BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
Di Bawah Langit Yang Sama Cover

Poster rasmi

Di Bawah Langit Yang Sama merupakan salah satu daripada dua lagu tema untuk filem BoBoiBoy: The Movie yang dinyanyikan oleh band Indonesia, d'Masiv. Lagu ini boleh dimuat turun di iTunes. Versi instrumental lagu ini merupakan runut bunyi ke-23 dan terakhir bagi album runut bunyi rasmi BoBoiBoy: The Movie. Lagu ini merupakan lagu pertama daripada album D'Masiv sendiri yang dinamakan sempena nama kumpulan itu. Lagu ini diterbitkan pada 5 Februari 2016 di Malaysia dan Indonesia di saluran YouTube Monsta dan pada 22 Januari di iTunes.

Lagu ini telah digunakan semula sebagai lagu tema penutup siri BoBoiBoy Galaxy Musim 1.

Lirik[]

Kita di sini, bersama-sama
Melewati indah dunia
Dipayungi sinar mentari
Tak ada lagi yang kita takuti

Kita bersama seperti karang
Takkan ada yang mampu mengalahkan

[Chorus:]
Di bawah langit yang sama
Kita bergandengan, saling menjaga
Di atas Bumi yang sama
Kita bergandengan, saling menjaga

Bersama teman, aku gembira
Karena kita semua saudara

[Chorus]

Kita bersama, seperti karang
Takkan ada yang mampu mengalahkan

[Chorus] (2x)

Kita saudara

Kredit[]

  • Keluaran oleh: Musica Studio's
  • Nyanyian oleh: D'Masiv
  • Komposer oleh: Iksan Skuter

Trivia[]

  • Lagu ini merupakan lagu tema kedua yang dinyanyikan oleh kumpulan band Indonesia selepas Band Kotak yang menyanyikan lagu Jagalah Bumi sebagai lagu tema pembukaan dan penutup musim ke-3 siri BoBoiBoy.
    • Lagu ini juga merupakan lagu ketiga dalam mana-mana lagu dalam siri atau filem animasi Malaysia yang dinyanyikan oleh kumpulan band dari Indonesia selepas Sahabat Selamanya oleh kumpulan Padi untuk siri Upin & Ipin dan Jagalah Bumi oleh Band Kotak untuk siri ini.
  • Lagu ini tidak terlalu rancak dan boleh dikatakan sebagai lagu untuk menenangkan diri dan boleh juga dinyanyikan ketika dalam babak persahabatan.
    • Ini juga merupakan lagu kedua yang menyentuh isu persaudaraan dalam mana-mana siri animasi Malaysia selepas lagu Sahabat Selamanya.
  • Lagu ini mempunyai dua muzik video. Satu muzik video adalah menjadi milik penuh Musica Studio's, syarikat yang menaungi kumpulan D'Masiv, manakala satu lagi muzik video adalah milik penuh Animonsta Studios selaku syarikat pengeluar filem ini.
    • Muzik video milik Musica Studio's ini untuk pasaran D'Masiv sendiri manakala muzik video milik Animonsta Studios pula untuk pasaran filem.
    • Lirik video lagu ini menjadi hak milik bersama antara Musica Studio's dengan Animonsta Studios.
    • Dalam versi Musica Studio's, pada bahagian akhir lagu, D'Masiv menyanyikan baris "Kita saudara!". Namun dalam versi Animonsta, baris itu tidak dinyanyikan. Sebaliknya, baris itu digantikan dengan perkataan "Terbaik!" oleh BoBoiBoy sendiri.
      • Walau bagaimanapun, dalam lirik video yang diterbitkan oleh Musica Studio's, versi Animonsta digunakan dengan perkataan "Terbaik!" ditiadakan, membiarkan bahagian itu menjadi kosong tanpa sebarang vokal.

Video[]

Advertisement