Fandom

BoBoiBoy Wiki

Cattus

412laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Cattus ialah seekor haiwan yang menyerupai seekor kucing yang tinggal di Planet Gurunda yang mempunyai kuasa pembesaran pemberian daripada Power Sphera bernama BellBot. Cattus merupakan ahli Tracker And Protector Of Power Spheras (TAPOPS).

Ia membuat kemunculan sulungnya dengan menyamar sebagai pokok kaktus dengan ekornya dalam episod ke-4 siri BoBoiBoy Galaxy.

Kebolehan

  • Penyamaran: Dengan tiga ekor hijau yang menyerupai pokok kaktus, Cattus boleh menyamar dengan menanam kepalanya ke dalam tanah sambil ekor terjulur keluar, seakan-akan pokok kaktus.
  • Ekor Berduri: Cattus mempunyai beberapa siri duri di ekornya sebagai mekanisma perlindungan daripada diserang musuh.
  • Kuasa Pembesaran: Dengan pemberian kuasa daripada BellBot yang tergantung di leher Cattus, ia mempunyai kebolehan untuk membesarkan saiz dirinya.

Makanan

Cattus hanya memakan kayu rotan seperti bakul, berbeza dengan kucing biasa yang memakan makanan kucing atau ikan.

Trivia

  • Nama "Cattus" merupakan gabungan nama daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu "cat" (kucing) dan "cactus" (kaktus).
  • Tidak seperti kucing-kucing di Bumi, Cattus gemar menjadikan kayu rotan sebagai makanannya seperti yang ditunjukkan dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 5.
  • Ia telah dinyatakan dalam surat peminat bahawa BoBoiBoy tidak mengetahui jantina Cattus.

Galeri

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak