FANDOM


Boboiboy angin

Elemen Angin

Elemen Angin adalah salah satu elemen BoBoiBoy yang pertama kali digunakan dalam Musim 1, Episod 2. Elemen ini selalunya digunakan oleh BoBoiBoy Angin untuk menepis setiap serangan musuh-musuh dan menyerang secara lemah-lembut hanya dengan menghembus udara ke arah mereka. Dia akan menjadi lebih hebat dari segi serangan sisi dan mematahkan semua pertahanan musuhnya apabila dia menyerang mereka dari jarak jauh.

Sejarah

Elemen ini merupakan kuasa elemen kedua yang dikeluarkan oleh BoBoiBoy dalam Musim 1, Episod 1 setelah mendapat kuasa daripada Ochobot. Dalam Musim 1, Episod 2, BoBoiBoy Angin muncul sebagai diri sendiri selepas BoBoiBoy berpecah kepada tiga untuk bertarung dengan Adu Du dan Probe.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, BoBoiBoy telah menggunakan seutas Jam Kuasa yang baru dan berupaya untuk menggunakan semula kuasa elemen ini bersama Elemen Petir dan Elemen Tanah.

Galeri

Cekupan skrin

BoBoiBoy Galaxy