BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki
Logo Disney Channel

Logo Disney Channel Asia

Disney Channel Asia merupakan penyiar antarabangsa pertama bagi siri animasi BoBoiBoy. Siarannya meliputi negara-negara di Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Timor Leste, Filipina, Thailand, Myanmar, Kemboja dan Vietnam.

Disney Channel Asia menyiarkan siri BoBoiBoy dengan audio bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Indonesia dan Thailand. Sesungguhnya, terdapat BoBoiBoy versi alih suara bahasa Indonesia di Disney Channel versi Indonesia walaupun bahasa Indonesia mirip dengan bahasa Melayu, malah ia disiarkan dengan audio asal dengan sari kata bahasa Indonesia di penyiar TV percuma Global TV.

Harus diingatkan bahawa versi bahasa Inggeris yang disiarkan di Disney Channel adalah berlainan dengan versi Inggeris yang terdapat di akaun YouTube rasmi Animonsta Studios.

Disney Channel Asia secara rasmi menghentikan operasi pada 1 Oktober 2021 di Asia Tenggara dan Hong Kong.

Video[]

Advertisement