BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ejo Jo adalah watak jahat yang melakukan kemunculan sulungnya pada Musim 2, Episod 1 setelah mendapat tahu bahawa di bumi adanya sumber tenaga koko daripada Kapal Sampah A80 yang dibelinya daripada Bago Go.

Sejarah

Pada Musim 2, Episod 1, Ejo Jo muncul di dalam sebuah kapal angkasa yang sedang terbang di angkasa lepas sebagai watak misteri dan watak tambahan yang telah berurusan dengan Bago Go yang ingin menjual kapal angkasa milik Adu Du kepadanya.

Setelah Bago Go pulang, Ejo Jo terus berjalan memasuki ke dalam kapal angkasa milik Adu Du untuk melihat-lihat kapal itu. Kemudian, Ejo Jo melihat informasi-informasi dalam skrin. Sejurus kemudian, Ejo Jo menjumpai fail yang bernama "Seguni Mawar Merah" milik Probe. Tetapi, secara tiba-tiba Ejo Jo terjumpa satu fail yang mempunyai informasi tentang BoBoiBoy dan koko yang ada di Bumi.

Pada Musim 2, Episod 10, Ejo Jo telah bersua muka dengan Adu Du dan memberitahu yang dia telah membeli Markas Kotak milik Adu Du dan Kapal Angkasa Sampah milik Adu Du. Ejo Jo juga telah mendapat tahu informasi tentang superhero di Bumi, iaitu BoBoiBoy dan kawan-kawannya dan menyuruh Komputer untuk mencuri maklumat-maklumat tentang kuasa BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Setelah meneliti dengan teliti, Ejo Jo mengarahkan Komputer untuk menuju ke Bumi dengan kelajuan maksima.

Pada Musim 2, Episod 11, kapal angkasa Ejo Jo tiba di Bumi dengan mendarat di atas bumbung bangunan Sekolah Rendah Pulau Rintis dan Ejo Jo telah bersua muka dengan BoBoiBoy dan kawan-kawan untuk pertama kalinya pada Musim 2, Episod 12. Ejo Jo mengarahkan Komputer untuk menurunkan robot tempur yang sebenar yang bernama Robot Perisai Tempur Angkasa I bagi menghapuskan Probe, si robot kutip. Serangan bedilan laser yang bertalu-talu telah menyebabkan kemusnahan dan akhirnya kematian Probe. Ejo Jo kelihatan tidak mempunyai belas kasihan langsung dan tiada perasaan lalu membawa lari kawan-kawan sekelas BoBoiBoy untuk dijadikan tawanan.

Pada Musim 2, Episod 13, Ejo Jo mengarahkan Komputer untuk mencari lokasi BoBoiBoy tetapi Komputer tidak dapat mengesan keberadaannya. Tanpa disangka, Adu Du menghubungi Ejo Jo dan memberitahu keberadaan BoBoiBoy, iaitu di Markas Kotaknya. Dengan segera, Ejo Jo mengarahkan Komputer untuk bergerak ke Markas Kotak dan kemudian menurunkan P.E.T.A.I. dan bermulalah sekali lagi perlawanan antara BoBoiBoy dan P.E.T.A.I..

Ejo Jo pula hanya melihat perlawanan itu dengan teliti, sampai satu masa setelah BoBoiBoy Halilintar membaling sebilah Pedang Halilintar dan turunnya Hujan Halilintar, Ejo Jo berasa terkejut lantas mengarahkan P.E.T.A.I. untuk menumpukan perisai pada bahagian atas tetapi gagal setelah ketiga-tiga BoBoiBoy melakukan Gerakan Kombo bagi serangan terakhir dalam memusnahkan P.E.T.A.I.. Walaupun tidak berjaya, tetapi P.E.T.A.I. tetap kalah setelah Naga Bayang yang dibuat oleh Fang membahamnya. Akhirnya, Ejo Jo berdiri di pintu kapal angkasanya dengan memakai sut perisai merahnya dan menyimpan jam kuasa Gopal, Yaya, dan Ying sekali di dadanya dan terjun ke bawah bagi menghapuskan BoBoiBoy sendirian.

Pertarungan sengit di antara BoBoiBoy dan Ejo Jo bermula pada Musim 3, Episod 1. Semasa pertarungan, Ejo Jo telah menunjukkan potensi yang sebenar bagi jam-jam kuasa Gopal, Yaya, dan Ying. Dengan menggunakan kuasa Yaya, Ejo Jo menerapungkan BoBoiBoy, Fang, dan Ochobot. Ketika BoBoiBoy Gempa dan Golem Tanah menyerang Ejo Jo dari belakang, Ejo Jo memperlahankan masa dengan kuasa Ying dan mengakibatkan BoBoiBoy Gempa, Golem Tanah, dan kawan-kawan sekelas BoBoiBoy bergerak dengan lambat. Akhirnya, Ejo Jo menukarkan Golem Tanah kepada kaca dengan kuasa Gopal dan menghancurkannya. Ejo Jo terus berlawan dengan BoBoiBoy sehinggalah BoBoiBoy tidak mampu untuk bangun bagi berlawan dengannya.

Namun, ketika Ejo Jo ingin mengakhiri BoBoiBoy, dia telah dihalang oleh Robot Pemusnah Mukalakus yang dikawal oleh Adu Du dan kemudian bekerjasama dengan BoBoiBoy bagi mengalahkan Ejo Jo. Serangan kerjasama mereka mengakibatkan Ejo Jo kalah dan jam-jam kuasa Gopal, Yaya, dan Ying dapat dirampas semula. Walau bagaimanapun, tiba-tiba Ejo Jo memerangkap BoBoiBoy, Adu Du, Gopal, Yaya, dan Ying dalam Kokun Bayang dengan kuasa bayang Fang yang dirampasnya secara diam-diam tanpa diketahui oleh sesiapa.

Tanpa diketahui oleh sesiapa, Ejo Jo telah merampas jam kuasa Fang secara diam-diam dan kemudian mengumpul kuasa magnetik bayang bagi menghasilkan Naga Bayang yang terkuat pada Musim 3, Episod 2. Walau bagaimanapun, telah beberapa kali Ejo Jo tidak dapat fokus sepenuhnya apabila diserang oleh Trio Kebenaran yang terdiri daripada Tok Aba, Papa Zola, dan Iwan. Disebabkan perasaannya yang geram, Ejo Jo telah menghasilkan Bayangan Diri bagi mengelakkan Papa Zola dan Tok Aba mengganggunya.

Tidak lama kemudian, Naga Bayang telah berjaya dihasilkan oleh Ejo Jo dan mula menelan Kokun Bayang dengan sedutan angin yang begitu kencang. Tetapi, setelah Iwan berjaya menukarkan Kokun Bayang kepada molekul atas permintaan BoBoiBoy, BoBoiBoy berpecah menjadi tiga dan BoBoiBoy Gempa menghasilkan Tarikan Tanah bagi kawan-kawannya memegang untuk mengelakkan mereka ditelan oleh Naga Bayang. Walau bagaimanapun, Tok Aba, Papa Zola, dan beberapa kawan sekelas BoBoiBoy hampir berjaya ditelan oleh Naga Bayang. Terdesak untuk menyelamatkan mereka semua, BoBoiBoy Gempa menghasilkan Golem Naga Tanah bagi menghentikan sedutan Naga Bayang dan kemudian berlawan dengannya.

Pertarungan mereka diakhiri dengan ketiga-tiga BoBoiBoy melakukan Serangan Kombo dan akhirnya berjaya mengalahkan Ejo Jo dengan perisai merahnya juga pecah teruk. Disebabkan perasaan yang takut, Ejo Jo mengarahkan Komputer untuk membawanya ke markasnya semula dengan kelajuan maksima.

Setelah lama menghilang, akhirnya Ejo Jo muncul semula pada Musim 3, Episod 20 dengan tingkatan kuasa pada sut perisai merahnya dan mengarahkan Komputer untuk menggunakan kelajuan maksima ke Bumi untuk segera tiba di sana dalam Musim 3, Episod 22.

Pada Musim 3, Episod 24, Ejo Jo tiba di Bumi dengan kapal angkasanya. Setelah pintu kapal angkasanya terbuka, kelihatan Ejo Jo berdiri megah di atas kapal angkasanya dengan rupa yang berlainan. Kemudian, Ejo Jo terjun menuju ke bawah dan pada masa yang sama, kepingan-kepingan logam bercantum dengan Ejo Jo dan terbentuklah sebuah sut perisai tempur yang hebat yang bernama Suit Armour Mecha Blaster And Laser a.k.a S.A.M.B.A.L.

Nama sut perisai barunya itu membuatkan BoBoiBoy, Gopal ,Ying, Yaya, Adu Du dan Probe tergelak dan membuatkan Ejo Jo berasa pelik. Setelah geram mendengar ejekan Probe, Ejo Jo terus menembak sebuah bukit dan menurunkan lima Robot P.E.T.A.I. sebagai askar tambahan.

Namun, belum sempat Ejo Jo menyerang BoBoiBoy dan kawan-kawannya, sebuah kapal angkasa muncul di langit dan menurunkan seorang lelaki dewasa dan seekor raksasa yang dikenali sebagai Kapten Kaizo. Kemudian, Kapten Kaizo menyerang Ejo Jo dan menyebabkan sut perisainya pecah dan Ejo Jo pula jatuh pengsan. Tanpa arahan, kelima-lima Robot P.E.T.A.I. terus bertindak dengan menyerang Kapten Kaizo dengan tembakan laser secara serentak. Namun, tiba-tiba muncul seekor raksasa yang dikenali sebagai Leftenan Lahap. Lahap menelan tembakan-tembakan laser Robot P.E.T.A.I., kemudian menyerang kelima-lima Robot P.E.T.A.I. semula sekaligus kapal angkasa Ejo Jo.

Kapal angkasa Ejo Jo habis dihancurkan

Robot-robot P.E.T.A.I. musah manakala kapal angkasa Ejo Jo pula terbelah dua dan hancur. Dan akhirnya, Lahap mengangkat Ejo Jo dan membalingnya ke atas udara. Kemudian, kapal angkasa milik Kapten Kaizo menteleportasikan Ejo Jo ke dalamnya. Setelah itu, Ejo Jo sudah tidak muncul lagi.

Rupa

Ejo Jo berbadan tinggi yang berwarna hijau dengan berbaju yang berwarna merah. Kepalanya berbentuk kubus dan mempunyai sepasang sesungut yang besar seperti Adu Du. ​Terdapat cap merah memanjang daripada atas matanya ke pipinya dan sentiasa memakai sut perisai berwarna merah dengan sut dalam berwarna hitam. Semasa berlawan dengan BoBoiBoy, Ejo Jo kelihatan memakai sut perisai tempurnya yang serba merah serta memakai perisai kepala berbentuk kotak dan warna mata yang serba kuning yang dilengkapi dengan tempat untuk menyimpan jam-jam kuasa juga dengan senjata dalaman seperti pedang.

Kemunculan Episod

Musim 2

Musim 3

BoBoiBoy Galaxy

Trivia

  • Semasa kemunculan pertama Ejo Jo, kedua-dua matanya bercahaya sama seperti sewaktu kemunculan pertama Adu Du pada musim pertama.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Ejo Jo. Rujuk Ejo Jo/Galeri.

Video

Advertisement