BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

BoBoiBoy Taufan merupakan bentuk tahap kedua bagi rupa asalnya iaitu BoBoiBoy Angin yang membuat kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 11 setelah termakan biskut yang dicemari dengan ramuan Adu Du iaitu Cecair Emosi X yang melampaukan perasaannya dalam kuantiti yang sangat banyak sehingga tidak mampu mengawal dirinya sendiri.

Sejarah

BoBoiBoy

Vlcsnap-2012-03-30-21h34m07s232

Kemunculan sulung BoBoiBoy Taufan!

BoBoiBoy Angin telah termasuk perangkap untuk mengambil sebotol susu palsu yang telah dicampurkan dengan Cecair Emosi X buatan Adu Du untuk digunakan dalam proses membuat biskut Yaya. BoBoiBoy Angin yang tidak mengetahuinya telah termakan biskut itu dan mula menjadi gila. BoBoiBoy Angin memberikan biskut itu kepada orang ramai, sehingga dia tiba di kedai Tok Aba dan memakan lagi biskut-biskut itu dan menjadi lebih sukar untuk mengawal emosi dan pergerakannya sehingga dia berevolusi menjadi BoBoiBoy Taufan. Kemudian, BoBoiBoy Taufan akhirnya kembali normal setelah Ochobot tampil dan menayangkan episod terakhir telenovela "Seguni Mawar Merah" yang mana menyebabkan BoBoiBoy Taufan sebak apabila melihat babak Azroy bersatu semula dengan Sasha si kucing dan BoBoiBoy Taufan bertukar semula menjadi BoBoiBoy Angin.

BoBoiBoy Galaxy

Kuasa

  • Papan Luncur Udara Taufan: Pengangkutan bagi BoBoiBoy Taufan.
  • Bola Taufan: BoBoiBoy Taufan melepaskan gumpalan angin kencang yang berbentuk bola kecil yang menghembuskan lawan dari jarak dekat apabila dilepaskan dan menyebabkan lawan terpelanting secara berpusing.
    • Putaran Bola Taufan: Angin kencang berbentuk bola kecil yang diputarkan untuk mempelantingkan lawan.
    • Bebola Taufan: Teknik tingkatan daripada Bola Taufan yang menghasilkan gumpalan angin kecil yang berbentuk bola kecil dalam kuantiti yang banyak untuk membolehkannya menyerang musuh dari arah yang jauh. Digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Perisai Taufan: Teknik pertahanan terunggul BoBoiBoy Taufan yang digunakan untuk menangkis sebarang serangan.
  • Tumbukan Gerudi Taufan: Puting beliung mini yang ditumbukkan untuk menyerang lawan.
  • Gerudi Taufan: BoBoiBoy Taufan menghasilkan puting beliung mini ditangannya yang digunakan sebagai gerudi untuk menyerang pihak lawan dan musuh ataupun memutarkan dirinya untuk mencipta versi yang lebih besar.
    • Gerudi Mega Taufan: Menghasilkan Gerudi Taufan yang dua kali ganda besar yang lebih kuat daripada biasa.
  • Cakera Udara: Menghasilkan molekul angin kepada boomerang yang berganda apabila menyerang musuh.
  • Pusaran Taufan: Mempelantingkan benda yang dua kali lebih besar (seperti biskut Yaya) kemudian angin yang berbentuk puting kecil disela-selanya, dan akan menambah kelajuannya dua kali lebih kencar daripada dilempar seperti biasa.
    • Pusaran Angin Kencang: Teknik serangan menyerang musuh dari jarak yang jauh dengan menghasilkan angin kencang dan juga untuk menyebarkan molekul kecil seperti pasir untuk mengaburi mata musuh.
  • Putaran Taufan: Mempelantingkan angin yang berbentuk puting kecil yang disela-selanya, lalu menambah kelajuannya dua kali lebih kencar daripada dilempar seperti biasa.
  • Deruan Angin Vertikal: Jurus pengangkutan bagi BoBoiBoy Taufan yang mencipta pusaran di sekelilingnya untuk mengangkut BoBoiBoy Gempa, BoBoiBoy Halilintar dan dirinya ke atas langit.
  • Deruan Ribut: Digunakan sebagai serangan kombo dengan Hujan Halilintar untuk menyerang musuhnya.
  • Kokun Angin: Kuasa tingkatan bagi Perisai Taufan yang boleh juga digunakan untuk melindungi orang lain.
  • Serangan Taufan: Serangan ini adalah serangan asas taufan yang berupa sebuah gumpalan taufan. Pertama kali digunakan untuk menyerang Mama Zila, tetapi gagal apabila Mama Zila mencengkamnya.
  • Angin Berdebu: BoBoiBoy Taufan meniup angin kencang disertai dengan debu-debu untuk mengaburkan lawannya daripada mulutnya. Digunakan untuk mengaburkan pandangan Mama Zila pada Serangan Mama Zila.
  • Sedutan Taufan: BoBoiBoy Taufan menyedut sedikit kuantiti udara sebelum menghembuskannya menyebabkan musuh terkenanya akan terperangkap dalam sebuah puting beliung gergasi. Digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.

Serangan Kombo

Bersama BoBoiBoy Gempa

  • Ribut Pasir: Serangan gabungan bersama BoBoiBoy Gempa yang memerlukan hancuran tanah yang diseru oleh BoBoiBoy Gempa dan dihancurkan kepada kepingan yang disebarkannya melalui Pusaran Angin ke semua arah bagi mengaburi mata musuh. Digunakan pada Musim 2, Episod 13 untuk mengaburkan pandangan Ejo Jo.

=Bersama BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Gempa

  • Gerakan Kombo: BoBoiBoy Taufan melakukan gerakan kombo bersama BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Gempa dalam BoBoiBoy vs Ejo Jo Bahagian 1.
  • Serangan Kombo: BoBoiBoy Taufan melakukan serangan kombo bersama BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Gempa dalam BoBoiBoy vs Ejo Jo Finale.

Bersama BoBoiBoy Halilintar

  • Gerakan Kombo Gerudi Halilintar dan Taufan: Serangan kombo bersama BoBoiBoy Halilintar dengan menghasilkan Gerudi Taufan yang bermuncungkan Pedang Halilintar untuk menyerang musuh dari atas dengan kelajuan yang sangat pantas. Digunakan dalam Robot Pango & Raksasa Bawang.

Rupa

BoBoiBoy Taufan mempunyai rupa yang hampir sama dengan BoBoiBoy Angin, tetapi topi, jaket, dan seluarnya bertukar menjadi warna biru tua dan lengan jaketnya pula berwarna putih yang dicampuri dengan corak bermotif taufan biru yang berpijaran. Iris matanya juga bertukar menjadi warna biru tetapi lungsur zip jaketnya bertukar menjadi warna kuning.

Pada musim ke-2, BoBoiBoy Taufan memakai jaket yang berzip penuh, di belakangnya ditambah hood dan lipatan pada lengan bajunya yang berwarna putih. Motif pada pakaiannya tidak banyak berubah tetapi masih mengekalkan konsep taufan biru berpijaran yang sama.

Pada musim ke-3 pula, BoBoiBoy Taufan tidak banyak berubah daripada pakaiannya dalam musim ke-2 tetapi jaketnya mempunyai saku dan ada garis di bahagiannya.

Perwatakan

BoBoiBoy Angin bertukar menjadi BoBoiBoy Taufan sama ada dengan sendirinya ataupun apabila dia berasa sangat gembira. Dalam bentuk ini, sifatnya lebih periang dan sedikit sukar untuk mengawal kegembiraan dirinya. Dia juga merupakan seorang budak yang sangat periang, terutamanya apabila memakan biskut Yaya yang telah dicampurkan dengan cecair emosi X secara berterusan. Walau bagaimanapun, dia tahu waktu untuk bersikap serius.

Kemunculan

BoBoiBoy

Musim 1

Musim 2

Musim 3

BoBoiBoy Galaxy

Filem

Trivia

  • BoBoiBoy Taufan merupakan tingkatan kuasa kedua yang muncul dalam musim pertama siri BoBoiBoy.
  • BoBoiBoy Taufan merupakan satu-satunya jelmaan BoBoiBoy yang mempunyai kenderaan sendiri iaitu Papan Luncur Udara Taufan.
  • Sewaktu kemunculan pertama BoBoiBoy Taufan, dia telah hilang kawalan sehinggakan menyebabkan pergaduhan dengan BoBoiBoy Halilintar.
  • Pertukaran BoBoiBoy Angin kepada BoBoiBoy Taufan adalah disebabkan oleh memakan biskut Yaya yang telah dicampurkan dengan cecair emosi X berterusan. Disebabkan BoBoiBoy Angin telah termakan biskut itu, BoBoiBoy Angin menjadi sangat gembira dan terus bertukar menjadi BoBoiBoy Taufan.
  • Papan luncur BoBoiBoy Taufan bukan sahaja digunakan untuk dirinya, bahkan juga untuk orang lain. Seperti yang ditunjukkan pada Musim 2, Episod 6, BoBoiBoy Taufan menggunakan papan luncurnya untuk menyelamatkan Fang yang terjatuh daripada Helang Bayangnya.
  • Bermula daripada musim ke-2, BoBoiBoy berkebolehan untuk bertukar terus kepada BoBoiBoy Taufan tanpa perlu berpecah atau bertukar kepada BoBoiBoy Angin terlebih dahulu.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang BoBoiBoy Taufan. Rujuk BoBoiBoy Taufan/Galeri.

Video

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement