BoBoiBoy Thorn ialah watak kecil yang melakukan kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy: The Movie sebagai salah seorang evolusi baru BoBoiBoy. Dari situ, dia akan menyambung kemunculannya dalam BoBoiBoy Galaxy. BoBoiBoy Thorn adalah bentuk tahap kedua dari BoBoiBoy Daun.
Sejarah
BoBoiBoy: The Movie
Maklumat bakal menyusul.
Kuasa
- Akar Berduri: BoBoiBoy Thorn menghasilkan akar-akar hijau yang panjang dan berduri, kemudian dia mengikat musuhnya secara berbelit.
Rupa
BoBoiBoy Thorn mempunyai rupa yang hampir sama dengan BoBoiBoy yang asal, tetapi warna topi dan jaketnya berubah kepada hitam yang bercampur dengan corak akar yang juga warna campuran daripada hitam dan hijau. Birai topinya menghadap ke arah antara kiri dan belakang dan rapat dengan rambutnya. Iris matanya pula berubah kepada warna hijau muda dan bentuk lungsur zip jaketnya juga berubah kepada bentuk duri yang menghala ke atas dan ditutup penuh. Di tangan kanannya, terdapat sarung tangan yang berwarna hitam dengan duri-duri yang berwarna hijau. Manakala di tangan kirinya pula terdapat gelang hijau yang juga berduri.
Perwatakan
Akan ditambah kemudian...
Kemunculan
Lain
Trivia
- BoBoiBoy Thorn merupakan evolusi baru BoBoiBoy yang ketiga muncul dalam BoBoiBoy: The Movie sebagai watak kecil. Evolusi yang pertama ialah BoBoiBoy Blaze dan yang kedua ialah BoBoiBoy Ais.
- BoBoiBoy Thorn ialah salah seorang pecahan BoBoiBoy yang memakai sarung tangan berwarna hitam yang diperbuat daripada kain. Pecahan yang lainnya ialah BoBoiBoy Solar.
- Menurut surat peminat dalam majalah komik, elemen baru ini dinamakan sebagai "BoBoiBoy Thorn" dan tidak dinamakan sebagai "BoBoiBoy Duri" adalah supaya sebutannya nampak lebih tajam.