Fandom

BoBoiBoy Wiki

Cici Ko

401laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Cici Ko atau Komander Koko Ci merupakan ketua bagi organisasi rahsia yang bernama TAPOPS. Beliau pada mulanya menyamar sebagai seorang pembantu dan pencuci kapal angkasa Pasukan Tengkotak dalam BoBoiBoy: The Movie dan akhirnya telah membongkarkan penyamarannya.

Ringkasan

Cici Ko adalah ahli Tengkotak yang sering dipandang rendah oleh makhluk lain, tetapi kehadirannya dalam kapal angkasa Tengkotak amatlah penting bagi memastikan semua kemudahan dalam kapal sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan kemas. Walaupun dia hanya seorang pencuci kapal angkasa Tengkotak, tetapi dia tetap melakukan segala tugasnya dengan penuh tekun dan dedikasi. Namun, tiada siapa mengetahui tentang asal-usulnya sebelum dia menyertai Pasukan Tengkotak.

Sebenarnya, beliau merupakan seorang komander bagi organisasi rahsia TAPOPS (Tracker And Protector Of Power Spheras). Tugas utamanya adalah menjejaki Power-Power Sphera yang hilang sebelum ia dijumpai oleh kumpulan penjejak yang jahat.

Sejarah

BoBoiBoy: The Movie

Cici Ko telah memberitahu kepada BoBoiBoy dan rakan-rakan di penghujung BoBoiBoy: The Movie bahawa beliau hanya menggunakan "Cici Ko" sebagai nama samarannya dan nama sebenarnya ialah "Koko Ci", ataupun lebih biasa dipanggil sebagai "Komander Koko Ci", iaitu komander dalam unit Gencatan Aktiviti Ganas Angkasa Lepas atau ringkasannya "G.A.G.A.L". Beliau juga mendedahkan tentang penyamarannya sebagai pembantu dan pencuci dalam Tengkotak yang bertujuan untuk mengintip pergerakan mereka. Beliau juga telah mendedahkan bahawa beliau yang melepaskan J-Rex dari penjara, beliau sengaja menolak pintu ke arah Kiki Ta untuk menghalangnya daripada menembak Adu Du dan beliau telah mensabotaj Yoyo Oo dengan membuatkan dia mengantuk semasa mempergunakan Ochobot untuk mengesan sfera kuasa Klamkabot.

Cici Ko mengulas tentang kewajaran BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk berterima kasih kepadanya. Setelah itu, Cici Ko mengenakan tumbukan bertubi-tubi ke arah Gaga Naz, Yoyo Oo dan Kiki Ta sebagai hukuman kepada mereka. Kemudian, Cici Ko berterima kasih kepada BoBoiBoy dan berpesan kepadanya supaya berjumpa lagi sambil melambai-lambai tangan ke arah mereka, lalu meninggalkan Pulau Terapung dan menggunakan kapal angkasa Tengkotak untuk memenjarakan tiga ahli Pasukan Tengkotak di penjara yang terletak di angkasa.

BoBoiBoy Galaxy

Cici Ko kembali ke Bumi setelah lama mengembara di galaksi. Kemunculannya bermula dengan satu aksi kejar-mengejar di angkasa lepas, di mana Cici Ko berusaha menyelamatkan sebuah Power Sphera bernama MotoBot daripada ditangkap oleh Lanun Angkasa, iaitu antara pemburu Power Sphera yang terhebat. Akhirnya, Cici Ko berjaya menyembunyikan kapal angkasanya di belakang sebuah asteroid dari mereka. Terdesak untuk mencari pertolongan, Cici Ko segera menghubungi BoBoiBoy untuk meminta pertolongan melalui Ochobot. Cici Ko meminta Ochobot untuk membuka teleportal di tempat beliau dan MotoBot berada iaitu di angkasa lepas untuk membawa mereka ke Bumi.

Selepas koordinat diberikan, teleportal berjaya dibuka namun Kapten Lanun terperasan akan kewujudan teleportal di hadapan mereka. Kapal angkasa Cici Ko tanpa membuang masa terus memecut laju dan hampir berjaya melepasi dari teleportal, namun sempat dihalang oleh Lanun Angkasa. Mereka melepaskan lembing pencangkuk dan pirate minion pergi ke kapal angkasa Cici Ko. BoBoiBoy dan Gopal tidak berfikir panjang, mereka membantu Cici Ko dengan melawan konco-konco Lanun Angkasa.

Gopal menggunakan kuasanya untuk menukarkan konco-konco menjadi makanan sementara BoBoiBoy bertarung dengan konco lain. Namun, tembakan Gopal telah menyebabkan sebahagian badan kapal angkasa Cici Ko juga ditukarkan kepada makanan. Beberapa konco dapat masuk ke dalam kapal angkasa Cici Ko. Mereka memasuki ke dalam kapal angkasa Cici Ko dan cuba menyerang Cici Ko dan MotoBot, tetapi mujur mereka sempat dihalang oleh BoBoiBoy. Selepas keluar dari kapal angkasa, BoBoiBoy sedang bersiap sedia berlawan dengan konco-konco yang bangkit. BoBoiBoy terus menggunakan kuasa tiganya untuk menghapuskan mereka, dan diakhiri dengan pemotongan tali terakhir yang menghalang kapal angkasa Cici Ko.

Trivia

  • Namanya adalah permainan kata kepada "Chichi kepada Ko" (父 と 子), iaitu istilah Jepun bagi "bapa dan anak".
    • Walaupun, "Oyako" (親子) boleh juga kerap digunakan.
  • Cici Ko berkongsi suara yang sama dengan Adu Du, Probe, Tok Aba, Pakcik Kumar, Pakcik Mat, Yoyo Oo dan Raksasa Tidur.
  • Dalam epilog BoBoiBoy: The Movie, beliau mendedahkan nama sebenarnya ialah Koko Ci atau Komander Koko Ci.
  • Tujuan Cici Ko menyamar menjadi pencuci kapal angkasa Tengkotak adalah untuk mengintip pergerakan Pasukan Tengkotak.
  • Beliau merupakan komander dalam organisasi G.A.G.A.L, atau Gencatan Aktiviti Ganas Angkasa Lepas. Tetapi, nama organisasi ini telah diubahsuai kepada TAPOPS, iaitu Tracker And Protector Of Power Spheras. Jika nama pasukan ini diterjemahkan kepada bahasa Melayu, pasukan ini bernama "Penjejak Dan Pelindung Sfera Kuasa/Power Sphera".
  • Selain daripada mengintip Pasukan Tengkotak untuk memenjarakan mereka, beliau juga ada mengumpulkan maklumat mengenai Sfera-Sfera Kuasa lain dari Tengkotak.
  • Beliau sentiasa memakai dua pasang cermin mata yang berwarna hitam.

Galeri

Imej Rasmi

Skrinshot

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak