CardBot ialah watak dalam BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan sebuah Power Sphera yang pernah bekerja dengan Jokertu dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 7: Joe Ker tu?.
Sejarah
BoBoiBoy Galaxy
CardBot melakukan kemunculan sulungnya dalam Musim 1, Episod 7: Joe Ker tu? apabila dia telah dibalut sebagai bungkusan dan dihantar ke Stesen Angkasa TAPOPS. Semasa dia berada di dalam stesen, dia keluar dari bungkusan tersebut dan melepaskan Jokertu daripada kadnya. CardBot juga dilihat menghasilkan dan memberikan banyak kad kepada Jokertu untuk dia menggunakan kad tersebut memerangkap semua orang (dan juga sesetengah objek) di Stesen Angkasa TAPOPS, termasuklah BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang.
Walau bagaimanapun, CardBot mengalami perubahan selepas bertemu dengan Cici Ko. Dia memberikan sekeping kad kosong kepada Cici Ko untuk beliau memasukkan Jokertu ke dalamnya. Selepas kekalahan Jokertu, CardBot menggunakan kuasanya untuk melepaskan BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang daripada kad.
CardBot dilihat sedang dicaj semula dalam Musim 1, Episod 8: Misi Penghantaran Dobi. Dia muncul semula dalam Musim 1, Episod 12: Si Penceroboh Panto dan ditugaskan untuk melepaskan Jokertu dari kadnya. Ia juga menyatakan bahawa CardBot telah melepaskan semua ahli-ahli TAPOPS yang lain sebelum melepaskan Jokertu kerana mereka boleh dilihat di sekitar stesen.
Kuasa
- Pemberian Kad: CardBot memberikan kad-kad yang berkuasa kepada tuannya.
Trivia
- CardBot boleh menghasilkan banyak kad, oleh itu, namanya ialah "CardBot".
- CardBot merupakan Power Sphera keempat yang muncul dalam BoBoiBoy Galaxy.
- CardBot adalah Power Sphera kedua yang bekerjasama dengan penjahat.