BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Cattus ialah seekor haiwan yang menyerupai kucing yang tinggal di Planet Gurunda. Selepas menyertai kumpulan TAPOPS, Cattus sering bersama dengan Papa Zola sama ada di Stesen Angkasa TAPOPS ataupun kapal angkasa TAPOPS.

Sejarah

BoBoiBoy Galaxy

Cattus membuat kemunculan sulungnya di akhir episod Kembara Planet Gurunda apabila ia menyamar sebagai pokok kaktus dengan ekornya.

Cattus muncul bertemu dengan BoBoiBoy dan kawan-kawannya dalam episod Gergasi Comel Cattus yang meminta minuman kerana dahaga. Walaupun Gopal telah mengingatkan BoBoiBoy bahawa bekalan air mereka terhad, namun BoBoiBoy tetap menawarkan minumannya kepada Cattus.

Kebolehan

  • Penyamaran: Dengan tiga ekor hijau yang menyerupai pokok kaktus, Cattus boleh menyamar dengan menanam kepalanya ke dalam tanah sambil ekor terjulur keluar, seakan-akan pokok kaktus.
  • Ekor Berduri: Cattus mempunyai beberapa siri duri di ekornya sebagai mekanisma perlindungan daripada diserang musuh.
  • Kuasa Pembesaran: Dengan pemberian kuasa daripada BellBot yang tergantung di leher Cattus, ia mempunyai kebolehan untuk membesarkan saiz dirinya.

Rupa

Perwatakan

Sebagai seekor kucing, setiap tingkah laku Cattus hampir menyamai seperti kucing-kucing di Bumi, walau bagaimanapun ia lebih agresif. Cattus ditunjukkan adalah sangat penyayang kepada mereka yang menolong menjaganya, terutamanya BoBoiBoy dan dalam masa yang singkat, ikatan Cattus dengan BoBoiBoy semakin berkembang. Selain BoBoiBoy, Cattus juga mempunyai ikatan yang kuat dengan BellBot yang tergantung di lehernya.

Kadangkala, Cattus boleh menjadi muram, sering memilih dalam perlawanan dan tidak selalu melompat apabila ia perlu melakukannya.

Makanan

Cattus hanya memakan kayu rotan seperti bakul, berbeza dengan kucing biasa yang memakan makanan kucing atau ikan.

Trivia

Galeri

Imej Rasmi

Skrinshot

Komik

Rujukan

Advertisement