episod 10 (Komputer Ejo Jo)
  • Musim 2, Episod 12
  • Musim 2, Episod 13

Musim Ketiga.

  • Musim 3, Episod 1
  • Musim 3, Episod 2
  • Musim 3, Episod 5
  • Musim 3, Episod 7
  • Musim 3, Episod 8
  • Musim 3, Episod 9
  • Musim 3, Episod 10
  • Musim 3, Episod 11
  • Musim 3, Episod 12
  • Musim 3, Episod 13
  • Musim 3, Episod 14
  • Musim 3, Episod 17

Trivia.

  • Teknik Gerakan Kilat BoBoiBoy Halilintar merupakan teknik terpantas dalam siri ini (lebih pantas daripada Ying sebanyak 31, 25%).
  • BoBoiBoy Halilintar merupakan satu-satunya BoBoiBoy yang mempunyai pedang.
  • BoBoiBoy Halilintar membuat penampilan terbanyak di kaca skrin berbanding dengan BoBoiBoy Taufan dan BoBoiBoy Gempa.
  • Tranformasi BoBoiBoy Petir ke BoBoiBoy Halilintar adalah disebabkan oleh ketakutan asas BoBoiBoy iaitu takut pada letupan belon. Disebabkan perkara ini diteruskan oleh Adu Du dengan sengaja, BoBoiBoy Petir menjadi marah dan terus bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar.
  • BoBoiBoy Halilintar dinamakan Ada Da oleh Adu Du pada mulanya.
  • BoBoiBoy Halilintar adalah kuasa pertama BoBoiBoy gunakan dahulu untuk menyerang musuhnya.
  • Suara BoBoiBoy Halilintar dilakonkan oleh Nur Fathiah Diaz.
  • Suara BoBoiBoy Halilintar dilakonkan dengan nada yang pemarah atau boleh dikatakan sedikit ego.

Peringatan!

Jika anda ingin menghilangkan imej / menghapus maklumat / memasukkan maklumat palsu / hal lain yang merugikan Wiki / memasukkan informasi tanpa kepastian, cuba sebelum melakukan hal macam itu, anda membaca dahulu artikel "Peringatan Pasal Pidana" kerana ini berhubungan dengan Polis Malaysia dan Keamanan Super Ketat sebelum anda menyesal.

Advertisement