BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Selamat Datang Ke BoBoiBoy Wiki!

Selamat datang ke BoBoiBoy Wiki! Pusat rujukan maklumat BoBoiBoy yang terbaik di Internet! Pangkalan data BoBoiBoy boleh disunting oleh sesiapa sahaja! 7,231 suntingan pada 241 rencana sejak dibuka pada April 2011! Anda boleh menolong kami dengan menyumbangkan maklumat berkenaan dengan Siri Animasi BoBoiBoy! Wiki ini mengandungi banyak spoiler yang berkenaan dengan BoBoiBoy. Harap maklum.

Rencana Pilihan.

BoBoiBoy adalah sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studios. Ia berkisahkan kisah seorang adiwira kanak-kanak yang berkuasa super dan mampu berpecah menjadi tiga, bersama rakan-rakannya melindungi Bumi daripada ancaman makhluk asing yang ingin menakluki Bumi demi memburu koko.

Balai Berita BoBoiBoy.

  • Filem BoBoiBoy : The Movie akan datang pada awal tahun 2016! Nantikan juga musim baru BoBoiBoy Galaksi!
  • Taman Tema "The Home of BoBoiBoy" bakal dibuka di MAPS Ipoh, Perak pada tahun 2016!
  • Saksikan kesemua episod BoBoiBoy dari musim 1 hingga kini di saluran Monsta @ Youtube.

Dasar Wiki.

Jangan isikan sebarang bahan rekaan peminat, termasuk :

  • Maklumat palsu atau berunsur fitnah
  • Watak-watak dan cerita rekaan peminat yang tiada dalam cerita rasmi
  • Maklumat epiosd/watak/dsd. akan datang tanpa sebarang sumber rujukan

Pesalah akan dikenakan amaran, dan pesalah berulang akan disekat selama tempoh yang tertentu.

Jika terdapat kegiatan laku musnah, segera laporkannya kepada Pentadbir dengan mengirim pesanan di sini. Jika anda ingin membuat bahan-bahan rekaan peminat, sila letakkan dalam blog yang boleh dibuka sendiri dengan menekan tab "Blog" di halaman pengguna anda, atau pun kunjungi Wiki BoBoiBoy fanon.

Sila ingat bahawa anda sedang diawasi oleh kakitangan Wiki BoBoiBoy. Senarai kakitangan berwajib boleh dilihat di sini.

Untuk peraturan dan maklumat selanjutnya, sila ke halaman bantuan.

Selamat menyunting!

Wiki-wiki Sekutu.

Wiki Upin dan Ipin. Anda boleh memasukinya dengan klik di sini.Templat:Sekutu

Advertisement