BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Bora Ra ialah watak antagonis utama dalam BoBoiBoy: The Movie. Dia merupakan kapten dalam pasukan Tengkotak dan pemburu Power Sphera yang terkenal di Planet Ata Ta Tiga. Dia mengembara ke serata galaksi mencari Power Sphera yang berharga untuk dijadikan koleksi atau diberikan kepada Maharaja Ata Ta Tiga yang akan digunakan sebagai alat menakluk galaksi.

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Rencana utama: Sejarah Fang dan Kaizo

Pada suatu ketika dahulu sebelum peristiwa dalam BoBoiBoy: The Movie, Bora Ra telah pergi ke Planet GogoBugi untuk mendapatkan sebuah Power Sphera bernama EnerBot. Dia memaksa bapa Fang dan Kaizo untuk menyerahkan EnerBot kepadanya. Bora Ra lalu menangkapnya menggunakan Kuasa Lohong Hitam. Bora Ra mengarahkan Gaga Naz untuk menggeledah seluruh rumahnya dan cari EnerBot sehingga dapat, tetapi dia masih gagal menemuinya.

Selepas ibu Fang dan Kaizo memberikan EnerBot kepada Kaizo dan Fang, dia juga ditangkap oleh Bora Ra. Kemudian, Bora Ra akhirnya menemui Kaizo dan Fang di garaj kapal angkasa lalu merampas EnerBot daripada mereka. Kaizo cuba mendapatkan EnerBot semula, tetapi dihalang apabila dipukul oleh Bora Ra. Fang menggigit kaki Bora Ra dengan Gigitan Tikus menyebabkan Bora Ra menendangnya. Kaizo berjaya mengambil EnerBot semula lalu mengaktifkannya dan memperoleh kuasa manipulasi tenaga daripadanya. Bora Ra cuba menyerang Kaizo dengan Pukulan Lohong Hitam, tetapi Kaizo berlindung menggunakan Dinding Tenaga.

Kaizo menggunakan Pedang Tenaga untuk melawan Bora Ra dan dia menggunakan Sedutan Lohong Hitam lalu mengugutnya untuk memasukkan Fang ke dalam lohong hitam itu. Kaizo segera menyelamatkannya, dan sebelum Bora Ra sempat menyerang mereka, Laksamana Maskmana muncul dan menyelamatkan mereka. Maskmana mengaktifkan Topeng Perak untuk melawan Bora Ra dan menggunakan Belahan Perak sehingga membelah salah satu sesungut Bora Ra. Akhirnya, Maskmana dan Kaizo sambil membawa Fang beredar meninggalkan Bora Ra.

BoBoiBoy: The Movie[]

Akhirnya, kau jatuh ke tangan aku

Bora Ra berjaya menangkap Klamkabot

Bora Ra bersama ahli-ahli pasukannya sedang memburu Klamkabot di Pulau Terapung. Melihat Klamkabot terus melarikan diri, Bora Ra mengarahkan Yoyo Oo untuk melancarkan Robot T. Kelihatan sekumpulan robot kuning keluar dari bawah kapal angkasa lalu mereka melilit Klamkabot dari setiap sudut dan membenamkan kaki mereka ke dalam tanah untuk menghentikan pergerakan Klamkabot. Bora Ra berpuas hati untuk itu dan mengarahkan konconya untuk menaikkan Klamkabot ke dalam kapal. Klamkabot dengan rasa cemas segera mengimbas kewujudan Sfera Kuasa lain yang terdekat dan menemui Ochobot yang berada di Bumi. Lalu Klamkabot menggunakan sisa Kuasa Teleportasinya dan melarikan dirinya (bersama pulau itu) ke Bumi, membuatkan Bora Ra meraung sekuat hatinya di angkasa.

Kemudian, Bora Ra mendapat tahu daripada Yoyo Oo bahawa dia berjaya mengesan lokasi terakhir Klamkabot iaitu di Planet Bumi tetapi kedudukan tempatnya tidak diketahui. Tidak berpuas hati dengan laporan itu, Bora Ra mengugutnya untuk mencari kedudukan tempat Klamkabot atau dihalau keluar dari kapal angkasanya, lantas menimbulkan rasa cuak Yoyo Oo dan segera mencari kedudukan tempat Klamkabot itu. Selepas melaksanakan apa yang perlu untuk mengesan, Yoyo Oo akhirnya menemui isyarat Ochobot dan 'memaklumkannya' kepada Bora Ra. Maka Bora Ra mengarahkan Kiki Ta untuk memecutkan kapal angkasa supaya mereka sempat tiba di Bumi sebelum Klamkabot berjaya mengumpulkan Kuasa Teleportasinya semula.

Di kedai Tok Aba, ketika Gopal mengajak rakan-rakannya pulang, kapal angkasa Tengkotak tiba dan mendarat di Taman Pulau Rintis. Kedatangannya disambut baik oleh Adu Du dan Probe, lalu memperkenalkan mereka kepada BoBoiBoy kerana tidak mengenali mereka. Bora Ra menyatakan keinginannya untuk mengambil Sfera Kuasa, dan naik darah apabila mendapati ia bukan Klamkabot. Yoyo Oo memberitahu hal yang sebenar, lalu akhirnya mencadangkan untuk menangkap Ochobot dan menggunakannya untuk mencari Klamkabot kerana dia pernah dihubungi olehnya sebelum ini.

Ochobot di tangan Bora Ra

Ochobot berada di tangan Bora Ra

Bora Ra lalu meminta izin kepada BoBoiBoy untuk 'meminjam' Ochobot, dan tanpa membuang masa merampas Ochobot dan menyerahkannya kepada Yoyo Oo. Yoyo Oo menggari Ochobot di dalam Penggari Sfera Kuasa lalu membolehkan kapal angkasa mereka menerima isyarat lokasi Klamkabot. Melihat Ochobot ditangkap, BoBoiBoy segera berubah menjadi BoBoiBoy Halilintar dan meluru ke arah Bora Ra, tetapi dihalang oleh Gaga Naz. BoBoiBoy segera berpecah kepada tiga dan menentang Gaga Naz, tetapi akhirnya tewas dan mereka bercantum semula. Gaga Naz kemudian berlawan dengan Yaya, Ying dan Gopal sebelum meminta izin kepada Bora Ra untuk bertukar apabila pertahanannya tidak mencukupi. Bora Ra berkata tidak perlu lalu menghasilkan Kuasa Lohong Hitam yang mula menyedut semua benda yang berada di Taman Pulau Rintis termasuk Yaya, Ying dan Gopal dan mengucar-ngacirkan semua benda. Bora Ra kemudian menghentikan lohong hitam itu. Dengan Ochobot telah berada di tangannya, Bora Ra bersama Gaga Naz dan Yoyo Oo kembali ke kapal angkasa dan berlepas meninggalkan sekumpulan wira itu.

Tengkotak menuju ke Pulau Terapung mengikut isyarat lokasi Ochobot. Adu Du dan Probe sempat mengingatkan Bora Ra bahawa BoBoiBoy pasti akan pergi menyelamatkannya kerana dia dan Ochobot berkawan seperti mereka, membuatkan seluruh pasukan Tengkotak mentertawakan mereka menyebabkan Adu Du marah dan kemudian berkata mereka kejam. Setelah menyedari bahawa BoBoiBoy juga sedang menuju ke lokasi Ochobot, Bora Ra mengarahkan Yoyo Oo untuk memberikan Kurita kepada Adu Du dan Probe sebelum mencampak mereka ke laut. Setelah terdedah kepada air, Kurita berkembang menjadi sotong gergasi yang menyerang mereka serta BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Setibanya Tengkotak di Pulau Terapung, Yoyo Oo melepaskan Ochobot untuk mencari Klamkabot. Semasa pencarian itu, Klamkabot tiba-tiba menyerang Ochobot lalu memisahkannya dari penggarinya. Apabila Bora Ra mendapat tahu tentang perkara itu, dia mengarahkan Yoyo Oo menghantar koordinat lokasi terakhir Ochobot kepadanya dan melepaskan J-Rex untuk memburu BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang telahpun tiba di Pulau Terapung.

Bora Ra dan Gaga Naz kejar geng BoBoiBoy dan Klamkabot

Bora Ra dan Gaga Naz mengejar Klamkabot dan geng BoBoiBoy

Apabila BoBoiBoy dan kawan-kawannya menemui Klamkabot dan Ochobot, Klamkabot mendedahkan bahawa dia sedang melarikan diri dari Tengkotak yang sedang memburu Kuasa Teleportasinya untuk penaklukan mereka di seluruh galaksi. Mereka dikejutkan dengan kehadiran Bora Ra dan Gaga Naz yang menyerang dan mengejar mereka sehingga ke Kilang Power Sphera. Bora Ra berjaya menawan Klamkabot, manakala BoBoiBoy dan kawan-kawannya telah melarikan diri. Sekembalinya ke kapal angkasa, Bora Ra cuba merampas paksa Kuasa Teleportasinya, namun rupanya ia telah diberikan kepada Ochobot. Yoyo Oo berjaya mengesan lokasi Ochobot yang belum melarikan diri, maka Bora Ra memaksa BoBoiBoy untuk membawa Ochobot ke lokasi mereka dan mengugut akan mencederakan Papa Zola, Adu Du dan Probe.

BoBoiBoy Blaze vs Bora Ra

BoBoiBoy menentang BoBoiBoy Blaze

Setelah BoBoiBoy dan kawan-kawannya tiba di lokasi Tengkotak, Ochobot secara rela menyerahkan dirinya kepada Bora Ra sebelum dia mendapat tahu mereka sedang merancang untuk melarikan diri. Sebelum mereka sempat berbuat demikian, Kiki Ta telah menembak Ochobot seraya menggagalkan rancangan mereka. Maka Bora Ra merampas paksa Kuasa Teleportasi daripada Ochobot sebelum melemparnya dan bertarung melawan BoBoiBoy dan Fang sementara ahli Tengkotak yang lain menentang rakan-rakannya. Apabila Bora Ra menghancurkan Ochobot dengan Mampatan Lohong Hitam, tenaga terakhir Ochobot telah disalurkan kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang menaik taraf kuasa mereka dan membolehkan mereka mengambil alih arus pertarungan dengan menewaskan Tengkotak.

Bora Ra yang tidak ingin menerima kekalahannya melancarkan Lohong Hitam Gargantua yang mengancam untuk menyedut semua yang ada di Pulau Terapung dan mengambil peluang itu untuk kembali ke kapal angkasa. Selepas mendapat koordinat, kapal angkasa Tengkotak lenyap buat seketika sebelum ia teleport ke pulau itu semula. Rupa-rupanya, Adu Du telah memberikan koordinat palsu kepada Bora Ra menyebabkan dia marah dan mula menyerangnya, maka BoBoiBoy berpecah kepada tujuh, seorang demi seorang menyerang Bora Ra sehingga dia akhirnya disedut ke dalam lohong hitamnya sendiri sebelum ia meletup.

Kuasa dan Senjata[]

Serangan
5/5
Pertahanan
5/5
Ketangkasan
3/5
Keberanian
4/5
Kelajuan
3/5


Bora Ra mempunyai pelbagai senjata canggih yang digunakannya untuk memburu Power Sphera dan juga ketika bertarung. Antara senjata kegemarannya ialah Tukul Lohong Hitam yang mempunyai kuasa yang sangat hebat.

  • Kuasa Lohong Hitam: Menghasilkan lohong hitam yang kecil, kemudian melontarkannya ke atas tanah yang kemudiannya membesar sebagai kuasa sedutan yang bercampur dengan kuasa magnetik yang boleh menyedut apa-apa sahaja ke pusatnya. Terdapat beberapa variasi bagi serangan yang berasaskan lohong hitam, iaitu:
    • Bora Ra menumpukan kuasanya pada seluruh buku limanya sebelum melepaskannya dengan pantas ke arah lawannya.
    • Bersumberkan dari lohong hitam yang besar, ia berpecah menjadi banyak lohong hitam kecil untuk menyerang lawannya dari pelbagai arah, menghasilkan letupan.
    • Melontarkan kuasa yang berfungsi sebagai cakera ke arah sasarannya sebelum ia mencincang objek dalam jarak serangannya dengan serta-merta.
    • Menjelmakan aura berbentuk sfera gergasi untuk mengurung lawannya.
  • Modul Kinetik: Menggunakan sarung tangannya, Bora Ra mengangkat sesuatu yang bersaiz dua kali ganda lebih besar seperti Klamkabot dari satu tempat ke tempat yang lain.
  • Tukul Lohong Hitam: Merupakan senjata ciptaan Yoyo Oo yang boleh menguatkan kuasa lohong hitam Bora Ra. Tukul ini merupakan senjata yang sangat besar dan berat, membolehkan menumpaskan lawan dengan keras.
    • Pukulan Lohong Hitam: Bora Ra dapat menggunakan tukulnya untuk memukul lawannya dengan kuat. Ia pertama kali digunakan terhadap Kaizo semasa beliau remaja tetapi dihalang oleh Dinding Tenaga.
    • Mampatan Lohong Hitam: Setelah menghasilkan lohong hitam dari tukulnya, Bora Ra melontarkannya ke arah lawan yang dapat memampatkan atau menghancurkan badan lawannya.
    • Sedutan Lohong Hitam: Merupakan teknik pertahanan bagi Bora Ra yang membolehkan dia untuk menyedut serangan lawannya ke dalam lohong hitam atau menyedut lawannya itu sendiri ke dalam tukul. Dia juga boleh melepaskan semula serangan lawaannya yang disedut itu.
  • Kuasa Teleportasi: Kuasa ini dirampas daripada Ochobot dengan menggunakan Kuasa Lohong Hitam dan awalnya dimiliki oleh Klamkabot. Bora Ra mampu untuk menteleportasikan dirinya dari satu tempat ke tempat yang lain dalam masa yang singkat bagi menyerang atau mengelak serangan lawannya tanpa memerlukan apa-apa koordinat. Namun, koordinat yang betul diperlukan jika ingin teleportasi ke destinasi yang lebih jauh. Kuasa ini telah digunakan oleh Bora Ra bersama dengan baju perisai dan tukulnya. Selepas Bora Ra dikalahkan, kuasa ini dikembalikan kepada Ochobot.
  • Lohong Hitam Gargantua: Menghasilkan satu lohong hitam di langit lalu menghantar tenaga kepadanya untuk membesarkannya dan akhirnya ia menjadi gergasi yang boleh menyedut satu pulau dalam satu masa. Perkataan "Gargantua" membawa maksud "sangat besar", merujuk kepada saiznya.

Rupa[]

Bora Ra dgn tukul

Baju perisai Bora Ra yang dilengkapi dengan tukulnya.

Bora Ra tidak seperti alien berkepala kotak yang lain, kulitnya berwarna merah dan mempunyai sesungut di atas kepalanya di mana salah satunya telah hilang. Beliau merupakan alien yang sangat tinggi, malah lebih tinggi daripada Ejo Jo dan memakai sut yang berwarna hitam keunguan. Apabila dalam mod bertempur, Bora Ra boleh menteleportasikan baju perisainya yang juga berwarna hitam keunguan dan dilengkapi dengan Tukul Lohong Hitam.

Perwatakan[]

Walaupun penampilannya asing, Bora Ra sebenarnya adalah amat peramah, malahan suka menunjukkan koleksi Sfera Kuasa yang dijumpainya kepada tetamunya. Bagaimanapun, ini menutup sifat sebenar Bora Ra: bersifat sadis, kejam, psikotik, dan tidak kenal pasti, sehingga beralih kepada sekutu-sekutunya jika sesuai dengan keperluannya seperti yang dilakukannya kepada kumpulan Adu Du dan membunuh mereka yang berdiri di jalannya. Walaupun begitu, Bora Ra amatlah tamak dan mementingkan diri sendiri serta tidak teragak-agak untuk menggunakan kekerasan jika tidak dapat apa yang dia mahukan.

Trivia[]

  • Tidak seperti kebanyakan alien di Ata Ta Tiga, Bora Ra mempunyai kulit yang berwarna merah.
  • Bora Ra mempunyai Kuasa Lohong Hitam yang amat berbahaya.
  • Oleh disebabkan Bora Ra berjaya menemui banyak Sfera Kuasa yang hilang, dia ditugaskan untuk mencari satu Sfera Kuasa lagenda yang dikatakan paling susah untuk dicari iaitu Klamkabot.
  • Sesungut di atas kepala Bora Ra yang mana salah satunya telah hilang mungkin disebabkan oleh suatu pertempuran di antara dia dengan Kapten Kaizo pada suatu masa dahulu.
    • Seperti yang dijelaskan oleh Adu Du dalam Musim 3, Episod 4, antena kubus adalah telinganya, ini bermakna bahawa Bora Ra adalah separuh pekak.
    • Kisah tersebut telah didedahkan dalam episod ekstra yang menceritakan tentang sejarah awalnya dari komik BoBoiBoy Galaxy: Ledakan Cahaya, di mana Bora Ra kehilangan sesungut kanannya ketika bertempur dengan Kaizo dan ia dibelah oleh Maskmana.
  • Tujuan Bora Ra menangkap Sfera-Sfera Kuasa adalah kerana dia ingin menolong Maharaja Ata Ta Tiga untuk menakluki galaksi dengan lebih cepat selain menjadikan mereka sebagai koleksi trofinya sendiri.
  • Bora Ra mempunyai beberapa persamaan dengan Ejo Jo:
    • Kedua-dua mereka berjaya menangkap Ochobot dari kedai Tok Aba; Bora Ra merampasnya dengan tangannya sendiri manakala Ejo Jo menyuruh Robot PETAI untuk menangkapnya di kedai Tok Aba.
    • Kedua-dua mereka telah menjadikan rakan-rakan BoBoiBoy sebagai tebusan; Bora Ra menculik Adu Du, Probe dan Papa Zola selepas kelibat mereka terlihat oleh Gaga Naz manakala Ejo Jo menculik Yaya, Ying, Gopal, pelajar-pelajar 5 Jujur dan Papa Zola melalui Robot PETAI.
    • Kedua-dua mereka berjaya merampas kuasa daripada rakan-rakan BoBoiBoy; Bora Ra berjaya merampas Kuasa Teleportasi daripada Ochobot manakala Ejo Jo berjaya merampas Jam Kuasa milik Yaya, Ying, Gopal dan Fang.
    • Kedua-dua mereka telah melepaskan kuasa yang berskala besar sebagai serangan terakhir mereka; Bora Ra melepaskan Lohong Hitam Gargantua dalam BoBoiBoy: The Movie manakala Ejo Jo melepaskan Naga Bayang dalam Musim 3, Episod 2.
    • Cara Bora Ra meminta koordinat teleportasi daripada Yoyo Oo untuk melarikan diri sama seperti Ejo Jo menyuruh Komputer untuk menaikkannya ke dalam kapal angkasa untuk melarikan diri.
    • Kedua-dua mereka telah ditipu oleh Adu Du; Bora Ra ditipu oleh Adu Du dengan memberikan koordinat teleportasi palsu kepadanya manakala sebelum ini, Ejo Jo ditipu oleh Adu Du untuk datang ke Markas Kotak supaya dia dan BoBoiBoy boleh mengalahkannya.
    • Kedua-dua mereka telah menyebabkan kematian sebuah robot secara sadis, iaitu Bora Ra telah menyebabkan kemusnahan Ochobot dengan Mampatan Lohong Hitam manakala sebelum ini, Ejo Jo telah menyebabkan kematian Probe dengan Robot PETAI. Disebabkan oleh itu, BoBoiBoy (kepada Bora Ra) dan Adu Du (kepada Ejo Jo) membalas dendam kepada mereka. Walau bagaimanapun, kedua-kedua robot itu telah dihidupkan semula.
    • Selain mengekalkan Papa Zola sebagai tebusan, mereka berdua juga telah mengulas tentang Planet Bumi tidak maju dan sekumpulan manusia yang lemah disebabkan oleh Papa Zola. Bora Ra mengulas selepas Papa Zola bergambar dengannya manakala Ejo Jo mengulas selepas Papa Zola mengedarkan kad bisnes pantun kepada murid-muridnya.
    • Kedua-dua mereka terlihat sebagai kejam, seperti yang Adu Du dan Fang nyatakan.
    • Kedua-dua mereka mendakwa bahawa mereka tidak takut walaupun mereka sebenarnya.
    • Kedua-dua mereka memakai sut merah yang digunakan untuk pertempuran.
    • Walau bagaimanapun, Ejo Jo tidak begitu sejahat seperti Bora Ra kerana sifat-sifat komedi yang ringan.
  • Bora Ra boleh dikatakan sebagai penjahat yang paling berbahaya dalam keseluruhan siri BoBoiBoy. Selain daripada mengingati untuk memusnahkan BoBoiBoy dan kawan-kawannya, dia juga bertanggungjawab untuk menakluki planet dan mempunyai reputasi yang sangat tinggi daripada Ejo Jo.
    • Walau bagaimanapun, kenyataan ini telahpun diambil oleh Retak'ka dalam BoBoiBoy Movie 2 oleh kerana dia sanggup menghancurkan mana-mana planet untuk menyerap tenaga elemental.
  • Bora Ra juga muncul dalam iklan seperti Iklan Choki-Choki Promo BoBoiBoy The Movie.
  • Menurut surat peminat dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu #74, Ejo Jo dan Bora Ra mungkin mengenali antara satu sama lain dan mereka juga mungkin menjadi rakan sesama sendiri dalam Spacebook.
  • Dalam salah satu surat peminat BoBoiBoy, ia dinyatakan tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kepada Bora Ra selepas dia disedut ke dalam Lohong Hitam Gargantua miliknya.
  • Bora Ra merupakan satu-satunya ahli Tengkotak yang tidak dipenjarakan oleh Koko Ci kerana dia sudah disedut ke dalam lohong hitam.
  • Minuman kegemaran Bora Ra ialah kopi.
  • Warna kegemaran Bora Ra ialah merah.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Bora Ra. Rujuk Bora Ra/Galeri.

Video[]

Advertisement