BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

DataBot merupakan antara Power Sphera terawal yang dicipta. Dia tidak mempunyai sebarang kuasa tetapi mempunyai kesemua data dan rekod mengenai Power Sphera yang telah dicipta.

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Menurut Komander Koko Ci, DataBot tidak mempunyai kuasa namun mempunyai kesemua data dan rekod tentang Power Sphera yang pernah dicipta. Tetapi, DataBot telah lama menghilang dan ada yang menyebarkan khabar angin yang mengatakan dia telah ditangkap dan ada yang telah mengatakan dia telah dimusnahkan. Kali terakhir DataBot dilihat adalah di Planet Junkberg 20 tahun yang lalu.

BoBoiBoy Galaxy[]

Musim 1[]

DataBot pertama kali muncul dalam Jagara Si Jaga, apabila BoBoiBoy dan kawan-kawannya menemuinya di dalam Kapal Arkib Angkasa. Selepas saling memperkenalkan diri, BoBoiBoy bertanya kepadanya bagaimana cara untuk mendapatkan kuasa elemental cahayanya. Namun, disebabkan memori DataBot terlalu penuh, ia mengambil masa yang lama untuk memproses soalan itu. Dia sempat dibawa ke Stesen Angkasa TAPOPS dan dibiarkan sendiri di dalam sebuah bilik sehingga siap memproses soalannya dan menjelaskan tentang asal-usul kuasa elemental cahaya. Selepas Papa Zola menyangkal pernyataannya berkata kuasa BoBoiBoy datang dari Ochobot, DataBot memproses lagi soalan tersebut sehingga 5 hari seterusnya.

Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, DataBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera berserta dengan Power-Power Sphera lain. Dia akhirnya menjelaskan bahawa Ochobot sebenarnya bukan Power Sphera elemental yang asal dan ketujuh-tujuh Kuasa Elemental milik BoBoiBoy berasal dari tujuh Power Sphera yang berbeza.

Musim 2[]

DataBot M2E7

Semenjak DataBot dibawa ke Stesen Angkasa TAPOPS, ia telah diupgrade supaya boleh memproses data dengan lebih laju. Dalam isu ke-7, DataBot memberikan maklumat kepada BoBoiBoy tentang Power Sphera yang mempunyai kuasa untuk cepatkan pertumbuhan pokok, iaitu PasuBot yang berada di Planet Kadruax.

Kebolehan[]

  • Carian Data: Meskipun tidak mempunyai kuasa, DataBot mempunyai data-data tentang semua Power Sphera yang pernah dicipta serta kuasanya. Namun, disebabkan memorinya telah terlalu penuh, pencarian data oleh DataBot memakan masa yang sangat lama.

Rupa[]

Trivia[]

  • Nama DataBot diambil dari perkataan "data", sesuai dengan kebolehannya yang mempunyai semua maklumat tentang Power Sphera yang pernah dicipta.
  • Menurut DataBot, dia merupakan antara Power Sphera yang terawal dicipta, menunjukkan dia berasal dari generasi pertama yang sama dengan Klamkabot yang muncul dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Tujuan DataBot bersembunyi di Kapal Arkib Angkasa adalah untuk mendalami lebih banyak data dan meluaskan pengetahuannya.
  • DataBot merupakan satu-satunya Power Sphera yang tidak mempunyai sebarang kuasa.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Konsep seni[]

Advertisement