BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


BoBoiBoy Petir ialah salah satu daripada tiga jelmaan BoBoiBoy apabila dia berpecah menjadi tiga melalui Kuasa Tiga. Dia boleh memanipulasi elemen elektrik.

Daripada bentuk ini dia boleh bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar (Episod 11).

Sejarah

BoBoiBoy Petir melakukan kemunculan sulungnya sebagai jelmaan BoBoiBoy bersama BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Angin pada Musim 1, Episod 3 & 4 setelah berpecah tiga dan bergabung tenaga bersama rakan-rakannya untuk mengalahkan Adu Du dan Probe.Dia sekali lagi muncul hasil BoBoiBoy Kuasa Tiga untuk mengalahkan Multi-Monster pada Musim 1, Episod 7 & 8 dan muncul sebagai watak kecil bersama BoBoiBoy Angin dan BoBoiBoy Tanah yang memanjang untuk menyelamatkan Gopal daripada tercincang oleh kipas gergasi dan memakan coklat daripada dinding kapal angkasa Adu Du pada Musim 1, Episod 9 & 10.

Sekali lagi, Pada Musim 1, Episod 11 & 12 sebanyak dua kali yang pertama untuk menghantar koko dan untuk berlawan dengan Adu Du untuk mencuri buku resipi rahsianya yang sebenarnya buku hutang, akan tetapi di bawa lari oleh Adu Du serta pada Musim 1, Episod 13 & 14 terlihat BoBoiBoy Petir diseksa dengan seksaan yang agak pelik iaitu meletupkan belon akan tetapi perkara itu membuatnya marah dan bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar. Dalam episod seterusnya, kemunculannya hanya sementara dalam dunia game yang antaranya kuasa terkuatnya dan mengalahkan Super Duper Probe.

Seterusnya, Pada Musim 1, Episod 19 & 20 dia diseru oleh BoBoiBoy untuk mengakhiri kekejaman kuku besi Raksasa Tidur dengan gerakan kombo namun apabila gilirannya dia bertukar kepada BoBoiBoy Halilintar lalu mengakhirinya. Selepas itu, pada Musim 1, Episod 21 & 22 hanya separuh daripada cerita Probe untuk membalas surat peminat lalu mengakhiri kemunculanya pada musim pertama.

Pada musim ke-2 kemunculanya agak kurang kerana diambil alih oleh BoBoiBoy Halilintar yang memulakan dalam perlawanan bola sepak namun hanya sementara lalu bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar untuk menjaringkan gol. Tetapi kemunculannya adalah pada waktu paginya yang boleh dilihat sedang membantu Tok Aba bersama BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Angin dan penghujungnya dia bersatu dengan BoBoiBoy Tanah dan BoBoiBoy Angin untuk mengalahkan Harimau Kitar dan muncul sebagai produk baru Bago Go iaitu alat bersenam yang berharga RM 90 juta 90 sen dalam rancangan MKHIPI pada Musim 2, Episod 9 .

Kuasa

  • Keris Petir : Kuasa utama BoBoiBoy Petir, keris petir boleh membuangnya musuhnya seperti Multi-Monster dan Adu Du.
  • Bola Petir  : objek berbentuk Bola kuat untuk menyerang Multi-Monster dengan mengalirkannya pada Episod 5
  • Tendangan Kilat : menendang bola sekencang kilat.

Kuasa sia-sia

Peningkatan Kuasa Kedua

Peningkatan bentuk untuk BoBoiBoy Petir adalah BoBoiBoy Halilintar.

Rupa

Pakaian BoBoiBoy Petir adalah sama dengan BoBoiBoy yang asal, iaitu serba jingga, tetapi birai topinya menghadap ke depan dan zip jaketnya separuh terbuka.

Galeri




Peringatan

Jika korang ingin menghapus imej / menghapus maklumat / memasukan maklumat palsu / hal lain yang merugikan Wiki cuba sebelum melakukan hal tersebut baca dahuluPeringatan Pasal Pidana kerana ini berhubungan dengan polis sebelum korang menyesal.

Advertisement