Wikia

BoBoiBoy Wiki

BoBoiBoy Petir

Bincang0
228laman di
wiki ini
BoBoiBoy Petir
Watak BoBoiBoy
250px-Vlcsnap-2012-07-13-17h40m06s1.png
Penampilan
sulung
"Episod 3 & 4"
Pelakon
suara
Nur Fathiah Diaz

BoBoiBoy Petir ialah salah satu daripada tiga jelmaan BoBoiBoy apabila dia berpecah menjadi tiga melalui Kuasa Tiga. Dia boleh memanipulasi elemen elektrik (kilat dan petir).

Daripada bentuk ini dia boleh bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar (Episod 11).

Sejarah Sunting

BoBoiBoy Petir melakukan Kemunculan sulungnya sebagai jelmaan BoBoiBoy bersama BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Angin pada Musim 1, Episod 3 & 4 setelah berpecah tiga dan bergabung tenaga bersama rakan-rakannya untuk mengalahkan Adu Du dan Probe.Dia sekali lagi muncul hasil BoBoiBoy Kuasa Tiga untuk mengalahkan Multi-Monster pada Musim 1, Episod 7 & 8 dan muncul sebagai watak kecil bersama BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah yang memanjang untuk menyelamatkan Gopal daripada tercincang oleh kipas gergasi dan memakan coklat daripada dinding kapal angkasa Adu Du pada Musim 1, Episod 9 & 10.

Sekali lagi, Pada Musim 1, Episod 11 & 12 sebanyak dua kali yang pertama untuk menghantar koko dan untuk berlawan dengan Adu Du untuk mencuri buku resipi rahsianya yang sebenarnya buku hutang ,akan tetapi di bawa lari oleh Adu Du serta pada Musim 1, Episod 13 & 14 terlihat BoBoiBoy Petir diseksa dengan seksaanyang agak pelik iaitu meletupkan belon akan tetapi perkara itu membuatnya marah dan bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar.Dalam episod seterusnya,kemunculannya hanya sementara dalam dunia game yang antaranya kuasa terkuatnya dan mengalahkan Super Duper Probe.

Seterusnya, Pada Musim 1, Episod 19 & 20 dia diseru oleh BoBoiBoy untuk mengakhiri kekejaman kuku besi Raksasa Tidur dengan gerakan kombo namun apabila gilirannya dia bertukar kepada BoBoiBoy Halilintar lalu mengakhirinya.Selepas itu, pada Musim 1, Episod 21 & 22 hanya separuh daripada cerita Probe untuk membalas surat peminat lalu mengakhiri kemunculanya pada musim pertama.

Pada musim ke-2 kemunculanya agak kurang kerana diambil alih oleh BoBoiBoy Halilintar yang memulakan dalam perlawanan bola sepak namun hanya sementara lalu bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar untuk menjaringkan gol.Tetapi kemunculannya adalah pada waktu paginya yang boleh dilihat sedang membantu Tok Aba bersama BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Anginan dan penghujungnya dia bersatu dengan BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Angin untuk mengalahkan Harimau Kitar dan muncul sebagai produk baru Bago Go iaitu alat bersenam yang berharga RM 90 juta 90 sen dalam rancangan MKHIPI pada Musim 2, Episod 9 .

KuasaSunting

  • Keris Petir (Thunder Kris): objek pejal berbentuk panahan kilat yang membawa arus elektrik kuat untuk menyerang musuh dan menangkis serangan.
  • Tendangan Kilat (Lightning Kick):menendang bola sekencang kilat
  • Elektrik Petir (Electric Thunder): objek berbentuk Bola kuat untuk menyerang musuh dengan mengalirkannya pada Episod 5

Kuasa sia-siaSunting

  • Payung Petir (Lightning Umbrella)(Episod 3)

Peningkatan BentukSunting

Peningkatan bentuk untuk BoBoiBoy Petir adalah BoBoiBoy Halilintar.

RupaSunting

Pakaian BoBoiBoy Petir adalah sama dengan BoBoiBoy yang asal, iaitu serba jingga, cuma birai topinya menghadap ke depan dan zip jaketnya separuh terbuka.

GaleriSunting

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak