BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

BoBoiBoy Solar adalah bentuk tahap kedua bagi BoBoiBoy Cahaya. Dia melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy: The Movie sebagai bentuk elemental baru BoBoiBoy. Dia muncul kembali dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 24.

Sejarah

BoBoiBoy: The Movie

Setelah Ochobot dimusnahkan oleh Bora Ra dan ia memberikan tenaga terakhirnya kepada BoBoiBoy, BoBoiBoy berevolusi untuk berpecah menjadi tujuh dan menggunakan bentuk BoBoiBoy Solar bersama-sama dengan BoBoiBoy yang lain untuk mengalahkan Bora Ra.

BoBoiBoy Galaxy

Kapten Vargoba memukul BoBoiBoy sekerasnya sehingga dia tercampak ke bumbung dan menembusi setiap lapisan dengan kuat dan akhirnya keluar ke angkasa lepas dalam keadaan yang lemah. Lalu menyebabkan badan BoBoiBoy menjadi beku, namun sinar cahaya dari matahari kemudian muncul dan mencairkan semua ais, lalu memberikan BoBoiBoy keupayaan untuk mendapatkan semula kuasa solarnya.

BoBoiBoy menyerang Kapten Vargoba menggunakan Tembakan Solar Gerhana, Kapten Vargoba yakin pada awalnya untuk menghalang serangan BoBoiBoy menggunakan perisainya, tetapi disebabkan tembakan serangan yang sangat kuat, ia memantulkan serangan itu apabila mengenai perisainya sehingga ia menghancurkan kapal-kapal lanun di angkasa. Lalu BoBoiBoy Solar melompat kembali ke Stesen TAPOPS menggunakan Lompatan Cahaya dan menamatkan Kapten Vargoba dengan Tembakan Solar Gerhana Berganda yang amat kuat sehingga menumpaskan Kapten Vargoba. Serangannya juga menyebabkan BoBoiBoy Solar tertolak ke luar angkasa sebelum berubah menjadi biasa semula dan diselamatkan oleh Kapten Kaizo.

Kuasa

  • Tembakan Solar: BoBoiBoy Solar melancarkan sinaran putih pada cermin matanya, kemudian ia bercahaya dan dia melepaskan tembakan besar. Ia digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Tembakan Solar Gerhana: Memanifestasikan kuasa cahaya yang ada di sekeliling sebelum BoBoiBoy Solar menunjukkan gerakan tangan untuk mengumpulkan kuasa cahaya tersebut dan membentuk sebuah gerhana. Dengan kuasa cahaya yang cukup, BoBoiBoy Solar melepaskan tenaga tersebut yang berbentuk sinaran. Serangan ini sangat kuat sehingga dapat memecahkan apa pun yang ditembaknya.
    • Tembakan Solar Gerhana Berganda: Teknik tingkatan bagi Tembakan Solar Gerhana yang melapiskan dua gerhana bagi menambahkan kuasa sinaran tembakan tersebut, menjadikannya antara serangan BoBoiBoy Solar yang terkuat.
  • Lompatan Cahaya: Partikel cahaya di sekelilingnya ditumpukan di sesuatu lokasi bagi membolehkan tubuhnya melompat ke lokasi yang ditetapkan dalam sekelip mata.
  • Pedang Solar: Terdapat dalam konsep senjata BoBoiBoy Solar, tetapi tidak digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie. Mungkin ia akan digunakan dalam siri BoBoiBoy Galaxy.

Rupa

BoBoiBoy Solar Official

BoBoiBoy Solar dalam BoBoiBoy: The Movie.

BoBoiBoy Solar memakai topi yang berwarna putih dengan corak garisan unik yang berwarna emas. Dia memakai baju yang menyerupai T-shirt putih yang berlengan panjang yang dilipat hingga ke atas siku dan ditutupi dengan jaket berwarna putih yang dicampuri dengan corak garisan unik yang berwarna emas di bawah kolarnya. Dia mengenakan seluar berwarna jingga terang yang dihiasi dengan corak beberapa garisan lurus yang berwarna kuning serta berkasut putih dengan tali tebal yang berwarna jingga terang. BoBoiBoy Solar memakai sarung tangan kain berwarna putih di kedua-dua tangannya sementara iris matanya berwarna emas.

Dalam siri BoBoiBoy Galaxy, BoBoiBoy Solar memiliki beberapa perubahan. Birai topinya kini berwarna kelabu tetapi masih mengekalkan corak garisan emas. Jaketnya kini mempunyai lengan yang dilipat sehingga paras siku, ia berwarna putih di bahagian lengan dan kelabu di bahagian bahu dengan bercorakkan garisan emas. Mengenakan baju kelabu di sebaliknya jaketnya. Seluarnya berwarna jingga dan kelabu dengan garisan putih dan garisan emas menghiasi di sepanjang bahagian kelabu. Sarung tangannya dikemaskinikan menjadi berwarna kelabu dan jingga dan memiliki simbol solarnya yang berbentuk bintang di bahagian atas. Kasut butnya pula berwarna kelabu dan putih dengan beberapa bahagian jingga dan merah.

Perwatakan

Walaupun tiada perwatakan BoBoiBoy Solar yang ditunjukkan dalam BoBoiBoy: The Movie, namun kelihatan dia memakai cermin mata untuk kelihatan menarik (menurut surat peminat), menunjukkan dia adalah seorang yang tenang.

Menurut Nizam Razak, setiap dua bentuk elemental BoBoiBoy mempunyai perwatakan yang berlawanan: BoBoiBoy Halilintar adalah garang manakala BoBoiBoy Taufan adalah gembira; BoBoiBoy Api adalah panas baran manakala BoBoiBoy Air adalah santai. Oleh kerana BoBoiBoy Thorn adalah lurus bendul, mungkin BoBoiBoy Solar adalah bijak.

Kemunculan

BoBoiBoy Galaxy

Filem

Lain-lain

Trivia

  • BoBoiBoy Solar merupakan evolusi BoBoiBoy yang keempat dan terakhir muncul dalam BoBoiBoy: The Movie selepas BoBoiBoy Blaze, BoBoiBoy Ais dan BoBoiBoy Thorn.
  • BoBoiBoy Solar mempunyai sarung kain putih di kedua tangannya.
  • Sedikit bahagian bawah seluar BoBoiBoy Solar dimasukkan ke dalam kasutnya.
  • Di samping BoBoiBoy Thorn, BoBoiBoy Solar adalah salah satu daripada dua bentuk elemental yang diseru keluar tanpa BoBoiBoy menggunakan bentuk tahap pertama terlebih dahulu (dalam hal ini ialah Cahaya).
  • BoBoiBoy Solar pada asalnya mempunyai Pedang Solar sebagai senjata utamanya, tetapi pedang itu hanya sebagai konsep dan telah dibatalkan menurut surat peminat. Mungkin ia akan digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy.
  • BoBoiBoy Solar merupakan satu-satunya bentuk elemental BoBoiBoy yang memakai cermin mata.
  • BoBoiBoy Solar merupakan bentuk evolusi kedua yang muncul dalam siri BoBoiBoy Galaxy selepas BoBoiBoy Halilintar.
  • Walaupun BoBoiBoy Solar kekal sebagai salah satu bentuk terbaru BoBoiBoy, dia sebenarnya mengambil sebahagian yang membunuh lebih banyak musuh alien berbanding BoBoiBoy yang lain, iaitu BoBoiBoy Solar membunuh kedua-dua Bora Ra dan Kapten Vargoba.
  • Kebijakan Solar juga merupakan rujukan dalam pernyataan DataBot: "Elemen Cahaya dari SinarBot mempunyai tiga peringkat. Untuk pengaktifan, pengguna perlu tingkatkan daya intelektual ke tahap yang lebih tinggi."
  • Hakikat bahawa Solar menggunakan serangan bertema gerhana dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 24 mungkin disebabkan olehnya memperoleh kuasa dari gerhana matahari.
  • Tema BoBoiBoy Solar dalam koleksi runut bunyi "Kuasa Elemental" menggunakan muzik latar dari lagu tema asal BoBoiBoy Galaxy dan ia disusun semula oleh Sharmine Bakri.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy Solar. Rujuk BoBoiBoy Solar/Galeri.

Video

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement